Things you will miss out when you’re abroad…

Dok mengendap atuk sebelah beli kereta baru….come..come..

Banyak benda tak menarik duduk jauh dari Malaysia nih sebenarnya, yela..kalau setakat barang makan boleh cari, barang pakai apatah lagi…tapi kaum keluarga tu yang susah nak cari ganti.

Kat Aberdeen, ni ada ramai rakyat Malaysia yang berkerja dari belajar, mereka ni biasanya dah merantau seluruh dunia, dan sebahagian besarnya kerja berkaitan oil dan gas. Dengar katanya sekiranya kerja oil and gas dan ada experience di Aberdeen mereka memang laku seluruh dunia. Tapi, mana pun mereka pergi, kebanyakannya tetap nak balik Malaysia akhirnya. Bak kata kawan yang dah hampir 8 tahun duduk sini…”selagi ada mak dan ayah kat Malaysia..niat hati tu memang nak balik Malaysia..”

Jadi duduk sini banyakla benda yang berlaku kat keluarga yang kita akan miss out, anak buah kawin tu memang dah salah satu darinya. Anak-anak buah pada saya ada tiga kumpulan, kumpulan pertama anak-anak buah yang macam kawan saya, sebab saya membesar dengan diaorang, sebab beza saya dengan anak buah yang first cuma 2 tahun je, jadi masa kecik kami dah selalu bersama..dah treat macam kawan..

Yang macam adik saya sebab sebahagian besarnya saya jaga masa diorang kecik-kecik. Ada yang saya jaga masa tunggu SPM, masa cuti sekolah, masa cuti uni. Saya selalu cakap kat anak sedara saya yang lelaki yang “tiada rahsia antara kita” sebab masa kecik acik dah cuci b0@t0t korang..hehehe…”rahsia korang dalam tangan…” hahahaha…

Yang saya anggap macam anak-anak saya sebab umur dalam lingkungan anak-anak saya. kebanyakanya saya jaga juga tapi masa tu saya dah kerja atau dah kawin. Jadi bila anak-anak sedara kawin rasa macam adik-adik saya pulak yang kawin…(saya tak ada adik)…

Saya selalu jadi makcik yang kejam, terutama dekat girlfriend dan boyfriend anak-anak buah saya. Kalau yang perempuan datang beraya salam cium tangan saya, saya selamba je tarik, saya cakap “awak belum tentu jadi anak buah makcik…tak payahla nak cium tangan bagai…” hehehe..kalau yang lelaki lagi lah…harammmmmmmm…..

Memang pernah jadi pun, anak buah saya ni lelaki, selalu sangat bawak girlfriend dia kat acara keluarga, rimas betul saya. Dua tiga kali jugaklah jumpa dia, ehhh tak alih-alih (bahasa kampung saya tu…translate in Englishnya suddenly)….bila kakak saya suruh meminang, bila sarung cincin, MasyaAllah lain pulak budak perempuannya…dasar kasanova anak buah saya tu…..kesian pulak bila difikirkan budak yang dah banyak kali nak cuba cium tangan saya tuhhhh….

Satu lagi event yang saya terlepas ialah yang hanya berlaku dua tahun sekali…hari keluarga…..

gambar keluarga 5

Seronok betul tengok gambar semua keluarga berkumpul..kecuali kami sekeluarga kat sini…
gambar keluarga

Seronok semua berkumpul yeak…emmm tak pe..dengar katanya tahun depan ada yang nak raya kat India dan ada yang kena raya kat Saudi…

hamper hari keluarga Sumbangan hampas dari orang jauh….

gambar keluarga 3Gambar-gambar nostalgala…haruslah saya yang cinonet tu

gambar keluarga 4

Dan tentu sahaja majlis siraman rohani…

Minggu depan  anak Uda nak berkahwin, lepas tu minggu depannya kak Tah pulak buat kenduri terima menantu, minggu lepas tu pulak katanya Uteh pulak nak pergi meminang… Dah nasibkan..nak buat macamana….

Harap mereka juga merindui kami sekeluarga macam kami selalu menatap gambar diorang dalam FB. Selalu sangat belek-belek..selalu sangat….

Advertisements

Manusia Berapi…..

Hujung minggu yang penuh undangan..alhamdulilah burrrpppp…

20130808_105842

 

Rumah No 6 yang balik-balik modalnya soto, soto..soto..

