Duthie Park revisited

 

“Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaaan. Dan bermusafirlah, karena terdapat lima faedah bermusafir iaitu menghilangkan kedukaan, mencari rezeki, faedah ilmu, faedah adab dan menemani orang yang mulia”. Imam As Shafie

Kami berjalan lagi..don’t worry, jalan dekat aja, depan uni ibu aja..Jalan-jalan petang ke Duthie Park. Ada banyak orang tegur asyik berjalan je..tak ada berjalan mana pun, biasala hujung minggu bawak budak-budak ni pergi park. Kesian kat dia orang terperap kat rumah je setiap hari. Tu la.. orang selalu kata student duduk oversea asyik berjalan je, tu yang study lambat abis.. mungkin orang lain kot, saya tak berjalan mana, sejak sampai Scotland ni baru sekali saya keluar dari Scotland, sekali lagi masa balik kampung hari tu..lain-lainnya saya jalan sekitar sini je.

Sebenarnya bagus jugak berjalan. Dapat menghibur kan kepala yang tension dan jiwa yang stress. Dapat rezeki berkumpul dengan kawan-kawan..biasanya makan-makan hehehe..dapat faedah ilmu melihat keindahan bunga, bangunan, budaya masyarakat setempat dan dapat berinteraksi dengan masyarakt sekeliling dan berlajar adab mereka….

Jom cerita pasal Duthie Park revisited entah kali keberapa…

DSCN1392Pakcik ni dah tak sabar nak main bola..tunggu geng sampai..

DSCN1393 Petang tu cuaca sangat baik walaupun agak sejuk menjelang senja..ramai orang datang ke park. Lepas tinggalkan Ali dengan ayah dan rakan-rakan bapa bermain playground, kami kaum ibu plus kakak Sarah exercise sekeliling park..

DSCN1394

Terjumpa sekumpulan tulip dah nak habis musim ni..cantik lagi warnanya. Kalau kat tempat lain dah togel-togel,  kelopaknya dah luruh atau pun warnanya dah pudar..

DSCN1395Cantik betul tulip nih..siap ada keriting-keriting lagi..
DSCN1396Bunga yang sekadar…boleh la…kata JihaDSCN1397Bunga ni kat depan rumah kitaorang pun ada..betul-betul depan tangga, tapi tidak pulak la dia berbunga cantik macam nih..
DSCN1399Sekadar lalang
DSCN1401Susana dalam tempered house, macam-macam pokok ada dalam ni, setiap musim pokok dia berganti, tu yang kena selalu pergi visit sini..

DSCN1402Percubaan selfie dengan lavender yang gagal…kena banyak practice selfie macam nih. ke nak kena beli monopod..heheh tripod pun tak ada..kamera pun sejengkal aja ada hati nak ber monopod bagai….

DSCN1403Barisan bunga cantik menghiasi koridor. Bunga macam ni banyak kat Cameroon Highland..tetiba termiss lak Cameroon Highland.

DSCN1406Apa ke nama bunga ni….macam Peony.. suka je tengok bunga ni lembut je rasa…

DSCN1407Ni dah macam bunga tepi jalan je..tapi bila dah banyak-banyak je jadi cantik..

 

DSCN1412Ni Hygendra, bunga ni saya memang suka, pernah beli di nuseri kat Sungai Buluh..tapi mati. yang ni memang warna yang biasa kita tengok

DSCN1414Yang ni putih..dengan anak dara yang selalu berusaha nak jadi putih..nak tinggi la, nak rambut lurus la..benda-benda yang payah nak ubah sebab dah genetik nya macam tuh..hehehe

DSCN1421Orked hutan yang cantik, mengingatkan kan saya tentang Kem Asahan dan Gunung Ledang

DSCN1424Ada orang nampak ni terus teringat ketupat periuk kera..errrrmmm tak pernah makan..

DSCN1430Pokok kekabu? Buat bantal sedap pakai kekabu..bila bantal dah lama sikit boleh rasa biji kekabu..hehehe nak tidur malam boleh gentel bijik kekabu
DSCN1434

Bunga yang …boleh la… tadi dalam skala yang banyak…jadi cantik kan..kan..kan..

 

DSCN1438Cuba berexperiment kekonon perasan photographer…mengambil gambar berseni… lagi tulip yang sunyi..di tugu yang sepi…

DSCN1456Sekali sekala main bola kat Scotland pakai baju JDT..luas juga kan kawasan pengaruh JDT…hehehe

Bye-bye Duthie Park.. insyaAllah kami datang lagi.

