Kenapa semalam ibu garang…

Panasssss..semoga garing jemuranku….

Kenapa semalam ibu garang, mungkin itu pertanyaan Sarah..kakak tanya pasal seluar nak pakai pergi sekolah pun ibu nak marah…

Kakak ibu bukan nak marah…ibu tengah pening nak menyiapkan tugasan ibu…semalam ibu cuba untuk konsentrasi pada penulisan ibu..hari ni ibu kena jumpa dengan cikgu ibu….Mana ibu tak naik suara, setiap 10 minit kakak tanya soalan yang sama…ibu kata sabarlah nanti malam ibu carikan seluarnya……2013-05-14 07.46.11

Kenapa malam semalam ibu tak bacakan Ali beadtime stories? Ayah yang bacakan dengan slang Canada…

Ali…kalau boleh setiap malam ibu nak bacakan Ali bedtime stories. Setiap malam ibu nak Ali tertidur dalam pelukan ibu, biar Ali tahu bertapa sayangnya ibu pada Ali..tapi semalam ibu tengah mencurah-curah idea untuk menulis…ibu tak boleh berhenti..nanti idea ibu lari….2013-05-25 20.05.41

Kenapa pagi tadi ibu tak masak breakfast…ibu suruh Jiha makan cereals je….Jiha nak ibu masal breakfast macam selalu…2013-05-28 08.45.52

Jiha, pagi tadi ibu tak mampu nak bukak mata macam biasa pukul 5 pagi..kebetulan pulak ibu tengah “cuti”…malam tadi ibu berjaga untuk siapkan penulisan ibu…ibu bangun dan cuma mampu sediakan brakefast dan lunch box Jiha dan kakak seadanya sahaja…

Mampukah anak-anak ini faham kerja ibu sekarang? Masa anak-anak balik dari sekolah tadi ibu tertidur di sofa…kakak masuk dan memegang Ibu sambil bertanya…”Ibu demam ke?”…Anak yang sangat perihatin…

Tapi hari ni ibu dah boleh tersenyum macam semula, okey siapa ada masalah..cerita sekolah..boleh tanya dan cerita dekat ibu…petang ni nak makan apa…mari ibu masakan…penat.. lelah.. mengantuk semua hilang selepas mendengar komen-komen positif supervisor…..ditambah pulak dengan kesabaran dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh anak-anak dan En Ayah….

Alhamdulilah Ya Allah……hambamu ini sangat bersyukur….

Advertisements

Ali

Hujan yang turun bagaikan mutiara…hujan dari semalam…2013-05-04 16.29.19

Hari ini saya ada parent teacher interview untuk Ali, yang kedua semanjak Ali masuk nusery. Ali bertambah bijak…tapi masih tak pandai membaca..kesiannya anak ibu…

Kalau di Malaysia kanak-kanak sebaya Ali tentunya dah pandai membaca perkataan mudah dgn 2 suku kata. Ali cuma tahu eja “ALI” “OSO” dan “BEN10″ semua yang memudahkan dia mencari youtube kegemaranya.

Memang sekolah langsung tak mengajarkan Ali membaca, kenal hurup pun tidak. Sekolah lebih kepa skill sosial, macamana nak berkawan, kenal siapa orang yang penting nurses, doktor, fireman, apa nak buat kalau kecemasan etc etc..

Nampaknya kalau rajin ibu la kena ajarkan   mengenal alfabet.Tentu sahaja Ali banyak akalnya…banyak yang kita ajarkan banyak juga akalnya..”tak payah baca bismilah kalau tak makan nasi…” anak bertuah..siapa yang ajar tu…2013-05-17 20.29.44

Dengan accent englishnya yang pekat kalau cakap, lucu betul kalau dia mula bukak mulut ….”Ali dah gosok gigi already..all together dengan basuh muka” hehehehe

 

Cerita minggu ini…

Suhu 8 tapi rasa macam 3..angin kencang…..Dah nak penghujung minggu, Apa cerita menarik minggu nih..

Semalam terima surat dari sekolah Jiha, Guru besar menulis surat pada ibubapa mengenai murid sekolah tu yang kemalangan dan mati petang sebelumnya. Para ibubapa diminta memberikan morale support dan lain-lain bantuan jika dirasakan perlu. Seperti biasa Sarah yang lebih inquisitive berbanding Jiha and of course pak cik Ali…

Banyak soalah yang Sarah tanya, siapa langgar, mati dia macamana, kesian mak bapak budak tu, kenapa tak ada orang jaga dia main, polis tangkap tak orang yang langgar tu…fuhhh panjang lebar dia tanya. Baguslah at least dia tahu banyak benda terlibat jika sesuatu kejadian berlaku dan dia sensitif… malam sikit dia cakap kat saya “Ibu..kakak fobialah cerita budak kena langgar tuh…” I’m glad that she been thinking about it and come to some points of conclusion on how the situation effected her. At least dia akan risaukan adik-adik dia main kat luar, dia lebih hati-hati bila nak lintas jalan etc..etc..etc..

