Berita Bergambar

Ini ialah berita bergambar sempena Aidil Adha…

Bersiap untuk sembahyang raya.

Bosan di hari raya

 

Tetamu datang beraya

 

Snow di hari raya

Tetap juga beraya

 

Sudah-sudah la beraya…

Hari ni semua orang dah start sekolah semula….

TAMAT.

 

 

 

Advertisements

Pencerahan

Pada satu hari yang cerah…

Ya Allah aku sentiasa mengharapkan pencerahan….

Apa maksud pencerahan nih….

Maksud yang baku boleh kot refer di dictionary, tapi saya rasa pencerahan ni adalah  dari kosa kata bahasa Indonesia…dan selalunya berkaitan dengan keagamaan. Tapi dalam kontekas apa saya nak cerita pasal pencerahan ni…errrmmm sat saya fikir…

Pada saya pencerahan maksudnya saya nampak ada harapan…macam tengah confius gila pasal research ni tiba-tiba dapat e-mail supervisor tanya macam-macam…tambah tension, pulak tu dah nak raya.. kena chek baju raya budak-budak ni elok lagi ke dak…lepas tu massage mbak yang buat tempe tak berbalas..nak jual ke tidak mbak nih…lepas tu nak kena gie Glasgow lak tu pagi-pagi raya tu.. MasyaAllah… serabutnya..lebih dari serabai dah rasanya… mula la keluar ayat…”kalau kat Malaysia…” padahal tak tau kat Malaysia kenkawan saya yang buat Phd sesama saya pun tengan dua kali lima serabainya….

Jadi pukul 4.30 bangulah sembahyang…mohonlah kat tuhan..mengadu..”berikanlah aku pencerahan Ya Allah Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahim..”

Habis tu standard la tengok Adamhawa sekejab…(he..he..makcik pun terjebak sama)… lepas tu bukak la..e-mail..alih-alih dapat e-mail supervisor..dia tak cakap banyak pun sebaris dua je ayat dia..tapi cukup memberikan saya rasa lega…pencerahan dah sampai…he..he..he.. bagus tak contoh pencerahan makcik?..adik-adik suka?..suka?..

Selalu Allah kirimkan pencerahan ni melalui orang lain, kadang-kadang kita cuma bercakap beberapa patah perkataan sahaja, tapi buat orang yang mendengar rasa macam di syurga.. tapi ini bukan kelas mengayat ye adik-adik…ayat-ayat seperti “bagus..”..”good explanation..”..”Saya harga pandangan anda…..tetapi…” wah, kalau ayat ni datang dari orang yang kita harapkan..pencerahan..pencerahan…pencerahan…

Jadi tipsnya disini, silalah ceriakan hari orang lain, siapa tahu hari anda juga akan ceria dan cerah….

p/s tapi jangan mengampu..contoh ayat Ali kalau nak suruh saya buat susu…’Ibu cantik..ibu putih..ibu lembut’ …sambil buat kedip-kedip mata. tang nak suruh ayahnya buat susu pun cakap..”ayah putih..ayah lembut..” apa???? he..he..he

First time

Dua tiga hari ni mood menulis tak berapa mari… sebabnya… banyak bercakap dan berborak..agaknya kuota dah penuh kot sepanjang weekends.

Kalau tak ada idea macam ni kita buat tag la yea… tak de sesapa pun tag saya..al maklumlah blog tak terkenal..tapi dia kata sesiapa yang baca sila buat…

My first Five

1. First time naik kapal terbang

First time naik kapal terbang masa birthday saya yang ke 20, tepat harinya saya berangkat ke Jakarta untuk melanjutkan pelajaran di UI…kalau orang Indonesia taula UI tu apa.. Dalam poket saya ada RM150 ringgit je..hasil dari duit saya kerja kilang, selebihnya saya dah guna buat passport, beli beg, bagi mak, etc..etc

Saya dapat tawaran juga dari ITM masa tu, tapi disebabkan teringin nak naik kapal terbang saya telah pilih untuk pergike Jakarta…he..he hidup tak ada pedoman betul. tapi pada saya ia satu pilihan yang saya tak akan menyesal.. nayatanya hidup di Jakarta telah membentuk jiwa saya dan memberikan saya rakan sejiwa..he..he..

