Bencana..

Negara ku dilanda bencana, apa yang kami rasa…saya rasa seperti ramai rakyat Malaysia lain yang tinggal di luar negara, kami sentiasa mendoakan keselamatan negara kita, Siapa yang tak sayang tanah tumpah darah sendiri…macam ada sesetengah orang kata..”kalau mampu sekarang juga nak terbang balik Malaysia..” tapi kami juga rasional. Apa yang mampu kami lakukan dengan kondisi sekarang ni kami lakukan dengan sebaik mungkin, menyumbang wang ringgit bagi yang mampu dan tak berhenti-henti berdoa agar keadaan segera pulih..

Namun membaca update di FB memang mengundang sakit kepala..Allah kenapa jadi bergini rakyat Malaysia. Dalam pada jumlah teman-teman FB saya yang terhad, termasuk juga cerita-cerita negatif, cerita yang saya pasti tak benar dan cerita mencari trafik dalam news feed FB saya. Sudah hilang pertimbangan waras, akal sihat dan yang tinggal ialah ingin mengambil kesempatan dalam kesulitan. Tidak dinafikan terdapat mereka yang benar-benar ikhlas dan tidak mengeruhkan keadaan, namun yang berdengki memang sangat jelas. Yang terlebih panik dari mangsa dan yang lebih berinformasi dari penyelamat di lapangan memang banyak…untuk kita yang bergantung kepada FB sebagai sumber informasi, berfikirlah sejenak sebelum share, zaman cyber ni bukan hanya mulut perlu dijaga..keyboard pun perlu di lapik pelastik…tak gituhhh…

Okey..habis cerita banjir di Malaysia, semoga cepat jumpa Air Asia yang hilang…kata BBC dunia aviasi 2014 sangat muram di sebabkan dua pesawat Malaysia dan yang terkini Air Asia…

Aktiviti kami musim cuti nih.. tak banyak yang dapat dibuat, cuaca sejuk, anak-anak terperap dalam rumah, dah start buat camping kat ruang tamu, tapi sebab sekarang sejuk sangat kami suruh naik jugak..

IMG_1121

Tapi sejuk-sejuk ni semua orang cepat lapar, buah beli banyak-banyak pun sekejap je dah habis..dapat bubur pulut hitam macam ni tentu nyaman…

IMG_1204

Jiha dapat “Friendship Award” untuk 2014, Ali dah pernah dapat untuk 2013.. ermmm.. sekolah ni selalu nak mengembirakan hati murid-murid..macam-macam award dah bagi kat budak-budak..bagus la every single achievement is celebrated..kami pulak yang selalu heran..tanya “what have you done to deserve the award?”..hehehe

 

IMG_1215

Pokok poinsettia memang hiasa wajib untuk krismas, kami tak ada niat apa-apa cuma suka tengok bunga dia yang merah time semua pokok lain togel, bunga merah menyala kontras dengan frost yang penuh dekat laman belakang..

IMG_1233

Biasala bila boring, pakcik ini akan start melukis, and he produced lots of amazing drawings, teacher dia kata “his a natural born artist”..hehehe  tapi yang dilukisnya balik-balik Avengers, Iron Man plus sekarang mind craft…

IMG_1245

A cold and bright winter morning in Aberdeen..sangat cerah dah cantik….tapi sejukkkkk….

 

 

 

Cerita yg dah basi

Ni cerita lama masa kami bercuti musim gugur yang lepas, tak de jalan jauh mana pun, dalam Scotland ja.. kami ke John O’Groats.. tempat apa tu..Ni la tempat dataran paling hujung tanah UK belah utara, kalau summer lepas kami pergi yang paling selatan..sekarang kami menjelajah yang sebelah utara pulak.. perjalan santai tak banyak agenda..singgah dekat kebun kami dekat Elgin  tengok kebun apple yang tak berapa nak menjadi..

IMG_0736Makan aiskrim tengah sejuk2, nampak je cerah tapi sejuk..dah memang hobby makan ice cream ni bila pit stop, tak kira sejuk atau panas.

IMG_0737Terjumpa dengan sayur pelik ni dekat kedai sayur dalam kebun tu, minerrett nama dia, rupa macam broccoli campur culiflower, hehehe..tapi tak beli pulak sebab nak berjalan  ingat nanti balik singgah beli.

IMG_0741 Daisy yang sepi..memang sepi pun kebun tu..summer lepas kami dah pergi kebun ni makan strawberry dengan 2 families lain, siap piknik nesi lemak sotong kembang lagi..hehe..kali ni berjalan satu family je..

IMG_0745

Sepanjang perjalanan permandangan menag bukit dan laut je..masyaAllah cantiknya..tak boleh nak cerita..datanglah ke Scotland kalau nak tengok permandangan cantik..tapi kalau nak shopping pergi la tempat lain…

IMG_0760

Kami stay di BnB kali ni, saja nak bagi pengalaman pada anak-anak tidur di BnB, duduk dengan ower dua orang makcik and pakcik mat salleh yang peramah..peramah la kannn dah bayar..bukan tetiba singgah nak tumpang tidur. Hehehe..

IMG_0765

Pagi tu kami teruskan perjalanan ke John O’Groats…serius macam kawasan Kuala Sungai Baru…nampak laut dan lembu..hehehe cuma tak ada taik lembu je atas jalan…tapi sejuk….

IMG_0773

Jiha dan Ali dok record seal main di gidi air..banyak seal tapi amlu-malu nak naik darat, dok sekodeng kita..kita sekodeng dia dia balik sekodeng kita…macam lagu Iklim lak..”kita tengok seal melepak..seal tengok kita melepak…”

 

IMG_0775

Jalan-jalan sambil tengok pemandangan indah…melintasi padang ragut sheep..kena hati-hati nanti terpijak taik sheep tak pun rabbit..ni ada anak air buat basuh kaki…hehehe tak kuasa gerrrrr..

IMG_0782

Last sekali kami bergambar depan signpost yang sangat menjadi dambaan, untuk menjadi bukti kami dah berjaya berjalan dari tip ke tip UK..dengan kereta buruk kami..yeehhaaa..tapi semua orang pun dan bad mood..sebab dah penat kena dera dengan En Ayah jalan-jalan tadi…we really need some exercise…baru jalan sikit dah punctured.

IMG_0783 IMG_0784

Untuk menghiburkan hati..lagi makan ice cream..baru kata nak exercise. Dah makan ice cream lagi..no top of bekal sandwich kami…kata pun jalan-jalan santai, sukahati la kannnn sambil en Ayah tengak dok godek..fikir..nak ikut jalan mana nak balik nih..hahahha..IMG_0786