Dunia FB

Dah nak Nov dah…sejuk winter dah mula mengigit tulang…

Malas la nak sambung cerita pasal jalan-jalan..orang yang menulis dah boring apatah lagi yang membaca…Kita cerita pasal lain la pulak..

Rasanya ramai sangat antara kita ni yang ada account FB, Bagus sangat la FB ni, semua benda yang berlaku kat dunia cepat je sampai, contohnya kakak saya update status dia, “rasa nak bawak mak berjalan la..”. besoknya saya call mak saya, tanya “semalam jalan pergi mana?..” Mak saya tanya balik..”Ehh macamana tau..?” hahaha..”Orang baca FB Uteh..”

Dengan FB banyak cerita offis lama saya dapat tahu. Baik yang official mahupun yang tak official…”ramainya mak buyung office kita tahun ini”…hehehe, rasa seronok dapat tengok gambar kawan-kawan, semuanya sihat gembira despite harga minyak dan gula naik….sebab 1/2 bulan kot…

Dari FB juga kita dapat banyak maklumat dan tips berguna, contohnya dapat study cara orang berjalan makan angin, ohhhh..kalau pergi Amsterdam mesti kena pergi Keukenhof, kalau pergi Austria kena beli crystal, Kalau pergi Manchester kena pergi Al Jazerra. Ohhh macamni rupanya Menara Taming Sari…bagus tu buat inspiras kat mana nak pergi berjalan dan bercuti. Selain dari baca blog, FB pun sumber maklumat berguna…

Yang paling bagus dapat menemukan sahabat lama, sanak saudara, kat FB macam-macam komen, bila jumpa kat kenduri langsung tak boleh bercakap..hahaha. La..anak Kak Minah ada dekar Birm rupanya, nanti cuti datang rumah makcik yea…La..akak yang saya jumpa kat kedai halal hari tu adik ipar Abang Saidi rupanya, MasyaAllah kalau tak belek-belek FB tentu tak tau..

Bagi orang yang pengamat macam saya ni biasanya saya jumpa benda-benda menarik dari maklumat di FB, contohnya dari maklumat friends, ..”Kakak Aini mengajar sekolah sama dengan kakak akak la…” “Eh Zainal dulu MTD sama dengan anak buah akak la..” at least ada bahan nak berbual…bila orang tanya macamana akak tau…hehehe namanya pun Information Professional…kalau saya yang analisa maklumat secara manual pun dapat jumpa maklumat orang yang main kayu tiga, bayangkan apa yang FB boleh bagi maklumat dekat kerajaan US misalnya…

Tapi yang tak bestnya ialah orang yang salah menggunakan FB.

Contohnya orang yang buat jualan langsung. Update status yang sangat menggangu pemikiran kita, apatah lagi kalau kita ni jenis dulu-dulu suka baca blog AdibMuaddib. Rimas pulak, kang menyampuk putus kawan lak, tak dismpuk kita yang pening..untuk orang macam ni buatlah account khas untuk marketing supaya orang yang accept friend dari account marketing dia aja yang baca post marketing  tu….

Jadik kawan dengan budak-budak yang kuat agama nasrani pun susah juga, sebab selalu sangat update status berbaur agama Nasrani, kalau kita boleh baca nanti kawan-kawan kita yang lain pun boleh baca gak, cemana tu…. kita membantu menyebarkan fahaman mereka pulak..saya jahat kadang-kadang saya hide status macam tuh…

Yang paling tak best ialah orang yang ingat kawan lama dia kat sekolah tak berubah, masih lagi nak buat lawak masa zaman sekolah…”Yela kau kan makan 3 pinggan pun tak cukup..” dia tak study photo ke? kawan tu sekarang dah langsing slim melim..”Tu la kau dulu aku suruh belajar malas..sekarang dah tua-tua baru nak belajar” Gulupppp..

Yang paling paling paling tak best ialah, orang yang kawan dengan ex dia  dalam FB, Boleh pulak dalam FB panggil  dengan panggilan sayang, darlin, manja. Tolong la sikit ex awak tu dah beristeri dan awak pun dah bersuami. Mungkin pada awak panggilan itu sekadar gurauan  biasa..”Ala biasa la…I kenal wife dia tuh..” padahal pada si isteri…semuanya itu adalah gurauan berbisa…zasss dasss dasss…

1382190188572

Hohohohohhhh…..Jangan suka gurau-gurau macam tu la

Advertisements

Sambung berjalan…

Hujan musim gugur..berkubang je kat bawah duvet.. malasnya nak keluar…

1382017478198

Kita sambung cerita berjalan kita yeak..walaupun ada report yang nak kena siapkan tapi kepala dah rasa bengang, mari kita cerita yang lite-lite dulu…lupakan lah focus group meetings, interviews dan segala mak nenek yang berkaitan…

