Berkembar

Pukul 5 pagi lagi dia dah pergi kerja, dengan suhu winter sekarang nih..hanya yang gigih je nak buat macam tuh.
DSCN0489

Mungkin hanya sebiji kek span yang huduh tapi rasa hebat inih

Suami saya menyambut hari lahirnya hari nih..walau bila pun mak dan bapak daftar kelahiran en suami, kami sambut hari ni, seperti yang tertulis di surat beranak..(surat beranak tu apa ibu? soalan Jiha). Zaman dulu bukan semua orang lahir di hospital dan terus daftarkan kelahirannya, ada yang tunggu beberapa lama baru daftarkan, ada yang daftarkan tarikh cepat sikit supaya cepat masuk sekolah ada yang daftarkan lambat sikit tarikh..

Saya dulu ada kawan sekolah yang surat beranaknya hilang masa banjir besar di Kuala Lumpur. Adik kawan ni pun meninggal dunia semasa banjir tu. Jadi si kawan saya ni dah didaftarkan sekolah dengan surat beranak milik arwah adiknya itu. Masa kami di sekolah menengah, masih semua budak lelaki masih lungu dan poyo, kawan kita ni dah bermisai..kalau masa main bola memang dia lah hebat sebab dia lebih tua dari orang lain…kalau kena x-ray lutut masa tu tentu disqualified pasukan sekolah kami hahahahaa..

Melalut pulak..nak cerita pasal birthday en suami alis en ayah. Biasanya kami ada sambutan berkembar dengan anniversary perkahwinan kami, sebab kami nikah pada hari jadi en suami…senang kan, sekali harung aja celebrate..

Mengambilkira kekurangan hormone romantik dalam diri kami, maka tiadalah majis makan malam berlilin, berbunga bagai..paling ada pun bunga ros yang saya beli kat Lidl minggu lepas…motifnya…kalau nak bunga beli sendirilah…

Mengambilkira juga tiada sponsor  untuk sambutan majlis berkembar kami hari ini, maka saya akan membakar kek (Ali dah pesan..”Ibu bake a cake, ayah blow candles…berapa candles ayah ibu?…hahahahah penuh kek nak…)

Untuk en suami, diucapkan selamat hari tua, selamat ulangtahun perkahwinan ke 15…semoga banyak lagi hari-hari bahagia buat kita…..

Advertisements

Kupunkupun…

 

DSCN0500

Semua kawan-kawan kat sini kata saya duta tesco, hahahaha…bukan nak sangat pergi tesco..kadang pergi jugak Asda, Lidl, Aldi, Morrison, Sinsbury cuma tak pernah pergi costco dan Makro je, sebab tak ada card..

Saya suka pergi Tesco sebab tesco suka bagi saya voucher, dan cupon, gigih nih print voucher cupon, gunting satu-satu, simpan buat list. Kalau dapat korting 50p pun dah banyak dah, tu untuk satu barang, bayangkan kalau saya ada sepuluh cupon..jimatkan belanja dalam £5. Sampai suami pun saya paksa isi minyak kat Tesco supaya dapat kumpul point. Teringat tengok cerita kat US pasal orang kumpul cupon untuk berbelanja, macam tu la saya.

Seronok bila tengok dari £33 dah potong sana sini jadi £28…apatah lagi dah hujung-hujung tiga bulan nih.

Musim keputusan keluar…

Musim gugur yang sejukkkk, angin kuat..masih di sini menatap jendela..melihat daun kuning yang degil tak mahu melepaskan rantingnya..

Musim result periksa dah tiba…woohhh tahniah..tahniah..tahniah, anak-anak semua orang berjaya dengan cemerlang, penuh status FB dengan result anak-anak yang cemerlang…gambar update yang cemerlang atas pentas…yang tak cemerlang kemana yea?

