Lagu Malaysia Sekarang….

Hujan lebat sepanjang hari…macam dah berakhir je musim panas…

Salah satu hiburan bagi kami di sini ialah mendengar radio online dari Malaysia…dulu kami ada banyak pilihan, ada Era, Sinar, IKIM..sekarang ni tinggal Suria je..dan IKIM la… tentulah dah dekat nak raya ni kami nak dengar lagu raya.. lagu raya lama-lama la..segar malar..

Tapi dalam pada tu dengar jugaklah lagu-lagu baru di Malaysia yang tak biasanya kami dengar…Wah… macam-macam dah macam lagu kat Malaysia ek…kami noticed banyaknya lagu yang liriknya dah tak puitis..lirik yang sangat bersahaja..contohnya “Lelaki tak guna”..wah seronoknya makcik tu nyanyi…”Kauuuuuuuu..lelakiiiiii takkk gunaaaa”….tapi kalau saya rasanya buat versi rock lagi puas kot…”Hoi…lelakiiiiiiiiiiiiiii tak guna!!!!!!!!!”..lagu budak couple 2 minggu pun selamba..”Kau lah yang satu menjadi sahabat ku…”

Banyak  pengaruh musik Indonesia sebanarnya lagu kita sekarang nih..zaman saya di Jakarta tahun 90 an, saya rasa kelakar bila setiap kali balik malaysia bila dengar lagu Malaysia yang sangat berbelit-belit puitisnya..sampai saya tak faham “Kau bina mahligai dari air mata…” kata satu kumpulan rock zaman saya kerja di surat kabar…kadang-kadang saya ketawa sendirian mendengarnya. Belum lagi lagu Pelamin angan ku musnah… lagu Madah berhelah…In such a way lagu-lagu macam ni bagus membina imaginasi kita dengan lagu.. bayangkan pelamin dah ada tapi tak jadi kawin….tak pun kita suka tengok majalah perkahwinan tetiba putus tunang…kan lebih senang jerit “Lelaki tak guna!!!!!!” hehehhe…Ni lom lagi lagu yang informatif macam “Rembau most wanted yo!!!!” berapa sukunye……12 belas… siapa yang tahu berapa suku ada kat Negeri Sembilan..saya tak tau.

Mana lagu raya nih weiiiihhhhhhh……

Panas lit-lit kata orang kampung suami saya…

Panas betul sekarang ni..memang cobaan bagi kami yang berpuasa kat sini…bila orang tanya berapa suhu..kami jawab 25…pakat gelak orang kampung..25C tu suhu nyaman Cameroon Highland kalau kat Malaysia..heheheh..tapi subahanaAllah percayalah 25 C kat sini macam 40 C kat Malaysia..panas sampai garing kulit-kulit…pulak tu nak nunggu pukul 9.50 malam…..tambah-tambah kalau ada aktiviti luar….

Biasanya kalau Ramadhan macam ni kurangkan sikitla aktiviti luar, biar mood terjaga sampai petang, bukan apa..tambah dosa je dengan En suami dan anak-anak bila mood dah lari..

Kat Malaysia mesti meriah suasana Ramadhan ni..meriah juga suasana orang nak sambut raya. Kat offis tentu dah siap beredar sample kuih raya dan keripik, baju raya tentu dua bulan dulu dah siap tempah. Kat sini macam biasa mengharapkan belas kiriman dari kampung…kalau ada alhamdulilah…kalau tak ada kita raya ala kadar je lah

Saya dah biasa raya ala kadar, mungkin kepayahan hidup mengajar saya bersederhana dalam menyambut hari raya, apa yang perlu didahulukan saya dahulukan. Baju raya kami jarang yang sedondon, sebab selalu beli last minute, kuih raya dah lama saya tak membeli, sebab selalu membayangkan kuih yang dibeli tak sedap dan berharga melampau. Biasanya saya beli keripik untuk dibawa pulang ke rumah mak dan mertua. Kuih-kuih saya buat sendiri dua tiga jenis yang mudah-mudah…

Saya membayangkan kuih yang betul-betul sedap harganya sampai dekat 40 ringgit, kalau yang lelong malam raya kat bus stand Tangkak dapat lah tiga balang 25 ringgit. Bila saya dah pandai buat chocolate saya buat chocolate je bagi hadiah untuk mak dan kakak-kakak saya. Biasanya budak-budak yang jual kuih kat offis boring je nak market kat saya, sebab saya selalu cakap saya buat sendiri kuih raya saya.