DSCN0140

Ni la rupanya jalan keluar dari kampung Dalavich, bengkang bengkok tapi permandangan SubahanaAllah cantik yang amat, mana yang tak sempat tangkap dengan kamera, rakam dalam memory je, bukit, hutan, tasik, kambing, lembu dan lama..menghiasi permandangan sepanjang jalan

1382093586645

Dalam perjalanan ke Fprt William kami singgah di Scottish Sea life sanctuary. Tak adala besar mana pun tapi cukupla nak bagi element education dalam journey kami kali nih..

1382093864670

Masa ni saya lapar, nampak ikan terbayang asam pedas..ikan pari bakar..

.

1382100614595

Jiha pegang star fish dekat touch pool, yang lain semuanya penakut, rasa star fish ni macam liquid sebab dalam badan dia semua liquid lembek..Sarah dah lari siap-siap, Ali siap sembunyi….hehhehe..

DSCN0163

Otter yang menjadi penghuni sanctuary ini, selain seal..apa beza seal dengan sea lion, kalau tak salah dengarla kata instructor kat center tu hari tu, seal punya fin tak kuat macam sea lion, yang boleh berdiri tepuk-tepuk tangan tu sea lion, sedangkan seal ni tak boleh berdiri pun, sea lion bising sedangkan seal pendiam ada beberapa lain bezanya tapi lagi banyak persamaan rasanya dua binatang nih…

1382107369302

Ni masa dah sampai Fort William, hanya Ali je yang masih sudi nak posing, yang lain dah nak mengamuk, lapar dan penat, mengantuk semua ada..ibu pergi check in dulu…travelodge pulak kali ini…tak ada view, tak ada wifi free…

DSCN0207

Permandangan di Fort William..

Besok pagi kami meneruskan perjalanan ke Mallaig untuk ke Isle of Sykes  dalam perjalanan…

1382193813126

Sepanjang jalan kami banyak berhenti untuk mengambil gambar, kat sini bila ada pemandangan canti akan disediakan tempat parking untuk mengambil gambar, maklumlah touristkan mestilah nak ambik gambar, kalau nampak permandangan cantik ready aja, tentu di spot yang paling sesuai akan ada tempat parking untuk ambik gambar…

DSCN0243

Air terjun yang ada tiga tapi dapat capture satu je…

DSCN0250

Satu lagi permandangan menarik, kereta kami yang banyak berjasa, masuk hutan, panjat bukit turun bukit..

DSCN0254

Breathtaking view…

 

DSCN0219

Ni lah Glenfinnan Viaduct dekat yang nampak dari Glenfinnan memorial….hehehe..ni la jambatan Harry Potter.

DSCN0148

Sementara mak bapak menghargai permandangan sepanjang jalan, anak-anak buat apa..hurmmm yang dua besor tu…tido..tinggal si kecik ni je yang ceria…

DSCN0269

Kami sampai di Mallaig dan beli ticket ferry ke Isle of Skye, sebab ferry lama lagi, kami ronda-ronda pekan Mallaig, saya terjumpa kedai buku yang unik nih, tapi tak sempat lak masuk..tentu unik kat dalam dia..

DSCN0273

Masih lagi di Mallaig..

1382189689003

Perjalanan ferry ambik masa 30 minit, masa pergi ferry masih lengang, Sarah yang excited campur takut pun jadi relax je sebab naik ferry tak rasa macam dalam ferry. Ferry nih bawak  kenderaan, tapi kami tak bawak kereta  sekali. Kereta kami tinggal di Mallaig..

Dah ngantuk la..nanti-nanti la sambung cerita Isle of Skye yeark…..

Balik Berjalan…

Baju setimbun nasib baik ada yang nak uruskan…ehem ehem terima kasih yea..

Raya haji kami sambut ala kadar..tak ada gambar pun, masak nasik minyak tiga periuk rice cooker habis licin kena tambah dengan nasik biasa lagi…lauk kambing masak hitam ayam masak merah dan acar timun….Alhamdulilah ramai yang datang makan…

Tapi muncung Jiha panjang sedepa sebab tak ada nasik impit dan lodeh macam biasa…

Lepas tertamu terakhir balik pukul 11 malam kami pingsan dan bangun besok pagi untuk berjalan…yahooooo…perjalanan panjang 5 hari merentasi barat Scotland. Perjalanan yang mudah jadi susah sebab sesat..lama-lama bukak jugak encik Garmin…apa lagi encik Garmin bagi jalan dalam hutan…tapi rewards dia dapat tengok permandangan yang sangat cantik disepanjang jalan….

