Sekadar..raya vol 2

Cerita raya sampai ada vol 2 hebat..hebat..bukan apa saya merasa tak puas beraya, bukan sebab tak beraya, cuma beraya kali nih sungguh tak ada feel..jadi macam ada hutang yang tak terlunaskan..ada yang termengkal di hati..tapi sayangnya saya sendiri pun tak tahu apa…

Mana taknya petang-petang nak raya dema dikampung pakat letak gambar rambutan melayut-layut..Allah saya ni memang kalah dengan rambutan, kalau ada sebakul..sebakul la habis, kalau balik kampung dah malam pun saya sanggup keluar kait, tula dulu masa Bunda masih ada dia memang sengaja tinggalkan buah rambutan untuk saya, tak pun kopekkan dan simpan dalam peti ais..

IMG_2729Mungkin juga terbuku sebab kes baju Jiha… kedai jahit Manisah pun tak boleh tolong kes-kes tak boleh zip nih….hahahha

IMG_2746

Tapi diaorang bertiga apa kisah, raya tetap aja meriah, walau baju warna pelangi, kanak-kanak ni riang gembira Raibena je..ermmmm..Tesco UK dah nak stop jual Raibena yea..sebab katanya Raibena ialah penyumbang kepada obesiti kanak-kanak….yea lah tuh…

IMG_2762

Tapi ni tak menyumbang kepada obesiti kan, tak berlemak..Nasi kerabu di raya ketiga, sebab nak menjamu tetamu istimewa datang bertandang, last-lastnya tetamu datang jam 9 malam, dari lunch terus jadi dinner, tu pun mereka dah penuh perut tapi tetap juga menjamah sebab ada solok lada…tu yang nampak kat hujung tuh…

IMG_2789

Sebelum tu jangan dilupa pada raya kedua siling rumah bobos akibat hujan lebat diraya pertama, yang terjeblos ialah sarang burung seagull..hehe..untung kat sini tak banyak ular, kalau tak ular sekali jeblos masuk.. Hari ni orang dari insurance company datang nak assess damage, tapi dia kata dia tak cover jeblos macam ni, dia cuma cover atap bocor, tapi dia tengok atap okey tak ada yang bocor…alamatnya kena tunggu Appa balik dari Sarjah la baru boleh settle bilik nih..dok berhimpunlah tiga beradik tu kat bilik kakak Sarah..ermmmmm…acik tak agaknya kalau saya nak mintak kurangkan sewa sebab terganggu keselesaan nih…

IMG_2792

Antara tetamu yang mari rumah kami, ada Thor, Spiderman, Iron man dan yang tak kelihatan dibelakang tu Bat Man.

IMG_2833

Gambar pelangi bocor di beach Aberdeen pada tenghari sebelum raya..pelangi lengkap tapi seperti jatuh bocor dari kepulan awan, sebab dia tak membentuk semi bulatanmacam biasanya pelangi, macam cat warna tertumpah ke tengan lautan pun ada…errrrmmm tak menangkap saya yang tu satu pertanda yang siling kami akan bocor dan melimpahkan sarang burung..nampak kaitanya tak?? nampak???

IMG_2840

Last but not least kami tak tau nak pergi bercuti kemana-mana, sebab siling bocor, sebab poket dah bocor, kami daftar jadi buruh kasar petik strawberry je kat Charlston Farm..tengah perit mentari kami memetik strawberry dapat la dua bakul..ehhh bukan tuan ladang nak bayar hasil penat kami, malah kami yang kena bayar..hehehetapi tak best sebab buah lain semua tak masak lagi sebab cuaca yang tak panas-panas…tapi puas lah makan strawberry sampai sendawa pun bau strawberry.IMG_2859

.Ni pulak gambar biskut semprit sempena raya saya yang laku, dua kali buat pun habis, masalahnya bukan jamu kat tetamu, jamu kat rumah ni je pun..tapi tak apa sebab en Ayah kata bagusss la anak-anak makan habis…tandanya sedap la tuh….IMG_2744

Ni pulak gambar Ali having his first sleepover dengan dia punya best pal Darwisy, sebab Darwisy ni dah nak balik bulan September ni, saya bagilah sleepover, biasanya saya payah nak bagi anak-anak tidur rumah orang… IMG_2874

Tapi sebenarnya hati saya masih terbuku sebab saya masih lagi belum sempat beraya ke sini, …mungkin ini punca kemengkalan dalam hati saya sampai hari ini….

