Mengurus si sakit

IMG_1376

Alhamdulilah atas setiap nikmat yang Allah berikan, dengan nikmat juga bermaksud sihat dan sakit, susah dan senang…

Sekejap je nak habis January, kalut..kalut, diam tak diam dah tiga tahun kami meninggalkan Tanah air dan bermastautin di negeri minyak ini…sudah setahun kami berpeluang balik bercuti ke Malaysia..setahun sudahlah saya meninggalkan Mak sebelum Mak pergi meninggalkan kami selamanya..Al Fatihah untuk Mak….

Minggu ini giliran saya sibuk mengurus orang sakit, en Ayah tiba-tiba demam panas dua hari dan diikuti dengn tumbuh bintik-bintik berair di badan…Ya Allah en Ayah kena chickenpox..panik sekejap, nak buat macamana yea, bahaya ke kalau orang dewasa kena chicken pox, nak call ambulance ke, nak buat appointment ke..ehh apa nombor kecemasan nak dihubungi ni?

Sistem pengurusan kesihatan di sini yang lain dari di Malaysia memang kadang-kadang bikin kita panik, bukan boleh suka-suka hati pergi ke kecemasan, malam-malam bukan boleh pergi klinik 24jam, besok pagi Sabtu pulak, bukan ada klinik bukak. Biasanya kat Malaysia kita akan terus ke klinik panel, doktor pun kata “Haa chickenpox ni..saya prescript ubat demam, ubat tahan gatal dan krim..MC seminggu. Kalau tak baik jugak datang lagi…” Tapi kat sini jangan harap la boleh walk in nak terjah doktor macam tu, kat sini call la NHS 24, kalau serius dia bagi pergi A&E kalau tak serius dia nasihat aja..untuk kes en Ayah, silalah teruskan makan panadol, besok boleh pergi farmasi ambil calamine lotion…kalau ada symptom-symptom lain sila call lagi…

Petang tu jugak Kakak Sarah terseliuh jari kelingking, bengkak, biru..risau juga takut patah ke apa ke..tapi tengok dia tak mengaduh sakit pun, cuma kalau terlanggar je baru dia sakit, ni mesti sprain aja nih..rasa tak payah jumpa doktor, lumur dengan minyak panas je la kakak, kita buat stail kampung…tapi nak puaskan hati hari Isnin cuba book appointment untuk dia, dapat pun satu slot dengan doktor, ermmm memang sprain aja…magic nya lepas ┬ájumpa doktor macam terus kurang biru, Kakak kata baiknya doktor tu..tu yang buat cepat hilang sakit tu…

Selesai urus orang sakit, sekarang nak urus si ini pulak yang sakit:

DSCN2415

Dah banyak hari terbatuk-batuk, tayar dah makan sebelah, badan dah sakit-sakit, tapi nak menguruskan yang ni sakit tak bolehla sekadar telefon NHS 24, ni kena jumpa doktor ni..lepas tu ubat pulak mahal…selepas episod snow minggu lepas, dari terbatuk-batuk langsung terus tak bernyawa, CPR dah buat pun tak jadi jugak..merajuk gamaknya…sebab dia kata en Ayah dah tak sempat nak belai-belai dia dah sejak en Ayah dah ada dua kereta ni kat bawah TV..hehehehe….

IMG_0829

Christmas, Boxing Day and New Year

Entry pertama buat tahun 2015.

Ramai yang tanya meriah tak Christmas dan New Year di sini, maklumlah semua sambutan tu ada kena mengena dengan Christian dan kat sini kat tempat mat salleh..errrrmmmpphh..jawapanya tetap errrrmmmppphhh…Kedai-kedai meriah la tapi tak la meriah mana..tak ada la suara apek kedai kain Bunga Raya yang main lagu raya masa bulan Rejab. Boleh tengok orang berpusu-pusu pergi beli barang, nenek-nenek tua naik bas beli barang. Layaknya macam atuk-atuk kita pergi pekan Selasa seminggu sebelum raya..mungkin cari kain batik dan kain pelekat seorang sehelai.

IMG_1155

Suasana Aberdeen Masa Raya Orang Puteh

Tengok kedai toys yang bukak sampai pukul 11 malam, mana ada kedai yang bukak sampai pukul 11 malam kecuali Asda dan Tesco..tapi ini kedai toys memang bukak sampai malam. Nampak sangat christmas ni untuk siapa…..untuk peniaga-peniaga cari untung. Ramai dah kata Christmas ni dah jadi perayaan budaya bukan lagi perayaan agama. Santa Claus dah lebih penting dari Christnya.

