Dah dasar selebet…..

Hari Khamis..cepatnya dah nak habis seminggu..

Mungkin pada kita hari-hari cepat berlalu tapi kepada saudara-saudara kita di Gaza… sehari rasanya macam setahun, menunggu bilalah keadaan aman..

Hari ni saya balik sekolah awal, saya pergi jalan-jalan ke town. Lama betul tak merayap sendiri kat town, cuci-cuci mata. Melihat suasana persiapan Christmas orang-orang kat sini. Shopping complex memang la penuh, walaupun hari kerja.. kalau hujung minggu lagi la. Orang bukan saja beli persiapan untuk Christmas, ada juga yang bersiap untuk hadapi winter.

Mula-mula dulu saya tak kisah je dengan persiapan winter, maklumlah pengalaman saya winter sebelum ni tak la seteruk mana, tapi lepas snow masa raya haji hari tu saya jadi waspada juga.. apa nak beli untuk winter supaya tak membazir.

Tak best shopping masa winter macam ni, pilihan warna yang ada semua gelap-gelap, sangat tak sesuai dengan selera Malaysia saya yang suka cerah-cerah… semua benda wool dan mendung…he…he.. tengok pun dah terbayang sejuk..

Seperti biasa saya akan beli barang untuk anak-anak dan tak beli apa-apa untuk diri sendiri. Saya masih lagi pakai seluar dan t-shirt 6 tahun dulu masa saya di UK, tapi handbag saya advance sikit sebab saya pakai Longchamp … ha..ha.. upgred tapi Longchamp lama hitam beli kat carboot tapi yang paling best kasut saya….

Saya masih lagi pakai kasut Power bata dari Malaysia. Kasut nih saya beli masa nak pergi BTN dulu, tapi tak guna.. sehingga hari ni saya masih lagi pakai. Suami saya kata..jangan tanya kalau nanti tiba-tiba kasut nih hilang je dari pandangan…

Orang semua dah berbut paras lutut saya masih setia dengan kasut bata power tu… ni kira ada “up” jugala… masa saya buat master dulu lagi kesian, pergi kuliah saya pakai T-shirt hari keluarga ofis saya je…

Tu la..bergaya seorang tu tak ditentukan dimana mereka berada. Dah kat Malaysia saya macam tu, kat sini pun saya macam tu jugak. Apa yang penting selesa. Pakai boot payah nak bukak, terutama bagi kaki saya yang lebar nih…

Kasut power pun kasut power lah..asalkan saya bahagia…..

Sejuk-sejuk pun gagah pakai skirt…

Advertisements

Bosan..

Bosannya..cemuih.. tak tau nak buat apa..

Saya rasa bosan nih, dah lama tak keluar dari Aberdeen, last keluar hari tu pergi Glasgow… he bosannya, nak pergi mana yea..

Kalau kat malaysia start kereta balik kampung, tak pun keluar makan sea food kat Bagan Lalang, tak pun pergi rumah kakak-kakak saya mintak dimanjakan…

Nih Jiha tak sihat, dah seminggu tak sekolah, kena winter bug, selsema sampai hidung berdarah..ngeri tengok, lepas tu dia ni bukan jenis nak melawa, kesat hingus darah selepet kat muka..MasyaAllah.. ngeri pulak tengok..

“Nothing to worries about…” biasalah kata doktor kat sini.. “just make sure she has plenty of rest” no ubat, no antibiotic no..no..nehi.. nol..

Kalau kat Malaysia penuh 4-5 macam ubat dia bagi, memang kerja saya setiap 6 bulan check petiais buang ubat yang dah expired, kesian kadang-kadang tak pakai pun. Bertapa mewahnya kita di Malaysia. Sudah jadi budaya disini setakat demam selsema balik rumah minum honey and lemon je… tapi semua perkhidmatan kesihatan adalah percuma dan ubat pun percuma. Ini yang membezakan antara England dan Scotland. NHS disini cover semua, bukan hanya kanak-kanak umur bawah 16 tahun sahaja…

Cerita pasal saya bosan nih…rasanya orang-orang kat rumah ni tentu 10 kali lebih bosan dari saya, Tapi Sarah elok je..asal dapat Laptop, Jiha dan Ali elok je bergaduh.. En Suami…selalu kepenatan, pagi kerja..keluar masuk hantar anak sekolah..hantar mak anak sekolah.. nampaknya Ibu je yang cemuih sesangat nih…

Rasanya besok nak pergi laut la… nak jerit puas-puas…. AaaaaaaarRRRRRRRRRRRhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. SuhanaAllah, MasyaAllah..AstagfiruLLah…

Daun depan rumah..dulu nampak je excited, sekarang ni bila dah bertimbun dok kata “bila Council nak sapu nih…… semak….”

