Makcik Busy

Minggu nih hujan..cuaca segar tapi macam tak summer je…

Minggu ni dan  minggu lepas memang minggu yang mengejutkan dan minggu super busy bagi makcik. Pertama tentulah terkejut dan bersedih dengan pemergian ke pangkuan Ilahi Dr Faizal. Dr Faizal ni baru lulus Phd dia awal tahun ni dan akan menghadiri konvonya di Aberdeen minggu depan. Memang mengejutkan makcik sebab makcik masih lagi berbalas massage di FB beberapa hari sebelum pemergiannnya. Lebih menyedihkan lagi bila Dr Faizal dan isteri Effa dah booking nak duduk rumah makcik masa mereka di Aberdeen. Jemputan makan tengahari di rumah kami selepas beberapa hari di viva merupakan pertemuaan terakhir kami. Semoga semua amal baiknya selama ini diterima AllahSWT dan dosanya diampunkan..

 

idocq

Minggu ni juga makcik menghendle colloquium. Selain menghendle makcik juga present paper…hebat Fatimah dah makcik rasa..handle colloquium dengan participants dari seluruh UK dan Canada. tapi makcik tak sensorang, ada 3 lagi student post graduate yang sama-sama handle, tapi mereka semua di Glasgow dan Edinburgh. Colloquium ni di adakan di Aberdeen makanya sebagi wakil Aberdeen, makcik kena handle ground preparation seperti venue, catering, registration desk , borang  dan macam-macam lagi lah karenah…

Yang bestnya kat sini kalau handle colloquium macam ni kita buat sensorang, tak ada ajk tak ada siapa tolong, Teringat kalau kat Malaysia selalu makcik handle kursus, seminar bagai, kebangsaan, dalaman, jadi AJK, penceramah, semua pernah, tapi tak pernah buat sensorang. Masa tengah jerit payah tu teringat la..ni kalau kat Malaysia, badges tak perlu susah-susah, ada tukang design, catering ada tukang handle, senarai peserta, buku program semua ada yang buat…hahaha… sekarang ni dok nangis la buat sensorang..

Tapi colloquium kat sini bukan macam kat Malaysia, kena ada perasmian bagai, kat sini meja registration bogel je tak payah bunga-bunga, bagi hadiah kat peserta pun tak payah pakai dulang..heheheh. Sangat simple dan sangat effective, udah le makanya memang sandwich je.

Tapi ada satu perkara yang makcik nak cakap kat sini memang sikit racist..tapi kenyataan. Semula ada 33 orang peserta yang nak datang, tapi pada hari seminar tu 23 orang yang benar-benar dapat datang, Malangnya sampai masa makcik tutup meja pendaftaran ada 6 orang yang tak show up, dah la tak show up, tak ada rasa nak bagi tau tak jadi datang. Bukan susah pun e-mail je kata tak boleh datang..bukan kami mintak alasan pun. Cuma untuk memudahkan urusan dan tak membazir catering. Yang paling makcik jaki tu semua nama-nama tu adalah nama African dan Asian…racist kan makcik. Tak kisahla kalau tak boleh datang sebab takut nak present atau kerja, bukan date tu baru tau semalam…

Tu la…kita jangan lah buat macam tu yea …..kesian kat organizer….

Lagu….

Petang yang panas..sesuai untuk cuci mata…

Makcik ingin berhibur sambil membuat kerja di lappy, makcik bukaklah tube awok… kot-kot la ada lagu-lagu yang dapat menaikkan semangat makcik nak buat kerja nih…mula-mula makcik taip lagu Search….wah makcik rock hokey…. makcik suka sebab tu semua lagu kenangan masa sekolah makcik… tapi pakcik selalu angkat kening bila dengor makcik nyanyi rock….pakcik suka lagu 60an zaizaizaizaizai…lalalala

Sarah tangan di dada mata ke atas kalau dengor makcik nyanyi lagu rock…”Search tu bu..mana ibu tau nyanyi?”….