Hari ni saya jadi manusia berapi..sendawa bergas…sebabnya makan buah longan, buah longan nih tak tau pulak saya dia berangin, rasa anak tekak tak best..bau sendawa pun MasyaAllah…

Buah longan tu En Suami beli di kedai asia, kadang-kadang ada la buah rambutan, manggis dan durian..minggu ni ada longan. Belum pernah jumpa duku dan dukung…Buah ni semua import dari Thailand, jadi sekali sekala merasa bukan sebiji dua…sebesen..nah ambik kau. Tu yang sendawa tak berhenti-henti nih…

Orang selalu tanya saya, senang ke nak cari barang makanan kita kat sana..Alhamdulilah senang jugala..cuma siapkan ajalah ongkosnya. Seminggu sebelum raya saya sempat pesan tempeh on line. Tapi tempeh sampai masa hari raya kedua, jadi tak sempatlah nak melodeh dengan tempeh. Kedai oriental or kedai Asia pun banyak, cuma harganya memang melampau la..contohnya longan tadi 3 kilo 10 pound..macam kat pasar malam 3 sepuluh! 3 sepuluh! cuma convert je la….

Buat yang berada tak jadi masalah sangat, buat yang hidup dengan elaun ni, satau benda mewah dapat makan longan. Teringat masa en suami beli durian frozen dua biji beberapa bualan lepas, anak-anak duduk tunggu durian tu nak thaw, Sikit punya lama sampai jemu dah tunggu..sikit-sikit check dah thaw tak ais dia,,,last-lastnya besok baru boleh kopek durian tu….mak bapak makan kuah durian je..anak-anak makan durian mentah..kalau anak-anak makan tak licin rasa geramnya….

Tu la, kalau nak difikirkan kalau kat Malaysia tak hingin saya nak masuk kedai oriental nih, freezer yang simpan udang sotong frozen sama je dengan yang simpan pig tongue, pig blood, what ever mak nenek parts of pig yang diaorang ni makan. Kalau kat Malaysia tentu dah kena bako kedai yang buat macam tu. Tapi tu la kat sini, dah jadi permandangan biasa…..

Orang Malaysia yang di UK ni jangan lah nak kata dah tak fasih berbahasa melayu sebab lidah dah lama tak makan belacan, cencalok dan budu. Semua benda tu boleh didapati kat sini. Terutama masa-masa open house raya ni…rumah ni laksam, rumah tu laksa, rumah sinun nasi dagang, rumah sinin nasi minyak…akak jugak yang kenyang alhamdulilah, siap jadi manusia berapi lagi..hehehe…

Pendek kata dengan kecanggihan sistem komunikasi sekarang ni, semua benda yang kita hendak boleh aja kita dapatkan, teringin petai no problem, mengidam jering InsyaAllah boleh lagi dicari, paling pun minta diposkan dari Malaysia, 7 hari suddah sampai… mintak postkan mak bapak je lom boleh buat lagi….

Bila Makcik Menceceh….

Cerah pulak hari ni..rugi tak basuh kain baju….

20130817_114940

 

Anak ayah

Sarah seminggu lepas mintak handphone…bila ibu tanya nak buat apa..dia kata nak contact kawan-kawan senang..ala kakak kawan kakak 5 kerat je..sorang dah balik Indonesia…nak cal apanya…

Kalau nak FB bagai kakak ada tab..tab yang kami beli suruh share tapi kakak dah buat jadi milik sendiri. Tapi kakak ni ikut mood kenkadnag dia baik share dengan adik-adik kadang kedekut conquer sorang…

Tab ni yang ke tiga dah selepas 2 tab andriod murahan dah selamat dikerjakan dek mereka…yang mula-mula Ali pijak sebab geram dia tak boleh bukak youtube..dia sorang-sorang kat bawah..tiba-tiba je dia naik nangis takut…selamat la pecah screen dia…yea la masa tu baru pindah rumah internet pun tak pasang lagi…kat sini procedure dia punya lambat..makan minggu gak.. mula-mula buat appointment, lepas tu engineer datang, lepas tu malam nanti baru ada…

Yang kedua beli murahan gak, kaput sebab overcharge..(rasanya)..abis charge-charge tak idup..apa taknya lepas sorang guna, sorang lagi sambung. tak dan nak bernyawa pakcik tuh…time charge guna gak, charge tak pernah penuh dah cabut…weiii mestilah marah tuan punya badan kan….kaputtttt…

