Selamat Malam…

DSCN3185

Saya ialah insan yang penuh dengan perancangan dan risau gila takut rancangan gagal..saya jenis yang masa sekolah rendah tak boleh tidur malam kalau besok nak pergi lawatan…takut overslept tertinggal bas..sampai macam tu sekali…

Anak-anak saya gelar saya control freak kalau didapur..saya tak suka kalau orang kacau apa yang saya dah rancang nak buat and nanti hasilnya berantakan. Walaupun selalu tak berjaya, namun saya tak pernah gagal merancang….hehehe…

Dulu kalau ada masalah besar dan kecik kepala saya sangatlah serabutnya, kadang duit tinggal segitu tapi keperluan banyak nak guna memang saya selalu pening..risau..marah..geram dan mula membuat pengiraan, jangkaan, plan a, b,c,d dan seterusnya…saya sejak anak dara memang mengamalkan envelop belanja…tapi semakin saya rancang semakin teruk hasil perancangan saya…

Allah bagi saya suami yang sangat santai…tak cukup bawang putih..tak payah masak pakai bawang putih..boleh gitu…masa awal dulu memang mendidihlah bila tengok ke relax kan dia..sebab saya tak diasuh begitu..Bunda saya memang sangat determine dan disiplin orangnya…setiap keinginan pasti dirancang rapi…walaupun hanya keinginan yang sederhana, namun perancangan tak seharusnya sederhana…

Bertahun hidup dengan en suami membuatkan saya belajar give and take..saya banyak belajar santai dan sabar dari dia. Ujian kesabaran yang Allah berikan pada saya, ada yang berjaya ada juga yang fail…satu tandanya saya fail ujian Allah ialah kalau saya membebel kat en Suami pasal dia cool sangat…tandanya saya dah start nak fail la tuh…

Tadi saya berborak dengan en Suami…dalam keadaan sekarang hampir semua expectation saya berkecai, cabaran dan halangan datang dari semua arah dah tak tertepis lagi rasanya..adakalanya tadah aja…masalah semua bersusun tangga dalam kepala..tak habis memikir yang ni, kita boleh pause fikir yang lain pulak..SubahanaAllah..kadang marah kat orang lain kadang marah kat diri sendiri..macam-macam…hanya Allah tempat mengadu..tapi alhamduliah tiap malam saya boleh tidur lena…

Dah bahagian saya Allah uji saya macam nih…alhamdulilah.. si control freak ni dah boleh sikit santai..bila rancangan tak berjaya..kita tidur la dulu..semoga esok lebih cerah dan menjanjikan bahagia…selamat malam dunia..

 

Kau lappy ku

Bukan saya je dah letih dengan situasi sekarang ni…situasi tertekan ….tapi laptop ni pun jugak sama. Dia dah boring kot saya dok ketuk dia  hari-hari…

Ni la hasilnya jika saya menaip di laptop ini dengan kelajuan laju sikit je dari patuk ayam “a nak jadi dengan kau ni laptop haiiii…lain yaku nak tulis lain yang keluar…kau ingat kau soring je dah borin? kau ingat aku tak letke?…” macam tu la perangai dia sekarang…jadi untuk mendapat hasil yang sempurna saya kena taip dengan kelajuan laju sikit je dari siput mengesot..sambil dua tiga kali patah balik kena betulkan perkataan yang kurang huruf…

Puncanya hari tu landlord baiki atap, ada bocor sikit dalam bilik saya, betul-betul dekat meja study, tak perasaan langsung…tau-tau je laptop ni dah pandai berenang kuak lentang…Alhamdulilah masih bernyawa…tapi macam nih la….

Camon la lappy…jangan la buat I macam nih…I sayang you tau..dah 2 tahun kita bersama…tak kan you nak tinggalkan I masa I sangat memerlukan you…

Sampai hati you…Jangan la buat I geram dan marah, sama macam orang-orang rasmi berkaitan yang tak layan  e-mail dan pertanyaan I..Sampai hati diaorang lappy..You jangan la macam tu ok..bear with me lappy…insyaAllah sikit je lagi nih….

 

 

 

 

 

Doakan aku kawan..

Parliment British meluluskan untuk menyerang Syria…

Doakan aku kawan..untuk rakyat Syria yang tidak bersalah. Terkepung di tanah air sendiri, musim sejuk dan bom yang bakal datang…Anak-anak kecil kelaparan dan ketakutan..ibu-ibu yang kerisauan dan keletihan..ayah-ayah yang hilang entah kemana berjuang..doakan aku kawan…

Doakan aku kawan…untuk rakyat Malaysia yang baru menerima berita kenaikan harga pengangkutan dan penarikan balik subsidi..doakan aku kawan..semoga golongan berpendapatan rendah dan sederhana masih boleh berbelanja..semoga anak-anak mereka masih boleh minum susu..dan berbaju baru kesekolah..doakan aku kawan..agar ada hati-hati yang mahu melihat masalah rakyat..otak-otak yang mahu berfikir  dan kudrat untuk melaksanakan…

Aku juga perlu doa mu..kawan..doa Ayah..kerana Bunda tiada lagi..ketiadaan doanya sangat dirasai..dari kau tanya kapan aku akan kembali..ada baiknya kau juga doakan aku kawan..sesungguhnya aku lelah dan sudah tak mampu berdiri hatta sebelah kaki…

Doakan aku kawan..untuk Syria, untuk Malaysia, juga untuk diriku ini.