Dundee

DSCN3055

Dundee ialah sebuah bandar di Scotland yang mungkin jarang menjadi singgahan pelancong Malaysia berbanding Edinburgh atau Glasgow. Aberdeen lagi la jauh, orang kalau cakap Aberdeen je semua dah terkemut-kemut membayangkan bertapa sejuknya Aberdeen tu..memang la sejuk..but people do live there..ehemmm.

Kami ke Dundee minggu lepas sebab nak jumpa dengan kawan ibu Aunty Mala dengan Uncle Ghani. Ini sudah kali kedua Aunty Mala melawat kami, 2 tahun dulu Aunty Mala sampai ke Aberdeen, ceritanya disini tapi kali ini hanya sampai Dundee. Sebab Aunty tak sampai ke Aberdeen..maka Aberdeen datang kepada Aunty…hahahhaha…DSCN3068 (2)

Sungguh kami tak pernah masuk town Dundee ni, biasanya kami sekadar melepak di pinggiran sahaja, tumpang Sholat di Central Mosque, tak pun selalunya tumpang lalu aja sebab nak ke  Glasgow. So first time jugak la ni sampai ke Central Dundee. DSCN3063

Cantik dan menarik rupanya Central Dundee ni, ada banyak arca menarik di tengah town

DSCN3049

Bersama arca Desperate Dan, Watak dalam komic British Dandy yang popular tahun 1930an.. kami pun tak tahu sebenarnya tentang arca ni, balik rumah Google baru tahu ohhhh…

DSCN3051

Dan ini lah Aunty Mala dan Uncle Ghani..dan Jiha yang suka buat spoil gambar! aisyehman…

Kincir Angin

Permandangan kincir angin (windmill) sepanjang jalan ke Thurso, Scotland

DSCN2774

Windmill adalah permandangan bisa kalau di Scotland, apatah lagi kalau di daerah Highland and Isle. Satu sumber tenaga yang bersih dan murah.

Biasanya kincir angin ini dibina dalam bentuk ladang, dimana beberapa kincir angin akan dibina dalam satu kawasan untuk memudahkan penyelanggaran dan menjimatkan kos penghasilan dan penyaluran tenaga.

Ada juga kincir angin yang di bangunkan dalam laut, tapi di Aberdeen mendapat bantahan kerana akan mencacatkan pemandangan coastal Aberdeen yang terkenal sangat cantik.

DSCN2778

Yang ini ialah kincir angin di kawasan tanah lapang di daerah yang berbukit…Thurso adalah pekan sebelah barat Scotland. Tidak banyak tarikan sebenarnya di Thurso, pekan paling utara di UK.

DSCN2781

Hanyalah pekan kecil yang menjadi singgahan sebelum ke pulau-pulau Scotland seperti Shetland dan Orkney

DSCN2783Thurso trowback 2014.

TGNA

IMG_1550Hati sayu dan rasa dingin… memang sekarang ni musim sejukkk

Hal ini ingin saya catatkan dalam blog saya..

Kembalinya kerahmahtullah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. kerana ia satu peristiwa besar yang menyentuh jiwa banyak orang dan juga jiwa saya sendiri. Kedua kerana ia peristiwa kematian yang banyak memberikan peringatan kepada kita .

Walau pun jauh dari Malaysia, kami juga bersedih dengan permergian TGNA. Dengan feed dari FB dan laman web yang lain kami juga dapat merasakan bahawa TGNA bukan hanya dimasa hayatnya sahaja menyampaikan pengajaran kepada manusia, malah masa matinya juga memberikan pengajaran kepada kita.

Betapa orang yang berilmu sangat dicintai anak muridnya, betapa pemimpin yang Zuhud masa matinya lebih gah dari pemimpin yang bermewah-mewah. Tiada yang mewah kecuali perasaan kasih dan sayang, sedih terharu, respect and admiration  yang ditunjukkan oleh segenap mereka yang hadir berziarah dan menunaikan solah jenazah hadir dan gahib. sesuatu yang patut diteladani oleh pemimpin lain, raja, mahupun para ilmuan. Tidak perlu iringan angkatan tentera, hanya tentera rakyat, tak perlu jambangan bunga, hanya pohon hijau menghisi kuburan. Betapa orang yang tak banyak terikat dengan hal duniawi terutamanya harta benda, senang dalam soal kematianya walaupun dia seorang nama besar. Kalau pemimpin negara yang lain, jenazah tak akan pergi sesenang itu, tentu ada perkara istiadat yang perlu di sediakan, rakyat kena berkabung dan bendera pun kena turun setengah tiang.

Hanya sekali dalam hidup saya berjumpa TGNA secara dekat, masa saya menghadiri jamuan makan malam anak Kelantan dengan TGNA di Jakarta tahun 1994 kalau tak silap. Selebihnya hanya mendengar ceramah beliau dari media seperti ramai yang lain dan seperti rakyat Malaysia yang lain hari ini kami pun turuh bersedih.

 

Cerita masak-masak…

IMG_0922Dah February dan…lagi kita menghitung hari lagi la rasanya cepat masa berlalu…

Hari ni saya nak cerita pasal makan. Wahhh kalau pasal makan semua orang suka..cuba cerita pasal nak memasak…semua lari senyap-senyap…

Saya Alhamdulilah dilahirkan dengan naluri suka memasak, tapi tak suka berkemas, Alhamdulilah juga en Ayah jenis yang suka berkemas, so kalau tengok rumah tak kemas tu silalah sound en Ayah, dia la punya angkara tu…selalunya dia sibuk, maklumlah sehari tiga kali kemas office orang..