Start la sorang-sorang ngendeng ibu ayah punya handphone. Laptop ibu memang diluar pertanyaan la..hehehe (out of question). jangan harap la dapat pegang..lepas 2 laptop pun rosak teruk akibat dikerja oleh dema…tengah nak baiki..tak jadi-jadi…

Sorang hook up kat handphone ibu sorang kat ayah punya…habis ayah punya hp pulak kaput..sampai sekarang tak sihat lagi belum discharge dari hospital handphone…

Tapi dasar mak bapak kan..kita nih kesian dekat anak-anak…ayah belikan satu tab…pesan seribu kali..jangan tu..jangan nih..jangan cenggitu..jangan gengginih…wooo berbakul pesan…

Apa motif nak cerita ni sebenornya..dah panjang lebor baru nak masuk motif..letif betul macam nih… motifnya..gadget kami nih sentiasa rosak…camera kami pun dah rosak…padahal tak sampai setahun pun guna..sayang tu hadiah kawan-kawan masa nak datang sini dulu…ibu simpan dalam kotak baik-baik…

Bagi anak-anak orang lain biasa aja kot dapat barang mahal-mahal…tapi bagi saya budak-budak kena pandai menjaga dulu baru boleh dapat hadiah mahal-mahal. Kalau kat Malaysia agaknya budak-budak ni je yang tak ada handphone canggih…masalahnya depa tak pandai nak menjaga. Lagi pun tak budaya budak-budak kat sini dok berangkut main ipad ke smart phone sana sini…time main kat luar main padang…time main permainan main permainan…tak de saya jumpa budak-budak duduk dalam trolley kat supermarket main ipad sambil mak bapak shopping…hehehe…budak-budak duduk dalam trolley pun tak jumpa…

Kenapa agaknya? adakah orang kat sini tak IT literate? dan apakah IT literate tu di tentukan oleh berapa banyak anak-anak main ipad di supermarket? atau mereka guna barang bertempat? dan apakah kita di Malaysia meletakan anak dalam trolley dan main Ipad adalah satu tindakan tak bertempat?

Sebab saya tak ada bukti empirical tentang ni maka marilah kita baca testimoni je…(kat Malaysia kan senang orang percaya testimoni…) belum lagi iklan mengarut yang sampai di inbox kita..”susuk xxxx..” anda terasa kenikmatannya….. pingsan…

Kat sini..kanak-kanak terutamanya sangat terjaga…lepas je umur 16 tahun sangat terbiar (hehehe)..apa diaorangg main, apa yang diaorang tengok..siapa yang bergaul dengan mereka. Jadi mak bapak beri perhatian kepada permainan mereka. Dah memang pulak permainan kat sini tergolong bagus dan murah jadi budak-budak ni masih enjoy main mainan berbanding main ipad or tab. Barangan Fisher Price mainan biasa.. Mattel..Hot weels..(Ali..setiap kali beli kereta hot weels ni mesti suruh tengok kat bawah kereta..made in Malaysia kan ibu….one proud Malaysian hehehe)..lagi murah kalau beli yang second hand. Mungkin jugak satu faktor kot..

Tapi tu pemerhatian saya je kot, mungkin saya tak duduk kota besar..macam study qualitatif yang kecil..pernyataan saya ni tak boleh nak digenaralisalikan tentang seluruh UK.Tapi bagus jugak macam nih…terbayang saya rimasnya masa raya kita di Malaysia bila budak-budak semua sibuk main tab dan handphone…bukannya nak bersalam ke..nak main ke..lebih-lebih lagi kalau tak kenal…Mungkin sebab tu kot Maxis buat iklan raya macam tuh….(satu lagi evidence yang sangat tak ada relation dengan pernyataan saya dia atas…hehe)

http://www.youtube.com/watch?v=xKh586vnSpc (link dari youtube)….

 

Grampian Transport Museum

Summer dah nak berakhir…selamat datang windy autumn….