DSCN0009

Permandangan biasa kambing biri-biri bertebaran di padang ragut..DSCN0030 Kami juga disambut oren kuning warna musim gugur, musim gugur yang sangat cantik saya rasa, sebelum ni kami cuma pergi ke taman-taman untuk appreciate autumn, tapi berada dalam hutan simpan..cantinkya SubahaAllah….Ramai orang kita nak tengok musim sejuk, nak tengok salji, tapi perjalanan ni mengubah pandangan saya, musim gugur ialah masa yang paling cantik untuk melawat Scotland. DSCN0045

Kami juga disambut dengan sekawan itik liar. Kami berhenti dan main-main dengan itik dulu..

DSCN0050

Jiha kata yang kepala hijau tu jantan, yang batik-batik tu betina….

DSCN0055

Ni jambatan keretapi Harry Potter the Hogwarts Express yang kena naik dari platform 9 and 3/4….

DSCN0063

Pemandangan yang nyaman…

DSCN0064

Tempat untuk stop dan isi minyak…masa berhenti kat sini terkenang pulak zaman kami selalu pergi Cameron Highland dulu, sebab Mak Itam budak-budak ni tinggal dekat Cameron Highland, boleh kata 2 bulan sekali la naik. Cuti-cuti je kalau boring…jom naik Cameron Highland..bukan buat apa pun tidur makan tidur makan….hehehe..

DSCN0072

Ni dah sampai Oban, oban ni pekan kecik di sebelah barat Scotland, kalau rajin nak pergi pulau-pulau kat Scotland ni bolehlah naik ferry dari Oban, antara pulau yang dekat dgn Oban ialah Mull. Kat situ ada satu town nama Tobermory yang Cbbies buat jadi cerita Balamory..budak-budak mesti tau la cerita ni..”what story in Balamory…”
DSCN0082

Ni gambar angsa yang sepi di pelabuhan Oban…
DSCN0086

Kami sewa chalet di kampung Dalavich…berbatu-batu jauhnya dari jalan utama..jalannya selorong berpusing-pusing naik bukit, nasib baik pakai Garmin, selisih dengan lori balak. Mencabar betul..Sarah dok membebel kat belakang, “lain kali ibu jangan sewa lagi hotel dalam hutan macam ni” masa sampai hari dah malam semua berebut pergi toilet muntah….hahahahah…

DSCN0088

Tapi bila bangun pagi tengok view…wahhhhh…wahhhhhh priceless……..sampai nak ajak pergi town beli makanan pun semua tak mau ikut…heheheh..takut jalan belok-belok kot….

DSCN0101

Chalet sleep 6 nih kecik tapi nice, katanya Swiss style. Dengan fireplace, balcony, dapur lengkap nak masak maggi..hehehehe. Jiha kata…tempatni dalam hutan tapi cozy…

DSCN0103

Pantai depan chalet tu yang mengadap Loch Awe..Loch Awe ni kecik aja..kecik-kecik pun besar la juga kalau nak dibandingkan dengan Tasik Raban. Scotland ni banyak sangat tasik, yang besar..yang kecik…tapi yang banyak orang tau hanya Loch Ness aja….

DSCN0104

Betul-betul dalam hutan…

DSCN0107

Tuan punya chalet ni duduk sini kalau tak ada orang sewa, kalau ada orang sewa dia duduk dalam boat, peramah orangnya..dia kata dia banyak kawan orang Malaysia…tu yang banyak koleksi buku dan cd dia ada kat chalet nih. Yang menarik tentang koleksi cd dia ni,..dia katalog ikut warna..yang biru tu jazz, yang kuning tu soul, yang putih tu rock yang merah dan oren rak atas tu..ermmmmmm tak berapa nak faham pulak….

DSCN0108

Ni la sebenarnya penyelamat besar kat chalet nih..wifi free, apa lagi semua Samsung tab, Acer Iconia, Samsung galaxy mini dan Samsung Ace semua berkiblatkan wifi free ini. Berjalan dengan budak-budak remaja memang kena ada wifi nih..kalau tak huru hara la dunia mak bapak….

