Aidil Adha 1436H

Kalau ikutkan saya dah malas nak masak dan entertain orang dah raya-raya ni, penat juga masak memasak, kemas rumah layan tetamu bagai. Tapi hari raya kan, menjamu orang makan juga sebagai satu amalan mulia. So, saya gagahkan jugalah pergi kedai Halal, beli ayam kambing buat hidangan raya, cadangnya nak masak nasi minyak, kambing masak hitam, ayam masak merah dan acar timun nenas…senangkan. Tapi kesian pulak dekat budak-budak kat rumah nih, apalah ertinya raya bagi cucu cicit bangsa Johor ni kalau tak dapat makan ketupat dan lodeh. So buat makanan berbuka hari Arafah ada la lodeh, kari ayam dan sambal kacang serta nasi impit. Yang puasa pun cuma en Ayah dan Jiha.. petang tu jugak siap masak semua lauk dan nasik impit. Cuma nasik minyak dan acar je masak besok pagi…Awal tutup dapur..saya bukan kedai laundry pulak..iron semua baju raya..sambil dengar takbir raya..DSCN4392  Tetamu pertama pagi raya tu…betul-betul pagi, nasib baik nasik dah siap masak, cuma meja tak kemas lagi En Ayah pun tak balik dari solat raya pun lagi…ohhh kali ini cuma en Ayah dan Ali sahaja yang bersolat raya, sebab en Ayah bawak Darwisy dan ayahnya uncle Faizal sekali. Kelam kabut jugak dengan saya masih tak bertukar baju pun…tapi sempat menjamu selera la Zarir dan Saadah sekeluarga serta kumpulan bujang-bujang Azmi, Zubir dan Ustaz Hussin. Kami tak announce pun kata buat open house, tapi siapa yang nak datang silakan, 
DSCN4397 Lepas betch pertama balik, kami posing pulak ..hihihi…dah lama tak ambik gambar berdua..Lepas tu ambik gambar dengan Mama Darwisy pulak..Dr Aini, dia baru lulus Viva Isnin tu…Tahniah Aini…DSCN4399

 

Sampai kita jumpa lagi di UKM….DSCN4403  En Ayah dengan papa Darwisy pulak..terima kasih uncle Fizal sebab selalu tolong keluarga kami..lepas ni kami dah tak ada kawan dah..sob..sob..sob…DSCN4408  Next batch, uncle Taib jiran depan rumah kami datang beraya, uncle Taib ni memang duduk Aberdeen. Kena pulak bersembang hari tu dengan uncle Rosli cerita sejarah Kampung Baru KL. Rancak la..uncle Taib, sebab tu memang kampung dia..DSCN4409
 Suka betul gambar ni, nampak macam rumah kami luas betul, best betul entertain orang kat rumah ni, tapi kalau tengok dari dekat, errrmmm dengan lubang kat shiling en Ayah tampal pakai pelastik hitam je, air menitik kat dapur..macam rumah setinggan…tapi bersyukur la sebab masih mampu bayar sewa rumah, walaupun ada sedikit rasa kesal dengan Appa..DSCN4411  Aunty El dan Kak Ija makan kat luar…macam best je..padahal sejuk jugak tu, nampak je cerah, kalau kurang sayur boleh makan daun kesum bawah meja tuhhhhhDSCN4413  Tetamu seterusnya Insyirah comel dari Dundee. Comel betul la Insyirah ni, baru berapa bulan tak jumpa dah pandai..kat semua orang dia nak kecuali kat saya..kenapa Insyirah…kecewa aunty tau…hukhukhuk…DSCN4414  Mak Insyirah, aunty Saf, aunty Wahida dan aunty Aini..bukan main lagi si Insyirah dengan aunty Aini tu..sila berjangkit yea ….DSCN4416  Uncle Pijaj dari duduk atas kerusi sampai dah duduk atas lantai dengan uncle Hanif husband aunty Wahida.DSCN4417  Ni uncle Khushiri suami aunty Saf dari Dundee…datang sebab nak jumpa last time dengan aunty Aini, lepas ni kita jumpa ramai-ramai kat Malaysia la yea…DSCN4418 Selang tu ada aunty Fazni dan uncle Ismail datang…dan tetamu penutup kita hari tu..aunty Bid and uncle Adol…rasa macam beberapa family je yang kami entertain hari tu..tapi masak nasik sampai 4 periuk nasik minyak, last sekali masak lagi seperiuk nasik putih….Alhamdulilah semua orang makan bertambah-tambah, tu yang justify 4 periuk nasik minyak tu..lagi pun raya haji tak ramai yang masak-masak jadi memang kena bagi tetamu makan kenyang-kenyang….DSCN4421

