St Andrew ala-ala Kate and William…

Rajin betul update cik kak…cuba rajin macam ni buat report tentu ramai yang sayang…uiiiiiiii…

Saja nak update gambar-gambar St Andrew. Lepas dari Landmark kami bermalam di Perth, biasa Travelodge. Yang malasnya Travelodge ni bilik family dia cuma 2 adults and 2 kanak-kanak, abis camne? nak tambah satu lagi bilik rasa sia-sia. Smuggle la sorang kanak-kanak dengan teknik mintak key card 2 dan ibu masuk dulu ayah masuk kemudian, dengan harapan orang kat counter tak perasan. Pernah sekali tu kat Glasgow, kami sikit lagi nak kantoi, Jiha la punya pasal. Masa kat counter, bila receptionist tu tanya 2 adults and 2 children ibu ngangguk je, tapi little miss always right tu jawab “Nop we are 2 adults and 3 children” hahahha..terkedu mak…

Namun saya berjaya menepis, tapi nak dijadikan cerita paip kami rosak tak boleh tutup airnya, kenalah receptionist to masuk bilik dan sorang kena la menyorok Pulak yang menyorok tu Sarah, jadinya dia tak suka plus cemas plus grumpy bila tengok travelodge. Nasib la nak travelodge ni je paling murah, standard Sri Malaysia.

Besoknya kami ada janji di Dundee, hehehe macam pergi Ostolia je pulak, sekejap Perth sekejap Dundeen..hehehe. Pergi rumah kawan dan makan tengahari, Sempat juga melawat carboot di Taypark.

Lama saya perhatikan apa yang beza sangat Dundee dan Perth ni dengan Aberdeen. Lama-lama baru perasan, bangunan kat sini beraneka warna, penduduknya pun beraneka warna. lebih meriah. Aberdeen dahla bangunanya semua kelabu, batu granite, susah nak cari bangunan warna bata, ke merah ke , kuning ke. Pendududknya pun Scottish habis. Jarang nampak orang asing.

2014-04-13 16.28.32Petang tu kami jalan-jalan ke St Andrew. Saja sebab tak pernah sampai ke St Andrew. Dengar kata ice cream kat situ sedap..sambil dok perasan jadi Kate and William. mereka kat bertemu di University St Andrew. Hehehehe

2014-04-13 16.27.24Punya la ramai pelancong kat St Andrew, dan antara bangunan yang menjadi tumpuan ialah St Andrew Cathedral yang terletak di tepi laut. Selain tu St Andrew terkenal juga dengan padang golf nya..antara yang tertua di UK katanya. Tapi yang datang ni semuanya tak minat golf..jadi mari kita tengok pantai lagi bagus…heheheh macam Aberdeen tak de pantai..

2014-04-13 16.44.50

2014-04-13 16.50.04

Aksi dua anak dara ni di pantai St Andrew, cantik pantainya berpasir halus, pantai Aberdeen berbatu pebbles.

2014-04-13 16.52.58Leka bermain pasir, pasir-pasir halus berterbangan ditiup angin..kalau angin kuat masuk mata, masuk hidung..hehehe

2014-04-13 16.59.20Sesi photography di tepi pantai dengan Uncle Faizal, kami ke St Andrew dengan keluarga Darwisy..kawan ketat Ali..Memang tenang pekan St Andrew, memang sesuai untuk belajar. Patutla William nampak Kate aja..abis tu kat pekan kecik macam ni nak tengok sapa sangat..hehehe…

2014-04-13 17.13.11Sebahagian anggota rombongan..

2014-04-13 17.12.13

Kakak Sarah..typical anak dara..katanya nak buat gambar profile….

2014-04-13 17.11.21Sayang kakak…..

2014-04-13 17.26.49Pekan yang dah tenang, lepas semua pelancong balik,….tinggal pelancong local je..hehehe perasan, kalau tak penuh dengan pelancong dari China…

2014-04-13 17.37.09Kalau tidak, kedai ice cream ni kena beratur sampai ke luar, Petang sikit kami datang barulah aman nak makan… uncle Faizal kata..macam ice cream tesco je…hehehe

2014-04-13 16.13.21Hehehe…tak lupa juga gambar Abang Driver saya yang handsome lagi legal nih….sebab dah dapat licence UK..legal la tuh….

2014-04-13 19.20.56

Last sekali gambar dari Tesco Dundee… hehehe..melepas……..tak ada rezeki…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s