MySarah

Cuaca mendung..angin kuat dan pokok pun bergoyang….

Ramai orang teruja semasa mendapat anak pertama, ada yang bersedia ada yang kelam kabut. Masa anak pertama semua benda rasanya nak dibeli, semua nak disediakan, semua nak dicuba, excitednya ibu muda…

Bila tiba turn anak kedua kita dah mula relax sikit, dah boleh budget benda yang nak disediakan. Banyak pengalaman semasa membesarkan anak pertama sudah boleh menjadi panduan untuk membesarkan anak kedua. Dengan anak pertama kita seprti menjalankan experiment di lab, maklumlah tak setiap formula yang diberikan akan berhasil sebab bahan kajian yang berbeza.. jadi banyak try and error..

Membesarkan Sarah adalah pengalaman penuh drama aksi dan emosi..,dari saat dia dilahirkan sehingga sekarang,macam-macam babak drama dah berlaku, bukan macam drama Korea kesukaan Sarah yang kadang-kadang jelek saya menontonya. Jalan cerita yang dibuat-buat, massage yang tak jelas dan bersandarkan kepada wajah artis. Kenapa muka artis Korea yang lelaki semuanya macam P****N…Sarah selalu marah kalau saya cakap macam tu…

gambar raya 009

Banyak kesalahan yang saya lakukan semasa membesarkan Sarah, bila saya amati dan teliti semula, banyak perangai Sarah sekarang ni adalah kerana kesalahan didikan saya.

Ya Allah saya mohon ampun kerana banyak betul salah saya dalam mendidik Sarah, ilmu kurang dan tak ghairah mencari ilmu, kadang-kadang ilmu yang sedia ada pun tak diamalkan sebab lalai, malas dan lebih pentingkan hal-hal lain. Saya tak malu untuk mengaku semua itu…Ya Allah pada umur yang tersisa in bagi lah peluang untuk saya mendidik Sarah dengan lebih baik, kurniakanlah saya ilmu dan idea untuk memberi pendidikan dan panduan untuk Sarah.

Sesungguhnya saya amat mengharapkan belas ilmu Allah sebab saya membesarkan Sarah saya yang sangat unik, dalam tahap umur yang paling kritikal ,,dalam suasana yang paling mencabar…Ya Allah kau rahmatilah MySarah ku…..

Dan adik-adiknya juga Ya Allah…..

Boh gambaq jalan-jalan

Cuaca sekejap cerah sekejap hujan..angin kencang tapi Alhamdulilah dah panas…..

Dua minggu lepas kami berjalan ke Inverness, konvoi dua buah kereta. Ni lah anggota rombongan kami bergambar untuk gambar Salam perantau versi Utusan…

loch ness1 Inverness ni terletak di utara Scotland dalam daerah Highland.. yang menjadi tarikan utama kat sini ialah Loch Ness yang terkenal dengan monster Nessie tu. Tak ada la monster tu kelihatan, dan semua tu lagenda saja tapi budak2 ni semua ngigau masa tidur malam tu..penat sangat kot sampai terbayang monster kejar diaorang..hehehhe

Kain tartan dan kilt ialah pakaian tradisi Scotland Highland ni..ini ialah dua orang cucu sedara orang Scotland sedang mengayakan topi dari kain tartan… pernah Ali tanya saya “orang ni jahat ke Bu?” sambil tunjuk gambar orang pakai kilt saya tanya “kenapa Ali cakap cam tuh?”..”sebab cikgu kata dia ni kill..”..Ohhhh baru la saya faham..”Dia pakai Kilt la Ali bukan dia kill orang..” Ali..Ali..
loch ness2 Banyak tempat untu dilawati kat Inverness ni, tempat ni pun bagus jugak..loch ness3 Urquhart Castle pun kena pergi jugak.. kapal yang dalam gambar ni kami jumpa kat town..dia menyusur tasik ness dan sampai ke castle nih..dia melalui satu jambatan yang di buka untuk membenarkan kapal-kapal meneruskan perjalanan ke Loch Ness dengan cara jambatan menyerong ke sebelah kiri dan kanan, kalau jambatan kat London Tower diangkat ke atas jembatan di Caledonian Canal ni  menyerong…loch ness4 Snow di Inverness sangat lebat petang itu

loch ness5Demikian lah sahaja laporan percutian budget murah saya…taadaaa….

Gambaq 1,2,dan 3 kredit untuk Aini Jamil…

Jom naik bas…..