As for the school pupil yang terlibat couldn’t care less…adoi la Jiha tak sensitive langsung. I ask her “Do know the boy?” the answer was “I might….” with no further explanation.. Jiha oh Jiha..bila puas korek-korek baru tahu yang boy to ada twin, a girl..Ya Allah how devastated his twin is (I think)…Ceritanya budak tu main basikal dan ada big truck yang memang parking kat situ, bila truck tu nak jalan dia tak nampak the boy.

Jiha dan Sarah berbeza reaction bila cerita pasal mati, Jiha biasa akan tanya banyak benda-benda dan Sarah biasanya tak nak dengar sebab takut or tak nak face the truth…tapi ni cerita anak-anak sayala..anak-anak orang lain mungkin reaction lain. Sebenarnya kena kenalkan konsep mati ni pada anak-anak bila mereka dah boleh terima sebab siapa pun boleh mati dan bila-bila….apa jadi lepas kita mati..soal amalan dan balasan…tapi kena slow-slow la…

Bila baca gossip di Malaysia, tak boleh nak elak baca kisah artis muda tu yang bergaduh dengan mak dia sendiri di media…dan kita pun seronok membaca, tengok, komen kat FB and tweeter..tak ada ke orang ataupun badan yang dapat membantu artis tu, bantu dia uruskan masalah keluarga dia dengan cara yang lebih terhormat. Bantu dia menghargai ibu dan keluarga, bantu dia melihat apalah dunia tanpa ibu…ohhhhhh lihatlah dunia aku anak wayang…(baca cara Izean Irdawaty) bantula dia.. semua orang tau dia salah, awek dia salah, semua orang komen macam-macam..tapi tak ada ke yang boleh bantu dia kembali kejalan yang benar. Dan pihak media makin mengeruhkan keadaan, macam orang di media tu tak ada etika, tak ada kesedaran moral….

Cerita hari ni, pun merunsingkan jiwa makcik… pembunuhan di Woolwich is sick..really sick..menyebabkan kami rasa tak selesa…..

Tok Chai tak ada passport….

Besok dah weekend..cepatnya masa berlalu…

KHRTC-poster-27x39

Gambar dari sini http://ceriterahmad.blogspot.co.uk/2013/04/sinopsis-kecoh-hantu-raya-tok-chai.html

Sudah kebiasaan Sarah akan bukak panggung pada hujung minggu. Sarah akan mengajak kami menonton cerita-cerita wayang terbaru yang dia jumpa di internet. Minggu lepas ialah giliran Hantu Raya Tok Chai….

Hahaha..cerita komedi seram ni dapat ditonton setengah je sebab tak dapat download sepenuhnya… berimpit-impit kami lima beranak atas katil Sarah…sambil menonton di skrin laptop…bila part seram..lagi ketatlah kami berempat memeluk Ayah..

Al kisah setelah menonton setengah filem itu, menjelang waktu maghrib..Sarah berlari meluru masuk kebilik kami dan terus berbungkus bawah duvet…terbayang hantu Tok Chai katanya…dah resminya Sarah kuat menjerit..maka terjerit-jerit la Sarah menjelang maghrib… tambah-tambah lagi disakat Ayah dan Ali.. kalau jiran-jiran dengar tentu kata “Apa nih..terjerit terlolong nak maghrib nih…” Hehehe..

Agaknya Jiha yang sedari tadi hanya melihat  kerenah Sarah dah malas nak dengar Sarah menjerit… tiba-tiba Jiha pulak jerit “Mana ada hantu Tok Chai kat sini…..Tok Chai mana ada passport!!!!!!!!!!!!”

Hehehehe…Sarah, Ayah dan Ali terkedu…

Politik

Angin kecang, walaupun suhu panas..sejuk masih terasa menyucuk tulang….