Last sekali gambar keluarga kami..biasala kalau tak sorang buat spoilt memang tak sah DSCN4396Aidil Adha kami sambut dengan sederhana, pengorbanan yang menjadi tema sambutan Aidil Adha memang sangat kami rasakan tahun ini..pengorbanan Aunty Aini, selama 3 tahun setengah tak balik Malaysia dah pun berbaloi…mereka akan balik hujung bulan nih. Semoga ukhuwah yang kita bina kat Aberdeen akan berkekalan..semoga Allah terima pengorbanan saya untuk perjalanan panjang mencari ilmu ini. Doakan giliran kami pulak…

Advertisements

Saya serius nak cakap nih….

Berehat sebentar dengan kopiko

IMG_2212 Hari ni kita bercakap tentang benda yang serius..serius ni saya nak menulis tentang benda yang serius.

Zaman sekarang kita boleh berkomunikasi dengan dengan orang lain dengan bermacam-macam jalur, jalur lebar, jalur gemilang, baju jalur-jalur, hehe..dengan bebagai saluran. Salah satu yang sangat ramai orang gunakan sekarang ini tentulah lewat jalur social media. Whatsapp, telegram, hangout macam-macam la sampai saya pun tak tau. Devicenya pulak cukup sekadar sebuah telefon dan talian internet. Memang bagus semua media ni kalau digunakan dengan bagus lah…apa pun kalau digunakan dengan bagus akan jadi bagus.

Tapi kita juga kena tengok side tak bagusnya. Macam-macam lah..biasalah macam soalan karangan tingkatan empat, Media sosial mempengaruhi kehidupan masyarakat moden Malaysia hari ini, Huraikan kebaikan dan keburukan menggunakan media sosial kepada kita (25 markah)(memang tak ada rupa cikgu membuat soalan langsung..)

Banyaklah keburukannya, tapi saya nak focus hanya pada satu je ..satu je? Berapa markah nak bagi nih…5 markah?. Saya nak focus on berkomunikasi dengan berlawan jenis melalui media social ni. Biasanya berhubungan berlawanan jenis yang bercakap-cakap kosong atau sekadar borak-borak merapu ni dianggap biasa bagi golongan yang dah kawin, macam tak ada hal sangat. Jarang kita  menjaganya, sebabnya mungkin kita rasa kita bukan nak carik calon suami atau isteri..lagi pun kita taken..takkan lah orang nak mengorat lagi kannnnn…kita berborak kosong sebab..errrmm tak ada sebab atau cuma suka-suka. Lainlah pulak bagi anak-anak muda, kalau yang ahli bulatan bahagia, atau yang focus baitul muslim pergaulan macam ni sangat dijaga. Kenapa yea…

Apa pun bentuk komunikasi berlawanan jenis ada batas-batasnya, baik face to face, media tulis mahupun melalui media social. Sebabnya  dalam komunikasi kita ada penigirim pesan, penerima pesan dan noise. Kang pengirim pesan kata lain yang penerima pesan faham lain, noise sangat lah banyak..ingat tak kalau kita main Chinese whisper. Entah apa-apa message yang sampai pada peserta terakhir. Mulalah salah faham, salah perasaan, salah anggap. Kang kalau orang sana asyik tanya dah makan ke, dah siap masak ke, dah makan ubat ke, dah sihat ke..kita jadi perasaan. Kita perasaan orang disana tu perihatin kat kita. Jagalah batasan pergaulan, janganlah berkata yang menimbulkan salah faham. Kalau dalam perhubungan reality suara tak boleh dimanja-manja kan dalam dunia maya jangan lah juga gunakan perkataan yang ada maksud tersembunyi.

