Ibu masak apa?

Biasa itula pertanyaan anak2 kalau balik sekolah, kalau saya jawab, hari ni ibu tak masak.. hari ni ayah yang masak, terus senyap je tak ada soalan lanjutan…DSCN0992

Satu lagi soalan Jiha “Bila ibu pandai masak?..” Ohhh ohhh ohhh..panjang ceritanya. Ibu tak pandai masak nak oii. Masa mula-mula kawin dengan ayah selalu ayah terpaksa makan bahan experiment ibu. Ibu pun bukan pandai sangat buat experiment kat lab..apatah lagi kat dapur.

Saya budak sekolah asrama dari tingkatan satu…heheheh itu bukan alasan setengah orang kata. Tapi memang la peluang saya nak pegang periuk dan kuali sangatlah terhad. Sebab utama sebab saya duduk asrama, lepas tu masa masuk universiti pun jarang masak, bila dah kerja dapat housemate yang sangat pandai masak. Jadi memang tak sempat bakat nak berkembang…Alasan..cheh..

Lepas tu mak saya memang tak berapa nak lepaskan senduk dekat orang lain. Kalau sekarang ni dia masih kuat tentu dia bertongkat-tongkat masak. Lebih-lebih lagi bila anak cucu balik, 24 jam duduk dapur, kadang-kadang sampai tertidur kat dapur. Hanya beberapa orang sahaja yang mak saya percaya kalau nak masak kat rumah tu. Dan saya bukan lah salah sorang darinya. Tugas saya masih lagi cari cili api, ambik serai, ambik daun kari..paling hebat pun dapat potong sayur.

Bila dah anak dara, saya teringin nak masak, mak saya tak bagi. Tapi mak tak kisah saya bermain didapur. Kadang-kadang saya ambik sikit udang yang mak nak buat sambal, saya cucukkan pada lidi dan bakar…hahaha sate udang. Sambil tu saya tengok juga bahan-bahan yang mak gunakan untuk memasak. So basicnya saya tau la macamana nak menumis. Kuih yang pertama saya pandai buat ialah buah melaka. Ni saya buat masa buka puasa zaman student dulu. Berjaya la tuh. Selain dari tu. Tak ada.

Bila dah kawin, kenala masak. Alhamdulilah en suami tak cerewet makan. Apa pun experiment saya dia sebat. siap bertambah-tambah tu. Memang pakar motivasi betul suami saya tu. Menambah minat saya nak masak…walaupun kadang-kadang…

Kalau kat rumah mak mertua, saya ambik bahagian basuh pinggan. Saya memang mati akal di dapur. Arwah mak mertua saya memang sangat pantas dan ringkas. Zap zup zas..jadi pengat. Bing bam boom jadi nasi kerabu….Sampai kakak-kakak ipar saya tanya kat Sarah ..”Ibu masak tak kat rumah?”..hehehe..mungkin sebab nampak pelik sangat kat dapur kut.

Tapi lama-lama saya dah boleh manage dapur saya sendiri. Dah boleh masak untuk keluarga sendiri. Kalau mak saya datang, mak mesti cakap, “masak nasik je…” heheheh mak datang bawak bakul piknik…

Sekarang ni bila dah duduk jauh dari sumber makanan dan jauh dari rumah mak saya, segala teringin, termengidam kena la buat sendiri. Lepas tu ada juga rasa nak beramai-ramai, nak ajak orang datang rumah kena lah masak. Takkan nak katering kot. DSCN0994

Setelah hampir 4 bulan tak membaking, semalam saya buat kek chiffon pandan resepi yang saya gunakan sangatlah senang. Tak ingat dari mana saya salin, tapi insyaAllah menjadi kalau buat. Cuma kena tahu beberapa pantang larangnya saja. Haaa..kalau cerita pasal pantang larang ni..wak nak mintak pengeras….

Bahan yang perlu dipukul setengah mati hanyalah putih telur, gula dan cream of tar tar (tadi pergi Lakeland cari cream of tar tar…belagak tu kedai…tak jual dia cream of tar tar) Pukul sampai stiff, kalau terbaik kan pun tak menitik. bahan-bahan yang lain pukul dengan whisk aja , …

Lepas tu loyang kek jangan grease kan. Sebab kek akan memanjat loyang untuk naik…katanya lah…

Lagi, masa combine bahan tepung dengan telur putih jangan pukul. Kalau ada mixer kitchen aid pun jangan guna. Guna spatula je kaup-kaup kan.

