Kabar dari kampung…

IMG_2941

Kabar dari kampung hari ini kurang baik…inalilahi wainalilahi rojiun

Abang ipar saya meninggal dunia. Ini lalah bahagian yang paling tak best bila duduk luar negeri…setakat tak dapat balik raya, tak balik kenduri kawin, tak dapat makan durian manggis rambutan tak boleh melawan perasaan sayu tak dapat balik bila ada kematian keluarga terdekat.

Orang yang banyak berjasa kepada kita, yang sentiasa baik kepada kita, tapi kita hanya mampu mendoakan dari jauh. Saya tak suka bila rasa hati saya yang konon-konon sensible berlawanan dengan emosi saya. Rasa hati kata, tak apa..doakan agar arwah dimasukkan dalam golongan orang beriman…tak apa peluk cium untuk kakak  lewat telefon aja, tak apa kalau balik pun apa boleh buat..tak apa…mereka fahammmm..

Tapi sebenarnya emosi saya sendiri yang tak faham…ingin saja saya booking ticket dan terbang balik untuk bersama-sama dengan keluarga saya disaat kesedihan macam ni..ingin sangat..tapi saya tahu sensible akan selalu menang…

Ahhhh being sensible…aku benci kau…

Advertisements

Bercuti di Caravan site…bersama keluarga Darwisy

Dalam pada kalut nak naik sekolah, tiba-tiba Mama Darwisy ajak kami bercaravan bersama keluarga Darwisy. Fikir punya fikir, tolak campur darap..cukup kot belanja. nasib baik kat sini tak ada tol, jadi duit minyak je la…Kami pun tak pernah merasa bercuti caravan ni, ada orang mengajak alhamdulilah. Jangan ingat ni naik karavan yang jalan-jalan tu ..ni static caravan dekat caravan site je…

Dalam perjalanan banyak tempat yang jem, maklumlah banyak roadworks buat time summer so jem la disatu dua tempat, tambah jalan dengan Garmin kami yang suka bagi jalan kampung, seronok la lalu pekan-pekan kecil, jalan berbukit-bukit macam roler coster ride.. tapi dasar anak-anak Scottish celup ni..boleh panas pulak dia..sampai berlengeng dalam kereta…

IMG_2980

Langit cerah sepanjang perjalanan, pemandangan cantik udara segar, lembu , sheep, rabbit memang permandangan biasa kat Scotland nih..kawasan rural memang macam tu.

IMG_2982

Terjumpa pulak lembu-lembu yang berbelang putih, katanya baka Belted Galloway Cattle, gambar tak sempat nak snap, macam kat gambar dibawah ni la..dari jauh nampak macam ladang ternakan tenuk pun ada…hehehe sebenarnya kat belah Aberdeen pun ada lembu macam nih, kat area Stonehaven….memang macam rupa tenuk dari jauh…

 

image dari sini 

Lepas tu jumpa sekawan sheep warna oren…serius warna oren macam nak keemasan.. katanya banyak farmer buat macam tu tak mau bagi sheep dia kena curi…pun tak sempat nak snap gambar..lalu jalan kampung susah sikit nak berhenti dan snap gambar… bayangkan je la Shaun the Sheep dengan bulu oren…hehehhehe.   Kincir angin permandangan biasa di daerah sini…. IMG_2988

Selepas jalan 5 jam plus-plus sesat dan berhenti rehat kami sampai pukul 5 petang.. Darwisy dah sampai semalam, mereka datang lebih awal, kami cuma cadang nak tidur semalam je..dah orang bagi menumpang..jangan nak lelebih pulak kannnn…

DSCN4338

Cantik betul permandangan caravan site ni betul-betul mengadap laut, memang fresh air lah…dan aktiviti pertama kami petang tu ialah BBQ ala-ala tak nyala…hehe..berjam-jam Papa Darwisy, En Ayah dan Jiha mengipas, setengah je hasil perapan berjaya masak sempurna, selebihnya, nak jimat masa kami masukkan dalam Airfryer aja…rasa lebih kurang sama, masa banyak jimat…

DSCN4347

Sementara tu dua orang ni jenuh berlari kat tengah padang, turun pantai, main game, main UNO, main Domino dan bergossip sampai tertido…hehehe (part bergossip sampai tertido tu ibu Ali dengan Mama Darwisy yea…)