Saya enjoy hidup saya sebagai student tentunya dengan batas-batas tertentu. Kuliah Berkawan, naik gunung, aktiviti amal akhirnya saya jadi student pertama dari batch saya yang lulus.

Budak-budak sekarang kecik-kecik dah naik kapal terbang.. malah ada yang lahir dalam kapal terbang lagi…

2. Kerja pertama saya

Lepas SPM saya kerja kilang, kat Muor..kilang elektronik, masuk pukul petang balik tengah malam. Culture shock jugala bila dengar kakak-kakak kat kilang tu berborak. Maklumlah selama ni saya mana bercampur masyarakat sangat. Budak asrama yang poyo, tak ada sesapa kenal pun kat kampung.

Kerja yang saya rasa sungguh dieksploitasi, gaji sikit dan tiada memberikan kemahiran, berbanding sekarang orang kerja kilang, gaji bagus dapat skill dan banyak kemudahan. bayangkan gaji hanya 120 ringgit. Tapi pada saya masa tu dah banyak dah…dapat gaji saya buat beli 4 bateri  AA yang besar buat dengar radio dalam kelambu.Masa nih juga saya belajar memasak, buat bekal pergi kerja..goreng telur dengan macam-macam gaya..he..he hari-hari telur. Sejak dari tu saya rasa saya dah pandai uruskan duit saya sendiri. Masa tunggu STP saya kerja kilang jugak..lepas U saya kerja di syarikat surat kabar..ha..lepas tu barulah kerja yang sekarang nih…

3. Rumah pertama saya

Tentulah rumah mak saya, tapi rumah yang pertama saya beli adalah rumah saya yang sekarang nih dekat DPP, kalau rumah sewa pertama saya tinggal kat Ampang, flat 2 bilik, tidur atas tilam, bila siang gulung tiang. standart la zaman tu orang baru-baru kerja duduk macam tu. Almari plastik, tapi sebab saya selau baik kerja pukul 2 pagi saya tak kisah pun semua tu sebab besok pukul 9 pagi saya dah keluar kerja semula.. kalau tak kerja saya akan merayau rumah kawan-kawan yang lain, maklumlah masa tu semua bujang, Ada juga kawan saya yang mak dia belikan flat.. cantik la rumah dai dan tak tidur atas lantai macam saya.

Ada juga yang sewa rumah cantik kat Subang jaya.. siap dengan swimming pool lagi..apartment je..tu pun saya rasa dah hebat..

Masa saya beli rumah sendiri, rumah tu dalam hutan..saya tawakal je beli dengan harapan rumah ni akan beri pulangan yang baik. Masa tu serius rumah ni dalam hutan..jalan masuk yang proper pun tak ada, tapi sangat berdekatan dengan putrajaya.. nampak je putrajaya..tapi kalau nak pergi Putrajaya kena keluar sungai merab, masuk jalan puchong masuk balik putrajaya.. tapi sekarang nih dah hebat, rumah mewah dah banyak kat kawasan tu…rumah kami yang comel tu dah jadi sekadar dipinggiran je…

4. First time kena admitted kat hospital..

Macam kebanyakan perempuan saya first time kena masuk hospital masa bersalin kan Sarah..Hospital Kajang.Memang kejadian tak dirancang. Maklumlah Sarah lahir dua bulan dari sepatutnya. Saya selalu macam tu.. saya selau rancang yang macam lain tapi selalu jadi lain. Sesungguhnya “kita merancang Allah menentukan’ memang sangat benar..

Lama sarah duduk hospital..tapi saya malam tu bersalin..esok tenghari dah baik..tak sempat nak merasa duduk kelas 1 makan dan minum dalam cawan dan pinggan kaca siap berhidang.