Lastly bila kek masak keluarkan dari oven, terus telangkupkan (bahasa kampung saya ni..kata orang pekan terbalikan dan biarkan sejuk di atas randai)DSCN0993

Lepas tu agak-agak dah sejuk, keluarkan dari acuan, potong..panggil satu rumah makan. bismilah….


DSCN0999

Budak-budak dah besar..

Kesian blog ni tak terbela..sekejap je dah nak habis bulan Mac…..

Anak-anak saya dah grown up…sangat lah cepatnya. Kalau update gambo diaorang kat FB mesti semua orang comment, dah besar dah anak akak…ermmmmmm

Sarah minggu ni dah mula balik sendiri naik bus, sebab kami dah tak sempat nak jemput lagi dari sekolah, nak mintak tolong orang lain jemput, sampai bila, terpaksa lah ibu lepaskan dia naik bus. Kat sini tak ada bus sekolah dan van sekolah, jadi kena naik bus awam. Dari depan sekolah dia kena jalan sikit melintas dua jalan baru sampai tempat tunggu bas. Sudahlah dengan budak-budak lelaki yang nakal-nakal tu tunggu  bas sama, memanglah ibu tak putus berdoa, “Allah perliharalah anak-anak ku, kau yang maha mengatur sekelian alam….” Semalam tepat pukul 3.58 petang dia muncul depan pintu rumah, Alhamdulilah..alhamdulilah syukur yang tak terhingga.

1371405976037

Ek’elah pandai naik bas aja pun dah kecoh…orang boleh kata..tapi bagi seorang ibu macam saya, berjaya naik bus bagi Sarah, sorang-sorang, adalah satu milestone yang besar. Bagi Sarah, agar dia dapat tingkatkan confident dan lebih awas dengan sekeliling….Bagi ibunya, ini adalah satu exercise mengurangkan rasa terlalu mengawal anak. Anak awak dah besar….

Duthie Park 004

Anak dara dah besar..alamak anak dara saya yang sorang lagi ni dah P. Semalam
juga..aduh…tapi dia ni relax aja. Teringat  masa saya dapat P pertama saya dulu,  It was the day when Johor puasa awal sehari dari other states in Malaysia. Saya ingat apa yang ayah saya kata..”Habis dah semua anak ayah..tak ada dah yang boleh dipeluk-peluk dan cium-cium lagi..” pada saya P menandakan berakhirnya zaman kanak-kanak dan masuk alam dewasa. Dah tak boleh nak berpeluk cium dengan ayah, dah tak boleh tidur dengan ayah. Sholat dah tak boleh tinggal, aurat dah kena jaga, pergaulan dengan lelaki kena batas… berat sudah tanggung jawab mak bapak.. Saya emo juga sebenarnya, feel like I lost my little girl….

 

Duthie Park 025

Duthie Park 005

Pakcik ni pulak dah pandai baca dan tulis. Kiut je dengor dia baca, penuh dengan kolkolah Scottish. Selalu dia suka lukis cartoon dan mintak Jiha tulis kan caption dia…tau lah Jiha..selalu dia bantai tulis merapu. Lain yang Ali suruh, lain yang dia tulis. Bila Ali suruh saya atau ayah baca, baru dia tahu selama nih Jiha main-mainkan dia…hehehe.

Sebab dah pandai baca, sekarang ni Ali pulak bacakan ibu bedtime stories. Sedap sikit ibu nak tidur zzzZZZZzzzzzZZZZZ

Tipu dosa ningai nunia lesa

Wah..ini bukan bahasa baru, bukan juga resepi makanan Kashmir atau Nigeria…

Ni phrase Ali dapat masa balik Malaysia hari tu, bila main dengan Syahid. “Tipu dosa, mati seksa”.. tapi Ali dia tak bagi cakap mati, jadilah tipu dosa, meninggal dunia seksa..setelah dipelat Scottishkan jadilah seperti di atas..