Tahun Baharu Hijrie 1434

Salam Maal Hijrah, selamat bercuti kepada rakan-rakan di Malaysia…

Sementara kita sedang bercuti mengenang hijran rasul Allah Nabi Muhamad S.A.W saudara kita di Gaza sedang hebat dibedil tentera Israel…TV disini menunjukan keadaan di Gaza dan juga di Israel dimana serangan berlaku…

Wawancara juga di buat dengan Wakil Hamas dan Duta Israel di London. Kementerian luar UK terang-terang menyalahkan Hamas kerana memulakan serangan ke atas Israel, itu yang diulang-ulang di kaca TV. Tapi menurut Wakil Hamas serangan itu ialah tindakbalas dari serangan Israel terhadap orang kanannya, malah sebelum itu juga beberapa serangan seramai 19 orang awam Gaza telah terbunuh.

Bila ditanya kepada Duta ISrael kenapa bila serangan Israel terhadap Gaza, walaupun dikatakan ditujukan kepada Hamas tetap juga ada orang Awam yang menjadi mangsa. Duta menjawab, Susah untuk melakukan serangan terhadap Hamas yang berkubu di kawasan awam.. satu jawapan yang menyakitkan hati…lame kalau ikut kata Jiha….

Jadi dengan alasan itu dunia membenarkan Israel membedil orang awam Gaza? Tanpa rasa bersalah…

Ironiknya di Liverpool hari ini seorang penjaga bendera kereta api dijatuhi hukuman penjara kerana menyebabkan kematian seorang remaja mabuk yang terjatuh dicelah keretaapi. Dia didapati bersalah kerana tindakan dia membenarkan kereta api berjalan telah menyebabkan remaja tersebut jatuh dan mati. Seorang yang melalukan tindakan biasa tetapi tersalah perkiraan (sebab dia fikir remaja itu akan bergerak) telah didapati bersalah. Sah-sah penjaga bendera tu juga tak tahu apa tindakan selanjutnya remaja tersebut cuma dia mungkin boleh berfikir…kesilapan dia hanyalah dia tidak berfikir dengan tepat…

Tapi dalam kes Gaza, Israel dan dunia tahun rakyat Gaza tidak akan sekali-kali meninggalkan Gaza dan akan terus tinggal di kawasan tersebut, bukan sesuatu yang baru… kenapa Israel tidak terfikir untuk membuat pertimbangan yang halus jika hanya ingin menentang Hamas…kesilapan mereka berfikir (atauĀ  memang berniat ) telah menyebabkan ramai orang awam terbunuh… bukan hanya seorang remaja mabuk…

Semoga Allah menyelamatkan saudara kita di Gaza….

 

Samar-samar

Menerka Dalam Kesamaran

Ibnor Rizal

Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri

Merapu orang bangkit tido…

Banyak benda dalam hidup ini membuat saya rasa cemburu..

Setiap kali membaca kisah kejayaan anak-anak rakan-rakan saya rasa cemburu.. MasyaAllah pandainya ibubapa mengasuh sehingga anak mereka boleh berjaya.. membaca cerita kawan-kawan fully breast feed anak-anak saya rasa cemburu.. MasyaAllah banyaknya susu dia… Membaca cerita orang naik pangkat saya cemburu…MasyaAllah rezekinya bertambah.. selalu rasa cemburu…

Ada ke orang yang cemburu baca cerita saya…he..he..harap-harap tak ada.. tapi tujuan saya bercerita bukan untuk membuatkan orang lain rasa cemburu, saya mohon perlindungan Ya Allah dari rasa Riak.. tapi kalau orang cemburu dan boleh memacu ke arah yang lebih baik Alhamdulilah….

Tapi memang ada sesetengah orang yang menulis untuk mengharapkan orang lain memberi perhatian/comment/like apa yang ditulisnya.. bayangkan update status panjang-panjang di FB..tak ada hamba Allah pun bagi comment… jangankan komen..like pun tidak.. hehehe…ada yang bengang gila…

Saya suka juga komunikasi dua hala nih…tapi jangan sampai ada yang cemburu sakit hati dengan cerita-cerita orang baru bangkit tido macam saya nih…

Okeyla..selanjutnya.. cerita budak-budak ni… Ali sekarang pantang kita kata tak boleh..dia mesti tanya “why?” atau pun “why not?” kenkadang tambah pulak kat hujungnya..”but I like it?” sampai saya naik lemas nak jawab… memang budak-budak usia macam tu akan tanya macam tu ke atau si Ali ni dah terlebih belajar strategi memujuk..kenkadang siap dengan mata kelip-kelip lagi….

