Tua

September berakhirlah sudah..

DSCN1379Pucuk muda

September ialah musim student baru datang dan student yang pengajiannya mengikut programme balik. Senang kata ramai student master dan undergrad datang dan balik…kami yang Phd ni tak balik-balik…heheheh

Muda-muda semua student yang baru datang sekarang ni, yang undergrad dah tentu muda dan pangkat anak-anak pada saya, begitu juga student master, alahai.. anak-anak semua..bila tanya umur mak awak berapa…48..mak aiiii sikit je selilsih dengan umur saya, kalau saya kawin lepas SPM tentu dah besar macam ni dah anak-anak saya……”hehehe mama saya dapat saya masa dia final year undergrad kak..” ha  ambik kau..

Yang Phd pun muda belia je, yang terbaru datang nih, 24 tahun..masya Allah mudanya kau dikkkk.. sure otak tengah menyerap macam span, tenaga tengah banyak, saya bayangkan seronoknya macam tu….

Saya betul dah rasa diri ni tua, uban bukan lagi kayu pengukur (sebab tak nampak..pakai tudung) dari segi kemampuan untuk berlajar tentu sahaja terhad dan tak mampu nak express macam yang muda-muda ni, ditambah dengan sakit kaki, lenguh tangan, kebas pinggang semua ada….Tapi nanti orang mesti kata…Ala ada je orang ambik Phd masa usia dia 70 tahun..apa ada heran.

Masa muda memang dah berlalu pergi, tak boleh dah nak reverse dah..apa-apa pun kalau diusahakan dengan tekun dan bersistematik tentu boleh berhasil. Dengan izin Allah, usaha, kesabaran, ketekunan yang tinggi insyaAllah akan membuahkan hasil Nak buah apa..epal..strawberry,durian, duku langsat…ewah..ewah lebih lebih nampak…

Nampak Moses Basket kat carboot pun setakat boleh tengok je…bagi yang muda-muda pulak pegang….

 

It’s a No…

DSCN2035Peluang yang dah terlepas….

Sedih juga bila majoriti warga Scotland tak mahu independence. Katanya golongan pengundi 50an yang banyak menolak independence, sebab mereka termakan janji manis golongan Unionist. Mereka ini juga golongan yang mendapat berita dari surat kabar, (tiada satu pun surat kabar di Scotland ni yang pro Independence..) manakala golongan muda yang banyak menyokong kempen YES mendapat sumber berita mereka dari media sosial seperti twitter dan lain-lain…errrmmm tapi semua pun sudah diatur, insyaAllah yang terbaik…

Minggu yang memang agak menyedihkan juga bagi saya, Saya kehilangan beberapa orang yang mewarnai perjalanan hidup saya dalam masa beberapa minggu ini, rakan sekelas dan guru-guru. Mereka mewarnai sebahagian besar masa remaja saya. Seorang rakan meninggal dunia selepas dilanggar lari. Bekas Kapten MAS ini meninggalkan 3 orang puteri. Beliau adalah homeroomate saya masa di MRSM.

Ustaz yang sangat popular pada zaman sekolah saya, bukan sebab dia handsome, tapi sebab dia boleh masuk dengan student, suka berkemah dan kelakar, Meninggal dunia setelah koma hampir 3 bulan.

Rakan satu homeroom dan sekelas saya dari tingkatan 1 hingga 5, meninggal dunia akibat kanser, di Pusat Kanser Negara. Juga meninggalkan 3 orang Puteri. dan yang terakhir Homeroom advisor saya, meninggal dunia minggu lepas.

Hebatnya teknologi dan internet sekarang nih, segala berita tentang kawan, saudara, handai taulan dan tanah air dapat kita terima dalam masa sebenar. Whatsapp, telegram, Vibe, Skype dan tak ketinggalan FB menjadi penghubung. Sungguh besarnya impak media sosial ini sehinggakan baru-baru ni saya terbaca adab untuk menganggotai group-group media sosial ni…ermmmm sampai ada adab-adabnya. Contohnya, tak boleh left group tanpa memberi salam dan perlu memberi balasan pada berita gembira/sedih yang diterima..huhuhhh?

Tapi kadang kita dijemput masuk tanpa persetujuan, just because we used to know each other, it doesn’t  mean kita nak joint sesuatu group. Ada sesetengah orang hanya hadkan untuk group keluarga saja, supaya orang yang macam saya ni tak ketinggalan berita semasa tentang keluarga di kampung. Ada juga yang terasa bila kita menolak untuk joint group tertentu. Biasanya bukan sombong, atau berlagak, cuma pada zaman letusan informasi macam sekarang ni, memilih informasi yang patut kita follow ialah satu kemahiran hidup (patut diajarkan kat sekolah2 nih)..

Bayangkan setiap hari menerima ribuan massage dari pelbagai group. Cerita dari group campuran kemudian dibahas pula dalam bilik (group) lelaki dan group perempuan. Berjam-jam juga kalau nak dihadamkan semuanya (bila nak siap kerja nih..), belum lagi mengambil kira nyawa bateri dan space dalam phone kita.