DSCN4358

Pagi besoknya kami ke pantai lagi, semalam dah nampak dah banyak kepah melekat dekat batu..pepahat, kerang..tapi kepah la memang banyak betul..tak pandai makan kepah ke diaorang ni..sebab saya tak nampak pun ada orang kutip kepah tu..nak tanya jugak takut-takut tercemar ke..last-last saya kutip juga dan rebus…hehehe…sedap, manis rasanya..tapi yang berani makan cuma saya, En Ayah, dan Jiha…orang lain tengok je…tapi kami pun tak berani makan banyak takut keracunan…cuma sekadar nak tau..betul ke tu kepah..boleh makan ke..dan jawapannya sah le tu kepah…..tapi kalau tak pasti..toksah le makan banyak…huwaaaawaaa…

IMG_2992

Ehhhh kebetulan hari minggu tu ada carboot sale la pulak kat tapak caravan tu..apa lagi kami yang mak bapak ni tinggalkan anak-anak bawah pengawasan Kakak Sarah pergi melawat tapak carboot..Ok jugak carboot kampung nih..yang paling best saya dapat sepasang kasut Clarks yang Kakak Sarah berkenan di Clarks Outlet ..harga dia dalam £33 lepas discount 50%..kat situ saya dapat £3 je..bargain kannn. terus je beli..lepas tu balik bagi kat Kakak Sarah..terima kasih sebab tolong jagakan adik-adik…heheheDSCN4362

Lepas kami balik, Ali dan Darwisy pergi berenang kat pool. Kami yang mak-mak ni masak lunch, masak senang-senang je ayam goreng KFC dengan Salad je…dan terus je kemas-kemas..lepas zuhur..siap berangkat balik.

DSCN4368

Dua orang budak yang tak tahu penat.

DSCN4369

Anggota rombongan bergambar depan caravan no 188

Sedih jugala..sebab ni last holiday kami dengan keluarga Darwisy, sebab Mama Darwisy dah submit thesis dia dan tengah tunggu tarikh viva. Tinggal la ibu Ali terkontang kanting..maklumlah lah kami ni selalu sama-sama. Sebab datang lebih kurang sama..Kakak Sarah dah siap-siap pesan “besok kalau Mama Darwisy balik Malaysia, ibu jangan hantar pergi airport..nanti ibu nangis…” hahaha..hahha

DSCN4372

No the way balik, tayar kereta Darwisy pancit..operasi menukar tayar pun dijalankan..akibat tayar spare yang bersaiz kecik, maka kereta darwisy tak boleh bawak laju…kami konvoi perlahan-perlahan..sampai rumah pukul 12 malam…tapi siap singgah Taza dan solat jama’ Maghrib Isyak di Central Masjid Dundee.

DSCN4376

Tu nampak tu..Kakak Sarah dah bergaya dengan kasut baru dia…

Alhamdulilah ada jugak orang yang sudi nak berkongsi bercuti dengan kami, kalau tak mungkin sampai balik kami tak merasa bercuti caravan. Rezeki Allah bagi dalam keadaan yang tak disangka-sangka…makanya jangan pernah putus asa dengan nikmat Allah…

Lama tak pergi Library

Lama betul rasanya tak masuk library, sebab most bahan access online, lepas tu terbayangkan ramainya umat yang guna library time term, lagi pun as PhD student kami ada office sendiri.. tapi last week pergi library sebab nak pinjam satu buku ni, walau pun ada dalam bentuk e-book, akak ni orang lama tak berapa serasi baca buku online, kalau article tak apa sebab dia pdf kan the whole article boleh sekali browse je, kalau buku, nak kena selak satu-satu, lambat le akak rasa… rela ku panjat tower library tu sebab nak pinjam buku…sampai-sampai library sekali ewah…lengang nya.. lapangnya.. bestnya.. tak ada orang..lepak jap dengan library assistance kat situ tanya dua tiga soalan beramah-tamah…ehhh baru makcik sedor..cuti summer belum habis..budak-budak menceriak belum balik…hahahha..kampus ini akak yang punya…

Dok layan perasaan tengok permandanggan indah, dan-dan hantar msg kat En Ayah..saya balik lambat naik bas la hari ni nak lepak library…

IMG_3004

Biasanya En Ayah ambik pukul dua, tak pun awal sikit depend dengan dia balik kerja..tapi sebab terpesona dengan kenyamanan library hari tu rasa nak lepak lama la…

IMG_3005

Selalunya kalau pergi pinjam buku, ambik buku pinjam balik terus office, tak kuasa akak nak berebut dengan undergrad dan master student, lagi pun kadang hingar jugak kat dalam tu…