IMG_2865

Al Fatihah buat Bunda…

Raya Kami

Setelah lebih seminggu beraya, baru nak upload post raya..gambar raya nantila kalau ada masa nak download dari camera dan phone yearrkkk…

Alhamdulilah kami beraya hari Jumaat sama seperti keluarga di Malaysia. Beberapa tempat di UK beraya hari Sabtu. Pagi raya kali ini hujan lebat dan saya pun tengah period lebat..hahahaah..kena awal Ramadan dan hujung Ramadan…

Seperti biasa kami tiada gambar raya, dan seperti biasa kami bersembahyang raya di Beach, tapi kali ini ni Beach Sport Arena. Kali ini saya rasa sembahyang raya lebih organise dan tenteram, kurang sikit suara budak-budak nangis terjerit-jerit, mungkin sebab ruang yang lebih luas dan goodies bag telah diberikan terlebih dulu sebelum solat, jadik budak-budak ralit makan dan main dengan mainan. Kami juga diberikan pelastik untuk menyimpan kasut, jadi suasana nak keluar dari hall dan berebut nak ambik kasut sudah tak menjadi masalah.

Seperti biasa kalau tak ada cerita, bukan raya namanya bagi keluarga kami, kali ni cerita baju raya Jiha. Masa Mak Itam dia datang tempohari, mereka ada bawak kan baju raya sepasang untuk Sarah dan Jiha, masa proses acu cuba try saya tiada di rumah, bila balik saya tanya Jiha ok ke ? muat ke?..jawapannya muat..OK…Pagi Ramadan terakhir saya berjalan ke TKMaxx, terbayang nak belikan baju raya untuk Sarah Jiha dan Ali, sebagai hadiah meraikkan mereka berjaya mengharungi Ramadhan, memang bukan mudah berpuasa 20 jam dan bangun sahur jam 1.30 pagi. Alhamdullilah mereka anak-anak yang baik, tak banyak kerenah, menurut perintah..hehehe..

Terberkenanlah pada baju £5 yang saya fikir sesuailah dengan kemampuan poket saya tahun ini, biarlah murah asalkan baju baru, lagi pun style kat sini kalau tak berkenan nanti boleh pulang. Malam raya saya buka kedai jahit Manisah, potong baju Sarah dan paksa Jiha cuba baju rayanya…..Alllah nak zip pun tak boleh..tang mana yang muatnya. Nasib baiklah kami beli baju siang tadi…last-lastnya niat nak sedondong dua beradik lupakan saja. Sorang baju peach, sorang biru, sorang coklat..tema kami tiap tahun warna pelangi..

InsyaAllah kalau semua berjalan lancar, ni ialah raya terakhir kami di UK, ramai yang dah tak sabar nak tunggu kami balik…kenapala agaknya…hehehehe..

ganbar raya 2

Akhir kata Selamat Hari Raya dari kami, mohon maaf lahir batin

Hidup Harus Diteruskan…

Tinggal berapa hari saja lagi Ramadhan…Syawal bakal menjelang…ini kali kedua kami manyambut Ramadan tanpa Bunda…

DSCN2367

Walaupun mungkin tak berapa terasa perbezaanya bagi kami disini, tapi tentu saja rasa rindu semakin menebal menjelang Syawal, terkenang kisah masa kecik-kecik bersama Bunda membuat persiapan raya, kisah buat kuih raya bersama Bunda..kisah dipagi raya dengan Bunda…ermmmmm…

Raya ni kami sambut dengan sederhana, malah minimalist la kalau ada istilah seperti itu untuk mengambarkan sambutan raya. Sangat minimal. Sebab pertama kerana saya dah tak dapat elaun, hidup berbekal gaji suami sebagai Floor Manager@cleaner dan sedikit simpanan di Malaysia. Kalau ikut akal sihat memang tak mampu dengan taraf hidup di Aberdeen ni yang sangat tinggi berbanding kota-kota lain di UK, saya bagi perbandingan lah yea yang senang orang faham, kalau di pekan-pekan terkenal England seperti Liverpool, Nottingham dan Sheffield  sewa rumah 3 bilik di kawasan Suburb area ialah 400-500 pound, di Aberdeen sewanya ialah sekitar 900-1200 pound. Bayangkan dulu dengan elaun pun kami terkial-kila untuk survive, apatah lagi tanpa elaun. Namun saya tidak merasa penaja menyiksa saya, saya akur dengan masalah kegawatan ekonomi yang melanda negara sekarang…Jadi kita bertabahlah dan berusaha lah untuk hidup yea Zahra hehehe kesitu la pulak..

