Cliche’nya tajuk..”Membaca menambah ilmu”

Bohong katala kalau saya tak suka buku, saya kan librarian, analoginya macam model tak suka bajula, kalau saya tak suka buku…hehehe..

buku

Masa saya kecik-kecik, saya tak ada kawan. Sebab mungkin saya lahir luar musim, anak-anak jiran sebelah menyebelah rumah saya semua dah besar-besar. Lagi pun rumah saya agak tersorok ke dalam menyebabkan kami kurang sikit bercampur dengan budak kampung lain.

Masa ni la saya mula membaca, pinjam buku dari perpustakaan sekolah. Antara buku kesukaan saya ialah buku tentang sekolah berasrama Sekolah Seri Melor dan Sekolah Tengku Ashikin. Agaknya sebab banyak sangat baca buku-buku nilah saya nak sangat masuk sekolah asrama. Saya terbayangkan kegiatan murid-murid asrama tu buat party rahsia di roof top makan cake dan minum ginger Ale. Permainan padang mereka pulak ialah lacrosse. Sekarang bila teserempak student bawak stick lacrosse tu mesti teringat kenangan lama masa saya bayangkan macamana mereka main lacrosse. Sebab dulu mana ada peluang nak tengok orang main lacrosse. Memang membaca mengembangkan minda kita, membenarkan imajinasi kita tumbuh melampaui batasan sempadan dan waktu.

buku malory tower..Jumpa Buku nih tadi di kedai buku…tu yang terkenang cerita zaman berzaman nih…

Kalau tak pinjam buku library saya baca buku yang ada di rak buku di rumah saya. Buku sekolah kakak-kakak saya, antara buku yang masih saya ingat buku skrip drama melayu, Satu skrip yang saya paling ingat ialah “Bejagung-jagung di Landon sebelum padi di Malaya masak”..saya dan kakak saya selalu berlakon scene dari drama tu. Buku ini menyebabkan saya sentiasa ada perasaan ingin tahu tentang kehidupan mahasiswa di Kota London. Emmmm..pengalaman yang tidak asing lagi bagi saya sekarang.

Buku lain yang masih saya ingat membacanya berulang kali ialah antologi cerpen pemenang sayembara cerpen Esso Gapena terbitan Utusan. Dan cerpen yang paling saya ingat bertajuk “Tetamu dari langit” cerita fiksyen yang megambarkan bumi pada zaman akan datang. Penulis mengambarkan bagaimana manusia tinggal di bangunan-bangunan tinggi dan menggunakan jambatan antara menara untuk bergerak dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Pada masa tu saya rasa macam mustahil je ada bangunan tinggi yang bersambung-sambung dengan jambatan…tapi bila tengok KLCC…macam tu la agaknya imaginasi si penulis. Kalau tak salah cerpen tersebut ialah pemenang edisi tahun 1978.

Cerpen ni mengisahkan seorang pemuda yang dianggap gila oleh masyarakat setempat sebab dia masih mengamalkan ajaran lama pada zaman yang sudah maju, dia masih sembahyang berpuasa dam membaca kitab lama yang hampir lusuh. Dia mengingatkan semua orang tentang akhir zaman dengan kedatangan tetamu dari langit sedangkan masyarakat sekeliling tidak menghiraukan amaran si pemuda sebaliknya bersuka ria dan berlumba-lumba untuk menyambut tetamu istimewa dari langit. Memang cerpen ni memberikan kesan mendalam kepada saya sehingga hari ini.

DSCN0530

Apa buku anak-anak saya baca.. Rimas saya tengok mereka melekat dengan tab. Saya harap mereka punya pengalaman membaca dari usia muda, supaya mereka kekal berdamping dengan buku. Jiha sekarang suka baca tentang fact dan novel detektif. Dia tengah baca Lemony Snicket “Who could that be at this hour”. Sarah pulak anything Korea, dia baru dapat buku “Korea word and Phrase book”… Ali pulak baru nak start siri “Read with Biff, Chip & Kipper”. Walaupun setiap malam mintak bacakan buku Ben10 dengan power rangers aja…

Tapi tentulah ada satu buku yang memang tiap hari kena paksa budak-budak ni baca.. masih tahap kena ingatkan baru nak baca..ishk..ishk..buku ni la…

Quran

Image dari sini ttp://www.norwichmuslims.org.uk/index.php/discover-islam/quran




 

 

 

Sapan

Rajin pulak makcik update…azam baru kot..

