Mangkuk!!!!!!!!

 

IMG_3432A bowl of fruits

Hidup ni macam semangkuk buah, manis masam pahit kelat semua ada…tapi semua baik untuk kesihatan…itu je maksud gambar nih… tapi bila gambar ini diwatsappkan  ehhh  lain pulak persepsi orang… “Wah..portmeirion tu..” ehh kesitu pulak..

Jemahaat semalam kan Black Friday, orang shopping gila-gila  Sampai Ali pun tanya “What is Black Friday ibu?”sebab dia  dapat flayer dari toys shop …keji betul orang yang edar toys’ flayers kat budak-budak.. terutamanya menjelang krismas. Sungguh keji. Ramai kawan-kawan yang bukak kedai online beli gila-gila masa sale tu..set cawan portmeirion tinggal lebih dari setengah harga ..kawan ni beli berpuluh-puluh set. Kawan tu beli Philip Airfryer harganya bawah harga gila..berpuluh-puluh..sambil berbual sambil jawab customer order kat Ig. #belijangantakbeli# agaknya tag kita sekarang ni..#lagimahalagibagus# ..#biarpuashati#, #duittukalautakgunahabisjugananti#…

Akak? .. kalau orang tanya “beli apa-apa tak masa Jumaat yang gelap tu?” saya jawab “Akak dapat makan dan bayar sewa rumah pun dah syukur sangat dah…”..caya tak?….ha.hah.hahhhhaaahhh..bergantung kepada persepsi masing-masing…

Entri yang represents akak punya pemikiran yang celaru…masa sangat mencemburui ku.

Mengalah Jua…

Semalam salji turun dengan lebatnya. First snow untuk musim ini…hahahha..ingat musim lepas adalah snow terakhir kami..kami merancang Allah jua lah yang menentukan…

Gambar snow last season, kami singgah di Gleenshee beria-ia nak ambik gambar terakhir dengan snow..show pun dah tinggal seciput, masa ni dah nak masuk Mei kalau tak silap, snow cuma tebal kat area yang kami bergambar tu je…belakang-belakang tu semua dah licin botak..sebab tu gambar semua kena cangkung..kalau ambik full tentu nampak bukit kat belakang yang dah botak hihihi…

Tapi tu la..rancangan Allah maha hebat..semoga Allah berikan yang terbaik  bagi kami.

Dan malam ini kami mengalah jua, setelah suhu drop 0 dan feel like -2 kami akhirnya bukak heater rumah…aisshhhh…ingat apa la sangat kannnn..

Yang magic tu anak-anak biasa je dalam rumah. Selama ni tak ada lagi yang mengeluh sejuk, mungkin suhu dalam rumah pun agak panas, sebab kami banyak menghabiskan masa di tingkat atas. Kalau makan di meja makan, memang semua berjecket tebal..hihihi..Jiha kata Ali “Penguin Artic”. Cuma ibu diaorang je yang komplen..kaki dah dah start gatal-gatal dan kalau terlanggar benda keras azabnya rasa…dah tua agaknya…

Makin lama duduk sini..tengok snow je dah terbayang bil heater..

Luruh Hati

Memangla sekarang ni musim luruh..dan nak masuk winter pun…hati pun jadi luruh..jadi macam mellow je..kenkadang sedih kadang pilu kadang suka..musim yang tak berapa ceria. Sekarang saya faham kenapa orang putih gila sangat bila nak summer……

DSCN4509

Banyak benda yang menyebabkan hati saya luruh..orang dan kerenah birokrasi adalah antaranya. Orang…ahhhhh..ahhhh sungguh kita tak mampu mengubah orang, Allah jualah yang berkuasa, yang kita mampu ialah accommodate diri kita untuk menerima orang tersebut seadanya… Jika itu kesukaanya kita terimalah, walaupun banyak masa ia mengores jiwa kita…menggangu fikiran kita. Kadang letih kita berperang dengan diri sendiri. Lantas hati jadi mellow macam nih..