Saya terkenang-kenang video Zahra sampai hari ni walau pun saya tengok hanya setengah, bukan sebab apa yang beliau katakan tapi sebab lenggok dan alunan bahasa yang digunakan. Mungkin dulu Zahra ni pemenang pertandingan pantun peringkat daerah kot, sebab tu lenggoknya mendayu-dayu. Kalau dia pemidato mungkin lenggoknya lain lagi..dan mungkin isi dia pun lain…sebab saya tengok separuh sahaja maka tak tahulah saya apa kesimpulan yang beliau buat diakhir penyampaiannya dan apa saranan beliau untuk menyelesaikan kan masalah yang melanda dirinya serta kaum muda pasca bergraduat seperti beliau.

DSCN2260

Tapi secara keseluruhannya (dari part yang saya tengok..tapi saya stop sebab saya tak sabar dengan lenggok penyampaiannya) saya bersetuju dengan Zahra tentang cabaran kewangan, saya fikir anak muda semuanya dilanda cubaan kewangan selepas bergraduat, kecuali anak orang kaya. Tapi cubaan ialah untuk diatasi dan di tantang, “Hidup memang macam tu Zahra, sedar dan berusahalah untuk mengatasinya”,  saya rasa itulah nasihat mudah yang dapat diberikan kepada anak muda hari ini. Namun saya yang dah masuk dalam kelompok anak muda semalam, perlu berusaha membantu agar anak muda hari ini dapat mengatasi cubaan kewangan ini. Permudahkan bagi anak muda hari ni agar mereka dapat mencapai yang lebih baik dari kami anak muda hari semalam.

Justeru itu perkara pertama-tama yang perlu generasi Zahra ni buat ialah sedar realiti keadaan hidup memang macam ini, kedua tukar lenggok cara bercakap tuh..(tak habis-habis lagi), ketiga berusaha untuk mengatasinya. Ramai yang memberi komen di FB dan media sosial yang lainnya, menariknya banyak yang memberikan komen membina untuk Zahra dan generasinya, ramai yang mula bercerita pasal zaman survival mereka, naik motor basah kuyup, naik bus kena sepit pintu automatik setiap kali bus berhenti (hehehe itu cerita saya) sebab terpaksa bergayut di pintu bus yang sarat macam sardin. Yang menariknya mereka yang becerita tentang pakai Kancil walaupun kalau dicongak-congak gajinya cukup untuk beli Vios. Banyak yang komen dan memberi nasihat tentang cara mengurus kewangan dan keinginan. Dan saya setuju dengan cadangan mereka, uruskan kewangan mengikut keperluan, bukan berdasarkan mitos lepas grad boleh hidup senang lenang, itu ialah style pemikiran tahun 70an dan awal 80an, yang masa tu jumlah universiti di Malaysia masih lagi 5.

Berbekal semangat menyahut cabaran dan berusaha mengatasinya, saya berazam untuk survive perenggan terakhir  perjalanan  Phd ini. Ramai yang dah berjaya mengharunginya, ada keluarga yang saya kenal pernah menjadi keluarga nelayan untuk menampung perbelanjaan hidup di UK. Kami juga perlu berusaha begitu, mungkin pindah ke rumah yang lebih kecil dan lebih jauh dalam ladang gandum. kurangkan perbelanjaan isi rumah, no more baju baru beli di Primak (tempat paling murah untuk berbelanja pakaian di UK) beli baju secondhand di carboot sahaja lepas nih (macam tak biasa), mungkin juga cuba menambah pendapatan dengan berniaga. Kesian melihat en Suami yang balik kerja terus terlelap kepenatan setelah berkerja 3 shift mencuci pejabat.