Sabtu lepas kami dapat petiasi baru..memang baru tapi kecik sikit dari yang lama..yang lama dah nak bertukar jadi heater…orang sejuk dia jadi panas pulak.. Memang rumah kat sini landlord yang sewakan ruman fully furnished kena gantikan barang yang rosak, .

Tuan rumah kami orang kashmir, jadi boleh practice cakap hindi dengan. Nehi appa..nehi… Dah tua dah. Ali panggil dia atuk grey sebab rambut dia semua dah grey. Tapi masih kerja sebagai consultant di Norway. Rumah yang kami sewa ni dulu rumah dia. Selang serumah rumah anak dia, selang sejalan dulu pun rumah dia..ntah berapa banyak harta Atuk Grey nih…

Tu la beza orang asia dengan local kat sini. Mereka tak minat sangat nak beli rumah untuk sewakan. Mereka biasanya beli rumah yang sesuai dengan keperluan mereka je.. masa anak ramai mereka nak beli rumah besar 3-4 bilik, bila anak dah besar mereka biasanya jual rumah tu beli rumah kecik yang lebih sesuai untuk orang tua..kalau anak cucu balik, mereka boleh tidur hotel. Atau pun mereka simpan duit untuk masuk retirement house yang bagus. Tak ada fikir nak belikan rumah untuk anak-anak. Sebab bagi mereka lepas umur dewasa, anak-anak dah boleh berdikari, kalau ada masalah kerajaan ada untuk tolong.

Tapi kita orang asia, suka simpan harta, untuk anak ni satu, anak tu satu…banyak tu rumah orang Malaysia, tapi kadang-kadang kalau dah dievaluate harta tu banyak menyusahkan disimpan dari dijual. tapi kita tak..kita kata sayang harta….

Apa yang makcik membebel nih..entahlah yang makcik nak beritahu ialah, dalam bulan lepas makcik dah sapan (bahasa kampun makcik untuk rosakkan) banyak barang kat rumah atuk grey

Mula-mula mesin basuh..tak bergerak…orang datang check..check aja 48£..atuk Grey kata “Not worth it baiki” beli baru..dapat washing baru…

Tak sampai seminggu lepas tu fridge pulak tak sejuk…kami relax dulu switch off dulu, bersihkan dulu..on balik..ermmm tak jalan jugak. Biasanya kalau ada masalah macam ni kita on off lepas tu dia okey la….tapi tak jalan…

Dalam masa bertenang tu nasib baik ada orang offer fridge kecik yang anak dia dah tak nak. Rezeki..padahal abang tu tak tau pun fridge kami rosak…Ehhhh tak alih-alih cermin oven pulak pecah..dia hancur jadi butir-butir kecik. Panik makcik sekejap. “Apa aku dah buat salah nih…” rasa tak ada lah salah apa..tengah roast sweet potato je pun…Alamak..Malam tu pulak angin kuat, bangun pagi tengok pagar kami dah tumbang masuk laman belakang rumah jiran. Lengkaplah kesangsaran makcik…..

Sempena tahun baru..no baking membaking yea….

Dah 2014 ehhhh?

Eh..dah 2014 ke…Alamak, makcik terlena la…ingatkan baru 2013…la…

Haruslah banyak benda menarik pada tahun 2013 yang kami sekeluarga tempuhi,,perlu dicatat kat sini sebagai kenangan…

Ali dah mula membaca, walau pun hanya pandai baca perkataan yang cuma ada 3 dan 4 huruf , dia dah improve banyak la dari dulu cuma tahu eja Ben 10 dengan nama dia aja..sekarang upgrade… boleh eja sonic dan Ninja Turtle hahaha..bertambahla game yang dia boleh cari kat Tab.

Alhamdulilah dia dah hafal surah Al Fatihah dan Al ‘Ikhlas…start a new habbit, “Always start dengan Bismilah”…tapi sholat masih mau lari…aiiiya…

Jiha macam biasala, memang selalu advance, reading dia bagus..dia very articulate, sangat critical, maths pun dia dah upgrade..masuk kumpulan red.

Tapi sholat  masih kena remind selalu, mengaji kenkadang culas, Else than that she is as aweet as an apple. Selau nampak fresh (even malas mandi) rasa nak gigit je (mengemeskan…). And baju dah banyak tak muat sebab dah jadi Apple,,,(bulat.)

Sarah, macam biasa la…last month dapat report dari sekolah dia…academic report which is 14 pages long…PE je dia dapat excellent third consolidating…

Ada satu report yang menarik cikgu dia tulis ” She could also perhaps spend more time listening to and watch good programmes on British television although I do know it is her wish to learn Korean…”

Ate cemana…