Raya la apa lagi..he..he

Tak habis cerita raya…

Masa malam raya pertama..line telefon Malaysia tak boleh masuk..tak taula tempat lain tapi line telepon mak saya tak boleh masuk..naik lebam jari mendail..kung kring tak de jawapan..takkan le semua org gie beraya..takkan le semua orang tido…takkan le semua orang pegi beli kuih murah kat bus stand…

Ni nak update gambo raya..yang elok-elok je yea….

Advertisements

Raya lah Raya…

Dah habis dan suasana raya.. nak pergi open house pun dah naik malas, maklumlah mak dan anak2 dan start sekolah..dok teringat kerja sekolah dan SV ku yang tak muncul-muncul dari cuti tu… dr..dr where are you….

He..he.. baju raya pun dah tak de.. budak-budak punya baju raya pun dah recycle dah.. tapi sebenarnya ni senario biasa raya kami.. balik je dari kampung dan/done dah raya.. tak de pergi rumah orang..orang pun tak de datang rumah kami…kejamkan..he..he

Tahun lepas tu saya beraya satu rumah je..tu pun rumah my best friend.. orang lain jemput open house tak pergi sebab malas nak kelola budak 3 orang nih.. ayah dia orang mana ada kat rumah… jadi kalau raya kami kat sini kurang meriah..kira normal la tu..rasa raya lepas pun tak buat baju baru..pakai baju ofis je..budak-budak merasala 2-3 pasang..

Tahun ni rasa nak belikan diaorang baju baru untuk raya..bukan baju carboot tapi apakan daya..U@M tak naikkan lagi elaun saya..orang lain semua dah naikkan elaun siap dengan backdate lagi..tengok je la..naik la bulan depan..serius saya dah tak mampu.. bayangkan elaun saya 1200, sewa 800, bil 120, minyak 120..tinggal la 160 pound.. nak makan apa?..sekarang ni dok top up dengan gaji kat Malaysia yang tak seberapa tu…lama-lama dah surut juga… tapi sendiri mau ingatla.. bak kata pegawai MSD yang datang hari tu.. dah tau macam ni kenapa you nak datang jugak..kureng betulllllll….Semoga cepatla U@M buat keputusan naikkan elaun..Ya Allah..Allah..Allah

Minggu ni pergi bank, parking kereta kat Union Square ..lama juga tak jengah Union Square ..first time masuk Cath Kidston saja nak tengok.. berkenan kat satu sling bag ni..tunggu kau nanti ada duit ha..ha..ha (evil laugh berpanjangan..mata turns red..) he..he ngeri punya laugh..kalau macam tu punya laugh mesti nanti end up tak beli..tak pun beli lain..(sekali lagi evil laugh..)

Pelik juga tengok fesyen kat Cath Kidston ni.. beg lunch box untuk boys pun munga-munga biru pink..apakah.. tapi sling bag tu memang cun… nak…dasar orang tak tau fesyen.

Okey la..nak sambung tengok artikel..tengok je yea.. hari ni Jumaat tak pergi school.. duduk rumah..dalam kepala nak buat karipap, nak rendam pulut, nak goreng cucur…he..he.. have a nice weekends uolllss….

 

Selamat hari Raya…..

 

 

 

 

 

 

 

Selamat Hri Raya dari kami sekeluarga..

Gambar ni pernah tersiar di FB saya telah dikirimkan kepada beberapa handai dan kenalan..antara komen yang diterima..

“Sarah dah tinggi..sama tinggi dengan ibu dia” camera effect je tuhhhhh.. mana ada tingggi..

“Udin…lainya…” entah..kat gambar ni nampak tinggi la abang ku ini….

“Ali posing kiut..” Ali..sokmo-sokmo lagu tuhhh

“Cantiknya permandangan kat sana..” ni..kat Seaton Park… tengah hujan gerimis..

“Salam hari raya.. kami akan berangkat ke US lepas raya…” wow… tahniah..

Dikesempatan ini saya dan keluarga memohon kemaafan lahir dan batin..jika ada salah dan silap, terkasar bahasa..kesalahan yang membekas di hati..mohon maafkan kami..

Selamat hari raya 1433H dari kami di Aberdeen Scotland..

 

 

 

Nenek yang tak bongkok tiga…

Seminggu ini saya mengikuti kisah kehilangan gadis berusia 12 tahun bernama Tia, beliau hilang dari rumah neneknya di pinggiran kota London Jumaat lepas. Katanya selepas keluar mahu ke Mall untuk membeli belah….

Berhari-hari polis mencari Tia, jiran tetangga juga menjalankan usaha mencari, semua CCTV di periksa.. semakin hari saya membayangkan harapan untuk menemui Tia yang bernyawa hampir pupus.. terbayang kisah Nurin dan Sharlini di kepala saya.. Umur Tia sebaya Sarah.. anak dara sedang naik..

Semalam selepas seminggu hilang mayat Tia dijumpai..yang paling menggangu fikiran saya ialah mayatnya ditemui di rumah neneknya sendiri dan teman lelaki neneknya menjadi tersangka pembunuhan tersebut…

Belum ada yang tahu apa yang dialami oleh Tia…gadis 12 tahun itu…tapi saya sangat kesal dengan neneknya..nenek berusia 40an dengan teman lelaki berusia 37 tahun…Itulah senario biasa masyarakt UK sekarang ini.. nenek pada usia muda dan tak mahu mengalah dalam bercinta..

