Berkata Tidak..No..Nehi..iie..ani..!!!

Hari ni Har lagi..orang Scottish kata kabus yang lama-lama tu Har..kalau sekejap macam pagi je ke petang je baru panggil foggy…

DSCN1147Mampu ke kita nak kata NO..kalau dah macam nih punya mintak….

Saya rasa semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Biasalah, kalau boleh tak mau anak-anak rasa apa yang kita rasa masa kecik. Kalau dulu kita miskin, kita tak mau anak kita miskin, kalau dulu mak kita garang, kita tak mau dah garang-garang kat anak kita. Kita mahukan yang sebaliknya untuk mereka, lepas tu kita heran…”kenapa kakak ni tak macam ibu..ibu dulu.. pot.. pet.. pot..pet..” Dah tentulah anak kita tu lain, dan kita pun tak membesarkan mereka sama macam kita, macamana la kita nak anak kita jadi macam kita…

Kita selalu macam tu sebab kita kurang ilmu dalam mendidik anak. Satu penjelasan yang paling senang dan tepat untuk banyak hal, ialah kita kurang ilmu. Masak tak sedap, errrrmmm kurang ilmu lagi nih, lukis tak cantk..kena masuk kelas lukisan nih… samalah dengan ilmu keibu bapaan, memang ..tak payah cakap orang lain lah…memang saya kurang..sangat kurang..

Contoh senang, anak-anak kita kecik-kecik lagi dan dua-dua nak berdukung, Dek kerana kasih sayang seorang ibu kita akan mendukung kedua-dua anak dan menyatakan bahawa perbuatan itu ialah tanda kasih sayang. Sedangkan mungkin ada cara lain untuk tunjukan kasih sayang,pertama, mungkin ada cara kreatif untuk membuat mereka faham yang memang tak boleh dukung sekali..pujuk..tak pun letak dua-dua kat lantai dan ajak main. Yang kedua ialah dengan berkata tidak..biar dia tahu yang memang tak boleh. Tu kes anak-anak kecik la..

Bila dah besar pulak, kes nak handphone..”Zaman ibu dulu, handphone pun tak ada..”..hehehe nanti Jiha jawab..”Yealah zaman ibu muda mana ada handphone lagi..”hehehe..Mungkin boleh kreatif sikit dengan memberi pilihan lain. Contohnya beri handphone Nokia 3310 ke hehe..ke bagi handphone secondhand dari ibu ke…kejam..kejam..ramai yang tak mampu kata tidak..

Ketidakmampuan kita untuk berkata “Tidak” sama beratnya dengan ketidakmampuan mak bapak kita dulu untuk berkata “YA”, sebab mereka tak mampu…sedangkan kita, sebabnya..”bukan aku tak mampu…”

Berkata tidak juga adalah satu tanda kasih sayang. Mungkin dengan kita berkata tidak hari ni akan menyebabkan mereka ingat selamanya. Tula, dulu masa muda-muda dulu kalau ingat pepatah sayangkan anak tangan-tangankan, rasa wuish..brutalnya orang melayu nih, bila dah tua nih rasa ada betulnya. Cuma janganlah tangankan..kata tidak je…(tu pun kalau mampu..hehehe).

Cuma bila duduk kat luar negara ni kena berhati-hati tang tangan-tangan nih, rotan merotan nih…maklumlah undang-undang kat sini tak sama dengan di negara kita. Pengajaran berharga dari kes Sweden.

 

 

 

Advertisements

St Andrew ala-ala Kate and William…

Rajin betul update cik kak…cuba rajin macam ni buat report tentu ramai yang sayang…uiiiiiiii…

Saja nak update gambar-gambar St Andrew. Lepas dari Landmark kami bermalam di Perth, biasa Travelodge. Yang malasnya Travelodge ni bilik family dia cuma 2 adults and 2 kanak-kanak, abis camne? nak tambah satu lagi bilik rasa sia-sia. Smuggle la sorang kanak-kanak dengan teknik mintak key card 2 dan ibu masuk dulu ayah masuk kemudian, dengan harapan orang kat counter tak perasan. Pernah sekali tu kat Glasgow, kami sikit lagi nak kantoi, Jiha la punya pasal. Masa kat counter, bila receptionist tu tanya 2 adults and 2 children ibu ngangguk je, tapi little miss always right tu jawab “Nop we are 2 adults and 3 children” hahahha..terkedu mak…

Namun saya berjaya menepis, tapi nak dijadikan cerita paip kami rosak tak boleh tutup airnya, kenalah receptionist to masuk bilik dan sorang kena la menyorok Pulak yang menyorok tu Sarah, jadinya dia tak suka plus cemas plus grumpy bila tengok travelodge. Nasib la nak travelodge ni je paling murah, standard Sri Malaysia.

