Mak

Mungkin ini lah entry paling sukar untuk saya tulis. Tapi saya kena juga tulis tentang Mak, tentang hari mak tak ada. Sebagai kenangan bagi saya dan anak-anak..

Mak saya memang dah lama tak sihat, start bulan September tahun lepas lagi Mak dah on and off masuk hospital. Sebelum saya ke UK pun mak dah selalu masuk hospital, tu yang saya cuak sangat nak pergi kali ni. Tapi Mak selalu kata itu semua takdir, kalau duduk sebelah rumah mak pun kalau dah ditakdirkan tak jumpa, tak akan jumpa jugak…

January lalu saya sekeluarga balik kampung, sebab risaukan keadaan Mak, saya pejam mata je bayar duit tiket untuk lima beranak, yakin rezeki ditangan tuhan, yakin niat yang baik Allah akan permudahkan. Kami sempat 3 minggu bersama Mak, memang saya tak jalan ke mana pun, cuma balik kampung En Suami je dan singgah sebentar ke rumah kami. Rasa berat nak tinggalkan mak, lagi pun masa tu mak bedridden memang perlu dua orang untuk menjaganya. Jadi saya selalu standby untuk bantu kakak-kakak saya. Alhamdulilah kakak-kakak saya semua dah pencen dan kakak ipar saya pun suri rumah semua bergilir-gilir menjaga Mak. Kebetulan juga kakak saya yang doktor pun baru habis tugas di Sabah dan pindah ke KL, jadi urusan hospital Mak biasanya mudah sangat dan sangat selesa. Ni la kot yang mak-mak kita dulu selalu cakap..belajar pandai-pandai jadi doktor, besok mak sakit senang. Memang kakak saya bukan yang merawat Mak, tapi doktor senior macam dia, networknya sangat besar. Alhamdulilah….

Masa menjaga mak tu tiap pagi mak akan panggil siapa yang jaga dia untuk mengaji depan dia, Mak betulkan tajwid, dan kalau baca surah yassin, Mak hafal dan betulkan kesalahan kami. Last sekali mak akan kata “pandai anak Mak mengaji, nanti kalau Mak dah mati sedekahkan mak bacaan alquran ya…” masa tu hati dah rasa sedih dah tapi mulut tetap kata..IsyaAllah mak akan sihat..

Hari-hari terakhir kami di Malaysia Mak macam dah sihat, mampu bangun, mampu makan di meja makan, kami tolak keluar melihat pemandangan dan dah mula banyak tersenyum. Permintaan makan mak pun dah macam-macam. Mak selalu suruh kami beli ice cream dan suruh anak cucu makan berkumpul makan depan Mak. Mak masa sihatnya memang terkenal suka buat kenduri, bukan apa..saja suka tengok anak cucu berkumpul.

Kami balik dengan berat hati, tapi sebab urusan yang belum selesai, terpaksa juga lah berangkat balik awal Feb ke UK. Sebelum balik Mak panggil Sarah, Jiha dan Ali sorang-sorang. Mak pesan solat jangan tinggal, dengar cakap ibu ayah, belajar pandai-pandai..Mak pesan kat saya, jaga diri, jaga solat, bersungguh-sungguh berusaha dan InsyaAllah ada umur kita jumpa lagi. InsyaAllah kita jumpa lagi Mak…Saya cium mak buat kali terakhir hari tu…sungguh buat kali terakhir…

Selepas dari tu kesihatan Mak turun dan naik, ada kalanya saya telefon mak sibuk bercerita macam biasa. memberikan laporan keadaan cuaca, cerita kampung dan sibuk bertanyakan cucu-cucunya. Ada kalanya saya bercakap sendirian di corong telefon tanpa balas dari Mak. Kali terakhir saya telefon ialah seminggu sebelum mak pergi. Seperti biasa mak cuma diam di hujung sana, saya faham mak penat dan cuba pendekkan perbualan. Seminggu selepas tu Sabtu 31 Mei seperti biasanya saya akan call di hujung minggu, kakak saya kata Mak tak berapa sihat dan tak mahu bercakap. Tak apa lah biarkan lah mak berehat.