Wajarlah kalau kita bersikap memilih dan mengambil sikap terbuka, kalau orang tak nak joint atau left kita berlapang dada, kalau orang tak respond kita bersangka baik, kalau orang tak like status kita, bukan bermakna dia dah tak nak kawan kita. Tak payah nak impose adab-adab bagai. Kecuali adab dalam mengeluarkan kata-kata dan menjaga batas pergaulan..which is very universal….sebenarnya ramai yang jadi silent reader tak pun jadi stalker je..hahahha..

Berbalik pada cerita group rakan-rakan lama saya diatas yang memudahkan saya menerima berita tentang kawan-kawan, kematian, kenduri, dapat anak, berita yang mendominasi group-group rakan-rakan lama ni. Sangat berguna lah group macam ni untuk mengkoordinasi bantuan, siapa yang nak pergi melawat dan menguruskan jenazah, rumah siapa yang terdekat yang boleh kita tuju, siapa yang kerja di agensi kerajaan yang boleh membantu. Siapa yang boleh menguruskan sumbangan dan kutipan derma. Sangat mudah menguruskanya melalui group macam ni…  kan..kan ada faedahnya.

Pendek kata, kita yang patut memilih group apa kita nak masuk   bila kita nak keluar, bila kita rasa nak deactivate…hahahahhaha terutama jika kita tengok…kerja kita tak jalan-jalan…asyik-asyik tengok massage..asyik-asyik tengok massage…banyak sangat distractions..shuhhuhhh…

Sekali Sekala Masuk Kebun…………..orang

Activiti minggu lepas. Perlampiasan sebab tak dapat makan kenduri anak buah di Pekan Pahang. perlampiasan la sanggattt. Ladang ni dekat je dengan Abdereen, tapi yang peliknya kali tak pernah sampai, kami sampai yang jauh-jauh je dulu..yg dekat kemudian-kemudian..

Pergi kebun ni pun sebab ada epal kat kebun dia ni..jarang jugak ladang di kawasan utara Scotland ni ada epal. macam epal tak berapa subur nak tanam epal kat kawasan sini..maklumlah kami ni dah setaraf dengan artik…teruja le juga bila tengok buah epal yang masak ranum, pear yang masih mengkal dan plum yang tak berapa nak ada, lain-lain ada brambles, dan yang berry-berry biasa tu…

IMG_0496

Peladang jaya

IMG_0498

Epal sama merah dengan tudung

IMG_0503

Pear pun ada la sikit, tapi masih mengkal-mengkal lagi, buat colek sedap ni

IMG_0506

yang ni bukan tokey ladang ye

IMG_0510

Sebiji yang masak ranum

 IMG_0517

Peminat tegar strawberry MasyaAllah manis gila strawberry dia, ladang ni dah tak berbela strawberry dia, mungkin sebab dah habis musim dan dah tak economical nak di bela lagi, jadinya yang tinggal buah yang sangat ranum dan manis…

YES or NO..

10628553_10205253217318377_3726133059271217234_n

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia..negaraku ..tanah tumpahdarah ku….

Sudah agak terlambat sebenarnya ucapan ini, tapi mengambil semangat Hari Malaysia yang akan datang minggu depan, rasanya ucapan ini masih relevant.  Dalam demam referendum Scotland yang juga minggu depan…terasa sangat relevant. Ramai yang dengar referendum mula macam ternganga, macam tak pernah dengar, macam tak percaya Scotland nak merdeka. Yang pro YES dengan hujahnya, yang NO, Thanks pun dengan hujahnya. tapi tak ada pidato benci, video scandal, dan manusia yang tiba-tiba tukar kubu dan burukan kubu lama.

Kami sebagai pemasutautin warga commonwealth pun di jemput untuk menentukan masa depan warga Scotland, berdasarkan pandangan kami kepada isu-isu semasa dan persekitaran semasa dan janji-janji masihmu semasa…hehehe katanya kalau YES menang Scotland akan offer PR bagi student PhD. Kami suami isteri dah undi dah sebab kami mengundi secara pos, hehehehe undi adalah rahsia.

Tadi berborak dengan SV padal referendum nih, dia kata dia dulu a solid NO, tapi sekarang dah jadi undecided. Sebab dia kata, bila fikir-fikir balik Scotland dah memang dah ada  undang-undang sendiri, parliment sendiri, sistem pendidikan sendiri, NHS system sendiri, langkah seterusnya memang membentuk negara sendiri la..Cuma sekarang ni rakyat Scotland di momokkan  dengan issue ekonomi, pound, pencen dan sebagainya. Sekarang ni pun orang Scotland memang bangga sebagai Scottish, dengan bahasa, budaya dan sejarah tersendiri.

Sebenarnya excited nak tunggu malam 18 September 2014, kalau YES menang rakyat Scotland menang besar, kalau NO menang pun rakyat Scotland menang, sebab kerajaan Westminster di London kena tunaikan janji-janji dia masa kempen. Tapi bestla kalau YES menang, “Masa depan Scotland… di tangan orang Scotland”