Winter datang awal

Hulala..dah sejuk…

Suhu sekarang ni dah sejuk.. siang boleh tahan lagi 8-12 malam dah start 0. Winter tahun lepas diaorang kata Aberdeen tak ada apa-apa sebab semua snow pergi ke bawah…tapi tahun ni diaorang predict show akan lebat…dan lama..

Tu la lumrah hidup di negara 4 musim, sekarang ni dah start daun-daun menguning tak pun memerah, tak pun mengering…hidup yang penuh dengan perubahan dan setiap masa kita perlu berubah mengikut zaman…

Saya dulu dulu dok tertanya kenapa kalau tengok fesyen show ada summer spring collection..atau fall winter collection..kadang-kadang bukan hanya baju, hand bag dan kasut pun mengikut musim… rupanya memang macam tu la kat sini.. yang bestnya orang putih ni mereka akan beli baju baru setiap musim dan sebab dalam satu musim tu diaorang akan lenjan baju yang ada sampai puas hati, lepas tu mereka boleh buang, jual atau pun dermakan.. dapatla kat kami yang beri barang kat carboot ni… “girl…you are sooo last year…” he..he

Kita pulak baju satu almari tak cukup..baju dari zaman student pun ada lagi, pasal apa..kalau rotate pakai baju sebulan pun belum tentu boleh jumpa baju yang sama..simpan la kat dalam almari tu…

Manusia memang beradaptasi dengan alam sekeliling mereka, dan pengalaman hidup tu akan membentuk cara mereka berfikir. Kita kat Malaysia pun terikut-ikut dengan cara mereka..spring summer collection.. padahal negara kita sepanjang tahun Summer… he..he banyak perkara yang kita terikut-ikut cara mereka yang kadang kala akal logik kita sendiri pun fikir pelik..kadang kala kita ikut tanpa fikirkan apa sebab orang kat sini buat macam tu.

Contohnya kita pakaikan topi cute berkait-kait siap ada bunga sejambul kat baby perempuan kita..kenapa..sebab nampak kiut..kita tak tau yang baby tu azab bukan main nak bukak topi tu..”panas la ibu ..”.kalau dia pandai cakap la…tapi kita dok juga bagi pakai…berkuap kepala dia..satu lagi tang baby-baby pakai kasut baby jenama mahal-mahal tu.. newborn tu pergi beraya pakai kasut Adidas.. panas nya..kalau dah pandai jalan saya fahamla.. tu belum lagi kita tengok budak-budak perempun pakai but berbulu-bulu pink..kalau kat sini masa summer je mereka terus je simpan but…pakai sandal…

Tapi kadang-kadang kalau teringin nak buat macamana kan…lepas dah tercapai keinginan kita tu lebih baik kita duduk sejenak berfikir kewajaran.. Teringin tak salah, berangan percuma…. cuma bila kita sedar balik renungkan apa pengajaran yang kita dapat dari pengalaman tu..

Kami sekeluarga ke Glasgow jalan-jalan..tepatnya jalan-jalan cari makan…

 

Advertisements

Nikmat sihat

2 minggu lepas saya, Sarah dan Jiha diserang selsema sok sek sok sek memasing…. rasa dunia tunggang tebalik. Saya kalau selsema biasanya akan sakit ditulang pipi, sekitar mata dan rahang. Masa tu nak sujud pun rasa mata nak tercabut… ngeri dengar anologi sakit saya yea…

Tu la manusia, kalau bercerita tentang dirinya suka melebih-lebih dan bertambah-tambah..padahal ujian yang Allah bagi tu sikit je. Contohnya minggu-minggu lepas juga minggu sukan para-olimpik. Serius saya rasa kagum dengan kecekalan atlet para-limpik seluruh dunia yang bertanding. Yang kelakar pun ada.. bukan apa..saya tengok acara volley ball.. main sambil duduk… abis masa main.. semua diri bersalam..saya terbayang kalau ada player yang marah sangat nak smash geram tak ingat..tetiba berdiri smash.. he..he..

Allah, ujian bagi mereka lagi berat, bila saya tengok equipment yang mereka guna untuk bertanding tak akan mampu di sediakan untuk atlet dari negara membangun. dengan basikal kayuh tangan yang pelik bentuknya, willca yang canggih..sungguh mengkagumkan.