Isnin 2 June, semuanya macam biasa anak-anak ke sekolah dan saya berkerja dari rumah, en suami pulak ada appointment di dentist sehingga dia lupa untuk memeriksa massage di telefon. Dalam pukul 12 lebih dia baru terperasan ada massage dari kakak yang mengatakan mak tenat dan tak sampai 10 minit kemudian kami dapat berita Mak dah tak ada. Apa saya rasa? rasa lapang dada, saya menangis tapi dalam hati saya tiada rasa berat, saya berkata dalam hati, pergilah Mak.. saya redha…walaupun saya tidak disisi tapi saya redha, takdir Allah maha Adil untuk saya. Saya dan anak-anak sempat bid a proper good bye untuk Mak.

Saya menangis teruk (saya memang kuat menangis hehehe..Neng Yatimah pun kalah kot) sampai melecet kulit bawah mata saya sebab kena kesat dengan tissu, tuala dan yang sewaktu denganya. Tak terbayangkan kesedihan anak-anak kecil yang kehilangan ayah dan ibu..saya yang tua bangka kehilangan Mak pun sedih inikan pulak anak-anak kecil tu..tengok gambar anak-anak mangsa MH17 pun berjurai-jurai air mata saya.

Mak saya pergi, selepas azan, dalam takbir untuk solat Maghrib.

Memang beza hidup orang yang dah tak ada mak nih. Walau ayah saya masih ada dan sayang dan kasih saya untuk Ayah tak pernah berkurang, namun Mak tempat kita bercerita, setiap minggu excited nak call mak nak cerita. Saya bukan jenis orang yang setiap saat angkat telefon bercakap dengan Mak, saya faham Mak susah bergerak, kalau saya telefon sekali belum tentu berangkat sebab mak sukar nak bergerak nak berkejar telefon. Jadi saya setkan petang Sabtu biasanya saya akan call, Mak pun dah tau kalau call petang Sabtu, tu mesti dari saya. kalau berbunyi sekali tak sempat angkat Mak akan tunggu…sekarang nak telefon pun tak tau nak cakap dengan siapa, Ayah saya pendengaranya sudah kurang, dia pun tak selesa bercakap di telefon. Nikmat doa restu dari Mak, Allah dah tarik dari saya…

Setiap kali orang cakap pasal hargailah mak dan ayah anda sewaktu mereka masih hidup, setiap kali itu jugalah saya akan cek diri saya, sepanjang hidup bersungguhkah saya menghargai Mak, bersungguhkah saya menyanyangi Mak….audit diri yang kadang kala membuat kita menangis dan adakalanya membuat kita tersenyum. Tapi saya rasa kasih sayang pada Mak dan Ayah bukan waktu mereka masih hidup sahaja, sebenarnya sama pentingnya bila mereka sudah tiada. Sebab kitalah penyambung zuriat dan amalan mereka di bumi ini bersama-sama dengan sadakah jariah dan ilmu yang berguna.

Mak memang tiada galang gantinya, namun takdir Allah menentukan yang pergi harus pergi. Kasih sayang anak untuk Mak tidak perlu putus, kiriman doa sentiasa dihati..kalau dulu Mak kirim barang kat saya dengan nota dalam dalam tulisan jawi, “inilah saja yang mak mampu kirimkan untuk anakanda…” sekarang giliran saya pulak tulis nota di angin untuk Mak di sela-sela bacaan Al Quraan yang terbata-bata…”ini lah saja yang anakanda mampu kirimkan untuk Mak hari ini..” …kain batikSehelai kain batik basahan mak yang sempat saya bawak ke UK…buat mengesat si air mata…

Tamat..

Cerita jalan yang tak habis-habis lagi…DSCN2397 Macam ni la rupa kereta kami kalau berjalan, makan kena selalu standby, cd kena selalu charge. kereta buruk yang sangat selesa. Mula-mula cuak juga, tapi otai-otai kata, asalkan ada RAC redah aja..Malam tu kami plan tidur di Birmingham, perjalanan 6 jam dari Cornwall ke Birmingham.