Tapi suasananya langsung tak ada macam suasana raya. Kalau kat kawasan rumah kami tu memang sepi senyap sunyi, baik masa Christmas Eve mahu pun pagi Christmas. Jangan harapla kata nak tengok budak-budak berlari main bunga api, suara budak-budak pun payah nak dengar. Kalau kita kat Malaysia, jiran kita yang pendatang asing pun kita ajak datang beraya ke rumah..kat sini jangan harap. Dudukla korang anak beranak dalam rumah..Mostly perayaan kat sini bertemakan kekeluargaan, tak ada istilah rumah terbuka, sambutan perdana ke apa ke..semuanya dibuat dalam keadaan tertutup. Jangan harap nak tumpang hirup bau turkey rumah sebelah, satu bau pun tak ada..tak ada kedai bukak, tak ada stesyen minyak bukak, tak ada bus kat jalan…Tapi festive season kali ni en Ayah dapat banyak cokelat Celebration sampai budak-budak ni pandang je buat tak nampak…

IMG_1313

Suasana musim dingin

After Christmas ada Boxing day..haaa ini hari makcik suka entah apa yang disukakan pun tak tau, tapi seperti biasa Boxing day orang Aberdeen yang tahap biasa-biasa ke Livingstone, yang tahap luar biasa jauh sikit langkahnya ke Cshire Ok ke, London ke..kami golongan biasa-biasa..ke Livingstone lah buat kesekian kalinya..Tapi kali ni motifnya lebih santai..memang semedang santai aja motif makcik..makcik tak ada apa nak beli sangat, duit tak ada, lagi pun banyak project akan datang yang nak pakai duit banyak..tapi dah en Ayah kata..ambik la Yang duit ni buat shopping..duit abang cuci toilet nih…aduh sedihnya hati..siapalah yang mampu menolaknya.

IMG_1307

Livingstone designer outlet

Harga tak la semurah mana, orang tak berapa ramai, tapi orang Malaysian tetap ramai..dan kami tetap aja tak bertegur sama. Kadang-kadang saja je cakap melayu kuat-kut kot diorang nak toleh tegur makcik…errrmmm tak adanya…semacam London sudah Livingstone hari tu… melayu sama melayu takut nak bertegur sapa..Seperti biasa kami tidur di Ritz dela Travelodge..sambil berangan..

IMG_1323

Makcik dapat benda nih tanpa travel ke Stoke.. ada insan mulia tolong belikan…

Tapi ni ada cerita lawak..tapi kalau korang tak ketawa tak lawak la kan…ketawa..ketawa. .ketawa… Masa Jumaat hari Boxing ┬átu kami dah rancang nak sembahyang Jumaat di masjid Livingstone, Masjid Anwar el Madinah nama dia. Kami sampai awal..parking betul-betul depan pintu masjid. Sembahyang masjid Pakistan, masa khutbah dah macam dengar lagu hindustan makcik rasa..sepatah haram tak paham..tapi kami syukur dapat pengalaman sembahyang Jumaat kat situ. Apa yang pentingnya kita sembahyang menyembah Allah, cukup rukun kita buat sah aja sembahyang kita.

IMG_1305

Masjid Anwar El Madinah di Livingstone

Lepas sembahyang kami tengok kereta berjejei (bukan suami Fasha) bersusun block kereta kami..dok relax dulu makan sandwich, tak lega juga..rehat dulu makan mandarin tak gerak jugak berapa lama daaa mau tunggu. Ada sorang lagi pakcik tunggu nak keluar jugak sambil geleng-geleng kepala…lepas abis satu tupperware sandwich..en Ayah kata tak boleh jadi ni..dia pun keluar, ukur congak kali bagi…masuk kereta dia kata boleh…bayang kan dia nak mencelah antara dua kereta dengan kereta kami Merc 200E station wagon..tapi sebelum tu dia kena reverse dulu..part reverse aja makcik dah kecut perut..bayangkan kereta besar…. nak direverse kan ditempat yang sempit….tak pe Bang Ayang turun tengok…tapi en Ayah memang cekap bakat menyelit memang terbaekkk..lepas kereta tu keluar dengan selisih tak sampai 2 inci..(data fabrikasi..) fuhhhh ..

yang bestnya bila lalu depan masjid pakcik yang tadi dok tunggu kereta dia tak lepas nampak kitaorang lalu, terkejut dia sampai meloncat..sambil tepuk dahi..lepas tu nampak dia berkejar lari kebelakang masjid….hehehehe..mesti nak check macamana itu kereta boleh lepas…Masyaallah….alhamdulilah..en Ayah memang hebat. bukan lesen terbang..bukan lesen Hongkong..memang lesen Malaysia….hahaha..