Kempen..

Bukan kempen pilihanraya …

Masa balik Malaysia hari tu, suami sangat berhati-hati memandu. Maklumlah kereta sewa, karang tak pasal-pasal kena bayar.. (dalam pada berhati -hati tu, cermin kereta tu crack juga, kena batu dekat highway.. kena bayar juga extra..)

Kami sewa kereta dari Rano Car Rental… (macam nama Rano Karno..) service dia baik alhamdulilah, walaupun ada sikit masalah pada masa kami sampai KLIA. Masalah yang tak dapat dielakan..kereta yang nak disewakan pada kami kena langgar buntutnya….

Tapi Okey lah sepanjang cuti tu kami pakai kereta Exora yang besar dan selesa bagi kami 5 beranak. tapi bila tengok keadaan jalan raya kat Malaysia memang bikit hangat hati. Apa ke memang orang Malaysia ni tak tau nak bersabor..memanjang nak mencilok, tak reti nak beratur…jawapan dia memang…bukan kami lupa pun..baru 2 tahun je duduk tempat orang. Suasana jalanraya kat Malaysia memang macam tu. Selagi boleh menyelit menyelit…yang tak menyelit tu rugi besor, sebab dapat cepat 5 minit dari kereta lain, tapi menyebabkan 20 kereta lain lambat 10 minit…yeeahhh aku pandai..orang lain semua lembab… macam tu agaknya perasaan orang yang menyelit tu….

Dah mentaliti orang kita macam tu, nak buat macamana ngek….Cuaca panas kat Malaysia memaksa rakyatnya memandu dengan pertimbangan yang nipis….

Apa cerita kempen yang saya cakap kat atas tadi..

Dalam perjalanan ke KLIA kami pada hujung minggu Tahun Baru Cina..kami saksikan sendiri satu kemalangan akibat pemandu kurang hajar, tak sabar, mementingkan diri sendiri dan juara menyelit…

Masa tu highway sesak dari Jasin ke Ayer Keroh, apa lagi pemandu kurang hajar ni dah masuk ke lorong kecemasan dan memaksa motorsikal yang menggunakan laluan tu masuk ke lane kiri jalan, penunggang motosikal malang tu telah menunjukan isyarat amaran pada pemandu kereta sampai dia tak terperasan kereta didepan yang bergerak perlahan dan melangganr belakang kereta tersebut.

Motosikal terpelanting masuk longkang, penunggangnya melayang ke jalanraya, nasib baik sempat mengesot ketepi dan mengelak dari di langgar kenderaan lain. Saya rasa penunggang tersebut luka dan mungkin patah kakinya akibat terhumban ke jalan raya..saya kira penunggang tu budak kolej, muda sangat lagi..dan pemandu kereta yang kurang hajar tu terus je memecut tanpa berhenti….

Sekarang bayangkan..anak kita, adik kita..anak sedara kita bersalam dengan kita nak balik kolej, “Jalan baik-baik..” kita selalu pesan… sejam kemudian kita dapat panggilan telefon..dia kemalangan….cuba simpan imbasan ini dalam kotak memori tuan/puan..setiap kali tuan/puan rasa nak masuk lorong kecemasan bayangkan senario di atas…senario ini bukan ciptaan saya..ini benar-benar kejadian ” trauma la ibu…” kata Sarah…

Bukan orang lain pun yang suka masuk lorong kecemasan tu, kita juga..bukan orang jahat aja, orang baik pun jugak…bukan mengikut bangsa pun, satu Malaysia..

Di sini saya ingin menyeru (ayat kempen)..kalau ada yang dapat diseru..hentikan lah masuk lorong kecemasan, bayangkan pemuda malang yang masih bermain dalam ingatan saya nih..lebih trajis lagi bayangkan kes ambulance yang tak sampai bila kemalangan, sebab lorong kecemasan penuh dengan kenderaan…bayangkan anda dan keluarga anda dalam keadaan tersebut,…

Orang kata kempen jalanraya “Biar lambat asalkan selamat” dah tak releven lagi..kita tukar “Sama-sama selamat, jauhi lorong kecemasan…”

Terima kasih..wabilahi taufiq wal hidayah..Assalamualaikum WHB……

Advertisements

Air France….. My Experience

2014-02-03 11.06.14

Seumur hidup makcik tak pernah makcik naik Air France. Sebenarnya mak cik teringin nak naik KLM transit di Amsterdam. Maklumlah makcik and co tak pernah sampai Belanda, dapat transit pun jadilah. Tapi dah takdir makcik hanya mampu naik Air France yang menawarkan harga lebih murah. Air France dan KLM ni nampaknya dah bergabung dalam menjalankan operasi sektor europah dan asia. Kalau kita book melalui KLM dia akan offer juga Air France..