Karenah birokrasi pun satu issue yang buat kita pening sangat, sebenarnya dengan sekali flip je kita mampu memudahkan hidup orang lain, fahami situasi orang lain, suburkan rasa empathy dan kasih sayang. Tapi entah..rasanya ramai manusia memilih birokrasi untuk sembunyikan kekurangan diri, kurang kasih sayang barangkali…menjawab seperti robot yang diprogram pada awal 70an…hemmm ciri-ciri  binary nya sangat kelihatan..kalau tak 1 mesti 0, tak ada guna rasa halus manusia untuk melihat 0.5 or even 0.0001 pun.

Sekadar catatan musim luruh…

Hamba Watsapp

Saya terbaca pasal orang yang merasakan dirinya menjadi hamba whatsapp..dia merasakan dengan penggunaan whatsapp sebagai medium komunikasi bagi pejabatnya menyebabkan dia meluangkan banyak masa mengadap handphone berbanding dengan bersama keluarga..dia kata dengan whatsapp boss dia boleh perintah dia bila-bila masa boss suka tanpa mengira waktu, dan jika dia tidak memberikan maklum balas segera dia dianggap tidak effisien. Tanpa mengira waktu cuti dan selepas waktu pejabat aktiviti whatsapp berjalan rancak, berselang seli antara kegiatan kerja dan kegiatan sosial…ermmmmm…. errrmmm

Fenomena biasa rasanya yang berlaku di pejabat-pejabat di Malaysia sekarang, orang menggunakan kemudahan teknologi, satu hal ia sangat bagus sebagai media komunikasi tanpa batas dan kos yang murah. Tapi disatu hal yang lain orang menggunakannya tanpa mengambil kira hak orang lain. Sebenarnya kes boss arah berkerja diluar waktu pejabat bukanlah bermula waktu whatsapp, malah zaman sms lagi dah mula boss minta kita respond secepat mungkin. Kadang hari minggu, kadang tengah drive, kadang dah nak keluar makan, tak jadi..masuk balik bilik. Bezanya masa tu kita boleh buat tak tau je kalau kita tak nak respon sebab boss tak tau samada kita dah baca ke belum massage tersebut. Tapi di zaman whatsapp ni, boss boleh nampak samada kita dah baca atau belum massage tersebut, atau pun lebih parah lagi boss boleh tahu pukul berapa kita last online, tapi kenapa kita tak balas massage dia..parah…

Zaman boss suka suruh saya kerja hujung minggu dulu, saya buat kerja dengan minat, masa tu anak-anak pun tak ada masalah, suami pun sibuk, jadi kalau kena pergi pejabat hujung minggu pun tak banyak masalah, kadang boss sampai tempat parking, dia tengok kereta saya tak park lagi dia boleh call, “You kat mana?”..Allah boss saya tengah drive ni.. sebab dia tahu saya selalu datang awal.. tapi kadang saya tengok call masuk malam-malam dari boss saya buat tak tau aja..atau pun lebih sadis saya biarkan en Suami jawab..kadang-kadang boss pun kita kena bagi tahu batas-batasnya..

Tapi boss tetap lah boss, kadang dia menilai siapa yang respon sebagai effisien, sedangkan yang tak respon sebagai tak bagus. Di situ sebenarnya masalah kita , bukan whatsapp, bila orang salah guna kemudahan, bila orang guna kayu ukur yang salah untuk menilai orang lain. Bila tanggungjawab bertambah dan ditambah beberapa masalah keluarga yang lain, saya jadi susah nak bergerak dan berkerja hujung minggu. Saya jadi tak avilable banyak masa, saya jadi kurang productive dimata sesetengah pihak. Padahal semua kerja tak ada yang tertangguh..walaupun saya tak boleh stay back lama-lama di office, tapi saya start berkerja jam 4 pagi dari rumah…bila keadaan berubah saya sendiri merasakan diri menjadi kurang productive..atau saya sendiri merasakan boss melihat saya kurang productive…

Tapi saya rasa kita tak perlu berkecil hati sangat sebab yang sebenarnya menilai kita ialah Allah, dan Allah uji kita dengan berbagai ujian, Allah uji kita dengan membuat pilihan antara kerja dan keluarga. Antara nak dipandang mulia oleh boss atau nak dipandang mulia oleh Allah. Sedangkan boss juga sedang dinilai oleh Allah, adakan dia adil dalam menilai staffnya. Adakah dia paham konsep menghormati hak-hak manusia lain..