 

Advertisements

Kisah Musim Semi

Tak de la kisah apa..cuma catatan musim semi/musim bunga/spring 2014

Pokok depan rumah yang lebat berbunga, saya cakap kat en suami, “ehhh tahun lepas tak perasan pokok nih banyak bunga ek?”.. En suami kata “awak yang tak perasan..” yeak ke?…saya yakin yang bunga musim nih lagi banyak..mesti saya dah terpengaruh dengan gambar bunga-bunga kat Malaysia yang diaorang dok letak kat FB katanya musim bunga Malaysia…memang kita selalu take for granted..macam pokok bunga depan rumah nih…

DSCN1350Tak ada sapa pernah ambik gambar kat sini, maklumlah bunga tepi jalan sebelah pencawang. Local people tentula dah bosan, pada mereka spring ialah masa boleh simpan jecket dan boots dalam store, start dah boleh pakai seluar pendek dan selipar…tapi bagi yang Allah bagi peluang sekali sekala tengok pokok cantik macam ni pun tak tau nak hargai…hanya terperasan bila kat Malaysia orang sibuk cerita musim bunga…
DSCN1351Memang cantik, SubahanaAllah bunga nih, tapi sebab belambak tepi jalan tak ada sapa pun nak hargai dia, mungkin bila dia dah layu baru ada orang sedar dah bulan May..Allah dah setengah tahun dah…arrrgggghhhhhh…..

DSCN1342Tapi hati tetap berkata..ala relax la..banyak masa lagi…macam kisah tayar pancit di musim semi nih…tayar dah kena paku lama, tak sempat nak tampal, nak bawak pergi kedai mahu melayang £15, kalau buat sendiri baru la berapa sen sangat, sampailah dah tak boleh jalan dah…nasib baik ada uncle engineer yang datang tolong…

Sekadar kisah orang yang nak berkisah, tayar pancit dan musim semi tak ada hubungan..bila-bila masa je nikmat boleh ditarik tuhan….

Waktu-waktu yang diharamkan solat

DSCN0264
Kadang-kadang hati rasa gundah dan nak mengadu, tiada jalan terbaik melainkan dengan bersolat dan bersabar

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat; sesungguhnya Allah  beserta dengan orang-orang yang sabar.”  (Al-Baqarah: 153)

Kalau kat tanah air kita boleh angkat telefon, call mak ke, call kawan baik ke, call sedara ke. Kat sini rasa sangat sorang-sorang…

Nak call mak ke kawan ke sedara mara ke, nanti mereka risau, teruk sangat ke budak nih, tak lah teruk mana pun cuma blues orang Phd yang tak berapa pandai..kalau yang pandai tak kot macam nih meroyanya, ke semua orang yang buat Phd pun macam tu…?

Hal-hal kecik je pun yang selalu menggangu fikiran. Bukanlah yang major-major, bukan macam ada kawan tu SV meninggal dunia, SV pindah universiti, data hilang macam-macam lah yang mengerikan dan menimbulkan nightmare.

Hal kecik, contohnya research yang slow, nak tulis tak keluar perkataan, setengah jam fikir untuk 3 ayat, set appointment respondent tak jawab, sedangkan tak boleh proceed sampai dia approve. Tak jumpa artikel yang hari tu baca, tak boleh digest theory, tak faham nak buat, tak tau sapa nak rujuk, malas dan dah muak buat transkrip, setengah jam interview sampai 8 pages transkripnya, tu baru satu….

Malas yang tak bertempat, rasa bosan yang membuak-buak, rasa menyesal nak quit Phd time-time tu jugak. Rasa sesak nafas, rasa sakit bahu, rasa sakit pinggang, rasa sakit tulang pelvis sebab duduk terlalu lama, rasa terlalu gemuk…Sebahagian keluh kesah Phd yang harapnya satu hari nanti saya boleh baca entri ini sambil ketawa…….

InsyaAllah, angkatlah takbir niatkan solat sunat dua rakaat dan selepas tu mohon lah, Luahkanlah kebimbangan, kedukaan, keresahan, keinginan sesungguhnya Allah maha mendengar.