Jiha kata ” Bagus Bu, Ibu Iron baju, Jiha tak suka baju Jiha kedekut..”..Macamana ntah baju boleh kedekut, agaknya baju haji Bakhil agaknya kedekut…

Pic from http://www.filemkita.com

Kadang tu saya dok membebel dekat Jiha dalam bahasa melayu, terkebil-kebil mata dia tengok saya..en Ayah kata..”Awak ingat anak awak faham ke apa awak cakap cepat-cepat tu..” “Jiha faham ke apa menjejes tuh..” sah memang dia tengok saya terkebil-kebil tak faham.

Lawak pun ada, kesian pun ada. Lawak sebab kita orang rasa cute bila Ali kata baju dia patah, kasut dia patah (broken) semua dia bantai patah. Tapi kesian bila fikir nanti kena balik Malaysia nak masuk sekolah ambik periksa….mesti asyik kena ketawa je..macam Jiha kata bridge tu dalam Bahasa Melayu “Jamban”..kalau zaman dulu-dulu betul juga ada orang membuang atas jembatan, zaman sekarang mana ada dah anak oiiii…

Tapi kadang kala kami pulak yang kena gelak dek budak-budak nih…pergi supermarket nak cari telur..Jiha tanya “Ibu nak cari apa”..”Egg”..”berapa.?”..saya jawab, saty try la macam biasa. “So you want eight trays?”..apa pulak budak ni merapu..Bila jumpa section telur, saya pun ambik setray.. “Ohhh why don’t you say you want eggs..” ” that what I’m been telling you..” Jiha kata..”No Ibu your egg sound like eight..”

Yea ke…”No wonder, some people don’t understand you”.. kita cakap bunyi dia eaig..scottish kata eagg..tu belum lagi saya tanya kat orang kat carboot..”How much is your pant?…” sebab kenkadang perasaan Amerikan..MasyaAllah “I meant your trousers?… patut la muka terperanjat muka makcik tuh…

Hehe…mari kita baca guide tentang Pants nih..

Talk PANTS and you’ve got the Underwear Rule covered

PANTS is an easy way for you to explain to your child the key elements of the Underwear Rule:

Privates are private

Picture of pants with letter PBe clear with your child that the parts of their body covered by underwear are private.

Explain to your child that no one should ask to see or touch their private parts or ask them to look at or touch anyone else’s.

Sometimes doctors, nurses or family members might have to. Explain that this is OK, but that those people should always explain why, and ask your child if it’s OK first.

Always remember your body belongs to you

Picture of pants with letter ALet your child know their body belongs to them, and no one else.

No one has the right to make them do anything that makes them feel uncomfortable. And if anyone tries, tell your child they have the right to say no.

Remind your child that they can always talk to you about anything which worries or upsets them.

No means no

Picture of pants with letter NMake sure your child understands that they have the right to say “no” to unwanted touch – even to a family member or someone they know or love.

This shows that they’re in control of their body and their feelings should be respected.

If a child feels confident to say no to their own family, they are more likely to say no to others.

Talk about secrets that upset you

Picture of pants with letter TExplain the differences between ‘good’ and ‘bad’ secrets.

Phrases like “it’s our little secret” are an abuser’s way of making a child feel worried, or scared to tell someone what is happening to them.

  • Good secrets can be things like surprise parties or presents for other people.
  • Bad secrets make you feel sad, worried or frightened.

Your child needs to feel able to speak up about secrets that worry them and confident that saying something won’t get them into trouble.

Telling a secret will never hurt or worry anybody in your family or someone you know and love.

Speak up, someone can help

Picture of pants with letter STell your child that if they ever feel sad, anxious or frightened they should talk to an adult they trust.

This doesn’t have to be a family member. It can also be a teacher or a friend’s parent – or even ChildLine.

Remind them that whatever the problem, it’s not their fault and they will never get into

(taken from http://www.nspcc.org.uk/help-and-advice/for-parents/keeping-your-child-safe/the-underwear-rule/the-underwear-rule_wda97016.html)

Komunikasi dua hala..kadang-kadang mak bapak ketawakan anak-anak..kadang-kadang anak-anak ketawa kan mak bapak..huhuhhhhhh

MH370

Semoga Allah memudahkan usaha mencari MH370..Semoga ada sekelumit harapan untuk ahli keluarga mangsa.. Allah Humayassir walla tua’asir..pemudahkan Ya Allah dan berilah pengakhiran yang baik..