Lepas tu saya masuk buat biopsi kat Hospital Putrajaya, bersalin di Hospital Putrajaya dan buat D&C kat Putrajaya juga…

Alhamdulilah atas kesihatan yang baik yang Allah bagi pada saya sampai hari ini.

5. My first of everything

First time saya tulis tag macam nih… busannya nak habiskan sampai 5…stop sampai sini je boleh macam tu?

 

Kawan-kawan saya..

Di kampus kawan saya perbagai bangsa…lumrahla kalau sekolah kat sini, tapi kalau kita belajar di Malaysia pun ramai postgraduate asing, ini kan strategi pengantarabangsaan dalam meningkatkan markah university dalam ranking…wah..wah..dah macam balik kerja pulak rasanya..university, publication, citation, ranking….pening..

Kadang kala saya sebenarnya rindukan kerja saya, bila saya dapat membaca strategi university dalam permainan ranking saya jadi seronok, sebab saya tahu saya banyak ilmu tentang tu… bukan ke semua tu dulu makanan saya. Cuma sekarang saya agak segan nak bercerita, sebab semua orang nampak macam tak excited je bila cerita tentang perkara nih… maklumlah sekarang ni kami lah yang jadi golongan “bangun kena buat”…he..he..

Terus terang saya rindu ofis saya, rindu orang di ofis juga, rindu kerja saya. Betapa jiwa librarian tu dah sebati dalam diri saya. Contohnya..sebagai librarian saya memang hebat (che wahh…) cari bahan. tapi bila bahan dah bertimbun depan mata…siapa nak tulung baca..huwaaaaa..waaaa.. sapa nak tulung faham, olah secara kritikal dan tuliskan balik…huwaaa..huwaaa.. nagis mak sensorang kat sini….siapa nak tulung organise dia jadi bab yang cantik dan mudah difahami..huwaaa..waaa..siapa nak tolong pilihkan ayat yang sesuai dan supaya tak kantoi dekat turnitin…huwaaa..waaa… semua tu dulu bukan kerja saya..tu dulu kerja golongan “kena buat”… saya dulu golongan “ayat perintah”..nangis mak..huwww..waa…

Okeylah berbalik dengan rakan kampus saya.. kat UK di diaorang ada problem sebab orang tempatan tak mau buat ijazah lanjutan, kebanyakan postgraduate datangnya dari negara lain, contohnya China, Nigeria, India, Iran dan Saudi Arabia… dan of course Malaysia..Pada mereka postgraduate tak memberi pulangan dalam kerjaya. Kat tempat kita pun sama kecuali kalau kita dari golongan pensyarah dan penyelidik…sebab selepas dapat gelar, tugasan utama orang yang ada title DR itu ialah research….kalau kita tidak duduk diposisi yang memungkinkan kita menyelidik..gelar itu akan tinggal gelarlah…

Tapi contonya di sini, saya suka tengok dokumentari di TV (sebab rancangan lain macam hampeh…).. setiap dokumentari dibuat dengan research yang teliti, mendalam dan menarik. Dan penyampainya selalunya bergelar prof tak pun Dr, mereka pakar dalam bidang tersebut dan mampu menyampaikannnya secara sangat berkesan.. contohnya..pakar dermatologi jadi penyampai pasal hubungan makanan dengan kedut muka, pakar sejarah cerita pasal salah silah raja mereka sambil tunjuk bahan rujukan di arkib dan perpustakaan, pakar astronomi jadi penyampai rancangan tentang alam angkasa..shooting tengah malam.. mereka bercerita dengan bersemangat dan dengan ilmu yang sangat dalam, sampai kita yang menonton ni pun jadi terleka…dan mereka tidak kaku dan sangat menyakinkan..