Besoknya kami ada janji di Dundee, hehehe macam pergi Ostolia je pulak, sekejap Perth sekejap Dundeen..hehehe. Pergi rumah kawan dan makan tengahari, Sempat juga melawat carboot di Taypark.

Lama saya perhatikan apa yang beza sangat Dundee dan Perth ni dengan Aberdeen. Lama-lama baru perasan, bangunan kat sini beraneka warna, penduduknya pun beraneka warna. lebih meriah. Aberdeen dahla bangunanya semua kelabu, batu granite, susah nak cari bangunan warna bata, ke merah ke , kuning ke. Pendududknya pun Scottish habis. Jarang nampak orang asing.

2014-04-13 16.28.32Petang tu kami jalan-jalan ke St Andrew. Saja sebab tak pernah sampai ke St Andrew. Dengar kata ice cream kat situ sedap..sambil dok perasan jadi Kate and William. mereka kat bertemu di University St Andrew. Hehehehe

2014-04-13 16.27.24Punya la ramai pelancong kat St Andrew, dan antara bangunan yang menjadi tumpuan ialah St Andrew Cathedral yang terletak di tepi laut. Selain tu St Andrew terkenal juga dengan padang golf nya..antara yang tertua di UK katanya. Tapi yang datang ni semuanya tak minat golf..jadi mari kita tengok pantai lagi bagus…heheheh macam Aberdeen tak de pantai..

2014-04-13 16.44.50

2014-04-13 16.50.04

Aksi dua anak dara ni di pantai St Andrew, cantik pantainya berpasir halus, pantai Aberdeen berbatu pebbles.

2014-04-13 16.52.58Leka bermain pasir, pasir-pasir halus berterbangan ditiup angin..kalau angin kuat masuk mata, masuk hidung..hehehe

2014-04-13 16.59.20Sesi photography di tepi pantai dengan Uncle Faizal, kami ke St Andrew dengan keluarga Darwisy..kawan ketat Ali..Memang tenang pekan St Andrew, memang sesuai untuk belajar. Patutla William nampak Kate aja..abis tu kat pekan kecik macam ni nak tengok sapa sangat..hehehe…

2014-04-13 17.13.11Sebahagian anggota rombongan..

2014-04-13 17.12.13

Kakak Sarah..typical anak dara..katanya nak buat gambar profile….

2014-04-13 17.11.21Sayang kakak…..

2014-04-13 17.26.49Pekan yang dah tenang, lepas semua pelancong balik,….tinggal pelancong local je..hehehe perasan, kalau tak penuh dengan pelancong dari China…

2014-04-13 17.37.09Kalau tidak, kedai ice cream ni kena beratur sampai ke luar, Petang sikit kami datang barulah aman nak makan… uncle Faizal kata..macam ice cream tesco je…hehehe

2014-04-13 16.13.21Hehehe…tak lupa juga gambar Abang Driver saya yang handsome lagi legal nih….sebab dah dapat licence UK..legal la tuh….

2014-04-13 19.20.56

Last sekali gambar dari Tesco Dundee… hehehe..melepas……..tak ada rezeki…

Jalan-jalan Spring..

Cuti sekolah dah nak abis..minggu depan dah naik sekolah untuk term akhir sebelum cuti panjang summer.

Cuti sekolah budak-budak kat rumah ni melepak dalam rumah, bukan boleh nak main basikal kat luar rumah..errrr sebanarnya boleh aja..cuma semua tak pandai naik basikal..ibu dengan ayah je yang pandai. Kakak tak pandai belok, Jiha dulu masih pakai support wheels, Ali last naik basikal rasanya tak pandai kayuh lagi..apparaaaaa..