DSCN0115

Ni pulak perjalanan kami ke pekan Oban mengikut jalan lain dari yang kami datang, cantik sangat permandangannya tapi kami tak ada hati nak ambik gambar sebab masa ni tayar kereta pancit, mungkin kena batu tajam masa turun naik bukit tuh…Ya Allah masa ni hati dah berdebar-debar, sampailah kami ke pekan tu..sebab kalau tayar betul-betul flat tengah jalan panjang pulak cerita……

DSCN0123

Alhamdulilah, Garmin bawak kami ke kedai tayar, tepat pada masanya, dapat tampal dapat beli barang dapur kat tesco, dapat beli Fish and chips kat pekan Oban..dan selamat sampai semula kat chalet dalam hutan nih…

DSCN0126

Habis dah 3 hari 2 malam kami bersembunyi kat dalam hutan nih..kami meneruskan perjalanan kami seterusnya……..bersambung…..

Bahasa Melayu

Pesanan bahasa Melayu yang kami terima dari pihak sekolah Jiha dan Ali yang disalin bulat-bulat dari massage groupcall Aberdeen city Council…sekolah Jiha dan Ali cuma mereka dua kerat aja Melayu… nak kami biarkan atau perlu kami bagi tau En Rooke yang massage anda sangatlah kelakar…

Pesanan ringkas yang kami terima petang tadi:

Manor Park PS

Terima kasih kepada semua yang berjaya datang bersama-sama untuk ibu bapa kami. Petang terbuka malam ini, ia adalah baik untuk melihat dan bercakap dengan begitu ramai di antara anda. Seperti biasa saya berminat untuk mendengar apa yang anda fikirkan kejadian ini kerana ini akan memberitahu perancangan masa depan sekolah. SILA REPLY TO THIS MASSAGE TEXT DENGAN PANDANGAN DAN PENDAPAT ANDA. Ramai, terima kasih banyak,

Encik PRRooke

Pesanan ringkas minggu lepas..

Manor Park PS

Ibu bapa kanak-kanak di bawah 4-jam Nursery adalah disebabkan oleh peningkatan dari Ogos 2014. Sila lengkapan SUrveyMonkey selidik dalam talian di laman web Majlis Bandaraya untuk menyumbang pendangan anda atau klik di sini https://www….

Nak masuk melayu apa Mr Rooke nih….

Yang ini pulak pesanan ringkas mengenai kerja kosong:

Manor Park PS

We a currently have no crossing patroller “lollipop person” on Provost Rust Drive. If anyone would be interested in taking up this job, please get in touch with the school for further information.

Idak le pulak diterjemahkan dalam bahasa Melayu….

 

Budi Bahasa…

Langit mendung awan bergerak perlahan tanda hari nak hujan…Sayunya hari ni seakan tahu yang sahabat saya Saun akan di kebumikan hari nih…

Sumpah saya tak kenal siapa itu Mat Yo..mati-mati saya ingat Mat Yo itu adalah Apex… walaupun saya tak kenal Mat Yo lagi la pulak isteri dia tu…tapi menonton video terakam di youtube tu saya memang rasa isterinya memang orang yang sangat kurang hajar…bukan setakat marah dan maki sahaja yang dia bagi kat pakcik tu sikap sombong dan angkuhnya jelas kedengaran…”lelaki dayus..lelaki dayus” entah berapa kali dia mengulangi perkataan itu..dengan tujuan apa…kalau bukan untuk memancing pakcik tersebut untuk menyerangnya..kerana dia percaya dia lebih bagus dari pakcik tersebut dan dia akan puas hati kalau pakcik tersebut menyerangnya. Konon akan tergambarlah yang dia diserang oleh lelaki buas tak berperikemanusiaan…

Kenapa orang kita menjadi sangat kurang hajar sekarang, tentulah sebab kurang diajar..dah nama pun kurang hajar…siapa yang mengajar..ibu bapa, pendidik, keluarga, jiran mungkin juga masyarakat luas….

Dalam masyarakat kita terutamanya orang melayu…kita ajarkan anak kita supaya menghormati ibu bapa dan selalunya sedara mara…bila sedara mara datang rumah terkepit-kepit la anak dara ni disuruh salam..cium, cuba kalau taknak nak salam …”ehhh kurang hajar betullah budak nih”…

Cuba kalau kita nak masuk pintu lepas tu ada orang tua pun nak masuk..menonong je kita masuk..bukanya nak bagi orang tua tu masuk dulu…ada tak mak bapak kata “kurang hajar punya anak…bagi atuk tu masuk dulu”..ehhh kalau ada pun yang cakap macam tu, ada pulak budak yang menjawab.”Ehhh..tu kan Apek..bukan atuk kita” Kenapa tak kita ajarkan agar anak-anak kita menghormati semua orang bukannya cuma atuk nenek pakcik makcik kita aja…