Baik yang perempuan dan lelaki ayat yang digunakan jangan lah mendayu-dayu mengundang simpati, seperti becerita pasal sakit pening kepada lelaki bukan mahram yang kelak menimbulkan rasa kasian. Begitu juga perhubungan yang selalu dan berpanjangan, contohnya setiap hari mesti berbalas message, walaupun cuma assalamualaikum, jika sehari tidak menerima salam tentunya akan menimbulkan rasa rindu. Sebaik-baiknya elakkan kan sebelum timbul rasa kasihan, rindu dan akhirnya sayang.

Ini saya petik dari laman web IKRAM Johor http://johor.wanita.ikram.org.my/index.php/soal-jawab/soal-fiqh/89-bolehkah-chatting-atau-berbual-melalui-maya-dengan-bukan-mahram

“Hukum chatting sama dengan menelepon sebagai mana yang sudah kita terangkan di atas. Artinya chatting di luar keperluan yang syar’i termasuk khalwah. Begitu juga dengan sms. Walaupun dengan niat berdakwah. Karena berdakwah kepada jenis lawan bukanlah suruhan agama kerana Allah telah menetapkan untuk berdakwah kepada lelaki adalah lelaki juga, begitu juga sebaliknya.

Namun bila ada tuntutan syar’i yang darurat, maka itu diperbolehkan sesuai keperluan. Tentunya dengan syarat-syarat yang sudah kita jelaskan di atas. Di sinilah menuntut kejujuran kita kepada Allah dalam mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung sejauhmana iman kita kepada Allah. Jika muraqabatillah kita kuat (yakni merasa diri sentiasa dalam pandangan Allah), maka itu yang akan menjadi pengawal kita. Jika tidak maka kita akan hanyut bersama orang-orang yang terpedaya dengan teknologi moden ini. Na’uzubillah.

Tuntutan syar’i yang dimaksukkan ialah pembicaraan yang mengandung kebaikan, menjaga adab-adab kesopanan, tidak menyebabkan fitnah dan tidak khalwat. Begitu jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram.

Dalam sejarah kita lihat bahwa isteri-isteri Rasulullah berbicara dengan para sahabat, ketika menjawab pertanyaan yang mereka ajukan tentang hukum agama. Bahkan ada antara isteri Nabi SAW yang menjadi guru para sahabat selepas wafatnya baginda yaitu Saidatina Aisyah RA.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang artinya:

“Karena itu janganlah kamu (isteri-isteri Rasul) tunduk (yakni melembutkan suara) dalam berbicara sehingga orang yang dalam hatinya ada penyakit memiliki keinginan buruk. Tetapi ucapkanlah perkataan yang baik”. (QS. al-Ahzab: 32)

Imam Qurtubi menafsirkan kata  ‘Takhdha’na’  (tunduk) dalam ayat di atas dengan arti lainul qaul (melembutkan suara) yang memberikan rasa ikatan dalam hati. Yaitu menarik hati orang yg mendengarnya atau membacanya adalah dilarang dalam agama kita.

Artinya pembicaraan yang dilarang adalah pembicaraan yang menyebabkan fitnah dengan melembutkan suara. Termasuk di sini adalah kata-kata yang diungkapkan dalam bentuk tulisan. Karena dengan tulisan seseorang juga bisa mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan seseorang merasakan hubungan istimewa, kemudian menimbulkan keinginan yang tidak baik.

Termasuk juga dalam melembutkan suara adalah kata-kata atau isyarat yang mengandung kebaikan, namun ia boleh menyebabkan fitnah. Yaitu dengan cara dan bentuk yang menyebabkan timbulnya perasaan khusus atau keinginan yang tidak baik pada diri lawan bicara yang bukan mahram. Baik dengan suara ataupun melalui tulisan.

Jika ada unsur-unsur demikian ia adalah dilarang meskipun pembicara itu mempunyai niat yang baik atau niatnya biasa-biasa saja.”

Ingatlah bila dua orang berlainan jenis bersama, orang ketiga yang akan hadir ialah syaitan.