Nak kata teruja.. tak la sangat sebab makcik lebih teruja nak balik, nak tengok mak..tak kiralah flight apa asalkan selamat sampai. Dalam kepala..hanya ingat kat mak makcik aja..atuk mak bebudaknih…

Aberdeen Paris, smooth aja flightnya, pramugarinya siap bagi salam kat makcik, dia kata dia ada kawan orang Malaysia dan selalu datang KL singapore, seronok nak flight 2 jam tu, landing and take off pun semua smooth.

Oleh kerana makcik tak boleh check in online makcik terpaksa check in kat counter. Di Aberdeen, staff counter hanya boleh check in sampai Paris aja, dia pesan nanti kat Paris pandai-pandai la makcik check in untuk KL. Makcik pergi la counter kat passenger transfer untuk check in KL, salah besor makcik kat situ la korang sebab makcik tak check boarding pass sebab makcik dah taksabo nak ke bilik ayor..silap besor makcik hari tu…

Setelah 5 jam terlepak kat CDG airport yang kami tak jumpa surau, setelah ditanya pada staff airport yang telah mengalakan kami solah di hujung airport, maka tibalah masanya makcik dan co naik pesawat nak baik KL, Masa tu jangankan Sarah Jiha dan Ali yang melompat kesukaan, makcik dan pakcik pun dok tenung tenung mata kegembiraan, layaknya macam dalam pilem hindustan…

Ehhhhh….tak alih-alih bila makcik tengok boarding pass, Najiha yang umur sepuluh tahun tapi besor macam 14 tahun tu di bagi boarding pass infant. Kegilaan apakah ini, mampukah makcik nak memanggku Najiha selama 12 jam perjalanan… berguling-guling biji mata makcik…sungguh tak beguiling langsung…

Makcik pun approach crew member dan begitahu la masalah kami rombongan Cik Kiah baik KL nih…ate memang cuacanya orang France ni agak kasar agaknya..disuruhnya Makcik menunggu di tepi sampai semua orang dah siap masuk, Sorang pompuan ferancis crew Air France kabo ke makcik, ni salah makcik..ehhh tak salah crew Aberdeen..ehhh tak taulah salah sapa…tapi dia kata dengan hudung tingginya, lebih kurang macam nih la ” Dengor sini cakap aku…kitaorg tak boleh nak buat apa-apa dah, makcik dengan budak-budak duduk depan….tapi pakcik kami kena bagi duduk belakang…

Gitule kaedahnya kami sampai KL, Makcik sepicing pun tak dapat tido, dengan Ali dan Jiha yang tak nak tido main game sampai India, dengan Sarah yang tak selesa sebab kena duduk sebelah stranger, bila kapal terbang gegar sikit je dia dok pegang tangan makcik dan tanya makcik tido ke…makcik pun dari lena-lena ayam terus jadi ayam panggang terjaga…kesian kat Sarah, dia takut sebab dia tak boleh imagine apa yang berlaku.

Sebenornya makcik jealous dengan pakcik yang duduk kerusi yang sebelahnya kosong kat belakang, dapat tidur lena sampai dah tak boleh tidur dah datang menjenguk kami tanya nak tak coke setin dua..ayooooo..makcik kepala pening tak tido, dengan tin-tin pun makcik mampu minum…huwaaaaahuwaaaaa…..

Pengalaman baik kami pulak, sikit lagi kami nak kena tinggal dek kapal terbang sebab lambat sampai kat gate..sebab lambat masuk, sebab..sebab..sebab..banyak le sebab..tapi sempat jugaklah naik. Sampai kat Paris, agaknya pilot tu ngantuk kot masa landing dia terhuyung hayang dan terlanding tayar kiri dulu. bouncy bouncy la kapal terbang tu sampai compartment kat atas kepala makcik terbukak, nasib baik tak ada beg yang terpelanting kena kepala makcik..kalau tidak tentulah dah senget makcik nih…

Balik sampai sini tentulah makcik tulis complain kat Air France pasal kes masa baik KL tu….PR Air France sekejap je dah balas request makcik, dia biasalah pakai ayat PR mintak maaf, rasa sorry sebab makcik tak dapat layanan yang makcik jangkakan, tapi maksud yang makcik dapat dari ayat PR tu ialah, “ko ni tu pun nak komplen..apa la sangat, banyak lagi kes aku nak jawab…tak payah siasat pun aku dah boleh jawab kau punya kes nih….”

