Haiiiii

Lama tak besiaran, tak ada apa yang menarik..pergi kerja meeting..meeting..makan meeting…hahahahah tak menarik kata ko!

Part seronok pergi kerja tentulah jumpa kawan-kawan yang dah 4 tahun dirindui, adik-adik yang selalu di buli..dan bos-bos yang pelbagai…part semi-seronok ialah duduk Unit yang kita tak pernah tahu pun sebelum ni and have to act macam tau sebab nak handle staff. Bos mesti kena tahu…tapi dalam pada buat-buat tahu tu, macam-macam la kita tanya staff, terus prosess dan simpan dalam memory.. untuk rujukan heheheh

Part yang tak seronok ialah part kena buat benda-benda yang skema contohnya ISO dan 5S…aduh, serius saya tengok prosidur kerja je pun saya dah nak pingsan. Saya bukan tak suka dan tak faham ISO (tapi 5S saya memang tak faham), dulu saya terlibat langsung membangunkan 8 prosidur kerja, dari zaman saya anak dara sampai saya beranak 3 baru  organisasi saya dapat ISO, tapi sebab kerumitan dan keridgitan dan kelamaan tinggal kerja-kerja tersebut menyebabkan saya rasa…peningnya…Entahlah, saya pun tak layak nak komen bebanyak pasal kerja, sebab saya baru je naik kerja 2 bulan dan ada adik-adik offis yang baca blog ni (budget ramai readers nihhhh padahal ada lah 8 orang seminggu..) jadi komen saya masih bersifat luaran dari dalaman dan siapalah saya, pangkat saya pun hanya kuli-kuli sahaja.

Pogress thesis sangat la slownya, semalam research coordinator saya call. Biasalah bagi semangat, sikit lagi..sikit lagi..and of course…you still have a wee bit time…tu yang sebenarnya dia nak ingatkan. Lagi satu dia nak bagi tau, examiner saya dah ditetapkan..dengar part tu je perut saya jadi nak muntah…

Ali Jiha Darwisy

Hip..hip..horeey

Kan ke best, kalau saya dengar berita tu saya boleh lompat-lompat macam budak 3 orang ni…..

 

Demam..

Saya demam..En Hubby kata saya demam sebab banyak sangat fikir, dia kata juga saya demam sebab rindu… MasyaAllah saya memang rindukan dapur saya..saya rindukan nak membakar cake. Saya rindukan masa menulis saya, saya rindukan masa produktif saya…

Biasanya bila berubah musim saya selalu demam, tapi kali ini saya mula dengan sakit tekak. Berjumpa doktor waktu tekak saya dah membara merah, batuk berkahak dan suhu dah mencecah 38.6. Allah.. baru saya sadar yang saya demam. Sebelum tu saya tak merasa diri demam, sibuk kesana sini menyelesaikan hal persekolahan anak-anak. Setelah disahkan demam, terus saja rasa tak bermaya. Syukur en Hubby sihat dan boleh membantu. Beberapa kali saya rasa sayu, walaupun anak-anak dan en Hubby ada, bila sakit biasanya insan yang kita ingat tentu lah ibu…Demam sikit je pun sentimentalnya lebih…

Ehh tau-taunya lepas tiga hari demam panas, kakak saya datang melawat. Tak ribut tapi hari tu hujan, dia datang rumah berdua dengan abang ipar. Walau kurang percaya dengan alasan kedatangannya namun saya gembira. Dia kata, hatinya tak sedap teringatkan saya..tau-taunya saya demam. A simple gestures Allah hadirkan di hatinya, seakan membuat rindu saya terubat. Puan doktor datang ke rumah mencari pesakit.., nasib baik tak bawak MC kertas kuning..hihihihihi

Alhamdulilah demam saya dah kebah tinggal batuk dan selsema je…nasib baik tak perlu tadah urat ambik darah untuk ujian denggi. Alhamdulilah juga tak perlu ambik antibiotik. Doktor di Malaysia memang akan cadangkan ambik antibiotik walaupun baru demam 2 hari. Teringat kisah kawan saya yang menangis-nangis di depan GP di UK meminta antibiotic setelah seminggu demam, namun tak berjaya. Saya bukan anti antibiotic, lagi lah bukan anti-vac. Tapi part antibiotic saya agak lemah sedikit, biasanya kalau dah demam berlarutan dan berbalik-balik saya akan minta antibiotic.