Abisnya saya cuma dapat 5 markah sebab cuma bagi keburukan je, sedangkan ada banyak lagi kebaikan dan keburukan yang boleh dihuraikan. Kalau korang nak markah penuh korang huraikan lah sendiri yea.

Kurang Perkataan or..Kurang Kerjaan?

Trowback jalan-jalan ke John O’Groats tahun lepas. Tips paling utara dataran di UK. macam Lands End kat bawah sana….

DSCN2696Teringat kat putrajaya

DSCN2698 North Kessock

DSCN2700

Rumah-rumah ditebing sungai Ness

DSCN2716

Matahari bulan oktober.Berehat makan bekal..tapi sungguhla angin kuat sampai bekal pun nak terbang.

 DSCN2728 Jalan yang cantik dekat area Invergordon

DSCN2731
DSCN2733

Enchanted forest..hehehe

DSCN2739

Ada pulak castle

DSCN2740 Tapi castle dah tutup bulan Oktober

DSCN2742

Gagah kereta ni, dah bawak kami dari the southern tips of UK hingga the most northern tips of UK..best pakai Merc ni..tapi yang tak tahan tu karat bagai nak lerai..

DSCN2743

Banyak betul kenangan dengan kereta nih..tapi last-lastnya kena scrap jugak..huhuhuhh..en Suami masa Merc ni naik lori scrap tu, dia rasa nak kejar nak mintak balik…hahaha..exaggerating sangat saya nih..heheDSCN2744 Langit biru


DSCN2748 DSCN2749 DSCN2750 DSCN2752 DSCN2753
 DSCN2767 Phone booth lama di BnB yang kami tinggal

  DSCN2803 Brakefast besok paginya

DSCN2805

 Kami cuma minta eggs and cereal

DSCN2833
DSCN2846Nature retreats apartments

Simpan ketat-ketat dalam kenangan…..

Kita Ganti Dia Dengan…

Huhuhhu Stampy here..macam tu la pengenalan hari ni..macam pengenalan Stampy Cat dalam minecraft yang Ali suka sangat tu..macam buat-buat gembira..padahal…gembira juga..

Gembira ni quite subjective, maklumlah dalam dunia ni semua social reality pun quite subjective, pada saya gembira, pada sipolan belum tentu kes gembira. Pada saya mewah, pada si kaya belum tentu mewah. Wahhh itu baru interpretation on meanings..belum lagi di tambah hasad dengki, iri dan sakit hati. Contohnya orang dapat pergi haji kita gembira mendengarnya tapi kita pun IRI..iri yang maksud baiklah, terus je doa banyak-banyak pada Allah agar kita dapat pergi..bukannnya kita tak gembira dengan dia dapat special invitation dari Allah cuma kembiraan kita ada sedikit terselit perasaan IRI..tu belum lagi masuk bab redha…ehhhhhh sebenarnya hari ni nak cerita apa…

So sebenarnya hari ni nak cerita pasal apa..ermmmm..cerita pasal tips la..tips macamana nak survive hidup di UK dengan tanpa biasiswa..hahahha..macam la pro sangat, sebenarnya nak kongsui tips masakan je, macamana nak berjimat bila duit pun sikit. Biasanya tips ni melibatkan sedikit inovasi yang selain dapat menjimatkan duit dapat juga menjimat masa dan tenaga…vavava..macamla hebat sangat tips ko ni ek…barang diingat juga tips ni bukan copyright milik saya, saya pun dapat dari banyak sumber..so kongsi-kongsi kira halal la kannnnn…

Tips pertama, sebab nak menjelang hari raya haji ni kan, kita ni pun kena masak rendang bagai. Benda yang paling malas nak buat bila nak masak rendang ialah kerisik. Akak memang masak rendang pakai rempah tumis yea..akak tak pakai rempah segera nih…sambil kibas apron…(hehehe sebenarnya kalau ada kat rumah akak sapu aja..tapi sebab adanya dikedai..idak le kuasa akak nak keluar duit membelinya). So cara yang paling mudah ialah kita guna cream coconut yang dijual dalam kotak tu, kita letak atas kuali, magikkk..dia tukar jadi kerisik…tak perlu parut kelapa, goreng dan tumbuk sampai berminyak. Tapi kena kacau selalulah kalau tak dia hangit..cream coconut tu macamana rupa dia…errrmmm Mr Google…ehh chef Norman pun ada mention dalam dia punya article kat sini http://www.theguardian.com/lifeandstyle/2010/dec/28/essential-malaysian-ingredients