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (dengan mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.”  (Al-Baqarah~:45)

Tapi selalu teringat ada waktu-waktu yang haram untuk solat sunat, Entri ini ialah untuk rujukan diri sendiri..dan kalau ada orang yang nak tahu..:)

Sumber dari laman web Masjid Wilayah Persekutuan (access on 8/5/2014) hehehehe

 Waktu-waktu yang diharamkan solat

Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim[Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]

Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan
Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu

1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)
Kadar tombak adalah 4 darjah

Satu darjah bersamaan 4 minit
2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.
Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit

Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit
3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.
Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan

1)Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari

2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari

 

Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima)terbahagi kepada dua:

1) Solat-solat sunat kerana sabab muta’akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:

a) Solat sunat ihram

b) Solat sunat istikharah

c) Solat sunat keluar dari rumah

d) Solat sunat musafir

e) Solat sunat Qatl

f) Solat sunat hajat
2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.

Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.

1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat

Tidak diharamkanuntuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)

Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

Hukum solat ketika khutbah jumaat

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.

Semoga kita beroleh takwa..

Kartun

Rancangan kartun zaman dulu-dulu, zaman kanak-kanak ialah zaman kartun masih lagi suci murni..

Sekarang nih kartun dan tak murni lagi. Bukan kartun je rancangan apa pun banyak dah membuatkan kita ibu bapa kerut kening nak bagi anak-anak tengok.. kalau kat sini lagi lah..terutama rancangan yang lepas pukul 10 malam..hehehe.

Kartun dah tak lagi menampilkan kecutean objek yang di kartunkan, tak macam mickey mouse yang gemes melihatnya..macam nak ramas-ramas, sekarang kartun semuanya pelik-pelik. Kalau nak ikutkan start dengan zaman Picachu je pun kartun dah mengelirukan. Memang selalu ada message baik disebalik kartun, contohnya yang evil lawan yang baik, buat jahat balas jahat, still maksud tak menghalalkan cara.

imagesimage from Google

Macam Horrid Henry, dia memang selalu tak bersalah, tapi his horridness tu kenkadang menyebabkan kita mak bapak kena aware takut anak terikut.

Dah memang kartun target audience dia kanak-kanak, seawal bayi dah kita bagi tengok kartun, seawal bayilah mereka dah disogokkan dengan budaya menjerit, sembur orang dengan air liur tak apa, buat jahat kat orang lain tak apa sebab dia dah buat jahat kat kita in the first place…

monkeyface2image from Google

Tu belum lagi kartun-kartun yang gross, totally gross, sentiasa melibatkan kentut, hingus, kuku kaki panjang..ewwiiiiiiiuuuuuu..menulis nih pun dah rasa nak muntah. Antaranya termasuk lah Almost Naked Animal, Fleabag  Monkeyface dan Nerd vs Monster ..memang gross, sampai Ali pun kata..”jangan tengok ibu…nanti ibu muntah…” tolonglah….bagi nyawa..bagi nyawa..huhhh haaaa..huuuu haaaa…

Bila dah besar sikit disogokkan pulak dengan sitkom-sitkom hebat, yang dia punya penonton mencecah puluhan juta, contohnya Big Bang Theory, Rules of Engagement and How I meet your Mother. Budak-budak seusia Jiha dah hooked up dengan sitkom-sitkom macam tu. Macam Big Bang Theory tu best juga, ialah cerita pasal nerd, selalu ada fakta, contohnya Doppler Effect bukan kita first dengar masa MH370 hilang, tapi Sheldon dah lama dah pakai costume Doppler Effect masa Halloween. Tapi the downsidenya  pulak, cerita-cerita tu mengambarkan seks diluar nikah ada perkara biasa, bertukar-tukar pasangan adalah perkara normal, terutama dalam cerita How I meet Your Mother, sejap si Robyn dengan kawan tu, sejap dengan kawan nih…

Berperang jugalah nak stopkan Jiha dari tengok sitkom-sitkom tuh, dan literally bermakna ibu pun tak boleh tengok juga, konon kita dah tua dah ada filter mantap dalam diri, but still..kalau semua benda berdosa tu kita dah anggap sebagai biasa, its an everyday things, mana lagi nak datang rasa malu, mana lagi nak datang rasa nak mengajak kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Mati dah rasa tu..

Saya tak komenla pasal cerita Malaysia, sebab saya tak tengok  sejak entri yang ini konteks kehidupan, rasa tertipu dan menipu diri sendiri yang memang kita sendiri carik. Tapi baik Malaysia hari tu ada tertengok jugak, cuma dah hilang rasa terhibur yang tinggal cuma rasa rimas…rimas dengan fikiran-fikiran yang bermain di minda sendiri…