DSCN2405 Tengok langsir pun dah tai Travelodge..asalkan selesa. Kami sampai dah dekat 12 lebih di Hotel. Receptionist macam dah tunggu je kami, card dah siap pun masa kami tiba. Rancangnya nak jumpa dengan anak sedara sepupu yang study di Birm, tapi tak ada rezeki nak jumpa..pagi tu kami terus ke Stoke..usha pinggan mangkuk. Belum mampu nak beli yang mahal-mahal tu kita beli yang lambak-lambak aja la yea..tu pun ibu dah senyum sampai telinga…lepas makan KFC di stoke kami straight ke Liverpool (Aberdeen tak da KFC halal yea..)

Kenangan lama di Godison Park Everton punya stadium tahun 2006..Sarah Jiha kecil lagi masa tu..ingatkan nak ambik gambar yang sama versi 2014….

DSCN2415 Errrrmmmmm hampeh…versi 2014 jenguk dari dalam kereta je..budak-budak ni nak suruh ambik gambar pun dah payah..DSCN2423 Singgah Liverpool dapat jumpa Sheikh Faruqi dan Isterinya..gambar ni kena simpan jadi bukti..Project Syawal 2014 yang kita bincang masa Mesyuarat Ketua Bahagian tahun 2011 dulu..heheheheDSCN2425 Ni tuan rumah kami malam tu, tuan rumah yang sangat baik hati, muka dah penat melayan tetamu, kebetulan dia open house siang tu, tapi dasar tetamu tak sedar diri, kami berborak sampai pukul 1 pagi…Besok pagi lepas sarapan kami memulakan perjalanan balik..rindu suda bantal dan selimut…

Tapi on the way, kami singgah Manchester, dan katanya tak sah kalau singgah Manchester kalau tak bergambar di MU…DSCN2437
DSCN2442Lawak sebenarnya sebab kami sekeluarga tak minat MU..”MU are for boys Ibu!” kata kakak. Tu dua orang budak tak nak keluar dari kereta pun…
DSCN2444 Beria-ria tu ambik gambar dalam hujan…muka Ali dah mencuka je sebab kena paksa…Lepas tu kami ronda-ronda bandar Manchester, singgah Wing Yip beli petai dua bungkus (tu je yang tinggal..) Aberdeen tak ada jual petai bagai ni…akhirnya sampai juga kami ke Scotland..dada terus rasa lapang sampai Scotland..rasa macam dah sampai kampung pulak.. 
DSCN2477 Memang lain betul perasaan bila sampai Scotland ni rasa lapang, terang, tak sibuk..tiba-tiba rasa udara pun lebih segar..hukhukhuk…

DSCN2493Langit senja Aberdeen yang menyambut kami petang tu…perjalanan 6 hari 5 malam tamat la sudah. 4 lokasi hotel, 1 rumah kawan, bercawan-cawan Costa, berkeping-keping CD, beratus-ratus gambar, 1 beg baju kotor (separuh dah basuh di Liverpool), semoga jadi kenangan manis untuk anak-anak..

Bila tanya anak-anak part mana yang paling best trip kali ini..Ali tentulah jawab Legoland, tapi surprisingly the two girls tu kata part kami berborak, berbincang, bercerita, bergelak ketawa dalam perjalan dari Cornwall ke Birmingham tu part paling best, becerita tentang harapan dan masa depan sambil melayan ayah drive… Alhamdulilah, a very worthwhile journey.

Walaupun sejauh mana kita berjalan, sehebat mana pun tempat kita lawati, saat yang paling indah ialah bila semua keluarga berkumpul, bercerita dan bergelak ketawa…A lesson learned..well done guys..errrrrrrmmmmm lepas ni kita nak kemana pulak yea?

 

I know what you did last summer vol 2

Summer memang dah habis..memang dah habis bagi Aberdeen. Suhu sekarang dah 12C tapi rasa macam 8C, dah masuk kategori sejuk, tapi belum lagi ketegori sejuk bedi….

So..sambung la kita cerita jalan..Hari kedua kami ke LEGOLAND Windsor, dekat je dengan Bath dan Oxford. Kami tidur di hotel yang berlainan setiap hari. Setiap hari berangkut barang. Tapi lebih baik kot macam tu. Semua orang pukul sembilan dah siap, by pukul 10 kami dah start aktiviti. Tapi hari Rabu tu ada orang start awal..excited nak pergi LEGOLAND!!!!