Kita yang dewasa pun tak bagi teladan yang baik kat kanak-kanak…contohnya bila memandu balik kampung..punyalah seronok…sekali tu jem…apalagi libas kiri kita pun ikut lorong kecemasan…dengan alasan Abah nak cepat…kita sebenarnya dah memberikan gambaran kepada anak-anak yang urusan kita maha penting dari urusan orang lain, ini juga membawa maksud yang kita tak menghormati urusan orang lain..impactnya kita tidak perlu menhormati orang lain..hasilnya kita parking sesuka hati kita, sebab sentiasa urusan kita lebih penting dari urusan orang lain…

Sampai kampung pandai pulak suruh anak-anak hormati orang lain..”salam tangan tu cium…” kalau tak tak dapat duit raya…malah…ada iming-iming imbuhan material kat situ..gambaran yang kita berikan buat baik kat orang yang nak berikan duit kat kita aja…orang yang tak ada kena mengena dengan kita biarkan..tak perlu hormat..malah ada yang mengatakan orang lain tu bodoh sebab dok bersesak-sesak dalam jem yang di sebabkan oleh pemandu yang masuk lorong kecemasan ni….Impaknya anak-anak kita sentiasa ingat mereka tidak bodoh..maka keluarlah ayat “Saya tak bodoh..saya tak bodoh..bodohlah pakcik nih…”

Anak-anak menyerap apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa mereka..contohnya anak-anak saya…dunia pun tahu saya memang fail bab kemas mengemas nih, nasib baik en abang pengemas tetap dan berpencen kat rumah nih…tapi kalau suruh saya masak…insyaAllah no hal punya…Jadi bila saya sibuk berkemas-kemas anak-anak saya akan bertanya, “Siapa nak datang ibu?..” pada pandangan mereka berkemas hanya bila ada orang nak datang sahaja, bila saya suruh mereka berkemas mereka akan jawab..”bukan ada orang nak datang pun..”

Masa saya kecik-kecik mak saya selalu suruh saya behave bila ada orang datang, saya sangat tension bila ada orang datang kalau bermalam lagilah saya tension, sehari semalam saha kena behave, tak boleh noty tak boleh bersepah…makanya masa saya kecik kalau sedara-mara datang saya selalu menyorok, paling saya ingat menyorok dalam kepok padi di rumah saya..masa tu umur saya sekitar 3 tahun..saya, acik dan kak itam akan duduk dalam tong yang berisi padi, tong tu asalnya tong barang kakak saya shipping dari Sarawak, jadi bertahun jugaklah saya suka sembunyi dalam tu…

Jadi ni pun dah menurun kat anak-anak saya, cuma part yang menyorok tu tak la kot, sebab budak-budak ni suka sangat menebeng bila orang datang, tapi tetap menjaga behaviour cuma lama-lama lepas jugak kontrol tu…saya kalau boleh nak mereka behave depan dan juga belakang orang..maknanya saya juga kena start rajin berkemas walaupun tak ada orang datang..see the circle..see the circle…

Balik pasal cerita kurang hajar ni sebenarnya bukan Mat Yo aja yang kena ajar isteri dia, kita juga kena start ajar anak-anak kita, anak sedara kita, anak-anak jiran kita dengan memberikan tauladan yang baik..ramai orang kata tak baik kita dok kata kat isteri Mat Yo macam tu, pada saya pulak sangsi (sanction) dari masyarakat sangat lah perlu, sebab itu adalah masalah masyarakat bukan hanya masalah Mat Yo, isteri dia dan pakcik tu…in ialah urusan kita, kita sekarang ni selalu rasa tak perlu campur urusan orang lain, akhirnya kita jadi masyarakat yang mementingkan diri sendiri…nasib baik tak kena kat keluarga aku..sedangkan masyarakat luas juga sebahagian dari saudara kita..apatah lagi saudara seislam, saudara senegara… cuma tentula teguran tu biarlah yang boleh membina..

Kanak-kanak disini membesar dengan menghormati orang lain, tak kira atuk nenek siapa, mak bapak sapa…sebab mereka diajar yang orang lain tu jugak manusia dan manusia perlu dihormati (tapi banyak je yang tak pandai hormat orang jugak…) but saya belajar dari Jiha yang kalau dia orang pertama yang nak keluar kelas, dia akan tolong pegangkan pintu sampai tak ada orang lain yang nak keluar atau ada orang lain yang volunteer nak pegang pintu pulak…sikap tak mementingkan diri sendiri ni dah dipupuk sejak sekolah lagi, makanya adalah rude sekiranya kita tak pegangkan pintu untuk orang belakang kita….

Sedangkan kita…orang nak melintas di Zebra crossing pun kita boleh tekan minyak lagi.