IMG_3006 Cantik betuk scenery dari atas tower ni, boleh nampak sungai degan air mengalir lagi..dok berangan satu hari nak jalan sampai ke tepi sungai ni la…jangan sampai kesudah pun tak pergi hehehe… IMG_3007

Lawn yang bersih dan kemas dah kena potong, menunggu student lepak je…kalau cuaca bagus ramai je student melepak sambil duduk baring baca buku…IMG_3008

Dari jauh kelihatan pemandangan ladang.gandum yang dah kena tuai, maklumlah dah nak masuk musim lain, ladang kat sini versatile, satu musim macam-macam jenis tanaman dia tanam, memang diorang manfaat sehabis-habisnya sebab nanti masuk winter kena berehat 4 bulan tak boleh tanam apa-apa.

IMG_3009

Juga mengujakan, tapak gajah dan tangga ni..apa la tapak gajah dengan tangga pun boleh mengujakan..korang apa tau..akak ni tahun depan masuk 20 tahun dik jadi librarian, masa mengandung buat shelves reading tapak gajah ni la penyelamat..tapi kalau dapat tangga kat sebelah tu tentu lagi best kot. IMG_3010

Sebab library lengang akak ambikla gambo mesin buat comb binding yang self services, cuma kena beli comb dengan pelastik dia je, lepas tu buat sendiri..pandai-pandaila nak bagi cantik …tak ada adik photostate yang nak menolong…IMG_3011

Tu kan dah kata lengang..yang tergolek-golek tu beg akak la tuhhh

IMG_3012

Lagi satu kalau dah nama librarian tu, lalu kat buku yang tersusun kemas pun dah mesti rasa teruja, maksudnya staff dah siap buat shelving la tuhhh, bukan teruja sebab tak ada orang guna collection. Nampak pulak staff sorang lelaki tengah susun buku..rasa nak approach jek nak tanya..”Errrmmmm ada kerja kosong tak?” huwwwaaawwaa…akak pengalaman 20 tahun ni..hehehhe..

IMG_3013 IMG_3014

Tapi tengah sedap belek-belek buku, baru teringat, nak tulis ni satu hal la pulak, laptop tak bawak, dua kali kerja la pulak nak buat nota then nak salin…

Lepas tu boleh pulak ada makhluk yang dok godek-godek dia punya laptop socket kat carrel sebelah..lama pulak tu, nak dimarah dah nampak beruban, last-last fikir..errmmm balik la kat office la lagi syiookkkk…

Begitulah cerita orang yang dah lama tak ke library. Yang kat bawah ni pulak meja study akak kat rumah, ni la tempat akak mengadap paling lama, paling selesa pun ada..tapi tak la sekemas library tadi….

IMG_3018

Last sekali..keadaan Aberdeen yang dah start gloomy tandanya nak masuk autumn…ohhhh kena nyanyi..”Summer jangan kau pergi..thesis akak tak siap lagi…”

IMG_2993Latar belakang library Aberdeen Uni yang terkenal tu serta menara King’s College…p/s ini bukan uni akak..kang ada yang kata akak menyamar la pulak…

Orang tanam kita tuai…

Ni cerita mak bapak yang tak sanggup tengok anak-anak asyik tengok gadget aja..jom anak-anak kita petik strawberry. Tak la jauh mana, setengah jam jugak dari rumah, masuk free, yang kita petik je kena bayar..

DSCN4250

Ladang semak nampak hujau rimbun, tapi cuba selak sikit dapatla hasilnya…DSCN4279

Kita terus kenduri je lah kat tepi batas, makan sikit je, sebab buah tak basuh takut sakit tekak.

.DSCN4260

Budak ni berlakun aja..dia bukannya makan strawberry..buah dia cuma pisang…whuhuahahah

DSCN4261

Kacang peas pun ada, manis juga kacang ni, tapi kami tak petik banyak pun, bukan apa..nanti banyak-banyak tak tau nak masak apa, buat membazir je…Kacang peas ni dalam  lautan bunga daisy..errrmmm lautan la sangat..DSCN4264

Petani yang dah penat tuai hasil tanaman orang lain, tunggu kat tepi sementara adik-adik main

.DSCN4266

Adik main sorang-sorang, tapi dia ni super friendly, sekejap je dia dah dapat kawan. Tu ikut ayah tu kalau macam tu..kalau ibu….errrrrmmmm payah sikit nak berkawan, tapi kalau dah berkawan baru tau yang ibu ni baik..hahahha

