Hidup selepas GST

IMG_1916GST..GST..errmm apa GST tu ibu…bukan sama dengan selfie ke ibu?

Hehe..tajuk seperti biasa kena gempak…tapi saya pun kena GST apa, masa nak transfer duit dari Cimbclicks, saya hairan juga kenapa biasa kena 10 sen jadi 11 sen apasal kena extra 10 %, kenapa tak 6%. kalau satu transaction kena extra 4% kalau buat 10 transactions kena extra 40%….

Entahla..pening kepala memikirnya..kalau saya sorang kena extra 40%, 1000 orang kena berapa..satu hari berapa transaction orang guna Cimbclicks, system Cimb tak canggih ke sampai tak boleh kira 6%. Kalau 6% tak ada nilai, cuba kumpulkan 10 transaction mesti ada nilai 6% tu. Senang-senang je orang nak ambik duit kita, cuba kalau nak pulangkan punya la berkira….

Kat sini saya paling suka shopping, sebab boleh pulangkan barang dengan senang kalau tak suka. Contohnya saya terbeli perfume mahal sebab marah kan sale girl tak layan saya di John Lewis dengan mudah dan tak banyak soal kita boleh pulangkan dan diaorang pulangkan duit. Suami saya kata saya purposely shopping sebab nak pulangkan barang..hehehhe..tu pun satu retail therapy dear…Saya pernah pulangkan selipar Asadi kat supermarket kat Tangkak, rumit juga la process dia, ..dan sale girl yang buat kerja tu memang tak suka terima barang pulang…huhuhh bukan satu therapy tu…

 

.

 

 

London..London..London

Tajuk mesti gempak..

Selasa 2 minggu lepas saya ke London..kedengaran agak casual seperti minggu lepas saya pergi Jasin le gamaknya.. padahal sikit punya kecut apa nak jalan kat London..maklumlah saya tinggal jauh nun kat ceruk Scotland, tiba-tiba nak suruh pergi London kota Metropolitan dunia..London Paris New York..

Walaupun saya pernah ke London sepuluh tahun dulu..mana nak sama dengan nak pergi sekarang.. nasib baik ada kawan nak teman…bukan teman sesaja.. kami berdua ada urusan RESMI di London..passport dah nak abis..kena la renew..hehehe..sebab Jabatan Imigrisen Malaysia tak mau datang Scotland.. kena lah kami berdua terbang ke London..

berbulan-bulan juga buat plan, payah juga nak jadi..masa ada duit masa pulak tak sesuai, masa sesuai duit pulak tak berapa nak ada…last-last sebab passport dah nak expired kena jugalah labur duit pergi London…

IMG_1982

Kami naik Virgin Atlantic dari Aberdeen pukul 6.30 pagi dan balik dengan flight pukul 8.15 malam..all in all pengalaman yang menarik dan penuh masam manis….London panasss sebab tu ketiak masammmm…Flight bagus..ada serve makan lagi, breakfast pagi tu ada roti beacon panas atau cereal..tentu aja saya tak ambik dua-dua..maaf saya tak makan beacon dan tak makan cereal..huwaa huwaa..dapat teh panas pun dah suka dah..

Sampai London pukul 8.00 pagi..basuh muka lebih kurang kami terus cari tiket train, kami decide naik tube aja..sebab murah dah banyak masa lagi.. ada banyak jenis train boleh naik nak pergi Malaysian High Com tapi kalau dari Heathrow naik tube la paling senang terus je turun kat Hyde Park Corner, jalan 5 minit sampai…tak perlu tukar2 train Murah pun murah..

Sampai passport office kami terkejut sekejap..bukan sebab terkejut tengok orang Malaysia ramai sangat..terkejut sebab, MasyaAllah ramainya orang nak berurusan..sebab Isnin tu cuti Easter ..so ramai orang bertumpu hari Selasa tu untuk berurusan..berpeluh ketiak menunggu..London memang panas..4 jam menunggu giliran…tapi puas hatila..

Layanan cukup bagus, staff professional..cuma..office dia je buruk sangat, memang macam pejabat daerah mana entah..pejabat daerah Ledang pun cantik agaknya..tak boleh komen lebih-lebih kot..karang ada yang baca kena hantar balik pulak kang..tapi memang sayu hati la tengok..mungkin perkhidmatan Imigresen tak perlu menonjolkan imej Malaysia  negara maju kot..Tapi staff memang tip top..dalam pada orang ramai mereka memang ramah mesra dan professional..ni semua memang taraf kesabaran tinggi nih….buat passport dapat dalam masa sehari…British passport pun berbulan baru dapat..

