Yang berpisah dan yang bersatu…..

PPM

Photo credit to http://www.ppm55.org/

Saya menulis  hari ini selepas mendapat perkabaran kembalinya ke rahmatullah presiden Persatuan Pustakawan Malaysia. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)”Surely we belong to Allah and to Him shall we return”….Kematian ialah hal yang paling dekat dengan kita. Setiap kita pasti akan bertemu mati…

Sesungguhnya saya tak kenal rapat dengan arwah, almaklumlah saya bukan bekas pelajar UiTM dan dalam persatuan pun saya hanyalah ahli biasa…hehehe..tahun ni bayar yuran ke dak?..tak ingat aihh..Tapi sebagai seorang yang banyak menyentuh jiwa sebahagian besar komuniti pustakawan di Malaysia, saya wajar merekamkan peristiwa ini di blog saya…

Jika anda pustakawan dan bukan lulusan dari UiTM, ia adalah masalah besar, kecualilah jika anda lulusan Master dari UM dan UIAM. Tapi jika anda lulusan dari institute luar macam saya…rasa macam kera sumbang. Bila pergi meeting, tak kenal sesiapa, bila pergi kursus, buat-buat muka kenal..tapi tak pe, berkat  muka tak malu saya nih,saya rasa setakat nih saya okey..

Pustakawan pun ada persatuan?…bukan kat sekolah dah ada persatuan pustakawan ke?. Masyarakat belum tahu tentang kerjaya sebagai pustakawan. Masyarakat belum faham fungsi pustakawan dalam organisasi. Sebahagian besar masyarakat faham fungsi perpustakaan, cuma masyarakat tidak nampak peranan pustakawan.

Specialnya pustakawan ialah profesi yang namanya terkait dengan tempat kerjanya. Library librarian, perpustakaan..perpustakawan…hahahaha..selalu orang salah eja. Ni juga faktor kenapa orang tidak dak nampak fungsi dan peranan pustakawan kecuali mereka yang berdamping dengan perpustakaan. Berbeza dengan profesi yang umum kenal, contohnya doktor, walaupun tidak di hospital dia masih boleh menjalankan khidmat konsultasi, hatta di kenduri kawin pun kalau kita ada sedara doktor kita boleh tanya tentang penyakit..hehehe..kalau doktor tu nak layan lah…Kalau cikgu misalnya, kalau dekat market pun orang akan tanya “nak beli apa cikgu?”… kerana profesi-profesi tersebut telah lama menyentuh hati rakyat..berapa kerat dari kita yang tak pernah berurusan dengan cikgu..ada? tak ada? berapa kerat dari kita yang tak pernah berurusan dengan doktor? ada? “Pakcik makan jamu aja..tak payah jumpa doktor…”

Mungkin sebab ini jugak maklumat tentang profesi ini belum meluas, ramai student Malaysia di sini berubah ekspresi mukanya bila saya kata saya seorang pustakawan yang buat Phd atas platform pustakawan. Ramai masih menggangap pustakawan profesi yang tiada masa depan, atau pun profesi yang tidak memerlukan kepakaran (ada ke profesi yang tidak perlu kepakaran?).

Inilah yang perlu diperjuangkan oleh persatuan, membentuk professionalisme pustakawan Malaysia, membangun image positif di mata masyarakat melalui perkhidmatan yang melibatkan kepakaran (specialised) dan menyentuh sebanyak mungkin hati pengguna perpustakaan.

Walaupun saya tidak kenal rapat dengan arwah, pada tahu 1991 saya pernah mengikuti interview kemasukan ke ITM untuk library science, dan arwah yang menginterview saya, (tak ada jodoh dengan UiTM, sebab masa ni saya tolak UiTM untuk ke Jakarta, masa Phd pun saya terpaksa tolak untuk ke Aberdeen). Tapi saya pasti ribuan anak didik beliau, pustakawan serata Malaysia pada hari ini, merasai kehilangan beliau, kehilangan besar kepada profesi kami. Sesungguhnya bagi hati-hati yang pernah dicuit dengan ilmu yang pernah disampaikan, bermula hari ini andalah saham akhirat arwah…

Minggu lepas pulak bekas rakan seofis saya melangsungkan perkahwinan… Selamat pegantin Baru Ham….huhu kuat betul berahsia makcik nih, tau-tau nikah dengan orang library jugak..selamat menjadi isteri orang.

 

Quotes..

Snow lagi…malam yang sejuk..

Anatara quotes yang menarik minggu ni dari budak2 nih..

Jiha…

“Kita ni macam kucing la ibu, asyik makan left over aja…”

Hahahaha…kelakar pulak rasanya. Banyak sangat makanan minggu lepas yang dibawa dek tetamu kami, Semua bawak kek sebab nak raikan birthday en suami. Terima kasih semua…si isteri mithali pun tak ketinggilan buat kek..kan dah janji kat Ali…

DSCN0533

Kek saya..kek sponge coklat dgn cheese cream yang tidak sempat melihat malam…….licin….chef puas hati…..
DSCN0537

 

Bunga saya..bunga anniversary saya cuma ros yang warna oren, lily dan pokok tu…alhamdulilah pun sebab dapat bunga…sekali sekala kena suntik hormone romantik kat jiwa en suami…

Ali…

“It’s not even your baby ibu…”

Ayat jealous bila ibu dok timang baby-baby kat sini…

Ala Ali bagi can la ibu nak main dengan baby..comel-comel baby yang datang rumah kita minggu ni..semua geram ibu tengok…”can we have a baby ibu….” haaaaa..yang tu sorry..setakat timang-timang lepas tu bagi kat mak dia balik suka la ibu…

2013-09-12 08.53.58

baby besar yang masih suka di cuddle..

Sarah..

“I’m not your friend Ibu…”

Marah bebenor bila ibu kata ibu termasuk heaters K-Pop.. Selera kita kan lain-lain…”Habis tu sedap sangat la Big Bang Theory tu…”hehehe mare nampak sebab Ibu dgan Jiha selalu tengok Big Bang Theory berdua….

Makan-makan minggu lepas tuntuk farewell dua teman yang akan meninggalkan Aberdeen, tu la…tahun ni ramai yang datang ramai jugak yang pergi..tapi langsung tak sesuai pepatah “Patah tumbuh hilang berganti” sebab yang datang dan yang pergi semuanya unik. Tak sama langsung…