Tu la..saya fikir dah tiba masanya kita kat Malaysia pun buat macam tu, media yang banyak pengaruhnya seperti TV boleh dimanfaatkan untuk menyampaikan ilmu yang berguna kepada masyarakat. Dah tiba masanya TV3 or RTM memilih penyampai rancangan dokumentari dari golongan penyelidik, make up cantik macam Nadya Nissa..bagi mereka beraksi tidak kaku..tentu ramai orang nak tengok dukumentari…

Ni tak, kalau golongan akademik atau penyelidik memberi pendapat dalam dokumentari tentu diri kaku dalam pejabat yang latar belakangnya buku bersusun, tak pun dengan lab coat dan kat belakang ada student terpaksa berlakon tengah buat experiment… he…he..he.

Melalut dah pulak makcik ni..kata nak cerita tentang rakan sekampus..tak sempat la kali ni….cerita tentang mereka-mereka tu kita cerita lain kali la ye..

 

Idea datang tiba-tiba..

Pernah tak korang terbangun tengah malam dan tiba-tiba teringat sesuatu atau pun terfikir sesuatu.. macam idea datang tiba-tiba…

Sekarang ni saya selalu jadi macam tu, terbangun nak kencing tiba-tiba dapat jawapan bagi soalan yang dok berputar dalam kepala. Rasa seronok bukan main… sekarang ni kalau berlaku perkara macam tu saya terus ambik kertas dan terus tulis apa yang saya fikirkan…kalau tidak nanti lupa….

Al maklumlah kapasiti otak pun dah sedikit penuh, jadi kalau tak tulis “selalu” takut lupa..”bak pa mu lagu tuh dea…”. nak kata makan kepala ikan selalu tak juga. Ikan mahal… tapi kelapa ikan bilis selalu jugak kot.. abis kalau dah berbulan punya ikan bilis kenkadang dah jadi seredak nak buang sayang, saya, tumbuk je la seredak tu dengan bawang, tumis… tak pasti part mana yang ditumbuk tu…he he

Cerita pasal ikan kat Aberdeen ni walaupun tepi laut tak ada pasar ikan, sebab ikan tak naik di pelabuhan sini, ikan boleh beli fresh tepi laut dari nelayan di Peterhead, atau Stoneheaven lebih kurang  1jam perjalanan dari sini. Kalau nak beli ikan fresh kat Aberdeen ni kena pergi kedai ikan (macam gudang ikan) yang tempatnya tersorok. Kalau masuk situ keluar komfom bau ikan. Macam-macam ikan ada, kerapu, sea bass, sea bream, ikan sebelah.. harga agak murah kalau berbanding di supermarket… ohhhh lupa nak cerita supermarket ada ikan… semua ada kat Tesco dan ASDA…sos lingham pun ada tapi ikan kat Tesco kebanyakan dia dah filletkan, kalau yang seko-seko pulak selalu mata dah macam mat gian, badan pun tak six pack..lembikkkkk…

Ohhh balik pada cerita idea tadi, kalau kita fikirkan, mana ada idea datang tiba-tiba, tak pun kita suka cakap…”Mujur tak kena ke mung”.. padahal kita tahu setiap sesuatu telah di atur oleh Yang Maha Kuasa dan kita semua dalam takdirnya. Alhamdulilah Ya Allah atas idea yang diberikan, Kau telah aturkan bagi ku untuk mendapat idea ditengah malam supaya aku boleh berfikir dan mencatatnya dengan baik, compare dengan kalau dapat idea siang hari….tang terfikir je idea, Jiha pun tanya soalan-soalan berbisa dia…terus lupa apa idea yang datang tadi… he..he…

Bersyukur atas nikmat yang diberi…

Pagi lah pagi

Pagi ni saya berkerja dari dapur.. bukan study sangat pun yang lebihnya check e-mail, facebook, baca blog mana yang wajib..he..he.. tau-tau je dah subuh, sekarang ni subuh jam 6.10 maghrib pun 6.02. Makin  lama siang makin pendek…

Sambil dok menaip nih saya rebus daging, teringin nak makan sup daging pagi-pagi sejuk macam ni sedapppp…Saya sekarang ni dah tak tahan berjaga malam dulu kalau kat Malaysia saya boleh tidur pukul 1 pagi bangun pukul 5 pagi, lebih-lebih lagi kalau ada kerja urgent atau pun tempahan coklat.

