Tak biasanya

Tak biasanya saya jadi sayu…

apa pun dipandang hati jadi sedih.

apa pun dipegang hati jadi jauh

apa pun didengar hati jadi rindu

Tak biasanya saya macam ni..

hati tabahlah..mengadulah hanya pada Allah..

sesungguhnya manusia tak mampu meneka..

apa yang ada dalam hati

Hanya Allah yang maha tahu…

(Nak period kot…)

Advertisements

Happy Birthday Sarah

Memang saya selalu gelak sekarang kalau dengar Sarah dan Jiha cakap sekarang…”nanti kita buka makan kuih pundi…” kuih apa tu kuih pundi…”dia hantar surat Harry potter rumah…”..”nak ikut ibu keluar tak?”…”tak nak datang…!!!”…ni baru 6 bulan..macamana la nanti balik Malaysia.. Jiha nak UPSR..Sarah nak SPM….

Hari ni birthday Sarah..yang ke 13, dah 13 tahun saya dipinjamkan Allah rahmat tak terhingga ni…pada yang ada anak remaja..tentu tahu cebaranya ada anak remaja..

Masa umur 7-9 tahun nak jadi polis.. 10-12 tahun nak jadi artis…sekarang nak jadi pramugari..tapi masalahnya dengan Sarah ni dia extreme.. kalau suka suka yang teramat.

Sekarang sangat obses (takjub) dengan kecantikan.. semua petua kecantikan dia nak cuba..sekejap suruh beli mask..sekejap suruh beli lip balm..sekejap suruh beli pisang..sekejap suruh beli bicarbonate soda..he..he apa je petua dia nak cuba…

Garang dengan adik-adik tak boleh nak cakap.. tapi sayang dekat adik-adik..pernah sekali tu tinggalkan dengan jiha berdua sampai malam…pandai pulak dia selimutkan adik tu tido siap tunggu tepi lagi…

Kalau kita nasihat dia buat tak dengar tapi saya tahu dia dengar..sebab nanti bila mood dia dah baik dia akan tanya balik .. mood dia boleh bertukar-tukar..sekejap baik sweet dan rajin…lepas tu..ermmmmmmm..

“Biasala tu anak remaja” saya kata dalam hati…sekadar nak sedapkan hati..tak tau perangai anak orang lain macamana.. Kat sini tak ramai remaja melayu yang sebaya Sarah..kesian dia selalu boring kalau kita pergi gathering melayu..sebab tu saya rasa dia suka sekolah sebab ramai budak sebaya..(walaupun setiap hari dok kata sekolah tak best…cikgu tak bagi homework pun dia compliant)..he..he..

Selamat hari lahir yang ke 13 Kakak..Jadi anak solehah..kakak yang baik..insan berguna…ibu tak putus mendoakan……

Marhaban Ya Ramadhan…

InsyaAllah Jumaat ni kita akan mula berpuasa. Biasanya saya memang menunggu-nunggu bulan Ramadhan sebab seronoknya boleh terasa. Masa saya kecik-kecik setiap malam pertama sahur mak akan masak Kari daging… masa tu kari daging hanya ada pada Hari Raya, Kenduri kendara dan Sahur pertama.. tentu pelik kalau budak-budak zaman sekarang dengar…

Setiap malam kami sekeluarga akan bertarawih di surau, kadang-kadang jalan kaki kadang-kadang naik basikal. Paling seronok bila sekali sekala saya bersolat subuh berjemaah.. baliknya jalan kaki…rasa nyaman je…sejuk pagi hari..

Tak taulah malam sahur pertama ni Mak saya masak kari atau tidak, Membayangkannya aja saya dah sedih belum lagi nak tanya sendiri kat Mak….Harap-harap adala yang balik untuk bersahur dengan Mak dan ayah saya kali ini….