Tapi yang satu ni saya tengah marah… pasal orang yang tak reti nak balas e-mail. Saya ada e-mail ke Perbendaharaan Malaysia pasal pinjaman perumahan saya. Dah la call pusat panggilan BPP berkali-kali tak dapat sambungan..bila sampai part “anda adalah pemanggil yang ke lapan” je lepas tu terus je “terima kasih kerana menghubungi bla-bla bla-bla..” putus..Naik darah naga Loch Ness.. lepas tu next step kita hantarlah e-mail kan sebab tak boleh nak datang sendiri, seminggu tak berjawab..tak ada berita langsung.. jawab lah “E-mail puan sudah diterima dan dalam perhatian kami”..centu lain kali, supaya kita ni tak tertunggu-tunggu..

Tapi untuk berlaku adil, kita lihat balik lah kes whatsapp dengan kes e-mail nih…apa-apa pun berilah maklumbalas, yang staff kena whatsapp diluar kawasan dan waktu tu jawab la whatsapp tu dalam kawasan dan waktu, kadang kala walau lambat tapi dengan jawapan yang lengkap dan kerja yang bermutu tentu boss paham keadaan kita. Disatu hal yang lain, penjawat awam..buat lah procedure e-mail kena jawab, walaupun belum ada jawapan untuk pertanyaan..tolonglah jawab e-mail..dan minta maaflah sekiranya kita fikirkan perlu…

After all Allah jua yang menilai kerja kita…

Edinburgh yang cantik dan berbudaya

Hihihi tajuk tak boleh belah..maksudnya nampak sangat edinburgh kota yang mempunyai lebih tarikan budaya dan warisan kalau nak dibanding dengan Aberdeen. Kami ke Edinburgh, ibu kota Scotland masa awal bulan ini..kata tak da duit..kata kepepet..apa orang tak ada duit tak layak ke cuti-cuti..? apa orang kepepet tak layak ke jalan-jalan relaxkan minda..? ha marah..marah..marah…

DSCN4443

Edinburgh yang terkenal dengan Jambatan Merahnya…

Kami dah menjelajah hampir seluruh Scotland, sampai pekan terasing seperti John O’Groats dan Thurso pun dah kami lawati, tapi Edinburgh yang jadi daya tarikan pelancung seluruh dunia ke Scotland kami tak pernah singgah. Selalu lalu lalang je..so kali ni sebagai melengkap kan Tour de Scotland kami pun melawat la Edinburgh.

IMG_3558

  Edinburgh terkenal dengan jambatan-jambatanya. Ada 2 jambatan yang merentasi sungai Forth dan jambatan ketiga sedang dalam process pembinaan. Jambatan merah yang dikenali sebagai the Forth Rail Bridge ialah salah satu monument warisan dunia, mula dibina pada 1882 dan mula digunakan pada 1890 sehingga la ke hari ini. Jambatan ni ialah untuk laluan keretaapi manakala jambatan yang tak merah tu digunakan untuk kenderaan lain dikenali sebagai Forth Road Bridge. Seperti biasa ibunya yang lebih excited nak tengok jembatan dan nak bergambar..anak-anak tak kisah pun…biasa macam tu…pada diaorang soalan yang lebih penting ialah “nanti  hotel yang kita nak stay  ada wifi tak bu?”

 DSCN4450Tapi sekurang-kurangnya ibu terhibur melihat mereka spending time together..together diaorang dok tanya kenapa kita nak kena tengok jambatan…ibu????? IMG_3553Merenung masa depan…pada monument masa lalu

DSCN4473

Cantik kan bangunan kat Edin..

