Yang datang dan yang Pergi

Alhamdulilah cuaca panas hari ini…seakan hadiah berharga setelah sejuk dua minggu..

Kawan sebelah meja saya meninggal dunia..pass away lah senang cakap bahasa kampung saya hari Sabtau haritu… Saya melawat dia hari khamis bersama Hebah si Arab tu..Saun ni orang Nigeria tapi dah bertahun tinggal di Aberdeen..dia lah kawan rapat saya dikampus selain Hebah si Arab tu…terbayang summer lepas masa kami menghuni bilik 524 berdua selama 3 bulan…macam-macam benda kami buat…

Masa awal mendaftar Si Saun ni pernah cerita pada saya yang dia menghadapi cancer paru-paru…tapi dia dah buat treatment dan dah clear…kuat betul semangat dia..dalam pada kimo dia dapat seorang anak…dia cerita pada saya lagi yang doktor beri dia jangka hayat 6 bulan sahaja…setahun berlalu, saya tanyakan pada dia kisah 6 bulan…dia ni alim gak kristiannya…dia kata bila tuhan telah menyembuhkan tuhan tak akan kembalikan semula sakit tu…ohhhhh ternganga telinga saya mendengornya….tak pernah terfikir saya untuk menyanggahnya…tak pernah terfikir untuk saya berbahas tentang kerja tuhan..suka-suka je kita boleh kata macam tu, padahal Allah maha berkuasa untuk memberikan penyakit dan menyembuhkannya…tentu sahaja Allah maha kuasa untuk memberikannya semula….

Masa saya melawat dia di wad tu, keadaan dia memang dah kritikal, dia bernafas macam ikan atas darat, nafas pendek-pendek dan keletihan yang amat…saya genggam tangan dia..dia pesan suruh genggan erat-erat…sebab dia rasa sakit yang amat…dia nak berbual..tapi saya tahu dia tak terdaya..dia cuma pandang muka saya..sambil gelisah…tak tahu posisi apa nak duduk supaya tak rasa sakit….Sedih saya melihat keadaan dia…air mata menitis masa saya keluar dari biliknya..Hebah si Arab tu pulak muka confius..

Saya tahu keadaan dia dah teruk bila saya dengar dia di wad Palliative Care di Roxbroughe House..Palliative care ni tak sama dengan Hospice, di palliative care ni tumpuan diberikan untuk mengurangkan kesakitan pesakit dengan mengawal kesakitan, disamping membantu keluarga yang kebingungan dengan pesakit, biasanya pesakit pada tahap kritikal, tetapi pesakit masih boleh bersama keluarga, anak-anak dan kawan..wadnya pun istimewa, ada taman bagai…

Ohhh okey berbalik pada Si Saun nih…bila Hebah si arab ni call kata Saun is gone…saya terdiam..apa saya nak kata ek…sedih sebab dia dah meninggal? Alhamdulilah sebab dia dah tak sakit lagi…tapi nanti dalam kubur macamana pulak…tapi masa saya tulis ni dia belum dikuburkan lagila…biasalah orang sini tunggu seminggu kot baru tanam…apa dia nak jawab soalan malaikat…

Enhatlahlah….masa saya menulis entri ni..saya masih memikirkan nasib si Saun…dan saya juga memikirkan bertapa sebagai sahabat saya tidak pernah sekali pun berdakwah dengan dia…saya tak pernah sekali pun cuba mengajak dia ke arah islam..pernah terlintas di hati saya untuk memberikannya copy al Quran dalam thumb drive yang saya dapat hari tu..tapi saya rasa malu dan janggal…Allah..bertapa saya melepaskan peluang untuk berdakwah kepadanya..dan sekarang saya terkebi-kebil memikirkan nasib dia dalam kubur…

Apa yang saya takutkan untuk berdakwah…saya takut kalau orang tanya lebih-lebih saya tak reti nak jawab…lungunya alasan saya…Matinya si Saun ni membuat saya bertekad untuk berdakwah..mungkin jika ada yang bertanya tentang Islam saya akan memberikan jawapan yang lebih influencing.. bukannya jawapan nak mengelak..atau pun jawapan diplomasi yang sering saya gunakan…untuk menjaga keharmonian  kununnya…

Saun…apa saya nak kata ek?..damailah kau di sana RIP dear…yea ke?

