Alhamdulilah 7 Ramadhan

IMG_1895

Biasakan kita dengar orang cerita pasal “Janji Allah tak Pernah Salah”. Allah..Allah..Allah. Biasakan kita dengar orang derma duit, mungkin duit dia yang terakhir, tiba-tiba Allah balas dengan duit yang tah datang dari mana..macam magic..macam tak percaya…banyak cerita viral di Facebook tentang kawan ni nak derma kat orang lepas tu ada je orang lain tolong dia masa dia susah…biasa baca, biasa dengar…hari ni mari saya kongsi cerita saya sendiri…

Dah masuk 4 bulan tab Sarah hilang, nak buat lagi derita handphone dia rosak, maka bergaduh la siang malam berebut tab, berebut laptop berebut TV. Seluruh rumah serta isi-isinya dah dikerah mencari, bilik Sarah, bilik Jiha, bilik Ibu semua dah digeledah.. jangankan kelibat tab..wayar pun tak nampak…

Musykil.. bak kata Atuk Grey@Appa bila tengok oven kat rumah ni pecah..memang Musykil kata Amin, En handyman yang selalu Atuk Grey@ Apppa suruh betulkan barang-barang rosak kat rumah nih. Amin ni orang Bangladesh, lama dia duduk Malaysia, dekat Kelang. Pandailah cakap Melayu…”Masak apa kak..” selalu dia tegur saya kalau datang rumah nih.. memang musykil..mana ghaibnya tab Samsung kakak nih. Kakak selalu kata dalam hati dia tahu tab dia masih dalam rumah..cuma tak jumpa-jumpa je lagi…….

Bulan-bulan puasa nih biasanya kawan-kawan saya exMRSM Muo selalunya buat collection untuk dermakan pada anak-anak kawan-kawan batch kami yang dah pergi dulu meninggalkan kami. Anak-anak yatim dari saudara-saudara kami..Malam tadi Ita Puan Kastam kawan saya dah maklumkan dekat group kami untuk pungutan tahun ini….

Petang ni saya teringat nak transfer sikit duit pada Ita Puan Kastam, lepas tu nak bayar duit piano Jiha, sambil tengok-tengok baki duit..kot-kot bertambah..ehhh Alhamdulilah Gaji dah masuk. Awal pulak kali nih..awal marah lambat marah apa la punya orang. Saya transfer duit dari acct Malaysia dan hantar telegram kat Ita Puan Kastam kata dah bankin, bukak acct UK nak bayar duit piano Jiha, ehh mana pulak suratnya nih, nak cari no referral..

Saya kombah document box depan mata saya, memang betul-betul depan mata saya, hari-hari pun saya hadap bila buat kerja, MasyaAllah..instead of surat piano Jiha, saya jumpa tab kakak..MasyaAllah..tak sampai pun sepuluh minit pun dari masa saya transfer duit ke Malaysia, entah-entah duit tu pun belum sampai acct Ita Puan Kastam, sebab berlainan bank..Allah dah balas dah…Duit tu belum sampai pun pada anak-anak yatim, anak kawan-kawan kami yang dah pergi dulu sebelum kami..Allah dah balas dah..MasyaAllah tiada daya kami tanpa Mu ya Allah. Depan mata, hari-hari mengadap, tebalik kan tilam, kemas almari..kalau Allah kata tak jumpa tak akan jumpa juga. The minute kita nak beramal baru niat, belum jadi pun amalnya..Allah dah balas dah…

Alhamdulilah…7 ramadhan…

Salam Ramadhan 1436

DSCN3863

Salam la sangat, dah masuk 6 hari puasa baru nak bagi salam….