Tips kedua..kalau malas beli asam jawa, sebab mahal ka sebab memang tak ada jumpa ka..pakai tomato purée. Sebab tomato puree lebih murah kat sini kalau nak dibandingkan dengan asam jawa. Kalau kat Malaysia asam jawa lebih murah kot dari tomato puree. Kan selalu Malaysian kat UK ni complain yang cili kering UK ni tak sedap.tak merahla.pedas tak tentu hala la (kalau tak percaya pergi bukak beg student berkeluarga kalau dema balik bercuti dari Malaysia, 1/4 dari isi beg tu mesti cili kering). Jadi dengan menggunakan tomato puree ni bukan sahaja bagi rasa acah-acah masam..dia bagi colour juga, so two in one la kalau nak masak sambal pakai cili kering UK ni. Kalau tak sambal jadi pucat je tapi pedas gilerrr…

Tips ke tiga pakai yogurt, tips ni dah meluas orang tau. Tapi biasanya mereka guna yogurt ni banyaknya atas sebab-sebab kesihatan, kurangkan kolestrol. Kat sini kita gunakan yogurt  juga untuk alasan kesihatan juga…kesihatan purse, sebab yogurt murah kat sini banding dengan santan. Boleh guna untuk masak yang banyak flavour la macam kari dan rendang sebab dia bagi rasa masam sekali. Kannnn dah jimat tak payah masuk asam jawa..tapi kalau masak lemak ke masak bubur ke..lebih baik guna susu. Satu sebab lain ialah yogurt ni dia suka berketul-ketul, so nak ke masak lemak nampak berketul-berketul..kalau ketul-ketul six pack akak suka..heheheh.

Tips empat, Kalau teringin nak masak kailan goreng belacan ke kalian ikan masih ke, boleh guna sayur Keel. Sayur ni hijau dan agak keras, so dia tahan kena goreng. Kalau dibuat masak lemak pun sedap dengan keledek.  Kailan ada boleh cari, tapi nak selalu rasa tak berbaloi lak. Macam en Suami kata kalau makan sayur exotic macam kailan dan kangkung… “makan besar!, makan besar!”… makan belanja besar yea bang…

IMG_1905Kalau petai agak-agaknya boleh ganti dengan apa yea…

Cukup le empat dulu tips dari akak, sekarang ni akak dan keluarga cuba pakai apa je alternative bahan yang ada, nak mintak poskan  barang dari Malaysia rasanya tak sampai hati. Kalau gula melaka tak ada pakai je gula demerara or brown sugar, tak pun pakai jaggery. Jaggery ni pun sebenarnya gula merah juga buat dari palm sap and cane sugar. So rasa dia sama cuma rupa tu agak kureng sikit la. Mungkin berguna kot tips akak nih, untuk keluarga student baru datang ke UK..kalau berguna alhamdulilah…amalkan la motto ” hidup biar berguna” sekian.

Selamat Hari Malaysia.

Layan stress kejap…

Ada doktor kata kat saya..kalau kita penat, effectnya nya pada badan nanti kita demam..ni kot yang orang melayu kata demam urat. Kalau kita stress, effectnya kita selsema…hari ni tiba-tiba saya selsema, sakit tekak, mata panas, hidung menitik-nitik…..stressssssssss.