Dah bertahun saya beraya alakadar… tak tukar baju baru, tak tukar langsir baru..tak beli kuih raya..entahla…bila saya menyambut Aidil Fitri macam tu kenikmatan Ramadhan lebih dirasai berbanding Aidil Fitri.. Nampaknya tahun ni pun macam tu jugakla… dah raya kat sini..ala kadar je lah…

Walaupun ini bukan kali pertama kami berpuasa di perantauan…tapi ini kali kali pertama kami berpuasa pertengahan summer..memang letih nak menunggu buka…tapi harap-harap Sarah dan Jiha dapat pengalaman berbeza berpuasa..

Ada rakan-rakan yang bercadang untuk bekerja dari rumah di bulan Ramadhan ini, saya tak maula..takut nanti penuh meja makan dengan juadah berbuka mengalahkan pasar Ramadhan. Bukan boleh percaya kalau saya duduk dirumah..silap-silap laptop ke mana..artikel ke mana..yang pegang nanti senduk dengan roller pin je..he..he..

Cerita-cerita macam ni…macamla saya pandai masak sangat…tak jugak…tapi saya masak selalu dengan niat nak bagi suami dan anak makan.. kalau mereka suka pun dah cukup mengembirakan.

Jadi kawan-kawan..selamat menyambut Ramadhan, sentiasalah berdoa di bulan mulia ini…berdoa bukan bukti kelemahan kita..berdoa ialah bukti kebergantungan kita kepada Allah sebagai hamba…belajar dari Ramadhan-Ramadhan yang lalu doa sangat mudah dimakbulkan..cuma cepat dengan lambat sahaja…yakinlah….

 

 

 

 

 

 

Harap maaf..kami beraya suda…terlebih kaw… he..he..he

Pustakawan Tidak Membaca.. saya membaca..anda????

Assalamualaikum,
Nampaknya isu ini menjadi polimik yang berpanjangan. Saya disini juga merasa bahangnya. Isu di Blog Nisah Haron ialah cerita lama yang lahir dari kemarahan beliau terhadap perpustakaan yang birokratik (kes Perpustakaan Awam) sehingga menyusahkan pelanggan (dalam kes ini wakil dari luar negara..).

Kalau kita lihat ada berapa isu utama yang menjadi penyebab kepada polimik yang tidak menguntungkan kita sebagai pustakawan ini:

1. Kurangnya peluang dan ruang untuk kita mengutarakan pandangan kita di media umum. Mungkin kerana kita tidak mahir menulis, atau kita masih tidak terpanggil untuk menulis, atau kita tidak mahu memanjangkan polimik yang berlarutan ini.

2. Memang banyak karenah birokrasai di perpustakaan yang sudah tidak masuk diakal yang mengundang kemarahan pelanggan (kes perpustakaan awam…mungkin juga di perpustakaan akademik)

3. Pustakawan didefinasikan secara pukul rata kepada sesiapa sahaja yang bertugas di perpustakaan.

4. Pengetahuan masayarakt umum yang terlalu cetek tentang perpustakaan ( perpustakaan umum memanglah bacaannya untuk umum)

Apa tindakan yang perlu diambil,

Perlu ada pustakawan yang mampu menulis dan memberikan kefahaman kepada masyarakat luas tentang perpustakaan dan pustakawan. Rasa kepunyaan kita yang agak dangkal terhadap profesi ni seringkali menghambat kita dari menulis balas setiap tuduhan yang dilontarkan. Kita tidak merasa tercuit setiap kali profesi pustakawan dimalukan di khalayak ramai (mungkin rasa telah ada keberanian sahaja belum timbul …(memandang diri sendiri)).

