Little town call Alva

Ni cerita cuti Easter yang lepas..anak-anak cuti sekolah, kesian juga nanti terperap je kat rumah tak ke mana-mana, kita pergi trip yang mampu je la ye anak-anak..lepas bincang, tolak campur bahagi darap..kami decided untuk bercuti ke Stirling..hahahah Stirling je…orang pergi cuti ke Paris, Amsterdam, awak pergi Stirling je..jadi le dari tak kemana..ikut kemampuan la kan.

En Suami yang uruskan semua percutian ni..dari book penginapan dan itinerary…kali ini En Suami pilih untuk tinggal di apartment 2 bilik di perkampungan terpencil bernama Alva atau dalam bahasa Scottish Gaelic: Allamhagh Beag, yang bermaksud little plain of the rock

Ni la rupa apartment atas kedai yang En Suami dah sewa…  Hiasan dinding yang memang sangat cantik, dari pilihan gambar dekorasi, langsir dan sofa memang very the Scottish…

DSCN3259

DSCN3612 Apartement ni lengkap semuanya dengan dapur, ruang tamu, wifi, Xbox, segala white goods, dan yang paling best ialah nih

DSCN3260

Ada ruang untuk saya berkerja, cuti cuti jugak, kerja kerja jugak…malam-malam sempat juga buka laptop buat kerja.

DSCN3316

Tujuan utama percutian kali ni ialah nak pergi Drummond Safari Park. Lama dah diaorang ni tak tengok haiwan, asyik dok mengintai kucing Uncle Paul rumah sebelah, tak pun cuba tangkap Si AlRoy kucing Uncle Taib jiran rumah depan….hah tengok puas-puas ye anak-anak gajah, zirafah, kuda, chimpenzi dan sahabat-sahabat mereka…DSCN3317

Kakak suka zirafah sebab kaki dia kurus…hehehe..kita keturunan kaki bulat nak..susah sikit la nak dapat kaki kurus macam zirafah tu…

DSCN3330 Macam-macam la boleh buat kat safari park ni, contohnya ambil silly photo macam nih.DSCN3376

Tengok gajah yang tengah diet, makan kulit kayu je

DSCN3441

Tengok chimpazi yang konfom tak gosok gigi..sekali seringai..kunin…

DSCN3465

Naik paddle boat keliling tasik, Ali punya la heran macamana boat ni boleh bergerak, dia siap bangun duduk bangun duduk nak tengok how its works.. ibu yang seriau tengok dari jetty..

.DSCN3491

Tak pun tengok saudara lion kita yang pakai minyak zam zam kut kat rambut dia…punya la lebat sampai ke bulu dada.

DSCN3544  

Anak-anak suka part haiwan yang boleh kita belai-belai, “balik Malaysia Jiha nak 2 kuda perempuan lelaki…2 putih rabbit perempuan lelaki…bla..bla…” berangan la Nak oiii 

DSCN3498

Piknik kat taman sambil makan KFC beli kat Glasgow semalam, punya la..beli sampai dua barrel, tahan 4 hari..orang lain makan snack, sandwich je..kami siap keluar nasik bagai…”typical Malay” hehehehe.

..DSCN3511  Sarah teringin sangat nak naik ride ni….senyum memanjang dapat  bawak kereta, walau pun cuma boom boom car…

DSCN3624

Banyak lagi aktiviti kami selama empat hari tiga malam tinggal kat Alva ni..Dah Alva ni terkenal dengan track untuk hiking bukit, kami pun buat jugak..walaupun baju dan kasut tak berapa sesuai..belasah..

DSCN3626

Typical Scottish rural area..mesti ada sheep..embekkk..embekk,,berkeliaran .DSCN3627

Cantik betul, macam kebun getah baru racun rumput….bersih je..

DSCN3628

Ada anak sungai pulak mengalir…

DSCN3630

Sarah yang semangat jalan sebab nak kaki kecik macam zirafah..

DSCN3631

Pemandangan pekan Alva dari lereng bukit

DSCN3636

Berhenti kejap mintak nyawa….

Selain dari aktiviti diatas, kami juga melawat Stirling Castle yang famous tu, Wallace tower dan lawatan ilmiah ke Stirling University…hehehe..uni SV saya..kena la pi jenguk sat…

DSCN3599

Selebihnya kami habiskan masa melepak dalam apartement, kelebet punya kelebet jumpa majalah lama nih…hehehe seronok pulak baca..

Tahniah en Suami sebab berjaya menganjurkan rombongan cik kiah ke Stirling nih..lepas ni kisah jalan berjalan kita serah kat en Suami je lah….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s