Biasalah stress ni tak semua orang faham..teman sebantal pun lom tentu faham..apatah lagi orang yang hanya melihat dari jauh. Best la akak dah nak balik…biasalah orang akan cakap macam tu..dik akak lom nampak lagi part yang best..yang akak nampak kaburrrrr kejapp teranggg kejapp kaburrr…

IMG_2942

Orang kata macam tu lah, kalau senang ramai dah orang ada PhD.. hakikatnya ramai yang ada PhD sekarang nih, tetapi setiap PhD tu jalan cerita dia lain-lain. Ada yang senang dari tahun satu, baru 6 bulan dah pergi present paper kat luar, tulis journal dengan SV, tapi bila collect data…hazapdas…ada yang susah dari awal, asyik la bertukar tajuk, SV pindah Uni, tapi sampai part akhir smooth sailing je. Entah yang saya ni tak tau nak cakap apa..sebab limitations yang ada pada saya maka my journey ni unique untuk saya je kot…

IMG_2943

Ramai kawan-kawan saya yang patut saya jadikan contoh, yang tidur bertangga di office dan lab ramai, buka puasa sampai sahur di ofis pun ada, yang kerusi kat library berlekuk punggung dia pun ramai. Yang menulis sambil pegang kayu mop pun ramai, belum lagi yang menulis sambil menyusukan baby, pun ramai juga. Saya, sangat bertuah, ada suami yang nak tolong ringankan beban kerja rumah, anak-anak yang bertuah sebab kerenahnya memang boleh buat kita sekejap senyum manis sekejap senyum pahit. Tang mana lagi yang tak bertuahnya…

IMG_2906

Salam sayang dari tuan tanah..ke laut…bukan kedaung..hehehehhe…

Harga rumah merudum jatuh…minyak punya pasal…

IMG_2976 Langit tak selalu cerah kata cerita melayu..

Perkara pertama yang saya perasaan masa baru sampai di Aberdeen ialah signboard yang kata “Welcome to Aberdeen..the oil capital of Europe” lepas tu memang tak akan lupa lah yang Aberdeen ni kota minyak…Sikit-sikit oil and gas, sikit-sikit oil and gas. Sampai ada masa tu lebih ramai rakyat Malaysia yang berkerja dari student…kerja oil and gas la apa lagi….

Masa nak sewa rumah…cari-punya cari sikit punya susahla..dua minggu kami tinggal di temporary accommodation yang kami sewa perminggu. Sebab keluarga saya ni ramai, jadi rasa tak manis nak menumpang rumah student lain..lagi pun anak-anak dah besar-besar..mereka pun mungkin tak selesa menumpang dirumah orang lama-lama..

Asal dapat rumah je..mahal..off budget..atau pun only for professional tak terima student. Rumah yang dekat dengan kampus jangan cerita la..kalau flat teruk-teruk sikit dapat la yang 3 bilik £900. Masa tu scholarship saya cuma £1200. Kalau sewa je dah 3/4 dari pendapatan macamana pulak..Kalau kami tak nak..berlambak lagi orang yang nak..orang oil and gas kaya-kaya, macam orang minyak..kalau kereta mewah tu main parking kat tepi-tepi  jalan je.

Kami expend sikit pencarian..dapatlah rumah dikawasan industri, jauh dari university, jauh dari sekolah bagus, jauh dari masjid, memang kawasan pure Scottish dan Polish yang terima benefit dapatlah satu rumah 3 bilik £800. Tuan rumah kami Ajex, orang India, tapi dia ramai kenalan orang Malaysia.. alhamdulilah dia nak terima kami sewa…

Macam tu la kisah sewa rumah di Aberdeen, ada family yang cari rumah sampai tiga minggu menumpang rumah kawan tak dapat rumah yang sesuai, bila ada kawan tanya nak datang Aberdeen saya selalu nasihatkan fikirlah 2-3 kali, bila sewa je dah 3/4 dari pendapatan, nanti nak makan apa..lebih-lebih lagi kami yang keluarga besar..

Tapi baru-baru ni harga minyak jatuh merudum…tiba-tiba suasana Aberdeen jadi malap. Sana sini banyak sangat company tutup, yang buang orang. Ramai Malaysian yang dah lari balik. Memang nampak suasana malap. Kalau dulu setiap hari boleh dengar bunyi heli tak berhenti turun dan naik hantar ambik orang pergi offshore..sekarang sehari payah sekali nak tengok helicopter. Yang lalu lalang pun mungkin heli bawak patient pergi hospital…katanya hampir 65% perkerja sektor oil and gas di Aberdeen ditamatkan kontrak, dibersarakan atau diberhentikan..

