Setelah berdiam, timbul kenangan

Merapu akhir Feb.

DSCN0048

Percubaan menjadi tourist yang kadang tak berjaya

Saya belek-belek passport semalam…masyaAllah bare nya, ingat lagi masa undergrad passport kena ganti 2 kali dalam masa 4 tahun, sebab penuh..bukan sebab banyak berjalan, sebab setiap semester balik kampung,  raya la..kakak kawin la..macam-macam…jangan salah cekup…undergrad saya di Jakarta je…beli tiket sempati air…turun Singapore, naik teksi pergi kedai Atap, naik bas pergi bus stand JB, ambik bas ekspress balik kampung, turun kat highway, ayah jemput naik motor sampai rumah…best kan..

Hampir 4 tahun saya duduk Scotland, perjalanan saya sangat terhad, ada orang kata ruginya tak berjalan-jalan europe, ha’a saya pun rasa rugi…tapi saya bukan tourist, saya dan keluarga cuba hidup di negeri orang, berusaha memberikan kehidupan g baik untuk anak-anak, dan di Aberdeen harga sebuah kehidupan normal sangatla mahal..Namun saya merasa bersyukur, seperempat dari hidup saya dapat dihabis kan di luar negara. Sesungguhnya lain pengalaman jadi tourist dengan pengalaman sebagai pemastautin.

Contohnya, saya suka Jakarta, tempat saya jatuh bangun, gembira kecewa,suka duka selama 4 setengah tahun, sampai bila saya balik Malaysia saya tak suka, saya kena adapt dan adopt gaya hidup baru…takkan le sampai gitu…KL kan lebih best dari Jakarta…kat KL je belambak orang Indo. Hahhahah…orang mana tau kerinduan saya pada siomay di Jakatra, soto betawi belakang Sarinah, Naik angkut yang super laju dan ada dimana-mana saja. Pendek kata kita sebagai pemastautin ada je kenangan terselit di celah setiap simpang kota mastautinan kita….dan hanya sesama pemastautin sahaja yang dapat memahami nya…

Dan ada beza juga kalau kita hanya bermastautin selama setahun dan kurang dengan kalau kita dah berdiam lebih lama. Contohnya masa kami tinggal di Loughbrough masa master tak sama rasanya dengan perasaan kali ini. Masa tu memang ada rasa tourist, snow 2 hari, posing habis-habisan sebab tau tu je dua hari snow lebat…tapi kali ini di Scotland, snow dua bulan…tengok suka tapi nama nak posing….rentikan le..sejukkkk. Lain rasanya dengan tourist yang teruja tengok snow. Teruja teruja gak tapi kita tengok snow nampak jalan licin, bil heater dan cari deicer …

Kenangan yang disimpan dengan cabaran kehidupan, jarang orang nak cerita benda-benda macam nih…kalau kita baca blog orang yang suka travel…mesti kata..syoknya dapat main snow, or cantiknya tulip depan mata..orang-orang Scottish ramah-ramah…kita punya cerita pulak, bil sama mahal dengan sewa, kesian tengok tulip depan rumah tak berbela, dan dapat kunjungan dari jiran pasal kucing dia stress sebab terpijak minyak hitam dari kereta kita…hahahah…

Tapi itu lah rutin hidup yang akan dirindu, akan terbayang selalu depan mata…rindu bau tilam bantal yang terpaksa ditinggalkan, rindu periuk belangga di dapur tempat kita hari-hari bersilat, rindu ampai kain yang cuma dua baris dilaman belakang..rindu atuk Tom dan Navis anjingnya…rindu surau kampus yang banyak batu sembahyang syiah..rindu mocca latte Costa, rindu appointment hari Khamis pukul 10..  walau kenangan tak seindah kenangan tourist…secebis kehidupan ini akan kekal dalam ingatan.

Advertisements

Sukarnya meraih ikhlas…

Dalam hidup singkat ini , kita selalu ingin untuk jadi ikhlas.. tapi kita sedar akan susahnya meraih ikhlas..

IMG_2641

Pen yang selalu kita terima bila ada training, ikhlas ke publisher bagi? Ikhlas ada makna tuhhh kata Pak Abu bapak Cik Rohani..