Kawan saya si arab tu pernah cakap yang saya ni such a boring parent, sebab saya bawak anak-anak saya pergi jalan-jalan tengok Castle, museum, tengok park….dia cakap dia bawak anak dia pergi amusement park, theme park yang ada ride dan games…entahlah..mungkin betul jugak kot…

Di Malaysia pun saya jarang bawak anak-anak saya pergi theme park, or water park apa lagi attraction yang femes yang ada kat Malaysia tu… Bayangkan masa kami nak buat visa nak datang sini, Najiha was so fascinated with Suria KLCC, (well..we parked our car at KLCC to get to the MCA’s building)..she never been to Suria KLCC, kalau ada pun masa dia baby sangat, but she been to Aquaria twice (ikut rombongan sekolah) hehehe…see how pathetic we are as parents….

So…apa lagi, cuti sekolah ni sebab puasa kan jadi kami tak sempat nak berjalan, diminggu terakhir cuti nih baru kami berpeluang berjalan-jalan. Dengan ruang masa dan kemampuan yang terhad…kami bawak anak-anak ke mana lagi kalau bukan museum…hahahah (evil laugh…)

Kali ini tujuan kami ialah Grampian Transport Museum di Alford….sampai je depan museum Najiha kata “I rather stay at home than going to a museum..” .hahaha…nasib la nak dapat mak bapak boring macam nih…

But it turns out we had a great fun…tonnes to do and explore…let pictures tell the stories..

20130817_110607

Jiha mencari jawapan kuiz yang disediakan museum, abis jawab dapat candy….

20130817_110738

Ni kereta Pak Lang Yas yang punya…

20130817_111103

Motorsikal penjual ais krim..tak pasti kalau dia sejukan ais krim pakai motor dari motorsikal tu jugak…tak belek lelebih lak hari tuh…

20130817_111030

Basikal ni ada dua pengayuh…side by side…tapi kalau sorang nak belok kiri sorang nak ke kanan…haru….

20130817_111409

Basikal zaman dulu-dulu nih..antara model basikal pertama didunia….

20130817_111454

Lanca dari Hong Kong yang di tambah dengan atap oleh orang british…katanya…

20130817_111809

all aboard…

20130817_112854

Rehat sebentar di Travellers Rest Tea Room..

20130817_114256

Sambil layan hot chocolate…

20130817_112924

Sambil layan koleksi miniature transportation model..ada kereta, van, lorries…yang menariknya ialah koleksi ini milik peribadi seorang bankers yang pernah tinggal di Malaysia…(silap tak ambik details on this display)…lepas tengok this late guy collections terus ada orang tu beli miniatures car model kat carboot….collector in the making…(hehehe…)

20130817_123530

Lepas tu kami register Ali dan Jiha untuk ambik driving licence..senang la nak suruh beli bawang ke gula ke kalau bekalan abis kat rumah nanti..hehehe

20130817_123654

Jiha kena beli kereta yang besar sikit la… obviously..hehehe..dan orang yang dok perati kat belakang to too old nak ambik lesen kat situ..hehehe

20130817_133023

Lepas tu kami naik train ride…pusing-pusing taman dan padang golf….

20130817_123922

Tu kan…siapa kata lawat museum tu boring….

20130817_124513

Jiha kata “Next year kita datang lagi… “…

By the way..kawan arab saya tu jemput Ali ke birthday party anak dia di Cadonas..theme park kat Aberdeen ni…tapi Ali tak boleh pergi sebab hari tu dia kena daftar ke sekolah agama dekat masjid..Aberdeen…”sorry dear friend..I ni parent yang boring..remember?”…..

Satu hari di hari raya….

Mammogram di hari raya…siapa dah pernah buat mammogram?…awak? awak?…kenapa tak beri tahu sakittttttt….

Sakit wo kena hempap dan hempit, sampai nak jadi nasi himpit layaknya milik berharga saya tuhh….pengalaman pertama kali buat mammogram. Kat Malaysia biasanya bila orang cakap pasal buat mammogram dan pap smear rasa macam malas je nak buat. Kat sini sebab memang kena buat setiap tiga tahun bagi pap smear dan bagi yang ber resiko digalakan buat mammogram saya beranikan diri jugalah tadah buat.

Tapi ni ialah pengalaman pertama saya buat mammogram sebab saya jumpa dua ketulan di milik berharga saya tu. Saya pernah buat biopsy juga disebelah yang lain di Malaysia dan terjumpa pulak dua ketulan disebelah yang satu lagi saya memberanikan diri ke GP. Selang seminggu saya dapat appointment untuk ke breast clinic..jatuhnya pada hari raya ke dua.. Disaat orang ramai sedang sibuk memasak untuk open house hari raya, pagi tu pukul 8 pagi saya dah sampai hospital untuk buat mammogram….