Kemana perginya Perpustakaan Negara setiap kali perpustakaan awam ditegur, tiadakah usaha untuk memperbaiki imej mereka yang sudah tercalar.Tidakkah pernah mereka terfikir untuk mengevaluasi peraturan mereka yang telah lapuk dan menyusahkan.Saya tidak pasti..tapi selepas setiap komen di suratkabar adakah pihak yang bertanggung jawab memberikan jawapan bertulis berkenaan tindakan yang mereka telah ambil? dan kita berterusan menyalahkan orang lain…Kemana Persatuan setiap kali profesi ini dimalukan, tiada yang tampil memberikan pembelaan…

Kita selalu berkata, pustakawan membaca yang tidak membaca mungkin kakitangan perpustakaan yang lain yang disalah ertikan sebagai pustakawan oleh orang ramai. Jika kesalahan ini telah berulang-ulang kali berlaku kenapa kita tidak mengambil perhatian. Mungkin kita boleh memberikan sedikit peringatan kepada kakitangan kita mengenai perlakuan mereka dan “nature of job” mereka yang memerlukan mereka menggunakan kebijaksanaan. Sesungguhnya setiap manusia Allah kurniakan kebijaksanaan yang tersendiri, cuma tugas kita untuk mengembelengnya… ( dulu saya telah mencuba.. satu kes berjaya dan satu lagi kes..gagal total..)

Saya sayang profesi saya..saya tidak mahu pustakawan diperlekehkan bila suratkabar tiada isu untuk diketengahkan. Tetapi Allah kurniakan kesabaran yang tinggi bagi manusia yang bergelar pustakawan, jika tidak bagaimana kami saban hari boleh bertahan dengan kerenah pelanggan kami yang kononya ilmuan….

Aberdeen 10 Julai 2012.

Bezanya..

Ada orang cakap..apa ada hal dulu kan korang dah pernah duduk England..lagi sekali duduk sana tentu dah expert. Tolong yea..ada banyak benda yang berbeza dalam kembara ilmu saya kali ini kalau nak dibandingkan dengan kembara yang sebelum nih…

England dan Scotland

England dan Scotland sangatlah berbeza. Masa Euro orang Scotland pun tak sokong England. Mereka tak kisah pun, malah akan ada referendum untuk membuat pilihan supaya Scotland untu keluar dari Great Britain, Masa sambutan jubli berlian queen E yang lepas pun kami masih berkerja macam biasa. Sistem persekolahan pun berbeza, kalau di England kana-kanak seawal usia 4 tahu sudah mula bersekolah tapi di Scotland usia persekolahan ialah 5 tahun. Selain dari dialect Scotland yang pekat dan penuh qalqalah.. mereka juga gemar bertutur bahasa Gaelic… ni kalau dengor tercengang-cengang..sepatah butir pun tak paham..

Master dan Phd..

Beza besarnya buat master dengan buat Phd ni.. yang membuatkan saya pening ialah saya tak tahu samaada saya ni mencapai tahap Phd ke tidak..he..he.. berbeza dengan master dimana kalau by course kita akan ditunjuk ajar sehinggalah lulus begitu juga dengan penulisan thesis biasanya supervisor akan banyak mamberi input.. ni supervisor dok cakap..explore and explore.. dah macam Dora the explorer dah saya ni rasanya..tak tau sampai kemana.. cuma usahakan untuk membaca dan menulis selagi terdaya dan berbincang dengan supervisor..explorer la sangat….

Anak 2 dan anak 3..

Dulu masa buat master anak saya dua je..Sarah 7 tahun dan Jiha 3 tahun.. senang je uruskan..apa kita bagi dia makan, mana kita bawak dia ikut..kita suruh tido tido..kita suruh main dia main.. sekarang ni..emmmm saya terpaksa mengalah nak pakai laptop jangan haraplah dapat pegang laptop nih siang-siang rembang..kalau tak kakak bergayut..Ali buat main game. Kalau diaorrang sekolah amanlah sikit dunia…. Belanja dapur pun meningkat sebab bila dah pandai mintak nak makan apa ni kesian pulak tak tunaikan..mereka berkorban tinggalkan kegembiraan mereka untuk temankan saya kat sini..setakat mintak benda yang ibu boleh masak no hal punya…kalau mintak benda yang ibu tak pandai buat tu yang rasa nak buat satu lagi Phd dalam Culinary.. he..he..