Saya memang takut naik kapal terbang, sama macam saya takut naik lif. Jika ada pilihan lain saya cuba elakan kedua-duanya sekali. Tapi apakan daya, banyak benda yang lebih effektif dengan naik kapal terbang dan naik lif..

Saya paling takut masa take off, masa kita rasa kapal terbang laju dan keadaan kapal masih menaik, biasanya saya akan tengok bila isyarat tali pinggang telah dimatikan baru saya rasa lega.

Saya pernah kena air pocket yang teruk, sehingga gelas minuman yang dipegang pramugari terangkat tinggi dan jatuh semula membasahi baju penumpang. Kalau rute ke Jakarta, saya perhatikan selalu ada air pocket. Kalau flight dari London atau Paris selalu selalu di Teluk Benggala banyak gegar, tapi masa balik Malaysia bulan lepas, almost sepanjang jalan isyarat seatbelt menyala.

Satu lagi, saya tengok pada anak kapal, kalau keadaan terhuyung hayang tapi anak kapal dok relax je serve makan, keadaan masih selamat. Tapi kalau anak kapal pun dah start duduk kat seat masing-masing dan pakai seatbelt, Saya pun dah naik ngeri. pernah kapal terbang yang saya naiki tidak dapat mendarat di Subang sebab hujan lebat, berlegar-legar hampir setengah jam dalam keadaan bergegar. yang parahnya masa tu saya nak toilet…punya lama nak tunggu..adoila..

Saya selalu fikir, kemalangan kenderaan darat lebih besar peratusnya dari kapalterbang, peratus keselamatan lebih tinggi naik kapal terbang dari naik kereta…saja nak siko diri sendiri. Kalau tak macammana saya nak harungi penerbangan lebih 12 jam….Sebenarnya ada cara yang lebih baik untuk kita tenangkan hati masa nak naik kapalterbang, iaitu dengan bertawakal, kita dah berusaha cari kenderaan yang selamat, kita dah pilih penerbangan yang terbaik semampunya, selebihnya kita berserah pada Allah..pada diri kita ada ketentuanNya. Tapi tentu saja kita boleh berdoa..berdoalah seikhlasnya, yakinlah Allah mendengar doa-doa kita..

Dalam kes MH370 saya cuma nak note kat sini Pray for MH370 dengan ikhlas, jangan mudah putus asa dengan rahmat Allah..dan yang paling penting jaga akidah, dalam keadaan terdesak orang akan desperate nak cuba apa cara sekalipun…walaupun jalan syaiton nirrojim…

Bila orang Aberdeen cari snow

DSCN0898Perghhhh tajuk tak boleh belah…

Serius tahun ni Aberdeen tak ada snow, padahal tiap tahun kalau part lain dalam UK tak ada snow, Aberdeen akan sentiasa putih. Kaedahnya kalau orang Aberdeen cari snow macam macam orang Melaka cari cencaluk le. Last year, around this time, snow tengah lebat gila…masa kami pindah rumah ni dalam snow..kesian kawan-kawan yang datang menolong..minum snow je..hehehhe..

Tula..nak note jugak kat sini Appa@atuk grey dah naikkan sewa, 900 pound dek oii sewa rumah akak. Mahal bebenor rasanya. Rasa nak lari ke Dundee. Tapi  kalau lari ke Dundee lagi malaslah akak nak gie sekolah, duduk rumah..last2 study kemana… tula yang akak takutkan. Lagi pun kalau pindah rumah anak-anak kena pindah sekolah. Kesian jugak kat depa tuh. Tapi Allah maha pengasih, en suami dapat pulak kerja extra…boleh bernafas sikit-sikit la…

Ok sambung balik cerita snow, budak-budak Master yang duduk kat sini setahun banyak yang sedih sebab tak dapat merasa pengalaman snow, maklumlah end of summer depan mereka dah habis dan kena balik. Tak merasalah tengok snow gugur melayang-layang dari langit..syahdu sebenarnya tengok snow turun ni..subahanaAllah, maha suci Allah yang menciptakan bumi dan langit dan segala apa yang ada di antaranya…