Sementara tunggu passport siap dalam pukul 3 petang..kami sudah lapar..apa lagi cari makan la….lepas makan..alhamdulilah kenyang kami rasa nak merayap di Harrods, sebab High Comm. memang dekat dengan Harrods…

IMG_2039

Tapi Harrods tetap la Harrods..tak kan jadi Parkson or Billion la pulak..penuh dengan Mak Arab, dari yang berniqab, yang berjambul dan yang free hair terus…macam-macam ragam..kami ni yang bawak rucksack tak de siapa pun offer nak spray2 ke sapu-sapu lotion ke…hehehehe.. niat kami pun memang nak tengok-tengok aja..dapat la tengok-tenggok aja…

IMG_2041

Ingat nak beli beg Harrods, ke barang cop Harrods..tapi lepas timbang kati..rasa macam mahal..dan tak berbaloi..atau pun memang tak berduit…huwwwaaa…serius keluar tak beli apa..ingat nak beli ole-ole..tapi tak boleh

IMG_2045Tapi sebagai bukti kami dah sampai London kena juga la ambik gambar dengan beruang Harrods..tapi dia pun pakai Kilt…Scottish juga dia..heheheh

Selesai jamu mata kami balik semula ke High Comm..rasa alamak dekatnya…tadi tu sesat barat rupanya tu yang rasa jauh…Sampai bagi nombor di kaunter..kami decide solat dulu..lagi pun dah kenyit mata dengan adik kat kaunter tu..kami punya lambat sikit pun tak apa,,kami nak solat dulu…dapat basuh muka, lurus kaki..pergghhh rasa nak lena.

Masa pergi kaunter orang pun dah tak ramai, Alhamdulilah siap urusan..hati pun senang..terus je lah pergi Airport…naik balik tube, target orang mesti penuh sebab dan pukul 5 time orang balik kerja…tapi Alhamdulilah tak la penuh mana pun masih selesa. Sampai airport, tak payah check in sebab dah check in siap-siap kat Aberdeen pagi tadi, terus je masuk, pakai boarding pass dan verified retina mata…puas saya jegil, tal hijau-hijau juga signal tu..mesin suggest bukak scarf la..bukak spek la…try sekali lagi tanpa spek..baru la lampu turn hijau dan boleh masuk..kaedahnya mata saya ni sepet atau pun layu kot, sebab tengok member tu..relax aja dia lepas..

Kat check point nak masuk, saya memang dah ready bukak boot sebab boot ni memang selalu buat bunyi, di tapak boot memang ada besi, jadi sesiapa yang pakai boot or kasut yang rasmi sikit bukak la kalau nak lepas x-ray machine tu..kalau nak rasa kena raba free..tok sah la bukak..hehehehhe…

Melepak di airport punya la lama…tapi ok juga dapat cuci mata kat duty free..Balik flight lebih cepat dari pergi..tak pasti pulak kenapa, ikut jalan pintas kot, on air tak sampai sejam, tapi sempat la dapat teh panas and cookies…begitulah adik-adik cerita ringkats saya ke London..gah sangat la dengornya..tapi London MasyaAllah panas, dah lama saya tak berpeluh celah pelipat lutut..tapi tetap aja ada orang yang berjecket dan bercap bagai…

Kami jalan-jalan dengan Kakak Sofi

Haiiiii hati mengelitik-gelitik nak update blog…nak catat kat sini takut terlupa..nanti dah tak ada mood nak update sebab cerita dah basi..

So..kita mulakan dengan cerita minggu lepas…Minggu lepas Jumaat Sabtu Ahad kami ada tetamu dari Birm, anak menakan saya datang visit kami, dia ni anak my cousin, kakak tu is my eldest cousin yang anak dia yang eldest sebaya saya..ni yang datang ni anak bungsu dia yang no 9…memang tak terregister dalam memory saya ni..yang saya ingat pun sampai no 4 je….Kesian Sofiah…sori yea acik dah tuekkk..