Kalau jalan pun yang besar dua orang tu dah tak mau dak ikut..kalau kita paksa ikut..dalam kereta mesti bergaduh..kereta kecik nak oiii sabar la sikit.. ni tidak..bergaduh sepanjang jalan..pah dah sampai..nak balik…Ya Allah you kids make my blood goes up stair.. budak-budak ni bukan suka nak tengok permandangan..kalau Jiha dengan Ali.. nampak play ground sukala..Sarah pulak buat muka boring….huish..huish…

Muda…kurang muda..he..he

Dulu saya belia lagi..sekarang ni dah tak boleh masuk puteri lagi dah..saya dah 4 series dah. Ingatan pun dah tarikh luput, kena selalu ingatkan diri sendiri. Yang paling ketara ialah kami dua-dua dah start makan ubat kencing manis..he..he manis-manis belaka.. pulak tu kalau kat sini appointmentnya banyakla sangat..cek darahla..cek kakila..cek retina matala…kalau minggu ni appointment saya minggu depan appointment Encik pulak..kena temankan dia pulak. Muka dan regular dah dekat health center…..

Aberdeen dan Loughborough..

Loughborough dulu pekan kecil je..ramai muslim dan kedai halal..barang relative lebih murah. Sewa rumah pun murah..Aberdeen pulak bandar kecil..tempat orang minyak..kereta Porsche  parking tepi jalan je…Kalau kat jalan tu kereta mostly Audi and VW..cikgu sekolah Jiha pun bawak Porsche..he..he Harga barang, sewa dan perkhidmatan lebih mahal. Muslim tak ramai jadi bekalan barang halal pun jadi mahal..harga daging mentah pun sekali ganda dari tempat lain….Carboot rasa tak syok.. Malaysian kat sini kebanyakannya tak pergi car boot..sebab kebanyakan mereka berkerja. Student adalah 7 Families ..ada satu dua yang tak main car boot jugak sebab husband kerja minyak.. ulang-ulang muka kami ni jugak yang melanggan kat car boot..

Banyak benda yang berbeza..banyak benda nak kena belajar..banyak benda yang terpaksa ditinggalkan..banyak benda yang dirindukan.. moga berkat kembara ilmu saya kali ini…

Kena Menulis..

Saban hari saya terfikir banyak perkara, perkara gembira..sedih..mencabar dan menarik.. setiap kali itu jugalah saya terfikir untuk menulis. Saya tahu tak ramai yang membaca..cukuplah sekadar rakan-rakan rapat dan adik-adik ofis saya..namun ia memberi saya satu kepuasan bila apa yang ditulis dibaca, difahami dan dengan izin Allah dapat menjadi pengetahuan bagi pembaca saya…

Saya memang perlu menulis, sudahlah disini saya kurang dapat bercakap, bercakap dengan suami dan anak-anak tak sama dengan bercakap dengan kawan, teman sepejabat, bercakap dengan bos, bercakap dengan Aci cleaner, makcik kedai roti, kuota bercakap saya sering tak habis di sini. Lebih-lebih lagi masa summer nih tak ramai umat dikampus, ada masanya saya sendirian dari jam 10 pagi sehingga 7 malam….Malam pulak pukul 11 malam saya sudah lena keletihan…

Bercakap adalah salah satu skill yang saya ada, walaupun saya tahu skill saya ni tak sebaik beberapa rakan-rakan sepejabat yang saya kenal mahu pun beberapa teman-teman saya yang menjadi juruacara rasmi universiti. Walaupun saya cakap berterabur (in English and Malay) saya suka dengan skill ini…lain pulak halnya dengan skill menulis yang saya rasa saya sangatlah kekurangan kalau nak dibanding dengan jiran saya yang menjadi penulis skrip sekarang mahupun dengan rakan sepejabat yang menerbitkan artikel di jurnal Q 3, namun skill ini yang perlu saya asah sekarang..saya perlu menulis..menulis dan menulis…( apa da yang dia nih tulis daaa..)

Jadi kesimpulannya saya akan menulis dan akan kurangkan bercakap..skill bercakap saya dah pass kat Jiha…ha…ha..haa.

.

Bosannnnnnnnnnn………