Apabila melihat perangai anak-anak saya di rumah ni tak ubah seperti membaca komen-komen politik di FB. Jiha berpolitik hendak menang..biar apa keadaan dia nak menang, “siapa sampai atas dulu dia menang!..” “siapa last sampai dapur dia menang!” macam-macam strategi dia untuk menang.. kalau main dengan Ali suka suki je buat peraturan, dan suka suki je ubah peraturan yang akan memihak kepada dia. Dari segi fizikal dia akan selalu kalah, tapi dari segi taktik dia akan selalu menang..sebiji macam penyokong politik di Malaysia…(tak mengira dari parti mana pun)

Sarah pulak mengamalkan politik negatif…semua negatif..segala yang ibu cakap semuanya negatif, padahal semua benda tu penuh kebaikan, “Letak dulu mangkuk tu baru tuang susu..” jawabnya “tak nak..kakak nak buat cara kakak”…”Pakai baju ni lagi sesuai la kakak…” jawabnya “Tak nak…nak pakai baju ni jugak..” sebenarnya dia menerima idea dan faham sebabnya kenapa, cuma masalah politik negatif yang diamalkan plus mungkin juga ego menyebabkan semua yang dia dengar nampak negatif….samalah macam sepuak politik di Malaysia, semua yang orang lain buat salah, tak betul dan tak baik..tak kan tak ada sedikit pun kebaikan dari tindakan tersebut.. Tapi yang baiknya politik Sarah nih dia akan menukar fikiran mengikuti saranan, cuma ingin menunjukan kuasa dan perasaan je..parti jalanan yea juga kakak nih… kalau marah demonya berdentam dentum satu rumah….

Politik si kecik pulak politik simpati, tak dapat nangis, merajuk, diusik merajuk, dimarah merajuk. Dia salah pun merajuk, kita salah lagilah merajuk… sampai bosan nak memujuk.. macam politik orang kita la, sentiasa mainkan perasaan, sentimen, cerita dendam tak sudah. Bezanya Ali mudah dipujuk..”Ala..ala sayang ibu…meluru dia datang peluk ibu..” Masalahnya pulak, Ali tak mahu mengaku salah..”Kenapa Ali cakap macam tu…” “Saya bukan cakap macam tu…kepala saya peningla…” sungguh auta..

Politik anak-anak pun dah boleh buat pening kepala ibu, apatahlagi politik negara, tak habis-habis lagi di FB….

jihakakakaliNi masa tak menceburkan diri dalam bidang politik lagi…hehehehe…

Impact mee hailam….

Cuaca semakin panas..semakin selesa dan tulip pun mekar di laman kami………

tulip1

Semalam adalah hari yang sibuk..setelah beberapa hari tidak ke kampus, ramainya pelajar berbanding minggu lepas…..ohhh musim peperiksaan rupanya, sana sini nampak pelajar undergrad dan master bersedia untuk masuk ke dewan peperiksaan. Eeeeee exam…eeeeee ngeri…

Semalam saya menghadiri workshop tentang research impact. Research impact ini memang bidang saya masa kerja dulu. Tapi apa yang dibincangkan hari semalam lain dari yang pernah saya handle. Biasanya di dunia academia, impact dikira dalam dunia academia sahaja, contohnya citation, impact factor, H-index dan bermacam-macam index yang lain. Namun apa yang saya pelajari semalam ialah impact yang melangkaui academia, impact kepada masyarakat luas.

Contohnya seorang prof membuat kajian tentang masalah remaja, beliau kemudian menulinya di blog (selain menerbitkan artikel ilmiah mengenainya), blog beliau telah dibaca dan diulas dalam banyak blog berkaitan masalah remaja, beberapa orang menghubungi prof tersebut untuk maklumat lanjut dan ada yang mewawancaranya untuk rencangan tv, radio dan suratkabar, Prof juga memuat naik slide presentation yang digunakan untuk confrence di slideshare, prof juga aktif di LinkedIn, maklumat tentang kepakaranya tersebar dan sekarang beliau menjadi ikon kepada penyelidik mengenai masalah remaja di Scotland.

Untuk tujuan penilaian impact penyelidikan beliau kepada masyarakat luas, semua aktiviti diatas akan di dokumenkan dan diringkaskan menjadi semacam bukti. Saya fikir ini  antara contoh bagaimana kita boleh menilai penyelidikan dan impactnya dalam bidang sains sosial. Seperti yang selalu di gembar gemburkan, pensyarah sains sosial selalu berkata citation mereka tidak tinggi kerana dan budaya dalam bidang sains social kurang citation. Ini mungkin boleh jadi alternatifnya. Tapi setiap pautan dan petikan yang direkodkan haruslah dari sumber yang berwibawa dan sesuai dengan bidang tersebut. Bukan hanya melihat di google dan mengira pautan secara merata.

Hahahaha..ada pening kepala? saya pun semalam ada pening juga, apatahlagi memikirkan kami akan host usrah petang semalam. Menu mee hailam kena dimasak dalam masa 2 jam dan memikirkan en suami kerja dan tidak dapat membantu. Alhamdulilah en suami dah membantu awal, merebus spaghetti menjadi mee dan mengemas rumah serta mengeluarkan segala peralatan.

Alhamdulilah  seronok dapat perkongsian ilmu yang sangat berguna dan dapat menjamu rakan-rakan dan adik-adik. Satu aktiviti release tension dan terapi minda yang bermanfaat.