Heheh..kakak Sofi (budak2 ni panggil) datang hari Jumaat petang…mari kita layan gambar-gambar kita bawak kakak Sofi jalan-jalan…

IMG_1992 Ni gambar kat Dunnottar Castle pagi Sabtu, tu ialah rupa Jiha sebelum dia jatuh dua kali atas lumpur dan jadi commot mmommot…

IMG_2032Haaaa ni pulak rupa dia yang dah comot dengan abang begpipe yang on the way nak pergi main bagpipe kat castle..kami terjah je ajak bergambor…dah biasa sangat dengan budak-budak ni kalau berjalan, waimah berjalan dekat-dekat pun kena bawak baju spare sebab kes-kes macam ni la..
IMG_1996Ni pulak lokasi lawatan seterusnya..Balmoral Castle..dekat aja dengan rumah, tapi tak pernah sampai pun, pernah pergi sekali last 2 years tapi tutup, castle ini tutup masa summer, sebeb ni istana summer Queen, dia memang datang summer kat sini..so bagi mereka-mereka yang seronok sangat bergambar kat Buckingham Palace masa summer..hehehe queen sebenar nya kat sini…hehehe..sebenarnya Queen pun selalunya kat Winsdor castle  bukan kat Buckingham pun…

 

IMG_1997Ni masa tunggu ride nak masuk castle..bale makanan kuda-kuda Queen…

IMG_2001Pameran rusa buruan keluarga diraja..dikawasan sekitar sini memang banyak deer, selalu je melintas kat jalan..memang dah biasa jumpa..Jiha dah selamat tukar baju..and pinjam jecket kakak Sofi…

IMG_2003Land Rover Defender Queen..perghhh kalau dapat satu nih best betul..tapi kat Malaysia serupa Land Rover Kementerian Kesihatan Je….

 

IMG_2004Ni pulak jalan nak menuju istana..yang tadi-tadi tu stable-stable kuda Queen je…

IMG_2009

Macam Castle dalam cerita-cerita Disney je, dengan menara-menara tinggi, ada pulak terselit Princess Jasmine…

IMG_2012Ni pulak wakil tuan rumah..hehehe, sekali sekala ambik gambar berdua kena shoot jauh..kalau dekat tak muat frame..huhuhahahaha…

IMG_2013Yang ni la Princess Sofi kita..lebih kurang macam Mak Cik Maz dia juga..it’s run in the family..bulat-bulat kami ni..dia ni Geologist buat Phd kat Birm…

IMG_2017Pandangan dari depan castle..cantik sangat..betul-betul macam fairy tale..dibuat masa tahun 1780an..sampai sekarang masih terjaga, kat luar nampak antik and rustik…kat dalam tentu klasik, warm and cosy..sebab Queen memang suka datang sini…udara bersih..tenang..pemandangan..memang tak boleh lawan….chewahhh..Scotland in my heart…….

IMG_2019Apa hel pulak Princess Jasmine ni…ni kes dah tak larat nak jalan…tapi duduk atas rumput pun best apa..tebal macam carpet..bukan rumput pun semua ni..macam ada small fern yang tumbuh kat layer bawah..layer atas baru rumput, tu yang sebab tebal….

IMG_2020Mak Cik dan anak buah bergabung..heheheh…Sofi ni baik hati melayan budak-budak ni…

IMG_2023

Ali suka la..sampai dia terpanggil Kakak Sofa. YA Allah Ali…gie baca doa sana….Cuaca tak sejuk tak panas…sedang-sedang saja..

IMG_2027Ni dalam green house istana…bunga-bunga yang belum boleh keluar..sebab masih sejuk

IMG_2028Ni pokok sebiji macam keembong..kalau tanya Jiha langsung tak kenal pokok keembong…

IMG_2031Yang ni pulak yang macam inspektor perhutanan ialah anak sedara Queen sebelah Hindia Timur…. 
IMG_2033Seperti biasa..kalau langkah masuk Stoneheven je..kena pau aiskrim..Aunty Betty yang sedap tu..walau suhu 4c aiskrim Aunty Betty juga jadi igauan…..

Sekian la sahaja cerita tetamu kami kali ini, Ahad kami bawak jalan town, malamnya dia balik naik plane…Sekarang ni tak sabar nak tunggu tetamu seterusnya….tak sabarnyaaaaa….