 

DSCN2040

DSCN2050

Inilah rupa encik yang teruja sangat nak pergi LEGOLAND tu. Tapi ramai sangat umat hari tu kat LEGOLAND, masuk parking je dah penuh. Nasib baik semua ticket ibu dah beli dan dah print. Tinggal masuk aja hari tu..

DSCN2081

Dah la orang ramai menggemit, nak naik satu ride pun kena tunggu lebih dari setenggah jam. Ada yang kami tunggu sampai sejam lebih tapi ridenya tak sampai pun lima minit. Rasa terkilan juga sebab LEGOLAND buat system yang boleh potong que, siapa nak cepat dia bayar lebih. Rasa sangat kapitalisnya, ada duit anak anda lebih gembira..tak ada dua dudukla tunggu kat situ. Dulu masa kat Disneyland pun ada system macam tu, tapi tak kena bayar, just book pukul berapa nak main.

DSCN2158

Tapi budak ni apa ada hal dia happy semacam je, kena tunggu lama pun dia tetap excited jugak..by the way..Miniland ni je kita tak payah beratur..hehehehe DSCN2105

Lagi pun suka la ni dua orang ni dapat mintak macam-macam, biasa tak dapatnya. Kalau nak air pun biasanya ibu bawak air bekal, tapi hari tu memang seronok la dua budak nih

DSCN2082Ni la ride yang paling takut yang ibu naik, sebab tak suka yang takut-takut. Tapi Jiha sebab dia tinggi atas dari 1.3m dia boleh naik ride sorang dia…habis semua ride yang pelik-pelik dia nak naik….dia kata “sorry ngeh Ali, Ali tak boleh naik sebab parents kita penakut..” kata Jiha cuba pujuk Ali..hehehe bukan takut, makin tua makin sayang jantung….DSCN2022Hampir satu hari di LEGOLAND. Kalau Tanya saya nak pergi lagi ke tak errrrmmm tak la kot. kecuali kalau orang bagi free tiket LEGOLAND Denmark ke hehehe..Seterusnya kami akan bermalam di Newquay, dalam perjalanan sempat singgah di Stonehenge.

DSCN2163Stonehenge di kejauhan

Kish bermalam di hotel di Newquay ni la yang paling tak best dalam trip kami kali ni. Hotel backpackers, mahal tapi tak bagus. Dah la sesat barat malam tu, hotelnya ermmm macam hampeh, tempeh pakai B00king.com. Lobby Nampak macam gah, sekali bilik masyaAllah, kotor, sempit dan tak selesa. Sepuluh kali selesa Travelodge yang taraf dia macam Sri Malaysia tu…oppppsss dah nama pun hotel backpackers nak selesa mana. Tau la..tapi sampai jumpa k0nd0m atas katil apa halnya..

DSCN2188

Pemandangan menarik di Newquay

Hari seterusnya kami ke tips paling selatan di UK, Land End, ramai dah pelancong Malaysia dah sampai sini. Serius. kalau student kat UK ni mostly sampai Land End ni…tapi berapa kerat dah sampai John O’Groats tips paling utara Tanah UK..hehehe..kami pun tak sampai lagi..padahal dekat je dengan Aberdeen.

DSCN2210

Kena bayar nak ambik kat sini, tapi kita boleh pilih la distance tu..off course la kami pilih Kuala Lumpur 6852 miles. Bila tengok gambar yang dia paparkan kat pondok photographer tu..fuhhhh punya banyak gambar orang Malaysia… DSCN2224

Tak banyak yang menarik di Land’s End ni, sekadar nak melengkapkan tour…to the very southern tip of UK..tu je…tempat yang seterusnya ni memang saya nak pergi. Banyak dah baca pasal taman buatan ni dalam buku, selalu tengok bangunan unik ni. Bekas lombong yang dibangunkan sebagai taman. Ada taman biomas yang mengumpulkan specis tanaman dari seluruh dunia..yang paling best ada rumah hutan Malaysia. Dia kata rumah kampong Malaysia..tapi rasanya macam dalam hutan je.. DSCN2262