Mungkin ramai orang nampak saya pelik, nampak lekeh sangat..kadang-kadang dengan baju raya tak berganti, tapi saya fikir asalkan baju saya mak saya tak pernah nengok kira okey la tu….Baju anak-anak adalah seorang dua pasang, sepasang baju kurung. Biasanya mak saya akan belikan cucu-cucu dia sorang sepasang…dapatlah mereka tiga pasang sorang.

Tapi tu cerita raya 2-3 tahun lepas…cerita tahun ni hampir serupa juga hehehe..sebab raya dah dekat nak naik sekolah. Macam-macam benda nak kena beli, Ali pulak tak boleh guna turunan Jiha dan Jiha pun tak boleh guna turunan Sarah…

Kasut nak kena beli yang bagus, sebab bayangkan anak-anak nak guna lama, semua season kecuali masa snowing. Mesti comfy. Dulu masa saya buat Master saya tak kisah beli barang second hand, tapi bila dah duduk sini lama mula lah rasa kasut second hand dah tak sedap, dah ada kesan tapak kaki tuan punyanya. Bila pakai lama-lama boleh buat sakit kaki. Jadi solution nya beli yang baru tapi yang betul-betul boleh tahan..kalau boleh setahun…

Kalau nak difikirkan memang tak cukup duit biasiswa saya, tapi bak kata pegawai MSD “Dah tu..you nak datang jugakkkk sini…” hadap je lah… Kalau student di Liverpool, Manchester, Birmingham kata duit biasiswa dia cukup saya percaya, tapi kami ni tinggal di bandar lebih kurang sama mahal macam London..dengan kadar yang lebih rendah dari kadar London…memang kata..hadap aja lah.

Tu la kalau tengok blog saya ni tak ada cerita pasal kami sekeluarga melancong Paris ke, Amsterdam ke, Swiss ke, bukannya saya sorokkan cerita …the truth is..kami memang tak berjalan mana pun…tak de sorok-sorok aihhhh…

 

Iddah….

Alhamdulilah hari ke 4…

Rasa macam dah ok je puasa nih. Bila bukak FB je semua orang dok tayang  juadah iftar day 1, day 2, day 3…hehehe saya tak kisah, bagus jugak dapat memberikan idea untuk saya nak masak apa…

Tapi saya tak tahan kalau ada orang yang tulis status dia..”Malaya lagi 10 hari….” serius saya tak tahan…ramai betul warga Aberdeen yang akan balik beraya di Malaysia tahun ini, yang balik for good pun ada. Mereka golongan berduit..baguslah..kami ni ntah  tahun bila baru boleh dapat balik.

Sebenarnya raya dan puasa di mana-mana pun seronok asalkan bersama orang yang tersayang. Bagi yang bujang tentu seronok berpuasa dengan ibu ayah di Malaysia, bagi yang dah kahwin tentu lagi seronok kalau dapat puasa raya dengan ibu ayah suami dan anak-anak di Malaysia.Terbayang kisah kawan yang baru kehilangan suami, bagaimana agaknya dia berpuasa dan berhari raya dengan anak-anak. Mujur masih ada ibu bapa tempat menumpang kasih.

Tu la kita bila cerita pasal orang yang kehilangan suami je kita terbayang pasal kehilangan tempat bergantung. Lawatan tetamu minggu sudah memberikan saya ilmu baru tentang wanita yang kehilangan suami iaitu fasa beriddah… Saya tak ingat sangat pasal beriddah ni sebab belum ada orang yang rapat dengan saya yang saya pernah lihat dalam situasi beriddah. Jadi ilmu saya tentang beriddah sangatlah kabur..sekabur Malaysia semasa musim jerebu yang lepas. Minggu lepaslah saya mempelajari tentang fasa beriddah bagi wanita yang kematian suami…betul jugak kata UAI…orang la ni ambik mudah…padahal ini ialah hukum Allah..haram jika kita buat sesuatu yang melanggar hukum dan semua itu nampak biasa je dari kacamata kita yang tak faham ni..

Saya mencari beberapa informasi tentang wanita yang beriddah dari berbagai sumber dan saya menjumpai maklumat lengkap mengenai iddah larangan dan perkara yang diperbolehkan sekali dengan hadith dan aya’ quran yang menyokonya dari blog ini http://drhasanah.com/2009/apa-yang-tidak-boleh-dilakukan-oleh-wanita-yang-berada-dalam-iddah-kematian-suami/

Beliau mengariskan lima perkara yang dilarang bagi wanita yang beriddah kematian suami:

1. Bertunang secara terang-terangan

2. Berkahwin

3. Berhias dab berwangi-wangian pada diri dan pakaian

4 Tidur di rumah lain selain dari rumah yang biasa ditidurinya semasa menjadi isteri

5. Keluar rumah tanpa keperluan tertentu

Ramai diantara kita yang biasanya tersalah di larangan no 3, 4 dan 5.. biasanya perempuan susah sikit nak kawin atau pun bertunang bila kematian suami, lainlah kaum lelaki…..