Sabtu semalam jugak lebih kurang waktu yang sama, pasangan adik kami di Aberdeen mendapat cahaya mata mereka yang pertama..comel betul baby boy tu..Selamat lahir ke dunia adik..semoga menjadi pendakwah yang hebat..berdakwah dengan tenaga, harta dan ilmu….jangan jadi pengecut macam makcik nih….

Advertisements

Anak-anak ….

Summer jangan kau pergi….daun dah start kuning…

gambar raya 2

Cerita lawak anak-anak…

Cerita satu…

Ali tertidur petang Ahad dan terbangun malam, punya la mamai dia tanya..hari ni sekolah tak bu..tak hari ni cuti…yeaaahhh hari ni cuti…sebab dia terbangun sebelum pukul 12 malam…ibu tak tipu…tapi dia tanya pulak..”Bukan sepatutnya dah pagi ke ?”…mamai betul

Cerita dua

Semalam Ali tanya..kenapa bila morning mata kita can see bila malam mata kita can’t see..hehehe..dia dah tak larat nak bukak mata la tu tunggu ayah balik kerja lama sangat..

Cerita tiga

Ali kata kalau kiss kat pipi tu sayang..kalau kiss kat mulut tu love…uiiihhhh..”kalau ibu nak kiss Ali kat mulut boleh?…”…”Ibu go and kiss mulut ayah la..ibu ayah kan in love.” hahaha

Cerita empat

Ali tanya..”Why ibu when you cut onions you cry”…” Ooooohh because onion has gas that make ibu cry..” Jawapan ibu yang entah betul tah tidak..”then why when you watch movies you cry ibu…do you have onions with you…”…huwaaa..huwaaa nakkkk kau tak tau ke yang mak kau ni kememeh…….

Cerita lima

Ali lompat-lompat atas katil, “Ali stop jumping on the bed” biasalah ibu marah. Dia syok je cakap “Ali nak patahkan tahlil ibu”..”What Ali..say it again…” masa nih dia dah tau dia salah cakap…selalu je Ali salah cakap..contonya Tanggo..tu tangga. Keruk tu korek..”My noes is bleeding..sebab ali kerok kuat-kuat”..heheh gross la Ali.. Gerok tu gerak..

Cerita enam

Ni kes Jiha, kawan kami baru dapat baby girl, so masa melawat baby kami pun sembang pasal nama apa nak bagi kat baby ni, kawan tu pun tanya Jiha (or..tak tanya..typical Jiha)..macam-macam la nama yang di cadangkan..asalkan ada Nor di depannya..Jiha kata bagus kita bagi nama-nama syurga..kami bagi suggestion “Firdaus?…Rayaan?..” Jiha kata bukan..tiba-tiba Jiha kata …”Hah…Nor Jahanam..”.. MasyaAllah Jiha tu nama neraka Jiha…panik dia…” maksud Jiha…Nor Jannah..” huish Jiha..jauh beza jahanam dengan jannah tu nakkkkk…

Setiap hari ada aja cerita budak-budak kat rumah ni. kat sekolah cakap orang putih, tapi anak-anak saya lebih suka cakap melayu kat rumah walau pun tunggang langgang. Diaorang selalu suruh saya sebut perkataan dalam bahasa melayu tapi nanti lama-lama diaorang yang bantai gelak…macam sarah baca maklumat di pak makanan dari Malaysia…”Amaran Alahan:…”..berguling-guling dia gelak… Sarah Sarah..kelako sikit pun boleh gelak berjam-jam…

Anak-anak la hiburan kami…time menghiburkan la…ermmmmm…

Merdeka tetap Merdeka..

Riuh kat Malaysia pasal harga minyak..tempias juga orang disini…

kakak merdeka 1

 

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 56..peace uolls…

Bila orang cerita harga minyak…bila tu la jugak orang akan tanya macamana kat negara lain. Kat UK cemana ek? kat Jepun cemana ek? kat US cemana ek?….bila tak ada kisah minyak tak ada pulak orang tanya..berapa harga beras kau makan ek? berapa insurance kereta kao kena bayo ek? berapa tax gaji laki kau yang kerja tukang cuci tu ek? berapa pulak council tax yang jiran sebelah rumah kau kena bayo ek?..heeheh..kami tak bayo council tax sebab dapat exemption student….