Contohnya dalam kehidupan seharian kita, dalam berumah tangga misalnya, si isteri merasakan yang dia telah membuat semampunya untuk membina dan membahagiakan rumahtangganya. Si isteri merasakan dia telah banyak berkorban, beralah, dan menjaga perasaan pasangan. Bila dah berkahwin lama si isteri paham akan keadaan dan perangai suaminya. Ada suami yang payah hendak menyatakan terima kasih dan menghargai isteri dengan bunga, coklat, dan hadiah, macam kata ustad Nouman Khan macam ada ulcer dalam perut dan mulut bagi kaum lelaki untuk mengucapkan kata-kata pujian dan penghargaan terhadap isteri, tapi si isteri biasanya paham. Dah macam tu orang nya nak buat cemana…kannnnn

Tapi bila perasaan si isteri dijentik, tentunya hatinya sedihnya tidak terkira. After all I did..cheh..eceh nak drama bahasa ingeris la kannn…can you at least..jaga perasaan I. I tak mintak banyak just don’t hurt my feeling..mulalah kita berasa nak mengungkit, berasa nak luahkan perasaan, nak bagi orang paham..gitula kaedahnya…tapi sebenarnya kita salah ..kat situlah letaknya kesalahan kita..kita jadi tidak ikhlas..

Kita berharap pada manusia, kita berharap balasan dari manusia. yang sepatunya tempat kita berharap ialah Allah. Kita patut berharap agar Allah terima segala amal dan bakti kita pada rumah tangga dan beri balasan di Jannah. Berdoa lah agar kita dapat sifat ikhlas, melepaskan apa sahaja perbuatan kita yang lalu dari bergantung kepada manusia. Jika hari ini kita tolong orang, lepaskanlah rasa terikatannya dengan orang itu. Tak keterlaluan jika kita mengikat ikhlas kita dengan Allah..

Soalan Jiha… kalau kita buat good deeds sebab kita nak masuk syurga..adakah kita tergolong dalam golongan orang yang ikhlas. Saya berfikir panjang…ikhlas perlukan latihan. Melatih jiwa kita untuk ikhlas tentu ada cara-caranya. Seperti kita melatih seseorang, setiap pencapaian akan kita bagi rewards, sehingga orang itu merasakan perbuatannya itu bukanlah apa-apa yang memerlukan balasan. Contohnya kita melatih anak kecil potty training, setiap kali berjaya kita beri malteser, sampai dia dah tak terkucil lagi kita stop bagi malteser, begitulah kaedahnya saya rasa dalam melatih ikhlas.  Tahap orang biasanya macam kita ni, kita harapkan lah reward, dimana tahap awal ini kita ikhlas untuk syurga, bila nanti akan sampai tahap dimana kita rasa ikhlas ialah sebahagian dari kita..mungkin reward syurga bukan lagi motivasi untuk ikhlas..itu ialah tahap yang saya namakan sebagai kita ikhlas untuk ikhlas… ambik kao siap nama aku bagi ….tahap awal je pun kita payah nak capai…

Oleh itu banyaklah berlatih, bergantung harap pada Allah, jika sedih, jika di dunia kita rasa tidak dihargai, kembalilah kepada konsep ikhlas untuk syurga. Berdoalah pada Allah agar ikhlas kita diterima dan semoga mendapat balasan, mungkin disyurga mungkin juga mohon di fast forward di dunia melalui manusia yang bernama suami. Tu kannn sukarnya meraih ikhlas…

 

Kenangan..

IMG_3843Comel aja  lukisan Ali tentang family kami…

Serius nih… saya nak abadikan banyak kenangan saya dalam blog nih..jadi jika ada yang baca rasa menyampah minta maaf la..memang blog nih tujuannya nak simpan kenangan, pandangan dan perasaan saya..sebab yang selalu baca blog nih ialah saya sendiri…en Ayah pun baca jugak..kadang-kadang jadi tempat kami refer benda-benda penting yang berlaku dalam family kami..untuk itu saya kena gigih mencatat…

Tadi ambik Ali dari sekolah..jalan kaki dari rumah dengan kakak Sarah..dalam 20 minit juga sehala..sambil tunggu Ali keluar kelas..saya dok borak dengan Kakak Sarah pasal Ali balik Malaysia sebaya dengan dia terus masuk darjah 2. Lepas tu tanya dia ingat tak masa dia sekolah di Loughborough…langsung tak ingat budak bertuah nih..