Herrrmmmm.. apa yang menarik nak cerita Ramadhan kami kali ini, memang teruja juga nak berpuasa di musim panas. Sebab terbayangkan malam yang singkat, kalau iman tebal memang tiap-tiap malam dapat buat Qiamulail. Tiap malam dapat bertadarus dan bertahajjud. Ermmm iman mungkin tebal tapi perut lagi tebal…

Apa taknya perut dah kasi isi penuh masa berbuka, sejam-dua jam nak sahur pun nak kasi lelap…errr Buka pukul sepuluh, Maghrib nak tunggu isyak pukul 11 mata dah layu, penangan tom yam, murtabak dan telur mayonis. Rasa nak berperang menunggu isyak..berperang dengan mata. Lepas je Isyak tarikkkk selimut dengan harapan dapat tidur selelap dua…hehehe itulah senario puasa kami..sementara nak menunggu sahur dalam pukul 1.30 pagi pun boleh terbabas..hahaha sedar-sedar dah pukul 2 pagi, dah nak masuk subuh dah…selamat la menegok air masak je la buat bekalan puasa 20 jam esok.

Tapi Alhamdulilah puasa 20 jam tak juga menjadikan kami kurus kering, mahupun melepek lepek…aktiviti tetap macam biasa, encik suami tetap juga dengan kerja beratnya, saya tetap juga dengan kepala beratnya writting, anak-anak pun macam biasa pergi sekolah..kecuali Sarah. Tapi Ali puasa setengah hari la..kadang pukul 4 dia buka, kadang pukul 5, tunggu dia cuti summer lah nanti nak suruh dia bersahur dan berpuasa.

Azam setiap tahun memanglah nak bagi iman tebal dan perut nipis. Konon la nak masak simple je, menang nasi putih dengan lauk biasa je pun dan  satu jenis kuih. Tapi sebab makanan semua masuk sekali harung kot, jadi perut tetap juga tebal. Agaknya kena makan sikit-sikit, buka makan tamar je dengan minum air, lepas tu dalam lepas isyak dan terawih makan nasik, nanti bila sahur makan tamar lagi dan minum hot chocolate. Errrrmmm macam tu la kot kalau nak berjaya berjaga malam sepanjang Ramadhan ni..Banyak sebenarnya manfaatnya berjaga malam ni, terutama di malam-malam terakhir Ramadhan..

Hek eleh..dah 6 hari puasa baru nak amalkan…encikkkk jangan marah…besok kut baru saya nak mula berpuasa…hehehe..cuti bulanan datang awal…

Selamat berpuasa dan beramal you guysss…

Sekolah An Noor Aberdeen

Minggu sebelum puasa ni menandakan berakhirnya sesi persekolahan Sekolah An Noor, sekolah agama yang dihadiri Ali dan Jiha. Atau budak-budak ni panggil Mosque School sebab sekolah ni di adakan di masjid. Sekolah seminggu dua kali setiap Sabtu dan Ahad dari jam 10.30 hingga 12.45. Macam kata pengetua sekolah masa ucapannya..tahniah buat para murid yang menghadiri sekolah “It is no easy to go to school 7 days a week”..macam tu jugalah dengan ibu bapa murid. Susah juga nak berjalan dengan jadual anak-anak yang macam tu..tapi insyaallah setakat ni alhamdililah, kami berjaya susun jadual sekitar kelas mereka, contohnya lepas hantar sekolah hari Sabtu, kami buat grocery shopping, pergi kedai oriental dan halal yang berdekatan dengan masjid..kalau orang nak jemput makan-makan pun semua dah reserved..kami akan datang lepas ambik anak sekolah…

Sebelum ni ramai anak orang Malaysia kat sekolah ni..ramai yang dah balik Malaysia..sampai satu masa tu tinggal cuma Jiha dangan Ali je..then baru-baru nih ada dua beradik lagi Malaysian joint the school. Dulu susah nak masuk sekolah ni. Kami quite lucky Jiha dapat terus masuk and Ali pulak kena tunggu setahun. Tapi lepas dinaikkan yuran sekali ganda banyak pulak tempat kosong.. Kami yang student ni memang tak berapa mampu, tapi fikir-fikir ada kawan cakap..”Hati pemuda dan pemudi Islam mestilah cintakan masjid” jadi biar mereka tak kekok di masjid, kenalah datang selalu ke masjid. Lagi pun mak dan ayahnya kalau mengajar kan selalu tak konsistan. Biarlah anak-anak belajar dari yang expert dari sekolah yang systemnya teratur.