Lepas abis lagu Search 2-3 round makcik dah tak tau nak dengor apa..serius makcik tak tau nak search lagu apa kat tube awok tu…Siti terlalu biasa walaupun bukan cinta biasa, Ning macam mak neng dah makcik rasa..Akak Ramlah risau nengok turban dia Salwa le kot idok le (old school betul makcik nih)..artis baru makcik tak kenai tak pun makcik tak berkenan…susah nak dengor lagu Malaysia macam nih

Akak makcik yang puan besar tu senang aja dia kalau nak cari playlist, akak Ziana Zain, Liza Hanim atau pun Rafeah Buang…yang makcik nih dok cari la lagu lelama yang mana boleh menghibur hati tapi tak berjaya…

Balik-balik makcik bukak abg Maher Zain je lah..dia kan sedara dengan Ziana Zain dan Anuar Zain…kira lagu Malaysia la tuh….boleh?

Ikhlas dari: Makcik yang tensi….presentation tak siap lagi…

Birthday Jiha

Puasa masa summer…buka pukul sepuluh suku….

kek jiha3

 

Semua muncung nak tiup…birthday sapa ni sebenarnya…

Diam tak diam dah nak masuk bulan Ramadhan dah….macamana la tahun ni budak-budak ni puasa. Tapi sama macam tahun lepas puasa masa summer dan cuti sekolah. InsyaAllah okey lah mereka berpuasa macam tahun lepas..

Minggu lepas kami celebrate birthday Jiha yang ke sepuluh. Bersalinkan jiha rasanya tak banyak drama macam masa bersalinkan Sarah atau pun Ali, Jiha lahir hari Jumaat waktu Maghrib. Saya dapat dengar azan dari masjid Putra, Putrajaya masa  dalam bilik bersalin. Pengalaman bersalinkan Jiha pun antara yang terbaik di Hospital Putrajaya. Bayangkan sebesar-besar Dewan Bersalin, cuma dua patient je ada, apa lagi separuh dari kakitangan Dewan Bersalin datang untuk memberikan semangat kepada saya untuk push Jiha keluar. Tahun 2003, masa tu masih dapat duduk wad sebilik berdua. Masa Ali dah tak merasa semua tuh.

Jiha juga merasa breastfeed paling lama kalau nak dibandingkan dengan Ali dan Sarah. Sarah langsung tak merasa. Jiha ni berfikiran macam orang dewasa, kadang-kadang tak sesuai dengan usia dia. Mrs Young cikgu kelas Jiha pun puji “she got great potential in literature, her choice of words is more advance than other children in her class…” tapi math dia average…sesuai dengan tahap umur dia kat sini…

Untuk kek birthdaynya Jiha request Tiramisu… alamak Jiha..ibu dah ada projek baik punya dalam kepala..ibu nak buat rainbow cake. Sebab terpengaruh tengok di FB sedara En Suami yang ambil tempahan cake..MasyaAllah..cantik-cantik cakenya, kemas dan decoration pun nampak sesuai. Berbeza dangan orang-orang lain yang selalu upload gambar cake tempahan di FB, sedara En Suami tu bekas pramugari dan bertahun duduk di luar negara, sweet and simple memang sangat menggambarkan hasil kerjatangan dia nih..

Sudah kita melalut dengan cerita cake orang lain mari kita cerita dulu proses pembikinan cake birthday Jiha. Banyak betul kendalanya, pertama saya tak ada mixer, kedua saya cuma ada satu je loyang untuk membakar dan colour yang saya ada semuanya malap. Maka bermula lah proses saya membakar cake dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari. Lapisan pertama yang dibakar hancur berderai sebab saya tak sabar nak menunggu sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang (maklumlah ada satu loyang je…) dan selamat la cake tu kena makan dengan Ali….
kek jiha

Jadi juga kau cake…

Selesai membakar baru perasan saya tak cukup cream cheese, sebab sebahagian besarnya dah digunakan untuk membuat Tiramisu permintaan Jiha..maka berkejarlah ke Tesco membeli cream cheese jenama Tesco aja..(murah berbandingkan dengan cik Phily..).. lepas tu saya cuma ada masa 2 jam untuk menghias cake, sementara menunggu anak-anak balik sekolah….