Mungkin jadi cacat di negara membangun bukan penghujung dunia bagi penderitanya, banyak kemudahan yang disediakan untuk mereka, sekolah senang, naik bas senang. Ini membolehkan mereka berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain sepanjang masa. Berbeza dari di negara kita, jadi kurang upaya kadangkala bermakna berakhirlah dunia bagi sesetengah orang, mak bapak puan akan berasa sedih..selalu keluar ayat ini..”saya bukan mengharap banyak..asakan dia boleh jaga diri sendiri bila kami mati nanti sudahlah…” ayat yang semacam doa tu dah lama kita dengar.. mungkin sudah masanya ibu bapa anak-anak yang ada kekurangan mula berkata bergini “Alhamdulilah juga.. siapa tau nanti berkat hasil usaha dan ketabahan dia..dapat juga dia mewakili negara dalam sukan para-limpik..”..satu contoh doa yang agak nakal..he..he..he..

Kita kena tanamkan dalam kepala yang setiap orang ada kelebihan, apatahlagi anak-anak kita, kita yang berdoa untu mereka, dan doa ibu bapa itu sangat makhbul… sesungguhnya coretan ini untuk peringatan dan amalan diri saya sendiri…..

Saya dan Jiha dah sihat sepenuhnya dari selsema, Sarah je yang masih sok sek sok sek.. dah tiga minggu dah..Muka orang selsema nak pergi sekolah…

 

Maklumat

Aside

Hari ini saya dapat voucher dari Tesco, sebab saya tinggal yang pasaraya besarnya ialah tesco maka saya berulang ke Tesco sajalah, selain Tesco terdapat juga seperti Lidl, ASDA dan Morrison. Kalau dah selalu pergi pasaraya tu tentu la kita akan mendaftar jagi club member, dah jadi club member dapatlah voucher..

Kali ni saya dapat voucher Colgate, sebab mereka tahu saya hanya beli colgate tapi masalahnya saya baru beli “BOGOF” minggu lepas, lum guna lagi pun..apa mereka nak saya buat unnecessary buying ke?… lihat bagaimana mereka manipulate maklumat kita…apa yang kita beli mereka simpan maklumatnya.. beli apa..jenama apa..berapa kerap dengan balasan beri club point..dengan club point pun mereka nak goda kita supaya berbelanja yang tak perlu….

Kenapa tak beri voucher benda-benda yang memang setiap minggu saya beli seperti susu, mentega, tepung, cereal dan yang sewaktu dengannya? kalau betul-betul la “every little helps” helps la beli benda yang penting…

Sebenarnya kita yang dengan relanya memberikan maklumat pasaran kepada mereka tanpa perlu mereka membuat survey atau research. Kuasa research memang besar..tapi ada juga produk yang manipulasi research.. contohnya barangan kosmetik penya adver “81% wanita mengakuiinya” lepas tu kat bawah dia ada bintang kecik tenonet…* 81% dari 41 orang ….. maknanya tak sampai 40 orang dari seluruh populasi wanita di dunia? atau sesebuah negara? atau dari daerah? atau pejabat?.. yang mengakuiinya.. dan kita percaya…

Tapi kat Malaysia lagi mudah pelanggan nak percaya.. bagi sorang dua orang punya testimoni pun dah percaya.. “selepas menggunakannya selama 3 hari sakit kencing manis saya sudah hilang..” yang hilang bukan kencing manis..tapi tambah kena kencing adala.. ada tu saya tengok iklan kosmetik kat majalah wanita di malaysia.. muka sebelum dan selepas nampak benar kena edit…warna tak sekata dan nampak pelik je.. tu pun orang percaya.. tak ada etika iklan ke kat Malaysia?

He..he..apa pun motif utama yang nak disampaikan kat sini ialah maklumat itu penting.. sama penting dengan orang yang mengurusnya..berdasarkan maklumat yang kita nampak remeh syarikat besar boleh membuat kita rasa takjub dengan keperihatinan mereka kapada pelanggan padahal..semua rahsia kita dalam sistem mereka.

Bercakap pasal pengurusan maklumat, saya jumpa seorang kawan yang grad library science kat sini…I tell you rumah dia sungguh cantik dan kemas… semua benda dikatalog dan disusun mengikut kelas..segala neka rempah dapur dilabel dalam balang yang cantik..permainan anak-anak tersusun..memang kelahssss la… jauh sekali dari dari saya ni..sah-sah tak apply ilmu kat pengurusan rumah tangga…..

Image

Dengan teman-teman “team student berkeluarga minus sorang”..