Dua Gerhana Dihati…

Hari ini berlaku total solar eclipse bagi kawasan Atlantik Utara  yang mana termasuk Scotland, diberitakan Scotland akan mengalami sehingga 98% gerhana matahari. Ingin menjenguk ke luar tapi tiada peralatan lengkap… suasana makin gelap…

Kali terakhir saya mengalami gerhana ialah sekitar tahun 80an, dimana masa itu sebahagian Asia Tenggara bergelap akibat gerhana matahari, oleh kerana dilarang dari melihat terus ke matahari saya sepagi bermain air kerana ingin melihat biasan gerhana dalam dalam air…masih tergambar bagaimana siaran TV waktu itu menunjukan rakaman Candi Burobudur yang bergelap seperti malam, imej yang bermain diminda saya hari ini…….

Namun seperti juga 30 tahun lalu, bumi tetap sahaja tidak berhenti hanya kerana gerhana, kerana gerhana bukan memperingati sesiapa mati atau lahir, sebaliknya peringatan Allah kepada kita tentang kekuasaannya dan ketidak berdayaan kita sebagai hambanya. Sunat menunaikan sholat sunat gerhana semasa berlakunya gerhana dan berdoa sepanjang berlakunya peristiwa gerhana. Jiha dan Ali excited terlebih sebab gerhana menjadi tajuk topical bagi kelas  mereka minggu ini. Siap-siap pesan dah jangan tengok sun..jangan tengok sun…nanti sakit mata. Ada beberapa aktiviti di sekolah untuk mereka melihat gerhana matahari ni..berkali-kali juga ingatkan yang gerhana ini bukti kekuasaan Allah. Allah mampu buat apa sahaja yang kita manusia tak berdaya melawannya, peringatan untuk sekelian manusia.

Ada satu lagi gerhana saya alami, tapi yang ini bermain dihati. Kisah yang tak mampu saya cerna dengan akal sihat. Pertimbangan manusia yang sudah singkat. Cukuplah saya katakan saya tak boleh brain..tak boleh brain. Bukan kisah saya, tapi kisah sahabat yang dekat dihati saya, Allah kurniakan kekuatan bagi dia, tetapkanlah imannya, bantulah dia keluar dari kemelut ini. Semoga syurga destinasinya….. 

Blues Tahun Akhir…

DSCN2628 (2)

Tadi saya dapat kabar gembira, kawan di Liverpool lulus viva dengan jayanya. Saya membayangkan betapa gembiranya dia, isteri dan anak-anak empat orang semuanya. Tapi saya selain tumpang gembira, perut mula rasa mual dan kepala mula pening…

Itulah kot blues tahun akhir. Bila ramai orang yang kita kenal mula lulus atau orang yang lulus kita kenal. Masa tahun satu dan dua dulu kalau dapat berita orang lulus pun saya hanya..”ohhh..ahhhhh”..tak berapa kenal pun. Minggu ni dapat e-mail dari school, “heartiest congratulation to…so and so for passing his viva with minor correction…” ehhhh..bukan dia yang duduk baris sebelah tu ke?, “Well done to so and so and his supervisory team…” alamak mamat bilik sebelah pun dah lulus…balik rumah rasa sayu..kadang-kadang ketawa.. sayu bila bayangkan kalau saya ditempat so and so..tentu sayu je bila dah lulus, ketawa bila teringat bilalah saya nih nak lulus…memang dah rasa mengong..kejap sedih sekejap ketawa….

Orang kata Phd ni perlukan tekun dan kesabaran, dan cekal, dan kreatif dan innovasi  dan tabah dan bermacam dan…Apa-apa pun tahniah buat sahabat saya tu. Saudara memang hati cekal, dan isterinya serta anak-anak memang pelengkap perjuangannya. Doakan saya pun begitu..semuga Allah ar-Rahman ar Rahim pemudahkan.

Royal Aberdeen Children Hospital…

IMG_1685

Ni kisah minggu lepas. This little Mr with to much hair and incredibly black eyes sudah kena admitted hospital. Ali bertembung dengan kawan di sekolah, dan ada sedikit head injury. Katanya di sekolah dia mula disorientated tak jumpa toilet dan tak boleh buat kerja math, lepas tu muntah-muntah. Nurse sekolah call ibu, kata Ali tak sihat. kami ingatkan demam ke atau sakit biasa, rupanya kena terus kena bawak pergi A&E.

Panic la sangat, sampai kami terpegi A&E orang dewasa, sedangkan yang direffer A&E Royal Children Hospital Aberdeen. Sampai hospital Ali memang terlepek, tak mau minum, pucat dan muntah-muntah. Tapi all vital readings dia okey dan reflection masih okey walaypun dia cranky sikit sebab dia nak tido dan tak mau buat semua test tu. Lepas dua jam observation keadaan tak banyak berubah, Doktor pun buat keputusan untuk admit Ali ke Assessment ward untuk observation lanjut.

