Setahun sudah…

Kesian blog ni setahun sudah saya di sini entri blog ni cuma 30an aja..kalau dihitung seminggu satu entri pun dah boleh jadi 52… semangat menulis yang dah luntur?..atau pun banyak sangat pertimbangan untuk menulis?… teringat blog lama yang dah ditelan internet….ada beratus entri di situ…kisah anak-anak….hemmmmm

alisnow26113 003

Budak yang sentiasa ceria tak kira cuaca…

Minggu lepas setahun sudah saya dan keluarga bermukim di Scotland nih…so far so good.. apa lagi nak komlpen?…tapi tentunya Malaysia tetap di hati..Ali selalu kalau nampak duit mesti simpan tabung sambil cakap “simpan buat balik Malaysia….”

Saya selsema yang teruk minggu nih dan ditambah sakit kepala…sakit kepala yang sangat sakit…masyaAllah… tapi sebab saya selalu letak benchmark “sakit bersalin lagi sakit” saya selalu rasa sakit kepala ni boleh tahan lagi lah.

Sarah dah start masuk kelas khas bagi kelas utama di sekolah dia, sekarang ni dia dah ada elektif..dia ambik hospitaliti, woodworks, ESOL dan apa lagi satu omak dia dah tak ingat… kelas -kelas lain dia buat dalam group support learning… Saya ok aja..cuma dia je komplen tak suka sebab dia tak selalu dalam kelas dia yang ramai2 tu… dalam kelas support learning ada 6 orang je murid dia…

Sekarang pun dia dah senang nak solat di sekolah, ada bilik yang disediakan untuk dia dan kawan dia solat, biasanya dia solat bila balik rumah,Alhamdulilah….

Hari nih En Suami dah start kerja pagi semula…pagi early morning..start 5.30am..woooo sejuk wooo…bayangkan dalam winter nih nak keluar rumah pun malas..inikan pulak nak keluar pagi-pagi..tapi demi rezeki yang halal…terpaksalah… Semoga dimurahkan rezeki lagi kepada En Suami…rezeki untuk kami sekeluarga…

Alhamdulilah  keluarga yang ditinggal di Malaysia juga dalam keadaan selamat..dapat 2 cucu baru sebelah En Suami. Entah bilala nak jumpa…Serius…bila tengok gambar Malaysia rasa rindu sangat…tengok pokok Malaysia pun rasa rindu…apatahlagi kaum keluarga….

 

 

 

 

Advertisements