Lepas tu kami jalan-jalan dalam town, serius jalan sebab letak kereta jauh kat depan castle…kami nak cari Edinburgh Central Mosque. Nak cari makan jugak. Cantik betul masjid ni, kedudukan dia tengah town dan bersebelahan dengan Edinburgh University, sekitar masjid banyak kedai makan halal… insyaAllah Aberdeen pun akan ada masjid macam ni.. yang proper tempat solatnya untuk jemaah perempuan..sempat ke tak sempat yea nak merasa solat di Masjid Aberdeen yang baru..errrmmmmmDSCN4484 Jalan depan sikit dah masuk Edinburgh University…tak ada pagar tak ada pondok pak guard berbonggol hahahha..memang konsep Uni kat UK macam tu, terutama Uni yang ancient macam Edinburgh and Aberdeen, tapi Uni yang baru-baru yang post 60 macam Loughborough Uni saya masa master ada pagar dan pak guard..kalau Uni saya sekarang uni post 1992 RGU…entah..apa konsep pun tak berapa pasti yang tentu ada pagar tapi celah-celah tu kami biasa mencelah…

 DSCN4485  Sebahagian bangunan cantik Edin Uni

Tapi apalah maknanya seorang Librarian kalau tak excited bila nampak library..terutama academic library… tapi ambik gambar cover-cover jugak tuhh. Serius ramai betul Malaysian student kat Edinburgh University nih…dalam pada kami tumpang lalu kampus tu nak ke masjid.. lebih dari 5 orang student Malaysia kami jumpa..kalau kat Aberdeen dapat jumpa 5 orang melayu sehari kat tengah jalan adalah satu peristiwa besar..hahahah  DSCN4487  Belakang tu la Librarynya..hihihi..malu-malu tu ambik gambar

DSCN4492DSCN4493 DSCN4498 Inilah Edinburgh Castle..tapi kami tak masuk, satu sebab dah petang, dua sebab tak mampu nak bayar bayaran nak masuk.. tu la masalahnya nak berjalan kat UK ni, tarikan pelancong nya mahal sangat..bagi ukuran kami lah.. kalau kami lima beranak ni makan £50-60 jugak, sebab biasanya family entrance fee cover dua adults and dua children.. kakak dah kira young adult…dah kena bayar lain..ermmmm..so sesuai dengan konsep berjalan orang tak ada duit ialah… kita pergi tempat yang free-free ajalah..tempat yang kena bayar kita posing -posing je lah…

DSCN4502 Malam tu seperti biasa kami tidur travelodge.. ni pun satu benda yang tak suka orang anak tiga… tapi kami redah je la…DSCN4507 (2)Seperti biasa, kami tinggal di travelodge yang jauh dari town sebab nak murah…tapi Edinburgh senang je nak masuk town sebab banyak bypass… so malam tu bila Syahmi ajak kami dinner rumah dia…kami ok je.. Syahmi di budak medic Aberdeen dulu..dia dah lulus dan dia kerja kat Edinburgh.  Baik hati Syahmi ni.. sepatutnya ibu-ibu muda kat Malaysia berebut-rebut nak bersalin di sambut si Syahmi ni biar anak-anak korang mengikut dia ni..pandai, berbudi bahasa, baik hati..dannnnn pandai masak…hahahaha
 IMG_3567

Ni je gambar makan-makan kat rumah Syahmi..kami berborak je lebih makan-pun makan juga..sebab siang tadi dah makan nasi baryaini malam makan nasik lagi..tersandar……

Kita stop sampai tersandar je lah yea…nanti kita sambung lagi ..kalau saya ada mood la…

Gambo2 je lah dulu..

Busy..buat-buat busy …nak orang perceived kita sebagai busy…hakikatnya memang kena busy…masa sangat mencemburui ku..hehehe..senang kata..dah kepepet..hahaha…tapi layanlaa gambar autumn dulu…serius Scotland sangat cantik time autumn….

DSCN4491 DSCN4525 DSCN4534 DSCN4537 DSCN4544 DSCN4546
DSCN4588 DSCN4592 DSCN4594 DSCN4599 DSCN4553Cerita-cerita kemudian yeakkk…