IMG_1671 IMG_1672

Saya malu nak snap gambar, sebab bilik activity ni depan counter nurse….

Assessment ward ni macam ward biasa cuma biasanya patien tak lama duduk situ dan akan ditarnsfer ke ward berkaitan kalau dah tahu apa masalahnya. Masuk ward ni Ali dah macam okey sikit, dah mula nak duduk, tapi masih muntah kalau bangun dan berjalan. Tapi Ali kan budak kuat, menjelang petang dia dah boleh melompat berlari dah dalam ward.

Masuk hospital kat UK ni memang lain la..walaupun cuma assessment ward. Kat situ ada activity room yang ada buku, games, coloring sheet, puzzle malah ada DVD player untuk dipinjam dan sealbum DVD untuk dipilih. Untuk ibu bapa pulak ada setting room yang ibu bapa boleh berehat dan buat minuman panas. Peralatan diri seperti berus gigi sikat dan sabun pun diberikan.

Sebab Ali dah okey, nurse pun  mula nak bagi makanla kat Ali. Yang bestnya setiap nurse yang akan berkerja dengan kanak-kanaik ni akan memperkenalkan diri mereka kepada kami. “haiya..I’m Nickie and I’m gonna work with you today, is that okey?” sapa setiap nurse yang baru masuk shif. Jadi kanak-kanak ni kenal siapa yang akan ambik temperatur dia , periksa retina mata dia , nurse complain mata Ali hitam sangat sampai susah nak check, maklumlah dah biasa kerja dengan yang mata biru dan hijau, sekali dapat yang hitam pekat mengelabahlah tak boleh tengok.

Lepas makan dah okey minum dah okey, nurse offer ice cream, Pak Cik Ali kita pun suka tak hingatla, “I bet Jiha will be jealous of me, I get to eat ice cream in hospital”  huhuhhh happy bebenor Pak cik Ali kita. Lepas tu counsultan datang check, dia puas hati dan benarkan Ali discharge. Nurse buat paperwork, En Ayah datang, nurse potong tag nama, tiba-tiba…little encik Ali boleh muntahkan semua ice cream yang dia makan tadi…huhuhuhhhh terus kensel discharge, Tidola kami dua beranak di ward, En Ayah balik rumah sebab nak tengok kakak dan Jiha.

Ibu tido selesa sebab ada katil untuk parent. Katil ni boleh lipat simpan dalam almari pada waktu siang dan boleh turunkan masa malam. Tapi tido pun tido-tido ayam serama aja lah..sebab setiap dua jam terjaga bila nurse nak ambik temperature dan asyik terjaga dengan bunyi batuk kawan seward Ali yang kena asthma attack. Walaupun hanya dua patient je malam tu, tapi banyak kali jugalah team doktor datang melawat sebab “Bobbi” kawan Ali tu agak teruk jugak. Dah nama pun tidur hospital..tak kan sampai nak berdengkur kut.

Tapi banyak pengalaman ibu dapat kali ni. Pengalaman sholat di Chapel Hospital yang selesaIMG_1678Siap dengan tanda anak panah untuk kiblat lagi. Memang Chapel ni digunakan oleh doktor-doktor dan students muslim untuk sholat, tanpa keluar dari bangunan hospital, tempat wudu’ selesa pun disediakan dalam toilet disable. Di luar bangunan, masih dalam kawasan hospital di sediakan kabin untuk sholat, yang juga tempat Ali selalu sholat jumaat dengan En Ayah. IMG_1677 Ada banyak juga idea-idea menarik yang sempat saya rakamkan dalam kawasan hospital ni contohnya ini

IMG_1679 Kempen untuk naik tangga yang menarik dan permanent, dan ini..

IMG_1683Tanda nama penyumbang kepada tabung hospital yang disusun dengan sungguh menarik nya..heheheh IMG_1682 ni lagi, tiang bermaklumat yang tak berapa effective sangat…saya rasa la

IMG_1684 Lepas semalaman di hospital, pak cik Ali ni tentu la dah tak sabar nak balik,, nasib baik consultant bagi balik pagi tu. Apa lagi…kami pun terus berdesupp cabut tinggalkan ward..dengan Ali masih lagi dengan pyjama dia…  IMG_1689

Ali dengan Spider Dolphin

Ali tulis “thank you” dan “See you soon” pada colouring sheet dia…ohhh Ali kita tak mahulah “see you soon” dengan hospital…Walaupun duduk hospital kat sini satu pengalaman menarik, mana ada orang yang nak duduk dalam ward lama-lama…..