Mungkin itu lah sebabnya mengapa dulu-dulu mak kita nak buat sendiri apa-apa pun permintaan anak dia. Sebab bukan cake yang menjadi ukuran..kegembiraan anak-anak yang jadi pengubat penat…walaupun dalam kes cake birthday..ibunya yang lebih teruja..Jihanya nak cepat je potong, sebab nak makan tiramisu kegemaranya..

kek jiha2

Panjang betul cerita cake nih..



 

 

 

Dunnottar Castle

Kabus tebal selepas sehari panas….

Minggu lepas kami ada tetamu dari Malaysia, Aunty Mala dan Uncle Ghani…Aunty Mala kawan ibu, datang bercuti ke UK dan Europe datang bermalam dirumah kami untuk 3 hari 2 malam…

2013-06-01 17.34.46

Selain dari acara ramah mesra dan makan-makan…kami juga jalan-jalan…kami bawak Aunty Mala ke Dunnottar Castle di Stonehaven, setengah jam perjalanan dari Aberdeen. Macam juga satay Kajang, kami hanya makan bila ada tetamu, ini ilah lawatan kedua kami ke sini. Lawatan pertama sekitar March tahun lepas tidak mencapai sasaran sebab kami hanya mampu duduk ditempat parking akibat cuaca sejuk dan hujan…Kakak dan Jiha tinggal dirumah sebab kereta dah penuh…

2013-06-01 17.01.53 - Copy

2013-06-01 17.07.14 - Copy

Kali ini kami berjaya ke castle, walaupun pada mulanya Ibu tak yakin mampu memanjat dan menuruni anak tangga sebanyak itu. Dunnottar Castle terletak di atas bukit berhadapan dengan laut. Pemandangan laut terbentang luas dari tingkap castle dengan pantai berbatu yang sangat hijau airnya.

2013-06-01 18.00.53

Pantai berbatu..cari batu seremban…

2013-06-01 17.06.41 - Copy

Airnya hijau emerald

Runtuhan Dunnottar Castle yang sangat dramatik memang satu permandangan yang mengasyikkan. Antara runtuhan bangunan castle yang masih boleh dilawati ialah barrack (bukan Obama), tempat tinggal, stable dan kandang-kandang kuda (menjadi milik Abdul Wahub…), gereja kecil dan penjara serta dewan lukisan  yang sudah dibaik pulih. Dunnottar Castle juga dikaitkan dengan William Wallace, Mary the Queen of Scot dan menjadi latar belakang kepada filem Brave.

2013-06-01 17.14.23 - Copy

2013-06-01 16.52.51 - Copy

Castle di dinding laut

Cuaca yang bersahabat petang Sabtu itu tiba-tiba bertukar hujan lebat menyebabkan kami terpaksa berlindung di dalam castle sehingga kami menjadi antara pelawat terakhir yang meninggalkan castle hari itu. Runtuhan castle dirawat dan dibela dengan baik, hanya satu sahaja dewan yang dibaik pulih, selebihnya dibiarkan dalam keadaan sedia kala…ini memberikan kesan dramatik dan kuno berbanding jika kesemuanya dibaik pulih atau pun dibangunkan semula.

2013-06-01 17.22.49

Siling dewan lukisan yang sudah dibaik pulih..

2013-06-01 16.53.40 - Copy

Turun okey..nak naik semula….Adoila….

Seronok berjalan dengan Aunty Mala nih sebab mereka berdua melancong secara backpackers..stamina mereka sangat tinggi…tangga-tangga curam menuruni denai ke castle nampak mudah je bagi mereka berdua..manakala ibu terhegeh-hegeh turun dan naik tangga…bila sampai rumah nak naik tingkat atas pun macam nak merangkak…

Yang paling seronok tentulah Ali..dari mula sampai sehingga balik melompat berlari dan menyanyi tak berhenti-henti…banyak betul tenaga dia…Ali pun enjoy sebab Aunty Mala rajin nak layan Ali…”Nanti datang lagi yea Aunty Mala…..” Ali tunggu kat sini….      2013-06-01 17.13.15