Konteks kehidupan

Dah 13 hari dalam 2013

Saya dah tengok episod 80 cerita Adam dan Hawa..skip beberapa episodĀ  sebab dah rasa bosan dengan jalan cerita yang tak berkembang dah nak last-last tu. Tapi ending sangat mengecewakan saya…sampai saya berjanji tak akan ikuti sinetron melayu lagi… (tapi selalu mungkir janji)

Yang saya paling kecewa ialah sikap hipokrit saya sendiri sebagai penonton yang terus juga menonton walaupun saya rasa banyak benda yang salah. Bermonolog kekuasaan Allah, bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan tetapi pada masa yang sama tidak menjaga larangan Allah.

Saya tak pasti tentang teknik pembuatan filem, mungkin keintiman yang ditunjukkan adalah camera trick, contohnya si Johan tak cium si Azie dalam masjid tu, tu cuma camera trick, mungkin juga si Azie tak betul-betul cium tangan si Johan dalam masjid dan si Johan juga tak bersalam dam mencium tangan Makcik-makcik dalam masjid tu…

Tapi kenapa kita semua terima perkara tu sebagai biasa sedangkan kita tahu si Azie dan Johan tu bukan muhrim, sama jugaklah dengan Ain dan Adam, susah dah sekarang ni saya nak tengok cerita melayu sebab saya asyik terbayang apa yang sedang berlaku dalam konteks sebenar kehidupan, Si Ain tu isteri orang si Adam tu suami orang kenapa mesti pegang-pegang dan peluk-peluk dan cium-cium…(mungkin itu semua camera trick)..tapi mereka berlakon untuk memberi kepercayaan kepada khalayak yang mereka benar-benar sedang melakukannya (dalam konteks drama tersebut).

Tapi sayangnya kita semua hidup dalam konteks hidup sebenar, Ain adalah Nadya Nisa yang isteri orang, mak orang dan anak orang yang tiada pertalian muhrim dengan si Am Arron Aziz yang seorang suami orang dan ayah orang. Kedua-duanya melakukan perkara ni di depan pengarah, jurusolek, jurukamera, penjaga pakaian, dan mungkin berpuluh orang lain yang tahu salah si Am tu terbaring atas katil kat hospital celah ketiak si Ain dan si Ain mencium dahinya (sekali lagi mungkin semua itu camera trick).

Drama menjual cerita dan juga kepercayaan, dalam konteks drama tentu boleh sahaja si Ain dan si Am buat macam tu dan penonton pun percaya. Namun bagi penonton yang berfikir, konteks sebenar kehidupan kita sebagai hamba Allah tidak pernah bertukar, sentiasa bersama kita dibumi Allah ini.

Susahlah macam ni, macamana nak buat filem/drama kalau semua pun tak boleh. Tak kan nak panggil ustaz pulak nak tentukan boleh ke tidak drama nih.. hehehehe apa salahnya ustaz pun dah selibriti dah sekarang nih. Saya rasa kita semua boleh berubah perlahan-lahan. Kenkadang tak payah ustaz pun..kita semua ni tak idakle jahil sangat..

Peringatan untuk diri sendiri…kalau dah boleh berfikir macam tu siapa suruh tengok…

 

 

Advertisements