Kesian kat anak yang tak cemerlang, tentu menyusup diam-diam pergi kantin tak pun duduk tepi padang..tentu sedih tak dapat bergambar atas pentas dengan guru besar sambil buat tangan tanda bagus…

Anak saya ambik UPSR tahun 2011, Kakak Sarah sangat cemerlang dalam resultnya, kakak Sarah dari tak pandai membaca dan hanya pandai membaca pada tahun 4 persekolahan berjaya lulus 4 mata pelajaran, cuma gagal dalam satu mata pelajaran sahaja. Kakak Sarah yang langsung tak tahu menulis dan melukis pada tahun 2 boleh menjawab soalan penulisan dan pemahaman bahasa melayu dan boleh lulus cemerlang dengan gred C…tak cemerlang kah itu?

Kakak Sarah yang diramalkan akan gagal sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran hanya gagal satu. Kakak Sarah yang pihak sekolah tak mahu dia ambik peperiksaan UPSR disekolah tersebut berjaya juga lulus 4 mata pelajaran..tak cukup cemerlangkah itu?

Kalau ikut ukuran saya, alhamdulilah cemerlangnya anak ibu, Alhamdulilah cemerlangnya cikgu-cikgu yang tak jemu-jemu membimbing anak ibu, Kalau saya orang kementerian saya akan bagi anugerah pada cikgu-cikgu yang macam tu, saya akan bagi lebih peruntukan dekat sekolah yang ada murid-murid macam Sarah dan mampu membantu mereka sekurang-kurangnya untuk mempunyai rasa harga diri, percaya diri, dihargai. Saya tak akan beri sanjungan lelebih dekat sekolah yang mendapat peratusan yang tinggi dalam pencapaian, tapi demografi muridnya memang dari golongan terpilih, golongan cemerlang tegar…

Tapi kita tak hidup dalam ukuran Ibu, kita hidup dalam ukuran masyarakat kita yang gila statistik, Quantitative, generalisme…peratusan yang dapat semua A pada tahun ni meningkat kata pengarah pendidikan di TV, peratusan lain pengarah malu nak ucap dalam TV..berapa peratus lagi yang dapat E,D dan C yang belum berjaya di A dan B kan..itu yang perlu ditekankan, itu yang perlu jadi sasaran.

Saya bukannya menafikan yang meningkatkan sasaran pelajar tercorot ke gred A dan B bukan sasaran kementerian, banyak dah usaha kementerian dan guru-guru. Banyak sudah guru-guru tabur jasa untuk anak-anak macam Sarah, cuma kita sebagai masyarakat yang suka mendengar dan membaca berita macam tu, jadi media pun tampilkanlah cerita yang macam tu..tak salah..tak salah tak ada salahnya..Kita yang membentuk maksud, makna, kepercayaan dan ideologi dalam masyarakat kita….Seramai 20 orang pelajar dalam pendidikan khas berjaya lulus dalam peperiksaan kali ini, pencapaian besar bagi sekolah dan guru-guru…ada ke orang nak baca berita macam tu?

 

November datang lagi…

Ya Allah baru pukul 5 petang dah gelap gelita sunyi sepi..musim dingin memang bikin depress banyak orang…..

November ialah bulan ulang tahun perkahwinan saya, sudah 15 tahun Alhamdulilah kami menjalani satu kehidupan penuh liku yang bernama rumahtangga. Walaupun rumah saya kat Malaysia cuma rumah teres satu tingkat sahaja tak ada tangga…Perjalanan yang banyak menguji perasaan, keimanan, kesabaran. Perjalanan panjang yang  membawa saya pulang kepada rahmat Allah, Sesungguhnya perjalanan panjang yang menyimpan banyak kisah suka duka..yang mungkin terlalu rahsia untuk dikongsikan disini..ialah bukan rumah tangga selibriti yang semua benda nak dikongsi dengan peminat..

Saya mengakui bahawa perkahwinan harus dimulakan kerana Allah, niat untuk berkahwin kerana Allah, kerana jika kawin kerana cinta, ada masanya cinta pudar, sayang jadi benci, kaya jadi miskin, berjaya jadi gagal…gairah jadi lesu, ceria jadi bosan…setiap perkahwinan akan diuji semacam itu. Sesungguhnya pada awal perkahwinan saya akui saya tidak berfikiran begitu, yang tergambar pada saya ialah untuk menhalalkan satu perhubungan yang sudah berputik sekian lama…tapi setelah makin meningkatnya usia perkahwinan semuanya makin jelas….