Yang paling makcik tak puas hati ialah bila dia kata, sepatutnya makcik pakai online check in dan datang awal ke counter. Padahal makcik dah cuba online check in banyak kali tak boleh, message yang keluar suruh gie counter. Lepas tu dia kata sepatutnya makcik gie awal kat counter, padahal dengan rombongan cik kiah macam makcik memanglah makcik antara customer terawal depan counter. Makcik syak dia tak tengok pun request makcik, dia main balas aja….

Makcik bagi dia satu lagi e-mail, makcik bagi sikit rasa tak sedap hati makcik dan kata tak payah balas e-mail ku ini kerana sudah ku tahu cara kerja mu itu…..terus minggu ni makcik dapat e-mail Air France bagi makcik mata terbang…

Masalahnya makcik tak ada membership kad mata terbang Air France pun…hahahahahahahaha…

Makcik dah penat menaip….

Balik Kampung

Minggu lepas kami balik Malaysia…ewah…macam sedap je tulis balik Malaysia, macam balik Malaysia tu sekejap macam pergi Stonehaven..hehehe..tapi ini benar-benar kejadian..kami balik Malaysia…yabedabedu!!!!!!!

Kami balik sebab nak jumpa dengan Tok Mak yang tak sihat, kesian Tok Mak, tak boleh bangun dari katil, tak boleh berbual, tak selera makan, sedih kami balik bila Tok Mak yang selama nih kalau kami balik kampung tak jemu-jemu masak, berbual dan bertongkat melakukan kerja rumah hanya terbaring di katil….

 

DSCN0829

Alhamdulilah 3 minggu kami di kampung Tok Mak dah mencuba untuk bangun sendiri, dah boleh tergelak dan tersenyum dan dah teringin nak makan macam-macam.

Selain dari niat utama kami balik nak jaga Tok Mak ni…banyak juga aktiviti yang sempat kami buat….aktiviti yang sememangnya kami dah rindu nak buat…

FSCN0713

Termasuklah bersantai-santai di beranda rumah Tok Mak…tak ada feeling dapat melayan seronoknya duduk di kerusi malas ni, tenghari lepas makan perut kenyang..dibuai angin dari kipas angin yang berputar ligat sampai mata pun terpejam….ZZZzzzzzzzZZZZzzzzzzz

DSCN0634

Kami Sempat juga balik Tepeng dan Ipoh kampung Ayah…DSCN0660

Makan durian dah puntung (dah habis musim) habis musim pun habis musimla..janji durian…

DSCN0653

Dapat main-main di kampung ayah yang dilanda cuaca sejuk luar biasa katanya…(tapi kami tetap juga berpeluh lencun…)

DSCN0695

Dapat berjumpa dengan sanak sedara yang tak pernah berjumpa. (dengan Mohd Hashim anak saudara Ali yang tak pernah jumpa sebelum nih….)

DSCN0688Sempat sarapan pagi di Hotel yang baru dibuka di Ipoh…(bukan main lagi Ali posing)
DSCN0702 Kakak sempat buat selfie yang tah apa-apa entah nih….DSCN0707 Sempat melukis dan membuat sepah di rumah Tok Mak dengan stationary yang dibeli dari kedai Ibu Uteh…yahoooo….(sehari 5 kali pergi kedai Ibu Uteh sebelah rumah..sekejap beli Ais krim, sekejap beli kertas…tapi Ais kerim free la…)DSCN0720Sempat juga ke Zoo Melaka…hehehehe…kesian Ali tak pernah pergi zoo seumur hidup dia..dari masuk sampai keluar..berlari tak henti-henti…mulut dia pun tak berhenti-henti….


DSCN0777

Ali sempat main, makan, mandi dan tidur sebantal dengan favorite cousin dia Syahid….tapi tengan malam tidur celah ibu dan ayah jugak….

DSCN0792 

Sempat la Ali lari keliling rumah sampai berlengas-lengas..maklumlah rambut panjang..semua orang geram nak potong rambut Ali…hehehe..kalau pergi kedai pulak orang asyik tanya “lelaki ke perempuan nih?”…ish..ish..ish ada muka perempuan ke Ali nih?

2014-02-03 09.00.17Ali pun sempat patah gigi depan….

2014-02-03 11.06.55

Alhamdulilah…the best trip ever untuk Ali..Ali feel sad masa nak balik..in fact mata Ali berkaca-kaca masa kami nak meninggalkan rumah Tok Mak…..bilalah agaknya kita dapat balik kampung lagi kan Ali…..