Kenapa bila kita nak badingkan kita suka ambil secarik-secarik, nak compare minyak dengan minyak je, nak compare harga merc dengan merc je…hehehe contohnya la. Dlam aktiviti mengkompere kena lihat keseluruhan context. Kalau kita guna critical discourse analysis, related contexts are to be included in the discussion… eh melalut lak…

Seronokla korang duduk UK dapat pakai kereta Merc….orang Malaysia masih lagi pandang merc walaupun cuma E200 estate kami yang dah berkarat-karat…ada kawan en suami yang kata kat FB dia “kawan aku nih dah kaya raya duduk di UK..”  ameen atas doanya kawan…

Paling sakit bila dah compare tu mula la kata kami yang sponsored ni mewahla…tu la bila kompare dan convert. Orang tak kaitkan pula dengan other related contexts, eg cost of living yang sangat tinggi di Aberdeen. hakikatnya Nehi..atau pun lak kata Hana anak si Arab kawan saya tuh….

Saya pun bengang juga bila harga minyak naik, saya pun kecewa kenapa kerajaan tak boleh fikir cara lain untuk menjimatkan wang negara. Kenapa kerajaan yang baru bersusah payah menang PRU tak nak menjaga imagenya di mata rakyat. Rakyat ramai yang tak faham, mereka cuma faham jika ada yang berkaitan dengan mereka..contohnya tadila… minyak, roti canai naikkkk….hat harga pasaran ke..krisis di timur tengah ke tak ada dalam amalan mereka…

Blog saya bukan blog politik, juga saya tak sarankan kerajaan potong elaun saya (tengah dok korek tabung nak bayar sewa, insurance, bla..bla..) Cuma saya mahu kerajaan tukar strategi yang membeli hati rakyat. Bukan buat rakyat dan pembangkang makin lantang mempersoalkan tindakan kerajaan….kukuhkan dan rapatkan sokongan dulu baru buat tindakan…collaborate, networking, are sources of power in organization while sanction and reward are sources of control. Mana nak? kawal sampai dah tak terkawal atau pun built status and power mudah nak influence siapa sahaja.. alamak melalut lagi….

Merdeka 2Ramai kata saya remaja kat gambar nih…maka saya tampilkan deskripsi gaya saya, macam bloger-bloger terkenal selalu buat..baju dari butik ehem..seluar dari butik sekian..

Gaya:Tudung dari car boot sale 50p, Kacamata hitam dari Specsaver £69 dapat dua (spec biasa dengan sunglasses),Baju 50p Jumble sale Cult kut..,Seluar wrangler £2 car boot sale,Kasut £29 Clarks (summer sale) ohhh sling bag Kanggol £2 car boot sale.

Mewah la sangat…

 

Jalan-jalan summer part 2…

Panasnya hari ni….alhamdulilah baju semua kering…tak payah on kan humidifier atau heater.. Jimat 20 sen…

Jom kita sambung cerita jalan-jalan bulan lepas …moh kita layan gambo…

20130817_164217

Jom layan gambo jalan-jalan hari tu yang tak habis lagi. Ni gambar family kami, jarang dapat gambar penuh macam ni, ada je yang buat perangai. Budak-budak ni nanti dah beso tentu menyesal pasaipa dulu kecik-kecil tak ambik gambo elok-elok……
20130817_164651

Ali yang masih manja, masih mau naik gendong ayahnya, tapi bila hantar sekolah dah tak bagi kita cium dia…salam lebih kurang terus je beratur….

20130817_163805

Seronoknya kalau dapat pergi tracking ikut jalan dalam hutan nih…saya memang macam tu, masa nak start bukan main semangat, setengah jalan menyesal..”kalau aku naik kereta tadi lagi bagus”…dipenghujung rasa tak puas hati kalau tak dapat habiskan….biasala manusia kesabaran nipis macam saya ni, merunggut dulu lepas tu baru berusaha..ish..ish..ish…20130817_151801 Jiha dan pokok apple, apple belum masak…ada banyak varieties apple kat sini, nanti dah masak kita datang lagi 20130817_150345 Suka tengok gambar nih..macam jalan nak balik kampung je rasa, jalan panjang yang teduh, tak ada tar sedikit becak dan berlubang…tapi kampung siapa…jalan kampung saya lama dah bertar……

20130817_150321Nampak je cantik, bau MasyaAllah..tempat lembu minum….busuk tapi Scotland memang tempat yang cantik dan penuh castle, sebatu satu castle…ermmmm negeri seribu istana…

Ni la rupanya orang update tak ada idea……