Masa workshop di kampus saya menumpukan sepenuh perhatian dan tekun menulis nota…hehehehe..nota tentang, bawang putih , halia, udang, sawi…tulis selamba je sebelah SV saya..harap-harap dia tak faham resepi mee hailam saya…..

 

Catatan PRU saya..

Semalam hari yang paling panas di Aberdeen setakat tahun nih..suhu semalam 18C…..

Semalam juga hari yang panas di Malaysia, semalam pilihanraya ke 13, rakyat mengundi..

Budak-budak di rumah ni heran kenapa ibu dok melekat dengan laptop sepanjang petang, Jiha tanya “siapa PM kita Ibu?” Sarah kata..”ohhhh…patutla ada bendera hijau dot putih tuh” Maklumlah kat sini pilihanrayanya tak semeriah Malaysia..cuma leaflet je dimasukan ke dalam kotak pos dan jemputan menghadiri talk by calon yang bertanding…pemilihan dibuat untuk memilih ahli council..ni pun satu yang Malaysia boleh ikut..pilih ahli majlis daerah menggunakan pilihanraya, barulah majlis daerah boleh berkerja dengan efisient… ada unsur balance and check kalau nak luluskan projek ke, nak buat peraturan baru dan ahli majlis lebih aktif berkerja dan boleh dapat hadiah lawatan sambil belajar ke Bandung…..

Hahaha..siapa saya sokong masa PRU nih.. saya sokong yang ada vision..yang ada benda konkrit yang hendak dipersembahkan kepada pengundi kawasan tersebut apart from the general menifasto offered by the party yang bertanding. Contohnya, bagi kawasan Putrajaya saya suka salah satu Idea calon Pas Husam Musa…nak wujudkan kelas Kafa di Putrajaya…

Saya bayar mahal untuk kelas Kafa Jiha dulu dan sungguh saya tak puas hati, memang orang boleh kata “toksah berkira la untuk pelajaran agama anak-anak..tu beli mas kat badan boleh, nak hantar anak sekolah agama sikit pun berkira”… hahaha punya elaborate ayat itu..first of all..saya tak ada emas kat badan..tidak seutas rantai..tidak sebentuk cincin pun..itu cerita lain..saya sisihkan duit saya untuk dapatkan pendidikan untuk anak-anak saya…tapi apa yang saya dapat memang mengecewakan…pengusaha Kafa tersebut langsung tak memberi perhatian kepada urusan Kafa tersebut, tahun pertama keadaan agak baik, masuk tahun ke dua keadaan menjadi tunggang langgang…

Pengusaha Kafa ni ada juga Taska islamic dengan jenama yang bagus, dan saya akui perkhidmatanya bagus..sebab Jiha juga produk taska tersebut. Tapi Kafa yang diusahakannya seperti melepaskan batuk ditangga..masih ada yang terbuku didada saya tentang pengurusan Kafa tersebut. Saya dah suarakan ke pengurusnya, namun sehingga hari terakhir Jiha ke Kafa tersebut tiada tindakan diambil.. Saya sungguh mahu dia menjawab beberapa isu yang saya utarakan, nampaknya sekarang dia kena menjawabnya di akhirat nanti….

Berbalik kepada idea Kafa di Putrajaya memang boleh dilaksanakan, semua sekolah di Putrajaya hanya satu sesi sahaja, sebelah petang boleh digunakan untuk kelas Kafa, macam sekolah agama di Johor masa saya kecil-kecil dulu. Nanti ada orang kata susah nak urus, Kementerian Pelajaran lain..Jabatan Agama Islam lain…tak susah sebenarnya cuma perlukan sedikit koordinasi.. ni tak payah orang besar-besar sangat pun yang fikir..orang takat PPD je pun dah boleh jalankan. Dah ada rasanya Kafa yang satu tempat dengan sekolah kebangsaan di Putrajaya..kat P14 rasanya..hanya perlu luaskan ke sekolah-sekolah lain sahaja, dokumenkan dan perkemaskan.

Itu antara momentum yang kita kena ambik lepas PRU nih, jangan masa PRU je kita perihatin, lepas PRU kita balik kepada hala kita sendiri..masa PRU je kita terfikir soal bangsa dan agama, lepas PRU kita balik berhibur dan leka, FB kembali rancak bincang tentang drama tv…nanti tak sedar-sedar dah nak sampai PRU 14 pulak…

Saya rasa macam ni sebab saya nampak banyak benda yang baik yang orang fikirkan dan  sampaikan semasa musim PRU nih. Sayang jika kita tak ambil idea-idea cemerlang nih. Baik yang kalah mahupun yang menang, teruskan berkerja untuk kebaikan semua…..