Bila rindu datang…..

Ke Makam Bonda ~ Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang

Advertisements

Hebah Si Arab

IMG_2638

Ini Hebah si Arab

Dia tabah

Dalam sebulan lalu dia menjalani pembedahan,

Keluarganya mengalami kemalangan dan anak kecilnya patah kaki,

dan Ibunya meninggal dunia akibat kanser

Tapi dia tak mudah putus asa

Semalam dia lulus Viva nya

Jadilah tabah seperti Hebah..

(But I’m gonna miss you girl….)…….

 

Tulip Datang Lagi

Kena baca macam bunyi “Tora datang lagiiiii” Mari saya bombard korang dengan gambar tulip yang saya beli seminggu lepas…

IMG_3949IMG_3950IMG_3951IMG_3952IMG_3953IMG_3954

Masa saya mula-mula kerja dulu ada prof cakap kat saya..kalau ada peluang ke Amsterdam pergilah melawat Keukenhof taman bunga yang penuh tulip…dua puluh  tahun dulu…saya sentiasa ingat kata-kata prof tu…tapi apakan daya..dua kali saya sampai benua Eropah tapi tak mampu jejakkan lagi kaki ke Keukenhof hatta Amstardam pun tak pernah jejak…InsyaAllah mungkin akan ada rezeki nanti…

Ingat nak bawak balik bawang tulip nih lah, saya pernah baca ada orang tanam di tanah pamah di Malaysia..hidup..cuma bunganya tak tahan lama…

 

Rabu kurang kerjaan…ehh..kurang perkataan

Saya memang suka benda yang perlukan kurang perkataan…entah..sehari dua ni idea mengedit je banyak idea mengarang eilek…

Ni gambo anak jantan saya sebelum dan selepas potong rambut..en Ayah kata dah nak balik Malaysia rambut tak boleh panjang..kena biasakan. En Ali memang dah cuak nak pergi sekolah kat Malaysia.. dia kata dia nak cakap kat cikgu-cikgu kat Malaysia “Come and learn from teachers in Scotland…you guys are too scary”.. hehe.. Sarah dengan Jiha yang lelebih takut-takutkan En Ali ni..sampai kadang dia termenung ..membayangkan cemanalah suasana sekolah kat Malaysia nih…kesian..

IMG_3863Selepas di plontos..joss…

IMG_3892

Relax la En Ali…Mungkin banyak yang gerhana macam lampu tu..tapi mesti ada yang ceria macam belon nih….Insha Allah..ibu doakan okey-okey aja…

IMG_3919

Selamat lah 2016

Dah 2016 dah alhamdulilah masih wujud lagi untuk melihat dunia tahun 2016..yang physical nya tak banyak beza dengan tahun 2015. Ingatkan malas dah nak upload entry baru..tapi bila tengok statistic ada je orang jengok blog ni hari-hari..rasa kesian pula.nanti tak ada pulak hiburan bagi  awak-awak yang datang berkunjung tuhhhh…

Hari krismas lepas kami tak buat apa-apa pun..saya masak special sikit, nasi ayam dengan roast chicken and cheese cake with cherry on top…maklumlah krismas..menu pun berbau rosemary..hehehehe.

IMG_3877Lepas tu memang kami dok rumah, orang lain merata pergi shopping masa boxing day…kami stay at home..almaklumlah sewa rumah kan kita bayar mahal, sayang nak keluar…hahaha..ayat orang tak ada duit. Tapi pergi juga tengok sale kat pekan, beli baju cucu sehelai dua..

Kesian tengok budak-budak ni memerap dalam rumah, en Ayah ajak kami pergi jalan-jalan tengok alam sekitar…kami ke Breamar makan nasi lemak..meh saya belanja gambo..nak belanja lain memang tak ada..

IMG_3894

IMG_3895

IMG_3896

IMG_3897

IMG_3898

IMG_3899

IMG_3903

IMG_3904

IMG_3906

IMG_3907

Betul-betul jalan makan nasik lemak je..Jiha langsung tak keluar  kereta sebab angin kuat sangat, kami yang lain ada juga stop toilet dan sholat, memang pusing-pusing tengok pemandangan. Ehhhh..tau-tau besoknya jalan yang kami lalu tu tutup sebab banjir dan tanah runtuh…

Dah seminggu tak nampak matahari, cuaca sangat miserable, kawasan banjir masih terputus hubungan dan masih on alert… cuaca semakin sejuk…kalau borak pasal weather dengan local pun semua kata cuaca winter tahun pelik ermmmm… selamat lah 2016