Kami pergi konvoi, yang family sekonvoi, yang bujang konvoi lain, diaorang lepas subuh dah gerak. Kita orang ni yang nak masak nasi lemak la, mee hoon goreng la, nasi goreng la…lambat la sikit


DSCN0901Kami sampai kat Glenshee orang dah ramai, maklumlah lambat start, dapat parking jauh ke atas. Tapi alhamdulilah sebab tepi paking tu slope, terus je kami buat port orang Malaysia main sledge.. hahahah

DSCN0911Macam-macam aksi ada…yang tergolek macam nih…

DSCN0913Yang action lebih macam ni pun ada  DSCN0914 Yang anak dara lepak-lepak atas snow pun ada..DSCN0915 Ni lagi action memang  dia no 1DSCN0917 Yang sibuk mengheret sledge sana sini pun ada..DSCN0935 Yang sambut birthday pun ada..DSCN0937 Kereta kami dah jadi kantin bergerak dah hari tu, tapi semua masakkan tawar sikit lah sebab tengah-tengah makan snow dok turun lebat..sapa pakcik-pakcik yang bermisai tu, misai semua dah penuh snow.DSCN0940 Tapi dia ni gigih..dalam snow lebat pun tarik upih tu sana-sini..DSCN0941 Berlumba pulak..siapa dulu tergolek..DSCN0953Akak yang dah macam yeti kelabu dengan en suami yang macam Pua Cu Kang number 1 in JB and Glenshee
DSCN0960 Minah ni sempoi, tergolek pun boleh senyum…DSCN0970

Lepas penat main, dalam pukul 3 petang kami bergerak turun.Kami berhenti solat jamak kat parking area di Bremar, apa lagi, bukak semula bekal yang tak habis tadi, makan lagi satu round.

Macam tulah cerita Bila Orang Aberdeen Cari Snow… nak cepat nih nak jemput budak-budak balik sekolah. Ta da…

Ali Imran Salaudin

Happy birthday Ali..dah 6 tahun anak boy ibu nih…anak yang manis dan sentiasa mengembirakan hati ibu ayah, Harap sampai bila-bila pun Ali tetap jadi buah hati ibu dan ayah..

alibaby9Ni gambar Ali masa seminggu. Dia memang lahir-lahir banyak rambut, lahir normal di Hospital Putrajaya, lewat 10 hari dari EDD, Punya tak mau keluar, labour pain punya lama, induce malam  besok pagi baru keluar… sampai dalam labour room pun kena bidan panjat bed dan tolak perut ibu…bila teringat sekarang rasa seriau pun ada….

jiha3Ni gambar Ali masa 4 bulan..bulat betul…Geram tengok dia masa nih. Hisap jari, kalau boleh nak masuk semua.

Ali babyMasa ni Ali dah boleh jalan, rasanya hujung 2008, Ali memang cepat berjalan, cepat bercakap..

DSCN0978Gambar Ali pagi birthday ke 6.2014….No celebration kan Ali sebab semalamnya kita dah puas main snow kat Glenshee. Ali pun dah potong cake kat sana dengan kawan-kawan Ali…so hari kita bagi hadiah sahaja. Bangun pagi terus je serbu bilik ibu ayah mintak hadiah…Ibu baru solat subuh tu..boleh nampak pakai telekung lagi haa…
Ali botakTiba-tiba malam tu terus jadi macam nih..hehehehe, Dah janji dengan Ayah Ali nak potong rambut, lagi pun dah masuk Spring, dah tak sejuk sangat…Ali risau takut kawan-kawan nanti tak recognise Ali…hehehe sampai kat sekolah Mosque, Ali terus je cakap kat kawan-kawan dia…”I got a haircut!!!!”…

Bila tanya dah besar Ali nak jadi apa..dia cakap “Ali nak jadi teacher…” Kenapa Ali nak jadi Teacher? “Sebab too many teacher girl kat sekolah Ali…Ali nak jadi teacher boy”….Boleh alasan macam tu?

Ibu doakan Ali jadi anak beriman, bertakwa, dan beramal soleh….Ibu loves you Ali Imran Salaudin.