Errrrmmmmmhammmmpassss…

Sebuah fenomena yang menggangu fikiran saya.

Tidak la fenomena sangat pun macam El Nino ke, bulan terbit siang ka..cuma cerita bila orang-orang tua dan setengah tua berkumpul. Sekarang kan senang sangat nak berkumpul, tak dapat berkumpul secara fizikal kita boleh berkumpul secara maya. Watsapp, Telegram, hangout macam-macam medan tersedia untuk kita berkumpul.. Mudah aja, bukan kena pergi Medan Indonesia…

Group murid-murid tua memang suka buat renunion sekarang ni dan diikuti dengan group watsapp. Bagus la dapat menjalinkan silaturahim, bertanya kabar dan yang penting melebarkan network. Penting network ni, mana tau ada peluang nak bisnes ka..tapi yang saya tak berapa nak suka tu bila peluang terbuka ni digunakan untuk reconnect network emosi yang dah lama terputus…

Wah..apa pulak tu network emosi…yealah zaman remaja..rambut afro seluar sempit kan ramai peminat..masa dah berhubung semula ni la pula baru nak cerita, dulu saya secret recipe kat awak…dulu saya pen merah pen biru kat you…cewah..cewah…bukan main lagi. Cerita kisah-kisah lama romantika daun pisang, padahal si isteri atau suami ada je disebelah. Apa dah tak ingat ke yang semua pun dah mak-mak orang dan bapak-bapak orang. Atau isteri or suami kat sebelah pun 2×5 jugak dok melayan group kisah muda dia..huwaaaahuwaaa……

Entahla, saya tak berapa berkenan dengan aktiviti masa lapang yang macam ni, satu  dia akan menimbulkan perasaan suka, tak pun simpati terhadap teman lama tu, walau kita kata suka-suka, namun cerita hati kan hanya Allah yang tahu. Apa perasaan kita kalau disapa dek pujaan hati kita zaman dulu-dulu..”hai dah malam-malam ni tak tido lagi ke…” sekurang-kurang kita mesti terasa, errmmm dah malam-malam ni dia dok ingat kat saya lagi yea…tak pun “kesian tengok you, kurus sangat sekarang”..ermmm prihatin nya dia isteri sendiri pun tak pernah tegur macam tu.. contohnya…yea kawan-kawan contohnya..realitynya macamana la si isteri nak perasaan, setiap kali masak tengok belasah elok aja..tang mana pulak yang datang kurus nih… contoh…

Dua, kadang kita tak perasaan aktiviti macam ni boleh menguris perasaan pasangan kita..ada masa awak nak watsapp dengan orang yeak, sedangkan kadang nak sembang pun sambil tertido. Lebih-lebih lagi bila mengimbau kenangan lama zaman pergi sekolah naik basikal kulihat rambutmu panjang mengurai…Allah…. tak kuasa iiiiii…Apa perasaan pasangan kita agaknya bila baca message-massage macam tu, memang tak ada benda fizikal yang kita buat, tapi persepsi dan interpertasi orang kan lain-lain..pada kita sebenarnya kita nak cakap..”rambut awak dulu tu macam hantu mengurai-ngurai”, pada teman lama tu persepsi dia “..ehhh si dia masih ingat lagi pada rambut ku yang ikal mayang…dulu dia minat kat saya jugak ke? “..pada pasangan sekarang…interpertasi dia “Allah..rambut sekarang dah beruban dah macamana nak bagi ikal mayang nih”…kannnnn sedikit sebanyak boleh membuatkan pasangan kita berfikir yang bukan-bukan..

Ketiga, atau biasanya kita buat aktiviti nih dengan sadar bahawa pasangan masing-masing akan terganggu atau akan terasa dengan aktiviti macam ni tapi kita tak perihatin..contohnya..kita tanya “ni massage malam-malam ni mem you tak marah ke?” …ehemmm…soalan yang kita tau jawapanya, boleh pulak ada yang menjawab “Isteri I baik…dia tak makan orang” memang la pasangan sidia tu tak makan orang, tak akan baling-baling periuk belanga bagai. Paling koman pun, mesti si suami atau si isteri akan terperasaan “Ehhhh kenapa pulak orang tua ni balas massage sambil tersengih-sengih nih”.tidak pun akan terganggu dengan bunyi notification massage masuk..kelentang kelenting setiap malam…hehehe..lagi mau tanya..Normal rasanya kalau pasangan kita rasa marah dan terganggu, kalau tak terusik walau seklumit pun..ermmmm tu tandanya cemburu dah pudar..kalau dah tak cemburu tandanya dah tak ada sparkle-sparkle dah dalam hati…

Apa sebenarnya yang kita dapat dengan aktiviti macam ni? suka-suka?…bukan tak ada kisah teladan buat sempadan yang selalu kita baca, lihat dan dengar. Cuba bayangkan jika pasangan kita massage kat orang yang kita tak kenal “hujan-hujan ni sedap kalau dapat layan you buat kerja sambil minum kopi…”. Perggghhh contoh..contoh….jangan marah..contoh…Kesimpulanya, kita kan boleh berfikir dan mengawal perbuatan baik dan buruk, memang tak ada yang nampak salah, tapi syaitan kan sentiasa mengoda kita…

Hayo..hayo..hayo…tak tayo..Menatang apa tak tayo ni ek?

