Ali merajuk..

Selamat tahun baru 2013…

Hari ni Ali merajuk kat saya, kesian dia sampai terbawa-bawa dalam tidur… he..he kisah nak ada baby baru..saya tengok gambar cucu saya yang baru 3 bulan si Adel sambil cakap kat Ali ibu nak baby ni la Ali sebab dia baik, sebab dia dengar cakap ibu sebab dia itu, ini.. apa lagi sentimental la pak cik sorang tu…

Tambah pulak saya buatla timang2 handphone tu macam saya timang baby tambah meleleh lah air mata dia..kena pulak di batu apikan dek ayah dia..lagi la sayu mamat sorang tu sampai berdarah-darah bibir dia ..(tak pasti apa hubungan nya..tapi bibir dia jadi kering dan terus berdarah…)

Kesian Ali, ibu tak ada baby baru la Ali..tu si Adel la anak Along dengan Kakak Sarah…..

Malam nak tidur dia tak ajak saya pun..sanggup tunggu ayah dia sholat Isyak, mintak ayah dia tidurkan..kecik hati kot dia. Lepas ni payah la saya nak pegang baby..

Saya tak merancang untuk ada baby lagi, faktor umur dan kesihatan menghalang saya dari menambah ahli keluarga.. seronok apa tengok orang yang ada anak kecik ni..sentiasa nampak muda. Maklumlah sentiasa sibuk nampak cergas dan nampak efisien. He..he..Ali dah besar untuk membuat saya nampak muda…

Gambar-gambar dengan baby baru Aberdeen Dhyia Shakira… masa tu Ali tak sentap lagi…..

sarah 005 sarah 010 sarah 011

So kalau nak nampak muda cubala ada anak kecik….

 

Dunia..

Jiha pernah tanya saya kenapa dalam cerita Peppa pig, hanya haiwan mamalia sahaja ada bersifat macam manusia, pergi sekolah, pakai boot, ada rumah, naik kereta sedangkan haiwan macam katak, itik dan burung masih macam haiwan biasa…

Ali pun pernah tanya kenapa dalam cerita Timmy Time hanya pig aja pakai jumper, haiwan lain telanjang bulat.. he..he..

Itu lah dunia ciptaan manusia nak, tak pernah sempurna..

Macam kes presiden us menangis pasal kes tembak di sekolah kat US hari tu.. siapa yang tak sedih budak-budak kecik-kecik kena tembak. BBC pun cover punya baik.. sampai tak tau siapa nak interview, pemilik warong dekat dengan sekolah pun diaorang interview, tanya macam-macam. Nampak sangat nak tunjuk perihatin, padahal saya jarang tengok berita BBC yang cover negara lain…kecuali perang kat Palestine, demonstrasi kat Mesir perang kat Syira, kalau ada pun sikit-sikit je..

Apa yang nak saya stresskan kat sini..? saya rasa dia patut juga nangis bila tengok gambar anak-anak Palestin yang kena bunuh bukan 20, bukan 50.. dah beratus..beribu.. bukan kena tembak pakai pistol automatik, kena bedil dengan jet pejuang, kereta kebal dan peluru berpandu. Tapi pig kat Timmy Time kena pakai jumper sebab dia sorang je tak ada fur atau feather.. he..he..

Minggu nih minggu last sekolah. Sekolah buka semula 7 Jan 2013. Banyak orang pun bercuti sampai 3rd Jan, Library tutup dari 24 sampai 2nd Jan. Ali tanya “Ibu kita tak take holiday ke..?” sebab ramai kawan-kawan dia yang dah tuang kelas sebab pergi holiday..saya tanya balik “Holiday tu apa Ali?”… dia jawab “entahla”.. he..he..Aimee holiday dia pun nak holiday..

Tapi cuti ni kami ada misi berat, jejak kasih siri 3 akan berlaku, ada kawan nak datang dengan family Christmas nih, nak cari rumah baru sebab contract dah nak habis, nak siapkan assigment, dah janji dengan Jiha nak buat playdoh..

Semalam ada student baru datang Aberdeen, anak dia 4. Yang no 3 umur 4 tahun nama dia Ali Imran jugak…

Lamanya

Lamanya tak update blog.. kenapa ek?

Sekarang saya selalu macam tu..tulis sikit lepas tu fikir balik..rasa macam tak sesuai, takut ada yang terasa, tak jadi post. Cakap pun selalu macam tu cakap sepatah dua..tiba-tiba terfikir..”arrgghh..karang kata tak iklas pulak” terus stop cakap.. selalu kena marah dengan En husband pasal cakap tak habis.. he..he..

Kita selalu tak sadar perbuatan kita menyakiti hati orang lain, kadang-kadang ada yang kata tak apa biar dia sakit hati baru dia sedar.. bagus ke macam tu?.. tak ada alternatif lain nak bagi orang sedar? mesti guna juga perkataan dan ayat yang kita tahu boleh membuat orang sakit hati.. kadang-kadang niat kita baik.. tapi niat yang baik tidak akan menghalalkan cara. Saya teringat benda ni pasal terbaca status seorang kawan di FB pasal poster kempen penyusuan susu ibu. … cubalah fikir cara yang terbaik, cabaran selalu ada bagi orang yang hendak berbuat baik. Pada sudut yang lain orang yang gagal jangan pula diperlekehkan..

Wahh.. minggu nih anak buah En suami akan melangsungkan pernikahannya.. kami dah tunggu saat ni dah lama dah, maklumlah dia anak pertama abang yang satu nih yang nak nikah.. tau-taunya melepas.. En suami sedih juga sebenarnya..kesian.. bila saya tanya apa hadiah yang dia nak untuk birthday dia bulan lepas.. dia cakap tiket balik.. perghhhh makan dalam tu..

So untuk Kak Ya alias Azura.. selamat pengantin baru..Jiha nangis bila saya cakap kat dia “kalau kita ada kat Malaysia tentu jiha boleh jadi pengapit kipas2 kak ya”.. meraung mak cik tuh…

Jiha dah belajar sex education kat sekolah dia..dia dah tau macaman babies are made..he.. sperma ayah cari telur ibu bla..bla.. seminggu lebih la dok cerita pasal tu.. tapi dia belum tengok part yang macamana baby keluar…he..he..

Ali pulak banyak hari ponteng sekolah, sekolah dia asyik christmas play je.. Isnin ni pun rasa nak ponteng kan dia lagi.. kelas dia pergi jumpa Santa.. Ali dapat banyak kad Christmas dari kawan-kawan dia tapi yang dia paling suka tentulah dari Aimee.. cucu jiran kami yang cute dan keletah.. Rasanya Ali dah berkenan kat Aimee nih…

Sarah pulak tengah frust Malaysia kalah.. ha..ha.. walaupun tak tengok kat tv.. tanya la kat dia apa respon orang Malaysia semua dia tahu…