Sudah hampir lima bulan saya menjadi pengguna setia penggangkutan awam..bas…setiap hari saya naik bas pergi dan balik sekolah, dengan harapan dapat menjimatkan duit minyak…Saya peruntukan £40 sebulan untuk bus pass, jadi bila sehari tak ke kampus tentu rasa ralat…sebab tambang dah bayar.. moga-moga dapat menjadi motivasi untuk saya ke kampus setiap hari….

Banyak pengalaman saya dapat dari pemerhatian keatas operasi bas di Aberdeen nih..setiap hari pengalaman berbeza….dari pengalaman tersebut, beberapa tips dapat saya coretkan kat sini sebagai panduan pengguna-pengguna pengangkutan awam..tapi sebab ini ialah observation terhadap satu case study di Aberdeen atas Bus First sahaja jadi tak boleh digeneralizekan kepada bas-bas lain baik di UK mahupun di Malaysia. Tapi  boleh aja kalau nak diamalkan kat mana-mana…

Tip 1..Kalau naik bas jangan duduk depan…

Hehehe..bukan takut kalau accident kena dulu, cuma tempat depan tu reserve kan lah untuk golongan tua..di Scotland ni orang tua 60th ke atas dapat elaun transport untuk naik bas.. jadi setiap hari mereka akan menggunakan perkhidmatan bas. Kita biasanya mana yang kosong je terus terjah… tapi bayangkan mereka ni dahlah susah nak jalan pakai tongkat lepas tu kena jalan kebelakang bas… menariknya bas kat sini boleh kneel, sebelah penumpang nak naik tu boleh direndahkan untuk memudahkan penumpang tua dan pram serta kerusi roda..

Kebaikannya perjalanan kita jadi cepat sikit, sebab driver bas tak akan jalan selagi penumpang tu terutama yang tua tak duduk atau pun selamat pegang tiang bas… cepat sikit..

tip 2: Jangan gembira sangat kalau bas kita sampai cepat…

Kita mesti suka kalau bas sampai cepat dari yang tertulis dalam jadual, tentu kita akan sampai cepat…jangan ye kalau naik bas kat sini. Bas akan berhenti menunggu dibeberapa bas stop yang dia tercepat..duduk la tunggu situ 2-3 minit..last-lastnya sampai dai sama dengan waktu jadual…

tip 3: Kalau nampak bas kat bus stop jangan kejar…

Biasanya kita kalau nampak bas dah sampai kat bus stop kita punya kejar la…jangan la buat macam tu kat sini…kalau bas dah bergerak dari bus stop biasanya dia tak akan bukak pintu dah, sebab salah dia kalau ambil penumpang semasa bas bergerak… dah la penat kejar bas..lepas tu tak dapat naik pulak..malu pun ada jugak sebab nanti orang dalam bas akan tengok…

Tip 4: Kalau takut anjing susah la..

Saya ada kawan arab yang takut sangat anjing, kalau ada anjing sebatu dia kona takut..kalau ada anjing kat belakang dia sibuk nak lari, padahal bukan anjing tu kejar pun…

Anjing boleh naik bas kat sini, saya pun tak suka jugak, kalau guide dog untuk orang buta saya faham la, ni anjing biasa..kalau yang sopan sikit anjingnya tak apa, ni nak jalan sniff sana sini… weiiii….orang kat sini sayang sangat kat anjing, ada sekali tu saya naik bas dari kampus seorang gadis ni gendong anjing dia sepanjang jalan gara-gara anjing dia tak reti nak duduk diam…

Kalau kita macam takut-takut kat anjing nih tuan dia mesti kata “don’t worry, he won’t bite you..” ye la pakcik dia tak gigit..part dia meleset tu yang tak kuasa….

Tip 5: Bila turun tu ucapkan la terima kasih…

Saya perhatikan bas driver kat Aberdeen ni kurang peramah sikit berbanding dengan pengalaman saya naik bas kat England dulu, kalau hari baik dapat la yang peramah, yang senyum, yang buat jokes kalau hari tak baik dapat yang muka kelat sikit… mungkin orang Scotland ni gitu kot..

Biasanya saya akan ucapkan “good morning” setiap pagi bila naik bas atau pun “Haiya” sambil menyuakan bas pass saya.. dia akan jawab “Thank You” atau pun “that alright”..kalau dapat yang peramah akan siap tanya “how are you this morning”… ..sekadar berbudi bahasa…

Masa turun ucapkanlah Thank you…tak kira la driver tu dengar atau tidak, dia friendly ke tidak masa kita naik tadi…kita kan orang melayu yang berbudi bahasa…

Sekadar tips untuk ingatan diri sendiri dan teman-teman…