DSCN4268

Tu kan, sekejap je dah melompat dengan anak-anak mat salleh, siap berkenalan lagi, compare dengan dua girls tu terkeseng-keseng kalau suruh berkawan dengan orang..hahah

Lepas berehat melompat kami sambung explore ladang lagi..errrmmm raspberry tak masak lagi, apple baru berputik, plum tak nampak butir lagi, cherry dah masak tapi tak boleh petik…

DSCN4272

Kami explore ladang yang sebelah atas pulak…  nampak kan orang dok panjat bukit. Kat atas bukit tu rupanya ada strawberry yang sangat besar dan juicy, haruslah saya patah balik pergi petik sana pulak…

DSCN4282

Sebab hari tu cuaca bagus sangat (which is really rare for Scotland Summer) kami pergi picnic kat tepi pantai di Montrose.

DSCN4292

Sambil main air..kat sini summer je berani nak main air laut ni..tu pun kena tengok cuaca..

DSCN4308

Cuaca yang sangat cantik…

DSCN4315

Seronok tengok adik-beradik ni main bertiga, kalau kat rumah tak boleh bergesel langsung terus nak bergaduh..sunshine and fresh air memang boleh influence mood orang…DSCN4319

Last but not least, kami pergi ni pada 23 July, sempena birthday kakak…sebulan lepas punya cerita daa…happy birthday kakak..ibu, ayah Jiha dan Ali sayang kakak banyak-banyak…jangan la grumpy selalu..pening kepala ibu sayang…

.DSCN4324

Pelik betul la kalau update blog sikit pun tak mengantuk..magic..bila tengok je bab-bab thesis tu terus je rasa nak pingsan ngantuknya….aktiviti menghalau ngantuk pukul 3.17 pagi sambil dengar Magic FM…

Pergi beraya rumah orang kaya-kaya

Ni kisah jalan-jalan raya lepas…bukan pergi beraya pun cuma pergi berjalan kat rumah orang kaya-kaya zaman dulu-dulu, Haddo House nama dia, setengah jam je dari rumah kami. Tak ada apa sangat sebab kami tak tour rumah tu sebab nak masuk ada charge, kami main-main kat garden dia aja, garden dia luas berhektar-hektar memang terbuka untuk orang awam, yang kena duit cuma pameran dalam rumah aja, jadi sangat bertepatanlah dengan konsep kami berjalan jimat belanja, duit tak habis, penat dapat, tidur lena..hahahaha

DSCN4193

Kami yang membulat…

Ni rupa depan rumah ni, sejarahnya Haddo House ni tempat tinggal Earl of Aberdeen, dan milik keluarga Gordon, sekarang bawah jagaan Scottish National Trust. Masa perang dunia ke dua, Haddo house pernah menjadi emergency maternity hospital. Sekarang dalam rumah ni ada pameran perabut, lukisan dan cutlery. Tapi petang tu kami ketul-ketuk pintu tak ada orang bukak…bukak la wei..kami datang nak beraya…

DSCN4200

Kebetulan kami tiba lepas pukul lima petang, memang dah tutup pun..jadi kami nikmati keindahan ground and garden dia aja la…

DSCN4204

Puas la pakcik ni dapat berlari merata, kawasan luas, sebenarnya tak la cantik sangat taman dia di kalau banding dengan taman-taman castle lain yang pernah kami lawati, …tapi kalau kena dengan tekniknya gambar pun boleh jadi lawa…

DSCN4210

Contohnya gambar ni, part ni sahaja bunga yang cantik..yang lain lompong macam kat bawah.DSCN4212

Kata En Ayah, memang patut pun lompong garden tu..abis yang datang melawat tak nak masuk tour rumah..mana nak masukkk duit…hahahha..yea lah tu

DSCN4214

Garden belakang yang agak cantik jugak, tapi budak sorang bawah ni hanyut dalam dunia dia, dok petik daisy buat karang bunga daisy untuk letak atas kepala..