Setelah MC 2 hari, saya mula berkerja semula. Tapi penyakit yang satu lagi tu masih jugak belum baik. Rindu saya belum kebah….saya rindukan pemandangan ini…

spring in garthdee 1

Pemandangan hamparan daffodil berhampiran kampus laluan setiap hari..

spring in garthdee 2

Daffodil Putih

spring in garthdee 3

Daffodil yang muncul macam magic bila spring

spring in garthdee

Sebenarnya gambar ini dirakam pada tahun 2012..namun setiap spring suasananya sama. Walaupun pekan-pekan lain meriah dengan tulip sewaktu spring.. Aberdeen mewah dengan daffodil.

Sekolah anak-anak…

Anak-anak dah start sekolah, by anak-anak maksudnya Jiha dan Ali….kesian Kakak..selalu aja ada masalah dalam hal sekolah…

DSCN1994

Tenangkan hati jum tengok Lavender Cotswold yang mewangi

Dalam mengurus hal sekolah tentulah kena berurusan dengan pejabat PPD, pejabat sekolah dan sekolah itself. Pejabat PPD Putrajaya memang la bagus, ramah tamah pegawai dan kakitangannya, tapi urusan tetap juga lambat. Mengambilkira penampilan luaran, kita memang tak paham masalah pejabat mereka, tapi kalau hal persekolahan je mengambil masa berminggu untuk diselesaikan tu pun bila kami datang dan menunggu sehingga selesai. Janjinya tetap sama, nanti kami telefon puan…sekadar janji nak suruh kami beredar dari pejabat tu agaknya…

Kaunter pejabat sekolah pulak, kakitangannya muka ketat, tak ada senyuman, padahal kami ni datang dengan senyum-senyum je, bukan nak serang pun, tetap jugak muka ketat, sampai kita buat lawak pun mereka tak mampu nak ketawa. Kesian sangat nampak macam menderita sangat jaga kaunter. Macam muka bersedia je nak kena marah, nampak sangat kerja tak happy …tapi dari belakang tabir boleh dengar suara gelak hilai ketawa.

Kami sempat menghantar Ali dan menunggu sehingga perhimpunan, tengah panas dari jam 8 pagi sampai 10 pagi. Dalam masa kami menunggu tu ada seorang budak kena serangan asma, ramai lagi yang lain berkeliaran sana-sini. Budak mana lah yang boleh focus lama-lama, tengah panas. Tapi kami tengok Ali ok je tegak…tentu sebab dia tak paham sepatah apa pun…hahahaha… tapi yang sedihnya bila Ali mengadu cikgu tampar muka pelajar, trauma pakcik tu tengok. Ali kata kelas bising, bila cikgu ajar ada budak jerit dan bercakap..Stressnya jadi cikgu..stress juga jadi murid..lagi stress jadi murid yang tak faham bahasa Melayu, dalam kelas yang tak terkawal….

Sekolah Jiha cuma sebelah sekolah Ali, terkejut Jiha bila dia kena balik pukul 5 petang setiap Isnin, Selasa dan Rabu. Kelakar juga bila dia cerita yang kawan-kawan tadika dia masih kenal dia lagi..cuma dia je yang tak kenal orang. Ok lah dalam kelas dia ada student yang baru balik dari Australia dan Jerman tak de la dia sorang the odd one out. Tapi bila dia cerita pasal kelas dia..terkedu jugak saya mendengarnya..Cikgu manis mengajar tentang jenis air, ada air hujan, air sungai, air laut…ehhh boleh pelajar lelaki menambah…’Ada satu lagi jenis air cikgu…I Love You!”…baru tingkatan satu je tuhhhh..

Tapi yang paling kesian selalulah Sarah…Allah tentu sangat sayang pada kakak sebab tu lah selalu ujian yang berat kena kat kakak. Tak ada sekolah yang mahu menerima kakak, sebab dah dekat sangat nak SPM. Kami faham, tapi kita usaha ya Kakak…biasanya satu pintu tertutup Allah bukak berpuluh pintu lain.. InsyaAllah.