Saya tak ingat dulu Jiha dan Sarah masa umur macam nih sama tak dengan Ali nih..kesian..saya mungkin terlalu sibuk sampai pekembangan anak sendiri pun tak ingat..

Tapi kenkadang annoying juga si Ali ni bila buat macam ni terutama kat carboot…makcik sipenjual tu pun sokong-sokong dia..he..he kang dua-dua sekali saya lesing kang…

p/s..Ali Jiha dan Sarah kalau gaduh sekarang mesti ada keluar perkataan “you’re annoying!!!!!!”… “you’re gross!!!!”… tang bergaduh je cakap orang putih…tak berbaik cakap melayu..he..he “berbudi Bahasa Amalan kita”..he..he..he..

 

Meletup

Malam tadi suasana kat sini macam suasana malam tahun baru cina di pekan Tangkak… kampung saya…

Bunga apa tidak berhenti-henti dari jam 5 mlm/petang sampai jam berapa saya tak pasti sebab saya tidur awal.. disebabkan kedudukan rumah kami yang atas bukit kami cuma perlu berdiri di tingkap bilik jiha untuk melihat persembahan bunga apa…

Malam tadi adalah sambutan BonFire di UK, kalau di Aberdeen dan Aberdeenshire nih setiap community ada pertunjukannnya sendiri, tapi sayangnya saya tak nampak yang grand display untuk Aberdeen yang mereka bakar di tepi pantai…maklumle sejuk dan orang ramai….tak kuasa makcik nak keluar rumah…

Apa-apa pun saya pasti tidak boleh melawan pertunjukan bunga api Putrajaya 2007, 2008…yang juga kami tengok dari depan rumah kami sahaja…

Yang menariknya, disekolah ada anggota bomba yang datang memberi penerangan cara-cara bermain bunga api yang selamat. Guru-guru juga memberi peringatan untuk mengelakan kebakaran. Kat tempat kita ramai pelajar yang innovatif dalam seni bermain bunga api dan mercun…tapi ramai diantara kita tak nampai itu sebagai kreativiti…

Cuba pihak sekolah kembangkan ilmu eksploitasi bunga api mercun menjadi satu sumbangan inovasi pelajar sekolah, tetapi dalam keadaan terkawal dan buat la persembahan bunga api mercun peringkat sekolah….

Apa benda la kau merapu labu..labu…

 

Letih…

Perjalanan jauh yang meletihkan….

Minggu ni saya jadi respondent study seorang student phd dari Greek.. kesian saya tengok dia, punyalah kelam kabut, study dia pasal e-book, ada tiga part, part satu jawab questionnaire, babĀ  dua kena buat exercise guna e-book part tiga ada interview.. sambil menawab tugasan dua ada alat yang digunakan untuk trekking pupil mata nak tengok action mata kita masa membaca e-book. Alat tu dia gunakan untuk triangulate result yang dia dapat dari part satu, exercise part 2 dan interview tu…

Satu pengamalan juga buat saya, triangulate method yang menarik…tapi bila memikirkan kelam kabutnya dia jadi gerun pulak saya, macamana nanti saya nak collect data… dia asyik nak betulkan alat sampai rambut dia asyik menyucuk pipi dan mata saya je…he..he.. lepas tu selamba je ambik pen saya… nervous yang teramat le tu kut…

Perjalanan yang mengerunkan dah pun bermula, part memenatkan setiap hari kena tempuh, balik sangat letih..letih minda, rasa macam saya tak cukup berusaha, tentu ada lagi yang saya tak baca, saya tak jumpa… dengar orang lain berjaya menyebabkan saya sesak dada, bukan cemburu tapi letih memikirkan nasib saya nih..letih memujuk hati..letih memahat sabar….

Minggu ni ada kenalan lama yang massage saya kata saya mantap berani nak buat Phd…hello..hello…kalau la dia tau apa yang ada dalam hati saya nih…tentu dia pun jadi takut..tapi saya biasalah cover line, jangan bagi takut menjangkit kat orang lain…

Ala relax la, walaupun ia perjalanan yang sukar, namun bukan mustahil… Ya Allah aku nak buat phd Ya Allah.tapi aku tak pandai…Ya Allah berikanlah aku ilham….tunjukkan bagiku jalan…

“ibu cakap aku?..mana boleh cakap aku..” protest Ali…