Well Zahra dan generasinya, selamat berusaha, mulakanlah dengan hari raya kali ini, jika tak ada keperluan berbusana baru (sebab baju kasut dah banyak dan yang baru beli bulan lepas pun belum dipakai lagi) tak payahlah berbelanja, balik raya awal sikit, tolong mak buat kuih raya, sarankan pada keluarga agar rumah terbuka hari raya kali ini dibuat ala kadar tapi kreatif, contohnya tak payah katering dan pasang kemah, masak sendiri menu yang mudah-mudah, buat style hotel yang makanannya disusun menarik dalam porsi kecil. Kita bukanya nak berlumba dengan jiran sebelah, kan nak meraikan saudara mara dan taulan. Lagi satu sampul duit raya tak payah fancy-fancy sangat (kalau nak bagi duit rayalah), sampul kaler-kaler biasa je pun dah cukup, kalau tak malu boleh sekali beratur dengan kanak-kanak pungut duit raya..hehehe. Tak pun ganti dengan goodies bag. Kanak-kanak di sini raya tak pernah pun dapat duit raya, mereka tetap aja terhibur dengan lolipop, coklat dan gula-gula. Dan yang paling penting, beri kat mak ayah duit, walau pun mak ayah berduit, walau mak ayah mampu belikan awak kereta dan kemudiannya awak sewa bayar RM500 sebulan, mungkin Zahra buat dah, tiap bulan dia bank in kan lebih, instead of just bayar sewa kereta dia tambahkan sikit untuk mak ayah..InsyaAllah berkat Nakkkk

Last sekali yea Zahra dan kawan-kawan, cadangan berkahwin dengan orang kaya ialah cadangan paling simple tapi langsung tidak mengambarkan kematangan fikiran (mungkin juga Joke yang paling tak menjadi). Lagi satu sebelum acik terlupa yea Zahra, kalau lain kali dapat berucap depan orang ramai, kalau nanti dipilih untuk berdebat dengan para pemimpin negara, kalau nanti diminta berucap di PBB tentang nasib orang muda hatta berucap di jamuan hari jadi pun gunakanlah lenggok yang lebih menarik, mendayu-dayu mungkin memberi impak yang besar pada style, tapi tidak sesekali menegaskan buah fikiran…kalau ada buah fikiran yang nak di ketengahkan la…kalau tak ada, style tu pun dah sesuai sangat dah…

Bagi kami disini, fasa ikat perut sudah bermula, doakan kami survive, masih ada sisa Ramadhan, masih ada lagi harapan Lailatul Kadar, masukkan kami dalam doa kalian, doakan kami tergolong dalam golongan orang yang berjaya. Aminnn

Hujung Ramadhan..

DSCN2387

Petang semalam Free gift saya sampai…

Suasana penghujung Ramadhan kat Aberdeen agak gloomy, suhu sejuk sikit berbanding awal ramadhan. Sarah jiha dan Ali dah cuti sekolah, dema dok berkamping kat ruang tamu. Kalaulah ada orang datang memang kelam kabut la lari nak selamatkan diri…hehehe

Seperti biasa kami raya sini, family dan kawan-kawan pun tak pernah tanya “Balik raya ke tahun nih”..sungguh ini ialah strategi menjimatkan duit menyahut seruan pakar motivasi kewangan yang sedang fames di perkatakan di Malaysia tu. Dah macam lali dah dengan istilah raya perantauan, mungkin inilah pengalaman yang akan saya rindu bila balik Malaysia nanti. Raya tanpa beban, tak de beban nak pakai baju sedondon, tak ada beban nak ganti langsir kusyen karpet, tak ada beban nak hidang kuih raya dengan nama superglemer. Beraya ala kadar dengan kemampuan poket dan kederat sendiri.

DSCN2364

Namun jika ada kelapangan kewangan memang InsyaAllah kami akan tercongol kat kampung malam raya, bagi suprise, bagi gembira kat tok yah, meraikan sanak saudara dan mengunjungi pusara bunda terchenta. Tapi memang kewangan tidak menyebelahi kami. Kalau ikutkan, korek-korek tabung, TT duit dari acct Malaysia dengan nilai yang semakin jatuh, cukup jugak duit nak buat tambang, tapi lepas tu melopong makan rumput, isi tangki kereta dengan air sungai Dee dan memenuhkan kotak pos dengan surat overdrawn dari bank yang setiap satunya bernilai £10 setiap hari….Tapi kat Malaysia tak berlaku idea nih, hati-hati kerana ini boleh menyebabkan amarah setiap umat facebook seluruh Malaysia. Silap-silap idea ini akan dilebelkan sebagai idea anak yang tak mendapat didikan agama yang cukup, anak durhaka, sudah lupa asal usul..tu bagi yang rasional lah..bagi yang dah dasar pemaki setia di Facebook..berbakul-bakullah maki sampai..hehhehe