Little town call Alva

Ni cerita cuti Easter yang lepas..anak-anak cuti sekolah, kesian juga nanti terperap je kat rumah tak ke mana-mana, kita pergi trip yang mampu je la ye anak-anak..lepas bincang, tolak campur bahagi darap..kami decided untuk bercuti ke Stirling..hahahah Stirling je…orang pergi cuti ke Paris, Amsterdam, awak pergi Stirling je..jadi le dari tak kemana..ikut kemampuan la kan.

En Suami yang uruskan semua percutian ni..dari book penginapan dan itinerary…kali ini En Suami pilih untuk tinggal di apartment 2 bilik di perkampungan terpencil bernama Alva atau dalam bahasa Scottish Gaelic: Allamhagh Beag, yang bermaksud little plain of the rock

Ni la rupa apartment atas kedai yang En Suami dah sewa…  Hiasan dinding yang memang sangat cantik, dari pilihan gambar dekorasi, langsir dan sofa memang very the Scottish…

DSCN3259

DSCN3612 Apartement ni lengkap semuanya dengan dapur, ruang tamu, wifi, Xbox, segala white goods, dan yang paling best ialah nih

DSCN3260

Ada ruang untuk saya berkerja, cuti cuti jugak, kerja kerja jugak…malam-malam sempat juga buka laptop buat kerja.

DSCN3316

Tujuan utama percutian kali ni ialah nak pergi Drummond Safari Park. Lama dah diaorang ni tak tengok haiwan, asyik dok mengintai kucing Uncle Paul rumah sebelah, tak pun cuba tangkap Si AlRoy kucing Uncle Taib jiran rumah depan….hah tengok puas-puas ye anak-anak gajah, zirafah, kuda, chimpenzi dan sahabat-sahabat mereka…DSCN3317

Kakak suka zirafah sebab kaki dia kurus…hehehe..kita keturunan kaki bulat nak..susah sikit la nak dapat kaki kurus macam zirafah tu…

DSCN3330 Macam-macam la boleh buat kat safari park ni, contohnya ambil silly photo macam nih.DSCN3376

Tengok gajah yang tengah diet, makan kulit kayu je

DSCN3441

Tengok chimpazi yang konfom tak gosok gigi..sekali seringai..kunin…

DSCN3465

Naik paddle boat keliling tasik, Ali punya la heran macamana boat ni boleh bergerak, dia siap bangun duduk bangun duduk nak tengok how its works.. ibu yang seriau tengok dari jetty..

.DSCN3491

Tak pun tengok saudara lion kita yang pakai minyak zam zam kut kat rambut dia…punya la lebat sampai ke bulu dada.

DSCN3544  

Anak-anak suka part haiwan yang boleh kita belai-belai, “balik Malaysia Jiha nak 2 kuda perempuan lelaki…2 putih rabbit perempuan lelaki…bla..bla…” berangan la Nak oiii 

DSCN3498

Piknik kat taman sambil makan KFC beli kat Glasgow semalam, punya la..beli sampai dua barrel, tahan 4 hari..orang lain makan snack, sandwich je..kami siap keluar nasik bagai…”typical Malay” hehehehe.

..DSCN3511  Sarah teringin sangat nak naik ride ni….senyum memanjang dapat  bawak kereta, walau pun cuma boom boom car…

DSCN3624

Banyak lagi aktiviti kami selama empat hari tiga malam tinggal kat Alva ni..Dah Alva ni terkenal dengan track untuk hiking bukit, kami pun buat jugak..walaupun baju dan kasut tak berapa sesuai..belasah..

DSCN3626

Typical Scottish rural area..mesti ada sheep..embekkk..embekk,,berkeliaran .DSCN3627

Cantik betul, macam kebun getah baru racun rumput….bersih je..

DSCN3628

Ada anak sungai pulak mengalir…

DSCN3630

Sarah yang semangat jalan sebab nak kaki kecik macam zirafah..

DSCN3631

Pemandangan pekan Alva dari lereng bukit

DSCN3636

Berhenti kejap mintak nyawa….

Selain dari aktiviti diatas, kami juga melawat Stirling Castle yang famous tu, Wallace tower dan lawatan ilmiah ke Stirling University…hehehe..uni SV saya..kena la pi jenguk sat…

DSCN3599

Selebihnya kami habiskan masa melepak dalam apartement, kelebet punya kelebet jumpa majalah lama nih…hehehe seronok pulak baca..

Tahniah en Suami sebab berjaya menganjurkan rombongan cik kiah ke Stirling nih..lepas ni kisah jalan berjalan kita serah kat en Suami je lah….