Selamat datang Kuala Lumpur..dosa pahala bercampur…

Hahaha..tajukkkk…

Dah 3 minggu kami sekeluarga sampai ke Malaysia..komen anak-anak..panassssss.. memang kami silap langkah balik masa Malaysia kena Heat wave.. MasyaAllah memang kami sekeluarga menderita gatal-gatal, demam dan tak boleh tido.

Saya perasaan ada tiga benda yang sangat laku masa musim heat wave nih, 1. sabun dan shampoo dan yang sewaktu dengannya sebab sehari kena mandi 5 hingga 6 kali, baju kena basuh lagi..padahal kat Aberdeen kami mandi sekali sehari pun dah kira hebat dah…2. Ais batu dan minuman berais…Ali baru tau ada banyak pilihan air kat Malaysia selain sirap dan Milo ais..so sekarang dia dah venture  ABC dan air jagung…rasa tak sedap sangat badan minum air ais nih….tapi dah tak ada pilihan kena minum juga..untuk mengelakan terlalu banyak gula intake, saya buat air sendiri kat rumah..even juice pun rasanya sangat manis. 3. Aircon…”Akak kalau nak beli air con kena tempah 3 hari” macam tu lah kata-kata adik jurujual air con kat kedai elektrik di Dengkil…depan kedai dia bersusun-susun aircon orang dah book.

Anak-anak pasrah balik Malaysia, sebab dah bagi tau awal-awal lagi, tapi mak bapak masih bermimpi dapat ke UK semula..angan-angan ditengah hari la tuh…Saya kesian kat anak-anak, walau mereka tak mengadu.tapi dapat rasakan macamana mereka menderita dengan keadaan rumah yang panas, tak ada internet dan dah sebulan tak kesekolah…sorry yea anak-anak..ibu draged korang dalam situasi ni…

Tapi saya juga rasa bersalah sebab terpaksa bawa mereka berdepan dengan suasana Malaysia hari ni yang batas pahala dan dosanya sangat nipis..Rasanya hidup di Scotland lagi mudah nak terapkan nilai-nilai islam pada anak-anak. HAk dan batil sangat jelas, kita islam dan mereka bukan islam, jaga dan pamerkan akhlak terbaik kita sebagai muslim…ni pagi-pagi tengok orang drive tak ada timbang rasa, tak reti bersabar dan beratur..sampai kita pun rasa nak terikut sekali.. bukankah orang Islam kena menjaga akhlaknya sepanjang masa…anak-anak pun tangok keliru, tengok yang bawak kereta semua bertudung, muka melayu..tapi akhlak dijalan raya tak mengambarkan akhlak muslim…

Contoh yang satu lagi ialah TV yang sangat lah kucar kacirnya..anak-anak sangat terkejut melihat iklan Qu Puteh yang tak henti-henti sehingga mereka merasakan yang rakyat Malaysia semuanya dah inmmune dengan iklan dan promosi murahan seperti itu..sampai mereka kata..mereka dah tak sanggup menonton iklan Qu Puteh .”because we can’t restrain ourself from saying bad things about her” kalau nak difikir tak ada kaitan Qu Puteh tu dengan kita, duit dia nak taja dia punya sukalah…tapi kalau dia dah penuh kat airtime TV..sedikit sebanyak memang terkeluar umpat dan keji…

Di Scotland kalau nak buat dosa memang kena cari, contohnya instead of tengok channel documentary..gie tukar channel movie..kat Malaysia ni nak buat dosa senang sangat…peluang buat dosa datang tanpa perlu kita berusaha…sebaliknya kita yang kena berusaha untuk mengelak dosa datang bergolek ke rumah kita…Kedengaran sangat bias..tapi apalah yang nak diharapkan pada orang yang sedang menderita seperti cacing kepanasan…mungkin juga kedengaran seperti satu judgement yang sangat mengada-mengada… semoga kita semua dilindungi Allah.

Jiha kata..”I wish this is just a dream and when I wake up we will be in Aberdeen again…”