“Ala kawan baik kakak nama Marufah tu yang duduk belakang rumah kita…lepas tu kawan kakak nama Megan yang selalu datang main dengan kakak..yang Jiha sedap je panggil di Dragon… Ingat?..” langsung tak ingat makcik sorang tu…

So..azam tahun baru cina saya ialah…saya nak tulis lebih banyak lagi tentang kenangan kami, siapa tahu besok bila diaorang baca balik blog nih diaorang boleh ingat masa-masa suka duka gembira sedih kami sekeluarga. Besok bila saya dah tak ada…they will have memories to keep…

Minggu lepas punya cerita..

Last week en Ayah buat surgery untuk remove 4 batang geraham bungsunya, dah lama dentist suruh buat tapi kami bertangguh dengan alasan nak buat di Aberdeen tak mau buat ditempat lain. Maklumlah susah nak bergerak dengan budak-budak ni tak ada siapa nak ditinggalkan. Tolak punya tolak sampai dah tak tertolak, last week kami menyerah di Glasgow.. ambik kau..sekali tu sampai ke Glasgow cabut gigi. Sebab Aberdeen punya hospital tak boleh buat dia tolak ke private hospital di Glasgow. Glasgow tu 2 jam setengah perjalanan dari Aberdeen yea.. macam dari KL nak cabut gigi pergi Ipoh or Taiping la jawabnya.

Tapi sebab hospital yang hantar, semua kos ditanggung oleh National Health System or NHS. Kami semua ditanggung oleh NHS, klinik, hospital, ubat, kalau budak-budak dengan spek sekali NHS tanggung. So berangkatlah kami ke Glasgow anak beranak..abis nak tinggalkan dengan siapa budak-budak nih, dan NHS pun bagi hotel untuk bermalam. Cuma dia bayar untuk pesakit dengan pasangan sahaja. Anak-anak kami tambah.

Merasalah kami duduk hotel 4 bintang yang luas siap dengan sarapan pagi lagi. So sampai Glasgow dalam pukul 11 pagi lebih kami dah boleh check in, lepak-lepak kat hotel sekejap , solat. Kami tinggalkan budak-budak dibawah jagaan Kakak Sarah.. pesan berbakul dah bagi, se barrel KFC dah ditinggalkan dengan makan-makan lain, wifi percuma pun ada…

IMG_4004

Masa ni pesakit masa masih boleh gelak sakaan…lepas operate bukak mulut pun tak boleh..

Sampai hospital..rasa macam biasalah hospital swasta, sama macam suasana hospital swasta di Malaysia.. layanan memang bagus lah, terus hantar ke bilik. Hospital Ross Hill ni memang untuk patient yang ada insurance dan yang tak sanggup tunggu lama2. Sama macam kat Malaysia juga. Check in semua masuk bilik, bukak tv..kita tunggu consultant datang. Consultant tanya dua tiga soalan, bagi tau resiko, dah..dia kata procedure dalam 45 minit je. Ok lah tak lama saya tunggu la… dan katanya kalau ok boleh discharge malam tu jugak..asalkan kami tak balik Aberdeen…

Pakar anaesthetic datang, buat lawak pasal kawan dia orang Malaysia yang sama kuliah dengan dia dulu, lepas tu dia kata tak ada apa-apa la ni..sekejap je, jangan risau..Ok. dalam pukul 4 baru turun bilik bedah..lama juga saya menunggu, hampir pukul 7 baru naik semula. Alhamdulilah ok, tapi patient dah tak boleh gelak dah la..masa belum kena tadi bukan main lagi gelak sakan…ni dah terdiam je..kesian.

Lepas consultant puas hati dalam pukul 9 kami discharge, mereka nak suruh stay lagi lama, tapi hati dah teringat kat budak-budak tu..entah apa la ceritanya, setiap setengah jam saya call, tanya ok dak? dan sembahyang?, mandi tukar baju…macam-macam, tapi alhamdulilah, Sarah memang boleh diharap jaga adik-adiknya.