Proses nya tak lama..cuma posisi dan penyekan tu yang menyebabkan saya rasa adoila sakitnya. Lepas abis kena penyek saya bergegas pulak untuk appointment di breast clinic.. sebenarnya saya berani dalam takut, berani sebab nak tau apa result tapi takut untuk menghadapi kalau-kalau resultnya…

Dalam pada takut tu ketawa juga la sebab En suami ada temankan saya untuk jumpa consultant lama juga menunggu sampai kami sempat membuat beberapa lawak tapi hati masih berdebar-debar. kemudian masuk specialist registrar dan student post grad yang akan terlibat dalam sesi pemeriksaan tersebut. “Hi, my name is Jason XXX (sebab tak dengar sangat) and I’m from Malaysia” kata specialist registrat…hehehe..rasa macam lega ada macam malu pun ada..Sebab pemeriksaan ini akan melibatkan barangan berharga saya..kalau orang tak kenal buat mungkin rasanya tak malu sangat, tapi kalau dah jumpa orang senegara tentu rasa lega sikit.

Tapi prosesnya tetap sama, lepas orang ni rasa, orang tu, last sekali baru consultant pulak rasa, Pakcik tu memang nampak macam expert, bertahun dia jadi consultant di Brunei dan Singapore, sekali rasa je diaorang dan sepakat yang Alhamdulilah it is not the big C. Tapi untuk lebih confirm saya kena buat scan pulak. Proses scan juga diketuai oleh consultant Sonographer. Sepanjang proses berjalan saya di periksa oleh seorang Sonographer, Consultant, post grad student dan seorang nurse..encik suami setia menunggu di sebelah katil pemeriksaan. Mereka juga sepakat Alhamdulilah ia bukannya the big C..lega sudah rasanya walau pun belum lagi mendengar ulasan dari specalist registrar.

Dalam tiga jam juga kat clinic tu dari start buat mammogram, jumpa consultant, scan dan result session. Alhamdulilah terus dapat result, tak payah tunggu minggu depan tak pun bulan depan. Saya ada pengalaman juga dengan ketulan di Malaysia. Tentu sahaja administration nya berlainan dari mula buat appontintment, buat biopsy (minor surgery) dan kemudiannya result..

Nasihat saya, cheh ada hati nak bagi nasihat, kalau jumpa ada ketulan macam tu jumpa lah doktor, biar cepat buat periksaan. Lebih-lebih lagi kat sini, satu clinic boleh dapat jawapan cepat. Rasa risau pun dapat dihindari dan mood pun boleh kembali ceria. Memang bak kata kawan saya bab pap smear dan mammogram ni memang malas sikit nak buat, tak pasal-pasal nak serahkan benda berharga kita untuk diperiksa..tapi bila dah dapat result memang rasa lega sangat-sangat…Alhamdulilah..

Sekian lah kisah mammogram di hari raya saya. Dalam pada sakit kena himpit tu saya boleh perasan kalau mesin mammogram tu pakai technology HTC….

Entri Hari Raya Saya

Sedih-bebenor-jiha-dapat-raya-Johor

 

Gambar raya yang ni je jumpa dalam laptop nih…Ali mana nih…ohhh ada main kat belakang..

Raya Khamis ke Jumaat?..

Belum ada lagi update dari masjid Aberdeen, kami masih lagi belum tahu bila raya..barang-barang nak masak pun belum beli. Raya Khamis ke Jumaat nih?

Masa raya ni saya banyak betul mendengar radio Malaysia..lagu raya, lagu tak raya, lagu rap, lagu joget, yang bestnya bila part lagu raya semua dato dan datin yang nyanyi kan untuk kita..Datuk Sudirman, Datin Rafeah Buang, Datuk DJ Dave, Datuk Sharifah Aini,Datuk Siti, Datuk M.Nasir dan tak ketinggalan Datuk AC Mizal..pergghhhh. Raya ni musim lagu Datuk-Datuk je….Biasalah kalau lagu raya kita kena dengar lagu evergreen, lagu raya baru tak berapa masuk…kecuali la lagu Altimet…Hari-hari pun Hari raya…..