Dalam dome ni la ada taman hutan hujan dengan Mediterranean.  DSCN2266

Bunga-bunga kat taman luar DSCN2268Arca dari bahan buangan electric  DSCN2281Ni la rumah hutan Malaysia. Pokok labu menjalor-jalor, daun kunyit, bunga kantan, pucuk ubi sihat-sihat. Cili api segar bugar. tapi panasnya MasyaAllah..berpeluh-peluh lense kamera.  DSCN2315Bunga apa tah nih..tapi cantik DSCN2322Pokok koko dan biji koko yang dikata berkhasiat sebagai Aphrodisiac..tengok tangan kartun lelaki tu…  DSCN2329Buah gajus..rasa nak petik je pucuknya buat ulam DSCN2333Ni dekat taman Mediterranean, cantik kan bunga kertas ni……..sama macam kat rumah kampung  DSCN2341 DSCN2342Ni dua pokok ni semua orang kenal DSCN2352Ni kecik-kecik dulu saya suka makan, buahnya warna oren kalau dah masak..kampong saya kata buat leletup DSCN2370Ada pameran dinosaur    DSCN2392    Dan ada satu bangunan untuk innovation and education..yg bestnya dia letak berates-ratus fridge dan magnet alphabets..budak-budak suka je nak susun-susun..

Eden project ni memang saya rasa berbaloi, kalau offer pergi lagi pun saya nak. Habiskan satu hari pun tak apa. Biasalah unsur-unsur education dalam family trip adalah satu kemestian…

Bersambung..nak sambung lagi ke….errrrrmmmmmmmm…..

I Know what you did last summer…

Sebab cuti summer yang dalam bulan puasa, rasa tak sampai hati nak jalan-jalan masa summer. Ada orang jalan je, tapi nanti anggota rombongan mesti merengek lapar la, penat la..malas nak layan..

Jadik, raya kedua kami dah plan nak jalan. Kami cuma buka rumah pada raya pertama je. Hehehe..nasib la sesiapa yang nak datang raya kedua..ketuk-ketuk pintu tak berjawab.

Hari tu kami start lambat, dari Aberdeen dah pukul 12 lebih, dalam hati ni risau juga, sampai ke nanti kami ke destinasi pertama. pukul berapa nak check in hotel..tapi sebab berjalan ni cuma kami sekeluarga dan temanya “santai, asal sampai..” kami relax je la. Dah lah meredah perjalanan hampir 2000km dengan kereta buruk kami ni aja, hati ni bertwakal  pada Allah, dia sebaik-baik perancang dan penentu. Yang perting kita dah buat persiapan..tempah hotel, service kereta, cari maklumat sikit-sikit.. alhamdulilah.. selamat pergi dan balik kembara England kami kali nih…

Hari pertama kami melawat sekitar Bath.

DSCN1908Cantik betul Bath ni..bangunan dia pun unik..kenapa la saya teringin nak ke Bath ni..dalam banyak town kat UK, kenapa la nak pergi Bath…sebabnya..dulu masa saya buat undergrad kat Jakarta, Pengarah MSD saya dia buat degree ke M.A kat Bath, selalu sangat mention University of Bath..tu yang rasa terdetik nak gie tengok pekan Bath ni cemana. DSCN1911Bangunannya nampai berseni dan lama, bangunan dilereng bukit…  DSCN1932Ntah Nampak lain je..of course le lain dari Aberdeen yang semuanya kelabu..atau pun town-town lain yang majority batu bata. DSCN1939 DSCN1944 DSCN1949Roman Bath..