Biasalah kalau dah duduk jauh macam ni selalu teringin nak makan sedap, hari -hari belasah speg bol pun tak lalu jugak, sekali sekala nak jugak nasi kerabu ala-ala pasar malam, nasi dagang ala-ala pintu satu, nak juga sayur asem ala-ala Wong Solo..abis masa kat Malaysia tak pernah teringin nak buat makanan susah-susah ni, tetiba kat sini nak makan…kena ikhtiarkan…

IMG_0920Dulu saya sekadar nak buat sepiring karipap pun kena google resepi…sekarang alhamdulilah dah expert sikit…

Masa saya buat master, saya copy print beberapa resepi-resepi wajib nak kena masak, macam lodeh, sambal kacang, rendang, supaya lepas la nak masa untuk raya. Hari-hari lain boleh makan nasik lauk kicap je pun dah okey. Tapi bila datang yang kali nih, umat dah pandai berkias mintak masak itu dan ini..contoh kiasan gurauan yang paling selalu kita dengar ialah…”dah lama kita tak makan……” tu dah kira tahap awareness, kang naik sikit tahap amaran “ingat tak Bu dulu kita makan XXX…….sedap sangat kat”..kalau dah masuk tahap ni kena dah fikir-fikir apa ada kat peti ais, cukup ke bumbu nak masak XXXX.. lepas tu sampailah ke bab yang paling parah, bab tahap bahaya..”teringin nak makan XXXla..” kalau dah masuk tahap berterus terang tu ..sila singsing lengan la yea..masak. Kadang kita sendiri yang tekak teringin nak makan, tapi tak tau apa..apa nak masak nak bagi excited sikit nak makan..

Masa ni lah kita kena tahu website-website wajib rujukan, dulu saya selalu rujuk blog or fotopages Heneliza dan Mamafahmi, bukan hanya untuk resepi tapi juga untuk idea nak masak apa. Masa tu Kak Haneliza ni belum tulis buku lagi dan Mamafahmi ni masih duduk di Africa lagi. Sekarang ni kalau resepi lauk dan kuih melayu blog cik Mat Gebu bagus terutama untuk resepi ala Johor juga dan blog Azie Kitchen terutama kalau nak makan masakan cara Kelantan. Ni dua blog tak payah bagi link la..kalau google tentu boleh dapat. Saya orang Johor, tapi selalu nak makan resepi kelantan, maklumlah ayah saya asal Kelantan..tentu dia bangga kalau tau anak dia boleh masak nasi biru..hohoho nasik kegemaran Arwah Bunda kalau datang ke Bangi…

Selain tu kalau nak cuba resepi ala-ala orang putih tapi tak nak yang dari BBC or allrecipe or lain-lain website orang puteh, boleh cuma blog Muna Fadaq  selain dapat resepi dapat juga cuci mata tengok deco rumah dan garden dia..Sebenarnya saya selalu terserempak dengan beliau ni. Orang Aberdeen jugak, tapi kami dalam social class yang berlainan, atau pun saya yang pemalu nak tegur orang.

Tapi kalau nak masak ikut creativity sendiri pun boleh, kalau anak-anak saya, apa pun kalau ada daging, jagung dan tabur dengan cheese lepas tu bakar..semua licin…


IMG_0950

Lepas tu yang tak worth it nak pergi makan kat luar pun boleh buat sendiri kat rumah, contohnya sushi tak semenggah saya ni pun licin…

IMG_0951

Lagi satu kalau nak makan sangat tapi appliances tak ada, creativity boleh bantu…heheh acuan roti jala saya dah patah, abis teringin nak menjala cam no?

IMG_1442

Pakai botol sos pun jadi…hehehe

IMG_1443

Creativity mak pun selalu berjangkit kat anak-anak..kalau buat pegedel dengan Jiha, selalu pegedel saya jadi macam-macam shape..love lah, star la, half moon la…apa-apa la nak asalkan boleh makan…
IMG_1449

 

Musim sejuk ni bukan snow aja anak-anak saya buat Olaf.. nasik pun jadi mangsa..IMG_1522Acara memasak ni bukan hanya untuk main dish, tapi juga kena fikirkan untuk kudapan dan ngap-ngap session, selongkarlah blog-blog masakan mereka ni, selalu dapat idea baru…kerepek corn flakes…
IMG_1488

Tapi tak tahan giler bila dapat cicah mangga muda dengan serbuk asam boi ni…haaa yang ni toksah belek blog..beli je kat kedai oriental..kupas mangga cicah…settle IMG_1493

 

Last but not least, sayur asem ni…memang favourite saya, mungkin sebab saya duduk di Jakarta 5 tahun masa undergrad, sayur asem ni dah macam staple food dah bagi saya, selain tahu dan tempeh. Jadi bila teringin nak makan kena la buat..dulu masa saya preggy kan Sarah saya mengidam nak makan sayur asem ni. Sampai minta student Indonesia tolong buatkan untuk saya. Bila dah kenal Wong Solo, setiap kali makan kat situ kena la order semangkuk…tapi serius tak berbaloi sebab mahal…nah sekarang gue udah bisa bikin sendiri…My version of sayur asem…Wong Solo eat your heart out!!!! 

IMG_1579