Sebahagian kita masih lagi memakai barangan kemas semasa iddah dan mungkin bercelak, kerana sudah terbiasa. begitu juga kita sangat longgar dalam mentafsirkan keperluan tertentu yang dimaksudkan yang memperbolehkan kita keluar rumah.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam blog tersebut, setiap yang ditentukan Allah dalam hukumnya tentu ada hikmahnya. Beriddah tentu sahaja dapat membantu wanita yang kematian suami bersedih dan berkabung tanpa gangguan sehingga 4 bulan 10 hari selain dari 3 kali bersih seperti ramai orang melihatnya. Dengan izin Allah, selepas 4 bulan sepuluh hari, wanita yang kehilangan suami dapat bangkit semula membina kehidupanya. Entri ini ialah sebagai peringatan untuk diri sendiri dan semoga yang membacanya mendapat manfaat.

Untuk segala kedaifan, kekurangan upaya saya memahani issue ini saya mohon keampunan dari Allah………Astagrfirullahalazim….

 

 

Ramadhan 1434

Puasa dah bermula…malam pertama dah terbabas sahur…aisyehhhhhh…..

2013-06-01 17.55.44

Dia ni tak puasa

Semalam hari pertama kami berpuasa, Allah kurniakan cuaca yang sangat sesuai untuk berpuasa, suhu semalam kurang dari 15, padahal biasanya dah mencecah 23..Alhamdulilah tiada rungutan dari isi rumah..

Alhamdulilah tetamu kami sudah pun pulang ke Malaysia. Anak-anak sudah boleh tidur di bilik sendiri, rumah sudah dikemas, kain-kain kotor sudah dicuci, vacum ruang tamu pun sudah. Setiap tamu pastinya membawa peluang untuk kita memberi..sekurang-kurangnya secawan teh hangat….punca rezeki…

Ini ialah Ramadhan kedua kami di sini, tahun lepas dalam keadaan yang lebih kurang sama, musim panas. InsyaAllah anak-anak boleh berpuasa dengan baik kecuali si kecik tu.

Tak apalah kalau Ali tak berpuasa penuh, asalkan dia tahu menghormati orang berpuasa, tak makan depan Sarah dan Jiha. Dulu saya agak strict pasal berpuasa sebab dalam keluarga saya memang macam tu, lima tahun sudah dilatih berpuasa penuh. Jadi anak-anak pun saya latih macam tu, Sarah puasa penuh umur enam tahun masa kami di England, masa tu kami puasa di musim sejuk….seronok.. buka jam 3.00 petang… Jiha pulak seawal lima tahun dah berpuasa penuh. Tapi dengan Ali saya nak ambil pendekatan lain… Saya nak dia berlatih solat dulu dan puasa akan dilatih bila umurnya tujuh tahun. Sebab saya sudah banyak nampak ramai orang yang berpuasa tapi tidak solat. Dan kita pulak kalau budak-budak tak puasa kita sorakkan “eh.eh..eh tak puasa…”..tapi bila tak solat tak pulak kita sorakkan “eh..eh..eh tak solat…”

Rindu pasar Ramadhan…mungkin tidak bagi saya sebab sudah tiga tahun saya anti-param, hehehe,… anti pasar Ramadhan. Saya masak untuk berbuka alakadar je, goreng ikan, tumis air sayur pun dah cukup selera nak buka puasa, kuih pulak buat yang senang-senang macam buah melaka. Kenapa saya anti PARAM?..sebab mungkin Param di taman saya tak best, tak meriah…hehehehe..sebab utamanya ialah saya rasa masak pun bukan lama sangat dan sempat..lebih berkhasiat, lebih bersih, lebih jimat..ada pun en suami kadang-kadang beli air tebu sebagai pelangkap juadah kami.

Kat sini lagi tentu tak ada pasar ramadhan, budak-budak berlengeng berlari depan dan belakang rumah adalah…anak-anak saya tengok je dari celah tingkap…kalau nak pengalaman lain sikit mungkin boleh buka di Masjid, biasanya ada nasi,buah dan susu di masjid, kalau saya bujang, sudah tentu saya ingin berbuka di Masjid, terus solat tarawih….