DSCN4215

Tak pun menikmati kehijauan rimbunan pepohon sambil menganyam ketupat..ehhh karangan bunga…DSCN4224

Satu sudut menarik taman, air pancut dikelilingi bunga lavender…rasa lucu dan lucah pulak sebut air pancut..hehehehDSCN4227

Luasnya saujana mata memandang, kami memang cadang nak exercise, so kami pilih lake or loch path, jalan dalam hutan sampai jumpa tasik..jauh juga track dia ni…mula-mula semangat… DSCN4231

Dalam hutan tu jumpa play ground lak..ni dah separuh mintak patah balik..tapi en Ayah garang…jalan! jalan!..kata nak execise!..garang betul…

DSCN4235

Akhirnya jumpa la lake tu..ada duck, goose..tapi bau “macam acak bak hang” tempat orang bagi makan itik..bau la sikit…

DSCN4246

Kalau kena musimnya kat sini, lalang pun nampak cantik…

DSCN4247

Jalan balik dalam keredupan hutan…boleh tengok tupai merah…tapi kami tak heran la tupai merah..apa barang tengok tupai….lainlah kalau ada restoren Tupai-Tupai kat dalam tu, merungut-rungutla semua anggota rombongan, penatlah, berpeluhlah, hauslah, macam-macm…sampai je kat parking, masuk kereta, jalan..2 minit terus senyap… errrrrmmmmm dah lena semua. Kan dah kata duit tak habis, penat dapat, tidur lena…..

Lepas ni siapa pulak?

The fifth weeding that we missed, hampir 4 tahun duduk Scotland, lima orang anak buah saya menikah, and we missed the kumpul-kumpul, makan-makan dan jumpa-jumpa sedara.

fatimah's weedingSelamat pengantin baru Nur Fatimah, kami doakan yang terbaik…

Meanwhile, apa yang diorang missed? Huwaaaa..diorang missed wish saya happy birthday. Baru hari ni nak wish kat watsapp group keluarga…dah terlepas korang, seminggu dah..cuba lagi tahun depan…

Sekolah dah nak bukak…

Seminggu lagi sekolah bukak…kami belum buat persiapan…belum beli apa pun..

DSCN4120

Ali tak sabar nak naik sekolah, sebab dia dah boring duduk rumah, tak pergi bercuti, tak boleh tengok TV sebab TV rosak, tak boleh main game sebab Xbox tak boleh bukak. Jiha tak nak naik sekolah, sebab dia kena ke sekolah menengah, dia tak selesa nak kesekolah baru, kawan baru…Sarah secara officalnya dah tak kesekolah..sebab dia dah selsai sekolah mengikut system Scotland, sebab dia tak layak ambik A-level, so tiada kelas bagi dia di sekolah, sepatutnya dia ke Kolej, tapi kami tak mampu nak hantar ke kolej, so kakak mungkin duduk dirumah. Kakak start sekolah di UK habis sekolah pun di UK…

Mereka juga tak akan kesekolah Agama, sebab kami tak mampu nak bayar yuran. Sedih saya mengenang nasib anak-anak saya, Jiha terpaksa kesekolah yang hanya ada 3 orang sahaja muslim, dia, anak kawan kami Adam dan Mrs Chaudry kerani sekolah. Dia tak dapat ke sekolah yang lebih baik sebab kawasan kediaman kami memang sekolahnya situ. Dia juga tak ambik peperiksaan untuk Bursaries/scholarship dari beberapa sekolah private sebab kami tak akan tinggal lama disini, saya tahu dia kecewa, sebab saya tahu dia layak, tapi sebab kami akan hanya tinggal 5-6 bulan sahaja disini jadi tak akan layak juga untuk dapatkan Bursaries tu.

Tak apa la anak-anak semoga hidup yang mencabar di sini menjadi landasan untuk berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Anak-anak mula sceptic untuk balik Malaysia..tak..mereka tak faham tentang masalah politik dan 1MDB, saya pun tak faham, cuma mereka terbayang sistem pendidikan Malaysia yang berteraskan peperiksaan. Sedangkan tiga tahun mereka disini, tiada peperiksaan, homework minimal, tiada beg berat.  Mereka membayangkan kena bangun awal pagi kesekolah, sedangkan disini sekolah bermula jam 8.30-9.00 pagi, mereka terbayangkan ada guru-guru yang garang, yang tinggikan suara dan yang menghukum secara fizikal..sedangkan guru-guru disini melayan mereka dengan lemah lembut dan banyak sentuhan sayang seperti memeluk dan hifive..Saya tak memomokan mereka dengan keadaan persekolahan di Malaysia, tapi mereka sendiri tahu melalui pengalaman Sarah dan Jiha.

Kalau ada pelajar oversea yang menulis 25 sebab kenapa dia tak mahu balik, saya juga ada satu dua sebab..persekolahan anak-anak adalah satu darinya.. tapi Malaysia tetap tanah air ku….