Jadi cuti sekolah mesti lah kena jalan… sebab semua budak-budak ni dah besar, dah tak boleh angkut bawak pergi park je ke, atau pun jalan-jalan tengok pemandangan aja. mesti kena ada aktiviti yang menyeronokkan mereka. Biasanya kami angkut pergi museum aja. Kali ni kami bawak pergi adventure park la pulak. Kami pergi Landmark Forest Advanture Park. Best juga park ni, cuma En Ayah kata tak sepadan harganya dengan attractionnya…errrrmmmmm

DSCN1104

Susahnya nak organizes cuti-cuti kami nih. Organizer of course la Ms Ibu cum ajk pengangkutan (booking hotel), ajk makanan (masak lunch, bekal, jajan, pilih tempat nak makan etc..), ajk tunjuk arah..walaupun pakai SatNav tetap aja ibu tak boleh tidur lena. Pemandu @ En Ayah kena dijaga, supaya terjaga, penumpang-penumpang lain kena dijaga supaya harmony. Barulah road trip kami boleh aman….

DSCN1012Macam ni punya perangai boleh aman ke?

DSCN1010

Start pagi tu kami ke Aviemore, SatNav selalu bagi kami jalan kampung, lalu sebelah rumah orang, tengah-tengah ladang..kali ni sebelah sungai..

Sampai park dan collect ticket yang dah di beli online. Masuk…wahhhhh..Ali dah teruja, banyaknya slide Ali boleh naik. Tapi sebab hari tu weekend orang punya ramai. Cuma masih boleh bergerakla…

Slide pertama yang Ali naik..dengan Jiha..

DSCN1014

DSCN1016

Yang ni lagi tinggi..Ali lagi suka

DSCN1019

Labyrinth yang sesat dan menyesatkan, memang sesat walaupun boleh nampak jalan keluar, tapi tak tau mana nak tuju 2014-04-12 12.05.13 lepas tu Jiha dengan Ali naik water slide ni, ibu dah surrender awal-awal, ibu naik kat menara tu, lepas tu fikir baik..kalau pengsan nanti macamana? kalau kena heart attack cemana? kalau trauma cemana? kalau ibu berat sangat terlambung lebih macamana?…last2 ibu turun je..sambil doakan Jiha dengan Ali Ok… errrrmmmm berulang kali depa dua tu naik… Ali macam tak de apa-apa effect je..hehehehe..

 


Antara trademark kat Landmark..DSCN1076Paip ajaib..hehehe. Ibu Uteh kata membazir air betul..zaman Malaysia kena catu air nih..hahahah sebenarnya benda ni macam air terjun, air keluar lepastu naik balik, dekat cucuran air tu ada pole yang sedut air semula. Pole tu jugak yang sokong paip ni…ilusi semata-mata…

DSCN1040Rumah besar kecik nih… hehehe pun optic illusion, yang best ada signboard kat situ tulis..”Trespasser will be shot, survivor will be shot again” hehehehe

DSCN1045It’s remind me of my favourite movie 3 idiots…hehehehe.. 
DSCN1066Nature walk yang sangat menarik, trail dia ada yang elevated tinggi, merentasi kawasan hutan semulajadi. Dapat tengok tupai merah ni dalam natural habitat nya. Kalau kat kampung ni Tok Yah dah upah orang tembak…makan durian.

2014-04-12 15.02.21

Attraction seterusnya Bamboozeleum macam-macam benda ilusion ada kat dalam nih..tapi budak-budak ni dah boring kena suruh posing. Last-lastnya ibu yang kena jadi lauk…DSCN1088Lastly, a family photo yang diambil oleh pakcik yang bawak anjing besar kat bawah fire tower. Semoga anak-anak ingat trip ni bila dah besar,  semoga diaorang ingat saat gembira kita kat sini, biar terpahat dalam ingatan diaorang yang ibu dan ayah cuma memberikan yang terbaik untuk mereka dengan sumber yang terhad. Semoga mereka  merasa kasih sayang kami sampai dewasa…

Ada satu lagi attraction yang kami tak capture, hehehe roller coaster, ibu taubat tak nak naik lagi….

Bila bersedih…

2013-05-07 14.05.30Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;

(Surah an-Najm: 43).

Sepotong ayat yang saya copy paste dari Blog Dr MKI, sesungguhnya tak mendalam ilmu saya untuk mengkaji ayat mana yang sesuai untuk menggambarkan kesedihan hati saya sekarang nih.. tapi bila berdamping dengan blog orang yang hebat-hebat, ada saja hiburan bagi saya dari ayat al quran yang sesuai. Allah..jika kita berdamping dengan orang yang baik, InsyaAllah kita pun akan terikut-ikut menikmati kebaikan beliau.