DSCN4092

Jiha kata kelas dia kena pakai hitam, so ibu siapla mengalter abaya yang Hebah si Arab tu bagi raya lepas untuk jiha pakai…hemmm memang padan macam mak arab.DSCN4093

Ali pulak kata nak pakai baju raya dia tahun lepas which is jubah juga aunty hebah si Arab yang bagi. Walau dah senteng tetap juga nak dipakainya..apa-apa la anak asal bahagia..DSCN4095

Ali tak dapat apa-apa awards, tapi seronok tengok dia menyanyi lagu “I am A Muslim”..dah seminggu dia praktis..Alhamdulilah..alhamdulilah..alhamdulilah.Tahun depan naik kelas 3 Islamic Studies dan Iqra’3 untuk Quranic Class.

DSCN4097

Jiha pulak dapat first position untuk Islamic Studies. Untuk Qurnaic studies kena komen banyak…ermmmmm…kena apply more strategies nak kasi munirah nih  rajin baca quraan

DSCN4099

Dalam kelas yang cuma ada 5 orang. Makin tinggi kelas makin kecik saiz kelasnya, sebab bila dah besar-besar biasanya budak-budak dah malas nak pergi sekolah agama. Untuk Grade 10, grade yanag paling tinggi cuma ada 3 orang je studentnya, tu pun dua orang adik beradik anak pengetua.DSCN4105

Haaaa ni lah pengetua sekolah An Noor ni, orang melayu, masa dia tutup majlis dengan reflection, siap bagi pantun lagi. Hehehe Jiha kata “I only understand the part of binatang ganas je ibu”..hehehe..tu awak yang melayu Nak..yang audience lain ternganga-nganga la gamaknya. Tapi bagus jugala nak promote bahasa melayu kita..ada pantun..macam kita dengar syair Arablah..bunyi sedap ..tapi haram sepatah pun tak paham…

DSCN4118

Last but not least dengan teacher jiha tahun ni, baik sangatla cikgu nih, dia suka sangat la kat Jiha. Kalau ambik report banyak betul dipujinya..Alhamdulilah..Teacher Ali dah pindah sebelum majlis ni lagi..last jumpa masa rehearsal sebelum tuh. Ni teacher Widad nama dia, saya suka juga cara dia mengajar, dia banyak buat aktiviti menarik dan selitkan banyak cerita untuk budak-budak nak meningkat remaja nih…cerita yang kadang-kadang ibu pun tak reti nak cerita…cerita tentang perbezaan mazhab, cerita tentang respect for other people…contohnya kalau Sarah kata..apalah kawan dia Islam tapi tak bertudung.. Jiha selau cakap..”don’t criticise orang tu..she trying to become a better muslim”.

Tapi tula..mungkin ini ialah sesi terakhir Jiha dan Ali di sekolah Al Noor Aberdeen, sebab lepas ni kalau sekolah pun mungkin satu term aja..the school and teachers had installed a good foundation of Islam in my children based on a broad Islamic view by understanding wide perspective of Islam and to respect its differences. Jazakumullah khairan katiran…

Setahun berlalu..

Hari ini genap setahun pemergian Ibu tercinta..Al Fatihah buat Bundaku Hajah Selamah Seais…Walau sudah setahun Bunda pergi, namun setiap kali terkenang, air mata memang tak dapat dihalang. Rindunya pada Bunda hanya Allah yang tahu…

Saya cakap pada en Suami, sebenarnya saya masih mengharapkan bila balik nanti ada Bunda menanti di depan pintu, macam selalu. Saya tahu itu mustahil, cuma mungkin saya tidak melihat sendiri jenazah serta tanah kubur Bunda sehingga saya rasa macam tu, dan saya belum pernah balik Malaysia sejak Bunda tiada, jadi gambaran dalam kepala hanyalah suasana rumah waktu Bunda masih hidup. Kata en Suami, saya tabah, dan itu cabaran buat saya. Dia katanya puas sebab dapat meletakkan ibunya diliang lahat dan membuka lilitan kain kafan, sehingga dia sangat sedar yang ibu nya sudah pergi…

Awal bulan Mei kami ada tetamu istimewa….

DSCN3912

Mak Itam dan Pak Itam Sarah Jiha dan Ali datang berkunjung. Mereka tour Europe dulu sebelum singgah di Aberdeen selama seminggu. Seronok la budak-budak juga mak dan bapak budak.