Dengar iklan di radio Malaysia pun rasa pelik jugak…yang paling pelik saya rasa ialah iklan wifi dalam kereta Celcom….kesemua lima penumpang dapat menikmati wifi, dapat menonton youtube, chat, main game (iklan di Suria)….la..kalau lima-lima main tu semua, siapa yang nak bawak kereta…patutlah kadar kemalangan jalan raya di Malaysia tak pernah turun…memandu sambil layari wifi…lainlah kalau boleh auto cruise, tapi tak sesuai jugak sebab pemandu kena memberi tumpuan seratus peratus kepada pemanduan….

Ucapan hari raya yang orang telefon, twitt pun pelik-pelik..”Ucapan buat isteri saya yang kat sebelah ni…selamat menyambut berbuka puasa”..va..va..va…dah sebelah tu cakap je la..”makanlah yang dah buka nih…” yang gatal nak wish kat radio tu apehal.. “ucapan ini untuk emak dan kakak saya yang sedang sibuk memasak ketupat di dapur tu….”..dah tau orang sibuk kat dapur pergilah tolong, yang sibuk nak bergayut kat telefon tu kenapa?…..baling je dengan tempurung kelapa..tak pun batang lemang…

Ramadhan semakin beransur-ansur meninggalkan kita, katanya jika Ramadhan tidak dapat sedikit sebanyak mengubah diri kita, kita telah gagal melaluinya. InsyaAllah ada sahaja nilai-nilai dalam diri ini yang berubah setelah Ramadhan kali ini. Saya suka juga dengar pesanan dari kementerian Kesihatan Malaysia tentang tips berpuasa, terutamanya tips tentang berhenti merokok, sebagai sahabat karib perokok, saya doakan semoga sahabat saya tu berhenti la mencari alasan untuk terus merokok, buanglah kenangan indah merokok anda selama berpuluh tahun tu. Marilah kita melihat masa depan, rokok tidak membawa sebarang kebaikan bagi kita… saya tahu ianya sukar…namun kemenangannya InsyaAllah manis jua..

Akhirnya terimalah ucapan hari raya dari kemi sekelurga yang sebenarnya ditujukan buat sanak saudara. tapi boleh aja untuk kawan-kawan saya diluar sana….

http://vimeo.com/71515524

 

Student tua

Akhir ramadhan…

Menjadi student tua bukan impian semua orang…tentu sahaja bukan impian saya juga. Saya malah tak pernah megimipikan apa-apa tentang sambung belajar , kebanyakan peluang yang datang adalah diluar jangka…Phd di usia 40an emmmmm memang diluar jangkaan…sebenarnya Phd pun sebelum ni diluar jangkauan pemikiran saya..tak tercapai akalmu kata Eliana…tapi ramai je orang yang menamatkan fiest degree, second and Phd dalam usia lanjut…tapi jadi student tua tentu banyak kisahnya yang berbeza dengan adik-adik muda semua…

1. Anda student tua bila..tengah-tengah study anda boleh membuat kegiatan cabut uban…. meja study yang dekat dengan meja solek memang menggamit aktiviti ini…masa muda-muda dulu ada kawan saya yang masa study suka sangat cabut rambut..sampai nipis rambut dia….tak sangka bila dah jadi student tua aktiviti cabut uban menjadi sangat ketagih….

2. Anda student tua bila appointment dengan SV kena diselaraskan dengan appointment hospital… baik appointment anda sendiri dengan doctor, suami atau anak-anak…. bila dah tua-tua ni tentu macam2 masalah kesihatan ada..darah tinggi..darah rendah..sakit lutut sakit perut, mata rabun..jadi bila nak jumpa SV kena check calender dulu…jangan clash dengan appointment doctor…

3. Anda student tua bila……anda tak suka dengar lagu kat radio sambil membaca..padahal masa muda-muda biasa je baca buku dengan walkman hehehe budak-budak zaman sekarang apa walkman pun tak tau…sekarang ni kalau baca buku dengar selawat ka..nasyeed ke lagi masukkkkkk…budget membaca sambil beramal la tuhhhh..

4. Kalau dulu masa muda, nota sampingan yang kita buat tentu lirik lagu…tak pun planning nak jalan mana..shopping apa…bila dah tua nih..nota sampingan ialah resepi..nak masak apa hari ni…terutama bulan ramadhan ni bila masa makan ialah masa untuk mencungkil bakat terpendam…memasak benda yang selalunya anda boleh beli..hehehe

Cukuplah 4 tanda-tanda tu…tanda-tanda lain sendiri mau ingatla…..