Kadang-kadang sangat menyakitkan mata pemandangan ini.. beberapa kali saya temui dalam bas.. remaja lelaki dan perempuan bermesra..di tempat duduk belakang ada wanita  bersama bayi..kadang kala masih merah.. sekali sekala si remaja perempuan memandang kebelakang dan mengusap bayi tersebut.. telahan saya.. wanita  tersebut ialah nenek kepada bayi dan ibu kepada remaja perempuan tersebut… Malah kami sekarang selalu meneka jika melihat wanita seusia saya menolak bayi dalam pram..”ni tolak cucu ke anak nih..he..he”

Mungkin tak signifikan dengan kisah Tia.. tapi dah menjadi trend nenek muda dikalangan keluarga golongan menengah kebawah di UK sekarang ini…bayangkan seusia saya.. sudah bercucu..anak remaja perempuan melahirkan bayi dari hasil bersuka ria dengan teman lelaki yang masih belum semenggah…ibu bapa yang mengambil alih tugas membela…tak ada apa yang nak dimalukan..

Berbalik dengan kisah Tia…saya tersentuh.. hasil dari hubungan apa pun dia ..Tia tetap sahaja gadis 12 tahun sebaya Sarah..pasti besok lusa akan ada sahaja berita yang mengatakan bertapa baik lucu dan polosnya Tia sesuai dengan gadia seusianya.. malangnya..hidup dikelilingi orang dewasa yang bersifat memusnahkan…satu senario yang sangat menggangu jiwa keibuan saya..

Ya Allah selamatkan anak-anak ku dari pengaruh luar yang ganas dan tidak bermoral..serta jauhkanlah mereka dari golongan dewasa yang tidak mampu membuat pertimbangan sihat….

Salam akhir Ramadhan….

Ramadhan kali ini

Kadang-kadang terfikir juga..sempat ke nak merasa Ramadhan tahun depan…

Masa mula nak Ramadhan saya dah membayangkan betapa seksanya nak berpuasa masa tengah summer. Mula merasakan abisla ..melepek la..mesti Jiha akan merengek tak sudah..rasa alamak tak bestnya…bertapa berdoasnya merasakan ujian bagi kami yang berpuasa di atmosfera utara ini lebih hebat dari mereka yang ditempat lain..

Tapi Alhamdulilah sampai hari ni kami dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik…sesungguhnya Allah maha kaya..setiap yang diberikan penuh dengan hikmah. Bayangkan mereka yang berpuasa di atmosfera selatan..contohnya Australia dan NZ sekarang ni winter, mungkin masa berpuasa pendek tapi sejuk menyucuk tulang..nak ambik wuduk bercinta..cabaran untuk beribadah…

Bayangkan mereka yang berpuasa di Asia.. mungkin orang Rohingya yang waktu berpuasanya sungguh ideal..tapi cabaranya entah ada makan untuk berbuka entah tidak..begitu jugak muslim di Sudan..cabaran yang Allah berikan untuk mereka mungkin tak tertanggung kalau kita rakyat Malaysia ni nak hadapi..

Yang lagi best… bayangkan cabaran berpuasa kat Malaysia pulak..he..he.. lagi berat… bazar Ramadhan..beli-beli-beli-beli… makan tak seberapa..pembaziran..lepas tu kena pulak yang tak sedap..huh dah nak marah..cabaran-cabaran.. lum lagi semalam Nuzul Quran. hari shopping sedunia bagi orang Selangor… orang ramai..sesak..cabaran.. beli kuih raya banyak..lepas tu bawak ofis sebab tak habis kat rumah.. kat ofis pun ke tong sampah sebab dah berkulat.. cabaran-cabaran..

Melihat tu semua saya rasa..segala yang Allah berikan ialah cabaran yang seharusnya menjadi pengalaman dan sesuatu untuk difikirkan…dan akhirnya kita memuji kebesaran Allah..contohnya soalan Jiha..kenapa bulan Ramadhan tak fix je.. August je.Disember je ke atau masa winter saja ke…

Ilmu Allah maha kaya..kalau dijadikannya Bulan Ramadhan mengikut peredaran solar.. bermakna orang di sebelah garis utara akan sentiasa menyambut Ramadhan dalam musim tertentu sahaja..contohnya Winter je.. seronokkkkk.. dan orang dibelah garis selatan akan sambut masa summer je…kesiannnnn… jadi Allah aturkan sedemikan rupa supaya menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir….(susahnya nak terangkan kat Jiha cerita nih..he..he..he)

Banyak yang berlaku kepada saya Ramadhan ni.. sedih happy bercampur baur..Alhamdulilah saya bersyukur..ia berlaku dalam bulan Ramadhan ini di Scotland..sebab kalau berlaku di bulan Ramadhan di Malaysia..mungkin pengakhiranya tidak sebaik yang Allah kurniakan untuk saya hari ini..Alhamdulilah…..

Senyum orang yang bertambah setahun tua semalam……