DSCN1951

Hello..hello…alat untuk mendengar penerangan… DSCN1956Budak ni tak suka pergi Museum… DSCN1958Pelakon.. DSCN1960 DSCN1965Budak tudung pink tu suka pergi Museum..Ni costume Museum..  DSCN1969Suka gambar nih… DSCN1978Destinasi seterusnya..Ladang Lavender Cotswold, punya berpusing-pusing Garmin bagi jalan, sampai dah rasa sesat barat dah..akhirnya jumpa juga ladang yang cantik nih..lebih cantik lagi penjaga lading ni caj kami separuh je…  DSCN1979Anak remaja ni..semua benda pun dia tak suka…I hate Lavender! DSCN1980Pakcik ni sukala…sampai dia nampak banyak bees…  DSCN1981Ni muka bila dia dah nampak banyak bees… DSCN1983

Bunga liar untuk bees

 

DSCN1984

 

Menuai Lavender

 DSCN2015

 

Destinasi seterusnya OXFORD…pekan yang banyak orang nak singgah..maklumlah sebab Oxford Uni yang terkenal tu..ke teringat kat Oxford Dictionary or Oxford Geometry set..hehehe  DSCN2017Asar di Masjid Oxford..banyak kedai halal berhampiran.. DSCN2018Sempat jugalah menjengah Oxford University…..

…….Bersambung……

Raya2014..

Raya datang lagi, tapi tahun ni serius tak ada semangat nak raya. Raya ialah masa untuk keluarga, sedangkan kita masih bersedih mengenang Mak yang telah tiada. Puas ku seru semangat raya, pergi beli baju raya, pasang lagu raya, bersedia untuk sepuluh malam terakhir Ramadan, namun semangat raya tak kunjung tiba.

Tapi selalu dah rasa raya kat sini, dimana semangatnya ialah memberi kegembiraan kepada orang terutama anak-anak menyambut raya adalah sunnah, dan mereka sangat mengamalkannya. Ali sembahyang raya dapat £4 dari pakcik sebelah dia, memang tak kenal langsung pakcik tu, dia pesan kat Ali “This money is yours, don’t give it to others, go and buy some sweets..” so sweet.

Dengan semangat untuk mengamalkan sunnah tulah saya bangkit membuat persiapan raya…masak rending dan nasi impit, lodeh dan sambal kacang, lemang dan kuih suji…Air sirap bandung yang marvellous membuat semua orang tersandar…DSCN1710Sesi mencuba baju raya, potong dan jahit mana yang patut…. Kedai Jahit Manisah beroperasi sampai pagi raya..hehehe DSCN1762Sarah, Jiha dan Safyikah…raya last bersama, Syafikah  and family dah nak balik tak lama lagi..DSCN1764Dengan keluarga Aunty Saniah dan keluarga Aunty Kinah depan Aberdeen Beach Ballroom ..tempat Solat raya setiap tahun, harap tahun depan dapat bersolat di Masjid baru Aberdeen..DSCN1766Seperti biasa keluarga kami dengan tema “pelangi petang”….Ali pakai jubbah yang Aunty Hebah Arab bagi, just nice fit dengan Ali, Jiha dengan Sarah bertukar baju last minute, seluar raya ayah yang dipotong pagi raya dan ibu yang beraya dengan jubbah kerja…. DSCN1771Langit Aberdeen yang cerah pagi raya tu… DSCN1777Pak Aji yang terlepas control di rumah pertama kami beraya..sabar pak Aji.. DSCN1780Bersama keluarga Uncle Izhar dirumah Darwisy…DSCN1782Lagi-lagi Pak Aji over bersama keluarga Darwisy plus Izzah.. DSCN1786Kakak Sarah dengan Hanna yang cool..menumpang sayang dengan adik-adik orang lain..tapi si Hanna ni sangat la comel dan tak banyak kerenah. Tu yang Sarah berani nak dukung tu..kalau anak orang lain belum tentu dia nak dukung-dukung macam tu… DSCN1787Sekali lagi Pak Aji over ber sun bath dengan anak-anak dara ..BFF jugak ni Iffah dan Faseeha yang nak balik tak lama lagi..ermmmm tinggal la kita meneruskan perjuangan kat sini..  DSCN1803Lastly gambar sebahagian tetamu di rumah kami. Raya tahun ni memang agak hambar, tak ada rasa berkobar-kobar nak Skype dengan orang di Malaysia. Tak ada nak report apa masakan saya masak tahun ni, lagi pun nak report dekat siapa, siapa pun yang minat nak dengar cerita saya dan anak-anak..kalau bukan Mak..sejahteralah Mak dalam dakapan rindu yang sangat-sangat….. Selamat Hari Raya..kalau masih belum terlambat