Sekarang jam 10 mata dah ting tong.. semalam En Abang balik pukul 10 pun saya dah tak boleh bukak mata, dah dia tak bawak kunci. Macam zombie bangun bukak pintu. Macamana nak jadi pelajar mithali macam ni, yang stay up sampai pagi errrr tapi bangkit tengah hari … saya tak mampu buat macam tu…

Tu la saya pilih opsyen bangun pagi dan terus berjaga sampai malam nanti. Apa vitamin nak ambik untuk bagi bertenaga nih…Seronok tengok anak-anak saya terutama si kecik Ali tu boleh melompat-lompat tek reti duduk diam. Nak pulak diaorang sekarang ni tengah cuti sekolah, tak da aktiviti apa, nak jalan pun hujan dan sejuk (3-5C) jadi tenaga banyak tak tersalurkan.

Kalau saya mampu ubah masa tentu saya nak study masa saya masih mampu terlompat-lompat macam tu. Banyak tenaga nak buat semua benda. Tapi masa tu mungkin saya tak sematang (cehwah…) macam nih…tak sesabar (lagi chewahhhh…..) macam nih dan tak dapat peluang macam nih…

Tu la bila fikir balik Allah bagi kita peluang dan cabaran yang kita sebenarnya mampu nak harung, tak usah difikirkan kalau…kalau… buat sakit kepala dan hati. Terima dan tenang kan hati.. wah wah..wah sedap betul menulisnya yeak makcik… realitynya cukup payah nak perbaiki hati dan diri…

 

 

My Bad…

Lamanya tak update blog..my bad..my bad..

Sepatutnya saya kena update hari-hari or seminggu sekali….Blog ni adalah rakaman peristiwa dan perasaan saya dan anak-anak. Sayang sangat bila teringat blog lama yang dah tak de tu.. semua cerita masa kecil sarah jiha tak ada lagi dah ..tinggal dalam kenangan je.. kalau ingatan ni short circuit macamana… jangan tak tau buat Phd ni boleh membuatkan anda short circuit.. mohon jauhkan Ya Allah..

Jadik adik-adik saya bertekad untuk update blog serajin yang mungkin, tiada motif lain hanya sebagai coretan kenangan bagi kami sekluarga dan kalau ada pengajaran dan teladan untuk pembaca…

Musim luruh dah nampak sangat, daun dah kering dan angin dah kuat…semalam lalu pokok ni masih handsome banyak daun.. hari ni dan togel tak de daun… aturan Allah untuk sekelian alam..tak ada yang mampu menahan.. macam tu jugalah manusia…semalam muda hari ni tua…

Kata pasal tua, kami ni antara couple student tertua kat sini, kalau couple PR atau pun orang bekerja ramai lagi tua, tapi student semua baya-baya anak-anak sedara saya je.. haruslah saya jadi macam mak-mak..dan tahun ni ada ramai student baru mendaftar, yg undergrad ada, master ada phd pun ada.. yang bestnya ada beberapa orang yang sama universiti dengan saya, ada harapan lah jumpa orang melayu kat kampus lepas nih…

Orang Indonesia pun ramai…selalunya jumpa di surau, saya okey aja, sebab bahasa Indonesia saya masih baik walau dah hampir 20 tahun saya meninggalkan Jakarta. Tula..antara rindunya rasa nak ke Jakarta.menjejak kenangan lama…hehe mengimbas memori daun pisang… mana ada..kita pakai payung pun sorang satu kan Bangggggg…

Tapi time orang pergi haji ni rasa teringin pulak nak pergi Mekah dan Madinah, sudahlah saya peminat setia Blog prof Muhd kamil…lepas tu tertengok pulak sinetron Adam Hawa episod 24, 25, 26 dan 27…. teringin sangat-sangat.. Ya Allah semoga aku terpilih menjadi tetamu Mu dalam masa terdekat ni… errrr mana buku akaun Tabung Haji….