DSCN3918 Mula-mula sekali mestila kena bawak ronda-ronda pekan Aberdeen yang sejam pun dah habis pusing. Tengok la Union Street dan Union Square. Siap boleh repeat tu besoknya..DSCN3922

Lepas tu wajib la bawak pergi Dunnottar Castle, kalau datang Aberdeen tak pergi Dunnottar Castle memang tak sah. kami sampai dah agak petang. Macam biasalah Aberdeen, cuaca nampak cerah tapi angin sejukkkkk. DSCN3924 Sampai mengigil-gigil lah isi perut kena hembusan bayu laut utara

DSCN3946 Tapi gagah jugalah Pak Itam menahan sejuk. Kami bawak juga tengok Dolphin Aberdeen. Maklumlah musim bunga dangan musim panas ialah musim dolphin main di gigi air Aberdeen. Ada la tiga beradik dok melompat-lompat main di muara sungai Dee. DSCN3960

Tu betul ke dolphin tu..errrmmmmmDSCN3985Dasar tourist mesti nak selfie, Ni depan King College Aberdeen University. Rancangan awalnya kami nak bawak mereka ke Manchester, nak buat tiga rukun Manchester. Tapi tak kesampaian la pulak. Masalah sewa kereta di Enterprise..heeehihhh malas nak cerita masalahnya buat naik darah je. Nasib baik dapat alternativenya. Tapi kami sampai Glasgow je. Tak pe la Scotland ni cantik, tak payah turun bawah tu pun tak apa. Lagi pun mereka dah puas tour Europe, sekali sekala kita tour Scotland la pulak. Pergi Glasgow apa la yang sesuai nak bawak..takut terkejar2 dan masa pun terhad, kami bawak pusing-pusing dalam town je la. Tengok University of Glasgow.

DSCN3992

Pergi museum, hehehe…tapi ok juga sebab dua orang ni suka pergi museum. Ilmu dapat duit tak habis. Dalam museum ni macam -macam ada, masuk free pulak tu..Jiha kata ibu..”you sooo cheapskate”….. betul apa…macam-macam ada..

DSCN4046 DSCN4054

Ali dengan Mak Itam  tengok pameran expression

DSCN4056

Ada lukisan Van Gogh dan Monet ..kalau yang suka tengok lukisan tu memang haven la art collection dia, mana lagi nak tengok lukisan Van Gogh dan Monet dari dekat, mungkin ni bukan lukisan dia yang paling terkenal, tapi bila tengok sentuhan cat dan permainan warna dia memang nampak hidup.

Malam seterusnya kami tidur di Perth. Kami bawak jugak mereka pergi carboot terbesar di Scotland dekat Errol. Pak Itam memang kaki pancing dan outdoor, habis semua baju hujan nelayan North Sea nak dibelinya. Senang nak buat memancing di Tioman katanya…tak pun boleh guna nak check pemancar radio di Gunung Berincang…hehehe

Sekejap je rasanya seminggu Mak Itam dan Pak Itam datang…kerja lain kami sementara mereka di rumah ni…dah tentu la makan..makan .makan. Tapi best sangat la Pak Itam bawakkan kami Sambal Hitam Pahang, huhhuh.. makan dangan nasik panas..mashyaAllah..juling biji mata..

Terima kasih Mak Itam dan Pak Itam sebab sudi melawat kami. Bawakan makanan Malaysia, angkut la kotak makanan tu keliling Europe… terima kasih sebab masakan kami lauk sedap-sedap. Ikan Salmon, Sea bass, trout, mackerel semua pak itam nak rasa. Cuma tak ada rezeki ketam dan lobster laut utara je, belum musim. Terima kasih sebab kongsi cerita, cerita Bunda, macamana Bunda pergi di bahu Mak Itam, kita nangis sama-sama di meja makan hari tu..Terima kasih…sebab buat saya sedar..tak akan ada lagi wajah tua kesayangan saya yang akan menunggu kepulangan kami sekeluarga..,titik.

DSCN3939

Anak-anak Hajah Selamah, saya lagi muda yea…