Hari nih masih snow..sejuk sehingga sakit jari-jari…Macam tu la cuaca Scotland…kalau nak panas..balik Malaysia..

rumah baru 027Sumber Inspirasi

Saya hilang motivasi minggu nih..sejukkk..penat…letih dan cemuih…apa nak jadi dengan saya nih.. Saya malas nak keluar rumah ke kampus maklumlah bila dah pindah rumah macam-macam benda nak buat..tapi tu minggu lepas…sekarang nih semua dah settle…

Letih sebab banyak masak dan mengemas…weiiii bukan buat sorang ..tu En Laki banyak membantu, kemas, basuh lap semua dia buat..awak tu cuma masak je… apa lagi nak complaint?

Penat tengok kerenah anak-anak…heiiiii anak-anak memang macam tu..dulu pun macam tu jugak….

Nak naik bas tak ada duit syiling… sudah jangan nak menipu…kan dan top up bus card….

rumah baru 021NO COMMENT 045

Apa alasan lagi nih nak explain malas saya nih…kenapa kita kena ada alasan? Kalau nak belajar tentang cari alasan boleh berlajar dengan Jiha..dia boleh berikan banyak alasan..kalau Sarah biasanya diam je kalau kita minta alasan…dan Ali pulak asyik beli alasan yang cuba membeli hati..contohnya kenapa Ali nak tidur dengan Ibu…sebab ibu lembut…. hehehehe..

Alasan saya ialah…seribu alasan boleh saya berikan…mungkin orang yang mendengarnya ada yang membeli..tak kurang juga yang rasa ia mengarut…tapi apakah alasan yang betul-betul boleh mengubat lara hati saya ni…sebab puncanya saya sendiri pun tak pasti…..

Saya perlukan M.O.T.I.V.A.S.I

2 minggu lepas ialah sambutan hari ibu versi UK.. saya dapat hadiah dari Ali…

Masa saya mula-mula berkahwin dulu saya nak lambat-lambat jadi ibu, maklumlah baru kahwin, serba kekurangan. Tapi Allah bagi rezeki, tak lama naik pelamin saya mengandung..hehehe..lahirnya Sarah pun cepat..due date 16 Oct…23 Julai dah keluar.. jadi saya memang cepat dapat anak…

Saya selalu ada idea macamana saya nak didik anak-anak saya.. maklumlah saya dah biasa jaga anak sedara, saya dah tengok contoh macam-macam dan saya macam dah ada bayangan nanti kalau anak saya, saya akan buat bergini dan bukannya begitu.

Contohnya saya nak breast feed, kalau tak cukup dua tahun dapat 6 bulan pun jadilah, saya nak ajarkan anak saya flash card sejak kecil lagi..saya akan bukakkan lagu-lagu klasik dan alQuran untuk merangsang mindanya… nyatanya perancangan Allah lain buat saya..

Anak saya lahir pramatang dan saya tak ada susu..saya terkial-kial nak supply setengah botol kecik untuk Sarah setiap hari..akhirnya susu pun kering dan Sarah masih di hospital..Bila sarah sekitar 6 bulan saya mula tunjukan flash card pada dia…bila dia setahun saya baru tahu dia rabun teruk….

Apa yang saya nak sampaikan disini ialah tak semestinya perancangan kita akan menjadi seperti yang kita impikan..kita ada Maha perancangan yang rancanganNya jauh lebih baik..

Apa-apa pun saya bersyukur anak-anak saya membesar walaupun tak seperti yang dirancang..dan sekarang saya dah kurang sikit merancang..dan kurang frust kalau rancangan tak menjadi..dulu kalau rancangan tak menjadi..maunya seminggu saya sedih…

Sekarang saya lebih santai..saya rancangan tak jadi..saya stop sejenak..dan fikirkan kenapa tak jadi..dan apa hikmahnya… nayatanya kita meminta dan orang lain pun meminta pada Allah maka Allah bagi yang terbaik mungkin mengembirakan satu pihak dan mengecewakan pihak lain..mungkin dua-dua pihak gembira atau dua-dua pihak kecewa… tapi pihak yang menang ialah pihak yang bersyukur dengan apa pun Allah tentukan bagi mereka… sama-sama lah kita menjadi orang yang menang…..

moving 022

Masih snow walaupun dah Springgggg….