Tiba-tiba..iklan house to rent kembali mencacak naik…house to sale pun sama. Jiran 2 selang 2 pintu kami pun nak jual rumah…

Saya tengok harga rumah sewa semakin merudum.. masa zaman mahalnya rumah 2 bilik di Aberdeen ni boleh mencecah £800-£1000, tak ada siapa pun yang persoalkan. Bila saya check hari ni harga rumah sewa dah turun lebih dari 15%. Ada satu rumah tu mula advertise bulan Julai letak £800, akhir Julai dia turun jadi 770, lepas tu turun lagi £750, £725 dan yang terkini, £675…Dulu agent sangat lah sibuknya cari landlord. Siap bagi iklan yang diaorang akan bayar sewa pada landlord walaupun rumah kosong, sebab mereka dah kira-kira jarang ada rumah kosong lebih sebulan kat Aberdeen ni..tapi sekarang ni mereka yang terpaksa turunkan harga rumah sebab nak dapatkan tenant dan tak sanggup nak bayar janji-janji tu dulu…

Kami pulak dah nak dua bulan siling bocor tak berganti. Jiha dan Ali dah dapat selsema sebab tidur tilam atas lantai di bilik Sarah. Sarah pulak bila ada 3 orang dalam bilik kecik tu dia kepanasan..dia pun bukak tingkap, semalaman bukak tingkap hasilnya..selsema. Pulak tu setiap malam bergaduh, ada je sebab nak gaduh. Macam tu la kalau dah berkumpul dalam bilik ramai-ramai. Ibu dia orang dah naik stresssssssss…

Tapi masalahnya kami dah nak balik lagi tak sampai 6 bulan, nak pindah randah satu kerja yang tak mudah. Susah nakcari agent yang nak buat kontrak less then 6 bulan, lepas tu nanti nak kena tukar sekolahla…macam-macam..nak bayar down payment la…tapi kalau biarkan hati sakit, mata semak. Abis tu acane?

IMG_3026

Tok sah stress-stress sangat…Marilah kita layan gambar bunga ni…bunga ni bukan Rose yea..nama dia Lisianthus atau Eustoma..mula-mula dulu saya pun ingat bunga ni species Rose..lepas beli baru tau…

“Eustoma is particularly popular and has a number of cultivars that are grown for the cut-flower market. The cultivated flower is also often known as Lisianthus, Texas bluebell, prairie gentian,[8] tulip gentian, or just gentian, although the last name can cause confusion with the related Gentiana plant genus. Eustoma is named after the Greek words eu, which means beautiful, and stoma, which means mouth. Lisianthus on the other hand comes from the Greek words lissos, meaning smooth, and anthos, which means flower.” Sumber dari Wikipedia.

Bertuah punya budak….

IMG_3039

Saya cerita-cerita dengan Ali masa tunggu Jiha balik dari sekolah. Dia tanya pasal kisah datuk nenek dia zaman dulu-dulu. Ayah kata “Do you know that my grand dad’s name was Ali?.. Wah..Ali suka la..walaupun dan cakap banyak kali “you were named after your great grand dad”..bukan nak ingat budak sorang ni…

Lepas tu dia sibuk tanyala, Atuk Ali tu masa perang dunia dia lawan Jepun tak, “Did he know karate?” excited dia ni tanya..Saya pun jawablah..no Ali people back then practice Silat..”What is Silat Ibu?”…wah good cultural lesson ni..lesson percuma dalam kereta.. Saya pun buk bak buk bak cerita silat tu macam tu macam nih, sambil buat gaya bersilat siap sound effect lagi.”Ting tang ting tang..ting tang ting tang” saya bersilat dalam kereta…well dia excited at first ikut bersilat…until…

“Ibu..I don’t think I like Silat..” Ibu terkejut lalu tanya “Why Ali?” “I want something that you can fight straight away..you might be killed while doing the ting tang ting tang…” dussss dashhhh..ambik kau sebiji…

Betuah punya budak…ke mak dia salah ajaran nih….