Hati saya sedih, sebabnya tidak penting. Jika kita membahaskan soal sebab kita kan berbangkit-bangkit dan akan terkait-kait dan akhirnya tiada jalan pengakhiran kepada kesedihan ni. Cukulah hanya dengan mengetahui bahawa Allah la yang menyebabkan kita bersedih atau gembira, orang, peristiwa dan bahan hanyalah penyebab dan kiriman dari Allah untuk membangkitkan kesedihan dan kegembiraan tersebut.

Ni mungkin boleh menerangkan pada kita kemuskilan bila kita melihat orang yang susah tapi tetap gembira, sedangkan orang yang kaya tapi selalu bersedih. Hakikatnya Allah yang menyebabkan kita bersedih dan berrgembira. Ilmu Allah amat luas, bak kata Ali Allah is the coolest among the coolest…dihadirkan benda yang sepatutnya membuat seseorang menjadi sedih, tapi berkuasa menjadikan situasi orang tersebut gembira. Hanya Allah sahaja yang mampu menjadikkannya.

Harta, manusia dan kuasa memang tak mampu membuat kita gembira jika bukan dengan izin Allah. Jadi apa yang perlu kita buat bila kita bersedih. Menangislah seadanya, kemudian ingatlah semua ini Allah hadirkan untuk kita, supaya kita berusaha lebih dekat dengan Nya. Berfikirlah dengan critical, carilah hikmah yang tersembunyi, jangan cari kesalah orang lain, perbaiki diri sendiri, berusahalah untuk terus mendekatkan diri dengan Allah.

Namun saya gagal dengan ujian Allah pagi ini, setelah semalaman berjaya mengekang kesedihan menjadi kemarahan dengan tidak memikirkan punca kesedihan. Malangnya kesedihan saya menjadi kemarahan yang menggunung pagi ni, dan yang menjadi mangsa, ialah Pegawai Khidmat Pelanggan CIMB Bank. Mengigil-gigil saya menahan kemarah, dan akhirnya Cik Pegawai Khidmat Pelanggan CIMB yang menjadi korban. Sesungguhnya saya menyesal atas ketelanjuran saya. Allah..Allah..Allah..

Allah memberi cubaan ini supaya saya dapat memahami tentang aturan Allah, aturan tentang kehidupan, sesungguhnya segalanya sudah disusun peristiwa demi peristiwa menjadi rentetan kepada satu puncak peristiwa. Di setiap susunan peristiwa sesunggunya kita mampu secara strategik untuk mengubah sesuatu peristiwa. Dalam situasi kita orang Islam, setelah kita berusaha kita berdoa..dan Allah akan kurniakan yang terbaik. Jika kita hanya berserah pada takdir rentetan peristiwa akan terus berlaku, tapi peluang untuk kita untuk memohon mendapatkan sesuatu yang terbaik telah kita persia-siakan.

Saya sebenarnya mengapikasikan kepercayaan terhadap kekuasaan Allah dalam idea tentang discursive formation dalam teory ilmu barat tentang discourse analysis. Saya berpendapat sukar untuk menerima idea barat ini tanpa melihatnya dari sudut pandang saya sebagi seorang Islam.

Alhamduliah, benarlah Al-quran membawa berita gembira bagi umat Islam, dalam keadaan bersedih pun kita boleh bergembira kerana kita tahu segala sesuatu ialah anugerah Allah untuk kita.

Macamana nak mintak maaf dengan Cik Pegawai Khidmat Pelanggan CIMB ni ngek?

 

Ohhh anak…

Ohh Ali..

DSCN1004

Dapat card dari Ali sempena Mothers Day yang lepas…ohhh Ali ibu chomel ka?…terima kasih Ali…Ibu strong ka?…hehehe. ni Ali tulis sendiri. Sejak dah pandai tulis ni semua benda pun dia tulis. Ada je projek dia setiap hari, nak buat buku la..nak buat komik la. 
DSCN1005

Ali selalu kata ayah brave, sebab masa kat kampung dia tgk ayah dia bunuh ular. Takut betul dia, tu yang dia kata ayah brave lawan dengan ular. sebenarnya tidakla besar mana pun ular tuh..
DSCN1007Ni cookies yang kakak buat kat sekolah masa mothers day, rasa ginger, sedap jugaklah. Dia letak atas lapttop ibu suruh ibu makan. Dia buat macam tak kisah tapi sebenarnya dia suka sangat bila orang semua kata cookies dia sedap…

Terima kasih la anak-anak, atas ingatan untuk ibu. sayang semua..termasuk Jiha yang cakap nak buat card……..