Nurse tanya saya ke yang drive, saya mengaku je, sebab mesti dia tak bagi en Ayah drive punya… saya pegang kunci dan buat muka confident hehehe…Alhamdulilah sampai hotel jugak malam tu..selamatla..Tapi budak-budak ni kalau tak buat cerita bukan budak-budak namanya. Ada ke boleh main baling-baling bantal sampai terkena lampu meja..pecah lampu kaca tuhhh..aduh anak-anak…Marah jugalah sebab tak tau berapa pulak harganya nak kena ganti lampu tuhh..

Besok pagi kami bersarapan pagi di cafe hotel..anak-anak saya ni memang kalau di hotel atau makan buffet memang tak pandai makan, kalau kita ambik sana sikit, sini sikit, rasa tu rasa ni..diaorang tu makan cereal je dah kenyang. Padahal roti je dah macam-macam jenis, jem je dah sebakul belum masuk cheese lagi…ermmm.. Ali lagi la siap buat aksi nak muntah  ada…

Lepas tu berbekalkan pain killer en Ayah drive balik Aberdeen, tapi sempat singgah KFC sekali lagi..dan baru saya tahu yang KFC UK tak ada whipped potato. Puas saya bertanya dengan cashier tu..macam tak percaya pulak… memang side menu KFC kat sini cuma jagung, coleslaw dan fries. Ingat nak bagi orang sakit makan whipped potato…kesian orang sakit kena telan ayam jugak.

IMG_4028

Angin kuat hari tu, memang semua aktiviti di Canal ni diberhentikan…kami sempat layan ragam dua ekor anjing..yang tuan dia sibuk nak tunjuk kepandaiaan anjing dia menyelam, carik kayu..macam-macam…tapi Ali suka…

On the way balik kami singgah Falkirk, tempat yang ada bot boleh menyeberang terusan tu dan sembahyang jamak di Masjik Falkirk..sangat mengimbau kenangan masjid ni..masjid yang sama dengan jemaah di Livingstone, Anwar el Medinah juga nama dia.

IMG_4029

Singgah juga la di stadium Falkirk F.C. saja buat kenangan…

On the way balik kami singgah di rumah Saf, kunjungan terakhir kata budak-budak ni..”This is the last time we are going to their house, we don’t know their house in Malaysia, so we can’t visit them then”…gitulah kata-kata dema. Memang Nak besok balik Malaysia kita dah tak akan melawat kawan-kawan macam masa kita duduk UK ni, di Malaysia nanti suasana dah beza, pilihan dah banyak, prioriti dah bertambah. Walau duduk sesama taman pun belum tentu setahun sekali kita akan melawat-melawat macam ni…

Kesian kat patient, dia dah start sakit, perjalanan ada sejam lagi. Lepas solat Maghrib kami cabut balik..thanks Saf..untuk layanan yang istimewa setiap kali kami singgah Dundee. Macam rasa singgah R&R la pulak, rehat dan rawat. Banyak nak sembang dengan Saf..tapi kesiah kat en Ayah..dah nampak sangat keskitannya..

Alhamdulilah selamat sampai rumah, suruh budak-budak siap-siap solat dan ready for bed sebab besoknya sekolah dan dah ponteng 2 hari kan….sekian je la cerita orang kena cabut gigi….panjang bebenor la pulak…pagi besoknya lepas hantar Ali sekolah kami ke Airport hantar Saadah dan Zarir balik Malaysia for good..dah tak best dah kesah mengantor orang balik ni..kalau dulu mesti berjurai air mata menganto..kali ni..tak feel langsung..cuma kami dan dua orang lagi je yang hantar…kalau tak dulu penuh balai berlepas tu dengan Malaysian je kalau ada yang nak balik…

IMG_4038

Bye-bye Dhiya..baby comel yang aunty tengok dari hari first Dhiya lahir di wad bersalin sampai dah 3 tahun umur Dhiya..insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi..

Agaknya nanti kami balik pun macam ni juga kot..silap-silap tak ada siapa pun kat Aberdeen yang perasaan kami dah balik…tau-tau dah sampai Malaysia je…hihihihi…