Sebenarnya balik kampung raya dari London ke KL sama macam suasana balik raya KL ke Kota Baharu la, perjalanan 12 jam bersempit-sempit ditempat duduk, tidur bangun tidur bangun tak sampai-sampai. Cuma satu je bezanya, nak makan nak kencing tak perlu stop kat RnR..hehehehe In fact hampir separuh dari warga Melayu Aberdeen balik raya setiap tahun (data fabrikasi, tidak dipetik dari sumber-sumber sahih, sangat bias) sebab warga kerja (expatriate) Malaysia di sini akan memanfaat musim cuti sekolah untuk berhari raya sebulan di Malaysia. Student undergrad lama dah kemas barang balik raya, cuti summer kan panjang….agaknya suasana terminal 4 Heathrow depan kaunter MAS dah rupa macam TBS kut, entah-entah siap pasang lagu raya dengan gantung ketupat riben lagi…

Yang tinggal hanyalah mereka yang tak cukup duit ataupun  duit ada tapi rasionalnya duit kena channel ke tempat lain. Golongan yang sedang berjuang untuk menyelesaikan amanah, walaupun sebenarnya cuti seminggu dua malah boleh membuat motivasi lebih bertambah tapi rasionalnya berfikiran amanah perlu diutamakan. Juga golongan yang mencari ilmu dan pengalaman yang ingin merasa suasana raya diperantauan, bukankah menuntut ilmu dan mencari pengalaman itu sangat mulia? Hakikatnya yang tak balik raya sebab anak durhaka, tak ingat mak bapak, tak ingat asal-usul sangat lah sedikit….

DSCN2572

Tapi bagaimana seharusnya peningkatan amalan kita menjelang penghujung Ramadhan, begitu jugalah memuncaknya emosi kita menjelang Syawal. Tak balik raya sebab berjimat bukan alasan, banyak lagi cara untuk kita berjimat sepanjang tahun untuk kita laburkan sewaktu raya..pelaburan akhirat mengembirakan orang tua disamping pelaburan emosi. Memang Syawal bulan memperdagangkan emosi, tengok iklan raya sedih..tengok iklan baju raya ZA!0%A sedih, tengok iklan P£TR0nA$ raya yang tangkap ayam bawah rumah pun sedih, tengok iklan raya B$RnA$ lagi lah sedih, yang tak sedih mungkin tengok perutusan Raya..krik…krik..krikkk

Oleh itu kita kena beringat, kadangkala pemikiran rasional tidak laku disemua tempat dan keadaaan, logiknya kerana kadar rasional setiap orang sangatlah berbeza. Lagi satu, antara business yang paling untung menjelang raya ialah business emosi terutama bagi orang yang (bak kata mas-mas dan mbak-mbak jiran saya di Putrajaya yang seminggu lepas dah mudik lebaran agaknya) rasionalnya di dengkul emosi di tengorokan…

Salam pengakhiran Ramadhan…

Petanda-petanda dah mai….

DSCN3848

Seriously I’ve lost track, ingatkan masih 11 Ramadhan, ropa-ropanya dan 14 Ramadhan dah, where have those three days gone…

Sekarang ni cepat sangat kita rasa masa berlalu, apa dah  2 minggu saya tak contact SV, ehh bukan minggu lepas ke saya jumpa dia..ehhh dah July dah..ehh dah nak raya dah..banyak punya ehh la..

Makin lama kami duduk sini kami makin rasa bermacam-macam perasaan yang dulu kami tak perasan, dulu nampak duduk kat sini macam biasa je, macam kat Malaysia jugak, pergi Uni, pergi kerja, pergi sekolah, rutin biasa sama macam kat Malaysia. Semacam Aberdeen ni kampung kami dah rasanya. Tapi dua tiga bulan ni ada rasa pelik semacam….

Contohnya saya mula rasa treatment dari certain company sebagai racist, bukan services or treatment biasa-biasa macam pergi supermarket, tapi beberapa specific treatment yang unfortunately kena kat kami. Contohnya kes sewa kereta Enterprise masa Mak Itam dangan Pak Itam datang last month. Bila Enterprise batalkan booking MPV kami sebab manager kat Enterprise ingatkan suami saya batalkan tempahan, sedangkan masa tu deposit dah ambik. Walhal en suami balik rumah untuk ambik proof of address yang baru, which was requested by another staff there. Bila kami confront balik dia kata “Because he’s leaving the premises I thought that he cancelled the booking”, yang kelakar when we said that we still need the car and there has been a misunderstood situation, he promptly said that the car has gone.