Kalau ingat baliklah, majlis kami memang terlalu ringkas.Sayang saya tak ada gambar perkahwinan dan pertunangan kami, semuanya maha ringkas, Saya mahu aja majlis perkahwinan macam puteri raja, diusung dengan kereta kuda. Saya memang teringin sangat, tapi biasalah budget tak cukup. saya baca kat satu blog nih majlis pertunangan nya yang serba mewah, baju sampaikan designer pakaikan, dayang-dayang bawak dulang pun ada baju…fuhhhhh…memang macam puteri raja, bertunang baru tuhh..kalau mampu apa salahnya… Asalkan tidak mengundang umpat keji orang sudahlah.. yang mengumpat dan mengkeji kat comment tu pun golongan yang kurang kerja cari dosa..

Saya bertunang pakai baju batik je, baju ofis. Make up pun tidak, muka berlengas-lengas. Rombongan meminang saya cuma sekereta. Namun saya hargai, sebab arwah bapak mertua saya jarang sangat berjalan jauh keluar rumah macam tu. tapi untuk meminang saya dia sanggup datang. Saya ingat hantaran saya cuma cincin, kain sepasang dan kuih. Baju dari kain tu sampai sekarang ada…tapi dah tak muat. sayang nak bagi orang..saya simpan buat kenangan.

Kenduri kawin saya pun kalau boleh saya nak serba ringkas sahaja, saya cadangkan kat mak saya untuk bernikah kat masjid…tau apa mak saya jawab “macam dah tak ada rumah aja…” hahaha..masa zaman tu tak trend sangat orang menikah masjid, bila sekarang ni kalau saya cerita balik mesti saya dan mak saya gelak…masa tu kalau kenduri kendara pakai hidangan, saya cadangkan pakai konsep buffet aja..melenting lagi mak saya masa tu…hahaha…kenangan. Mak dan ayah saya nak majlis yang sama meriahnya bagi semua anak-anak dia dan memandangkan saya yang last, lagilah mak saya nak meriah-meriah…”lepas ni mak dah tak kenduri dah…” alasannya…

Ujian nak buat kenduri pun dan penat nak fikirkan, bertolak ansur, berkerjasama, saling menjaga hati, memuliakan tetamu dan bersabar…baru ujian tahap satu..kalau ujian ni pun dah huru hara sampai nak pecah kepala memikirkanya, kita tunggu je lah ujian tahap dua, tiga dan seterusnya…

Musim cuti sekolah..musim kenduri kawin….

on P.H.D

Sejuk yang sangat cerah….

Sejuk sangat sekarang nih suhu main 1-2 je setiap hari malam frost…Selalu kalau sejuk macam nih kaki jadi bengkak, gatal-gatal dan sakit, gejala frostnip ala-ala nak kena frost bite tapi pada layer kulit atas aja, maklumlah heater tak pasang, stokin tak pakai….pandai..

Bukan apa, rasa macam boleh tahan lagi, semua orang dalam rumah disuruh pakai sweater tebal dan bersetokin, malas nak tengok bill winter yang mencecah 600-700 pound tapi hakikatnya badan dah merana….

Minggu nih banyak kat rumah aja, semalam pergi school melayan Hebah si arab tu menangis, orang buat Phd yang nak period memang suka menangis, rasanya semua masalah datang bertimpa-timpa, rasanya semua orang tak faham, rasanya semua data tak cukup, macam-macam…

Biasanya saya bersikap positive aja..layankan…padahal last week saya rasa nak jerit-jerit aja bila SV saya sekali lagi tak memahami idea saya, tapi bila saya tenang selepas merayau-rayau di Union Street, saya fikir balik..apa la sangat kannnn, ikut je la kata SV, lagi pun idea tu masih disitu cuma, jalannya sahaja yang lain. Tentulah sebagai SV dia berpengalaman. Moral of the story, dengar cakap cikgu jangan melawan…..hehehehe…

Dua tiga hari lepas saya berborak dengan kawan saya, saya cerita pasal jalan research saya yang sgt simple dan nampak macam penyelidikan Undergrad, dia sangat berminat dan kata whhhh….sangat jelas la, mudah dan masuk akal…tukan..tak sia-sia dengar cakap cikgu.