Tak pelik ke tu. Kami tak ada explanation lain untuk that situatuation melainkan he being racist. Although Enterprise pulangkan balik all booking fee and deposit still siapa yang tak marah dan kecewa, maklum lah kita dah plan months ahead nak jalan-jalan, lepas tu without reconfirming and double check Enterprise batalkan booking kami. Which is not a normal process kat sini, biasanya mereka akan double check and call. Or kalau memang ada alasan lain, why don’t they explain to us instead of bagi alasan yang tak masuk akal. Sah-sah la lepas ni Enterprise memang kena boikot dengan kami.

Peristiwa terbaru pulak berlaku semalam, errrmmm, saya beli barang online, ada tak sesapa selain saya yang buat keputusan nak beli sesuatu barang sebab free gift dia..hehehe. Clinique a brand that I never use before, biasa saya pakai Body Shop aja, almaklumlah Alamanda ada outlet, lagi pun terjangkaula harganya. Tapi sebab saya rasa nak cuba brand baru saya opt for a more well known product hoping that it will works wonders..hahaha..hahahha..hahaha…hahaha.. (ketawa sedar diri).

So, I set my eyes on two products, Clarins and Clinique, and Clinique lagi best sebab dia ada summer free gift. Ada lipstick, mascara, eye shadow plus krim-krim nak bagi tegang muka. Which I estimated worth more than the amount of products I intended to buy. So saya pun pilih la Clinique..(hermmm anak-anak ini bukan cara yang baik untuk memilih product yea terutama product cosmetic). Confirm and bayar, 2 days ago barang sampai, taddaaa,…without the summer free gift…saya tarik nafas..istigfar..tarik nafas istigfar…tarik nafas istigfar..lama-lama rasa macam keluar api pulak dari hidung.. mana datang pulak api bulan-bulan puasa nih yea..kan semua neraka kena kunci…errrrmmm

So dengan manis nya saya pun contact Clinique, kata Awatnya hangpa tak masukan summer free gift dalam kotak saya..penat saya tunggu norr..nak pakai lipstik untuk raya  nih…(which was listed in the dispatch and confirm note). Standard la 24 hours Clinique bagi jawapan. Depa kata sebab banyak sangat orang yang order masa saya oder tu maka masa saya confirm nampak macam dapat free gift tapi sebenarnya kat belakang kedai dia free gift tu dah habis…dia kata sistem dia hanya boleh refresh 20 minit sekali je…

Ate..idak ke bengang saya baca alasan macam tu, first of all, kalau dah tau tak dapat kenapa tak contact awal-awal kata we are sorry due to over subscription or exploded demands for the summer gift, you are very unfortunate that the minute..the very minute that you put your order the summer free gift has gone out of stock. Kita will reasonably faham..kot..walaupun akan meroyan dan mungkin return the goods. Logic nya company yang besar-besar akan buat macam tu. tapi diaorang goes on delivering the parcel without complete item as stated on the dispatch order. Which left me again with no explanation on such treatment.

Biasalah saya kata thank you (budi bahasa memang kelas diorang ni walaupun action hampeh..) but your explanation was not well digested and ayat penutup saya..will sure to share your reply with relatives and friends. Ehhh..selang berapa minit dapat e-mail kata “bla..bla..you will get your free gift, please allow 4 weeks for delivery”..wooohaaa..

Mungkin kat Malaysia kita akan kata “bangang punya company..bla..bla..nak tipu..bla..bla..teruknya system korang ..bla..bla..baru korang tau aku sapa..bla bla nak main-main dengan cucu tok seais..bla..bla” atau sempena bulan ramadan reaction kita mungkin “Errrmm bersangka baik dan redho” tapi kat sini dengan retail business is among diaorang punya major income, treating customer like a scum, is so uncommon. Which led to saya punya premature assumption..racist.

Racist in term that because they are not local they don’t deserve a proper or more logical explanation or they will take what ever explanation given or they would not understand if we give lengthy explanation or it’s our silly mistakes don’t drop our water face la by admitting to them. These might be not the case, but……..

Mungkin ni satu pertanda, kami dah muak duduk disini, memang pertanda dah tuhhh…