Jalan Romantik

Ini ialah jalan paling romatik saya harus tempuh untuk ke tempat kerja sejak 14 tahun dulu..Jalan digigi hutan, berlekuk-lekuk, dan agak mencabar pemanduan. Jalan ke Bangi Lama melalui pinggir hutan simpan kekal. Bertahun saya  mengamati dan menikmati tumbuhan hutan yang tumbuh di lereng bukit ini, ada spesis buluh, rotan, bunga ixora, pohon bemban dan banyak lagi pepohon renek yang biasa tumbuh di pinggir hutan..serasa seperti melalui pengalaman menjelajah hutan pembelajaran alam..

Tapi tengoklah apa yg terjadi baru-baru ini, lereng bukit ini di tarah untuk membuat jalan baru, which yang saya yakin lebih besar dan lurus..mungkin untuk accomodate taman-taman perumahan yang berceracak naik di sekitar Bangi Lama…IMG_5158 (2)

IMG_5159 (2)

Pemandangan ini diambil dari jambatan Teras Jernang yang super sibuk, jalan alternative dari Bangi ke Putrajaya yang jemnya akan melewatkan perjalanan selama 20 minit…cheh macam laporan radio.

IMG_5157 (3)

IMG_5160 (2)

Kita biasa diminta memahami tuntutan arus pemodenan yang seakan berhak mengambil apa pun dan memusnahkan apa pun atas nama pembangunan…namun ia tidak dapat justify kesedihan saya melihat sekumpulan burung kecil berterbangan di atas tunggul pokok..which I assumed, used to be their home..

Advertisements

Garden of Cosmic Speculation

Awas ini ialah entry banyak gambar…jangan  muntah hijau menatap gambar kami…DSCN3863

Kami memang suka pergi tempat yang mungkin pelancong tak akan pergi kalau mereka melawat Scotland atau UK. Salah satu tempat yang dimaksudkan ialah Garden of Cosmic Speculation. Uniknya taman ini ialah ia hanya dibuka untuk umum sehari sahaja dalam setahun dan 40% dari keuntungan dari kutipan yang diterima akan didermakan ke yayasan kanser Maggie di UK. Letak taman ini ialah di Dumfrise , sekitar 4 jam memandu dari Aberdeen.

Kami sebenarnya hanya mengekori Faizal papa Darwisy. Sebagai juruvideo professional beliau telah lama memasang cita-cita untuk melawat taman tersebut, namun asyik terlepas pandang tarikh pembukaannya. Hanya pada Spring terakhir kami di Scotland, barulah impiannya tercapai.Entri ini sekadar merakamkan kenangan dan pemandangn indah kami semasa melawat taman unik ini..

 

DSCN3690Kalau dari segi bunga dan buah, taman ini memang tak menarik langsung. Tapi permainan banyak elemen sains kosmik telah membuat taman ini menyerlah dari taman-taman lain di dunia. Pemilik taman ini iaitu menggunakan unsur-unsur  kimia, fizik dan mungkin juga metafizik. Hehehe..which most of it saya tak faham pun..tapi view memang superb lah…Kami sampai sudah agak lewat kerana sepanjang jalan hujan, dan ketibaan kami disambut dengan becak dari tempat parking. namun ia tidak melunturkan semangat kami untuk melihat sendiri taman uniq ni dan menberikan justifikasi kenapa ia hanya dibuka sehari sahaja setahun.

DSCN3666Yang menjadi tujuan utama kami tentulah dua bukit nih yang kalau ambik gambar memang cantik dengan reflectnya kat air tasik..maka banyaklah gambar-gambar kat situ.bukit ni boleh dipanjat dengan jalan kecil yang dibina mengelilingi bukit. Tapi dah boleh agak dah saya, Sarah dan Aunty Aini mama Darwisy memang akan mintak turun separuh jalan ….gayat. Boleh nampak jalannya yang kecil dan dengan licin selepas hujan memang saya tak sanggup. Tapi seberang bukit tu ada kolam dan pemandangan memang awsome dari situ…

 

DSCN3865Cantik kannnn…..

DSCN3867Kakak sejak dah remaja nih lagi susah nak ambik gambar dengan dia, biasanya selfie je dia nak…so gambar ni kira rare la ni…kakak dengan ayah……

DSCN3868Ni lagi terlebih rare… ibu dan ayah

DSCN3869Masa ni suasana dah hampir tenang..ramai pengunjung dah balik…kami pun sebenarnya dah habis round satu taman, cuma cari tempat menarik untuk ambik gambar je...DSCN3801Rumah pemilik taman tersebut, isteri beliau telah meninggal dunia akibat kanser, jadi sebahagian kutipan masuk ke taman ini di salurkan ke badan amal berkaitan Maggie Center HomeDSCN3667Ali dan DarwisyDSCN3648Ibu dan teman gaduh…. Jiha..

DSCN3874Jalan mana-mana pun budak-budak juga yang gembira…

DSCN3903Balik kami melalui kawasan pendalaman yang sangat cantik, ada parit kecil yang airnya sangat jernih, kambing-kambing meragut rumput. Sunyi je jalan, kereta pun tak banyak..rasa nak pindah situ jerkkk…

DSCN3899

lagi pun kat situ tak ada kereta masuk line kecemasan…

Fish and Chips..tapi tak ada chips…

Ate cemana tuh….

DSCN2803

Full english breakfast di BnB yang kami tinggal di on the way nak ke John O’Groats..full English Breakfast..mesti ada cheese and butter..tost and jem..walaupun kami cuma mintak eggs and creals…dah namanya full english breakfast kannnn

Fish and Chip makanan yang sinonim dengan golongan kelas pekerja UK, fillet ikan dimakan dengan Chip (french Frise kalau American) dengan sour cream and vinegar. Tapi malam Jumaat lepas kami makan Fish and Chips tak ada chip…”Malaysian Style” kata owner restoren tu. Allah kak owner..macam makan nasik lemak tak ada sambal la…

Nasik lemak memang spoil kalau tak ada sambal or kalau sambal dia tak sedap. Biarlah kurang kacang ke ikan bilis ke orang masih lagi accept tu hidangan nasik lemak..tapi kalau sambal tak ada..adihhhh… spoil je.

Selain Fish and Chip restoren tu jugak ada serves makanan lain, malam tu kami juga order chicken grill, dan lamb chop. The rest of the food..so so aja lah, tapi the biggest spoiler memang Fish and Chip. Budak-budak tu kata ibu nih cerewet sangat la, tapi saya rasa sebagai owner restoren western food dia kena tahu dan kena alert in advance yang fish and chip dia ni fish togel aja and you kena order side to complete the dish..whilst kami dok terfikir kenapa nak kena order side dish kalau dah ada chip.

First time saya tulis review restoren nih…restoren tu dalam taman kami ni aja. Ambiance wise, sangat tidak digalakan bagi mereka yang takut kucing. Sebab banyak kucing dan kucing boleh aja lepak bawah meja. Harga wise..boleh la..cuma saya rasa potion chicken grill tu kecil sangat. Mungkin saya ni kedekut kot atau tak pernah makan kat kedai stake yang mahal-mahal untuk appreciate kemurahan harganya. But kadang bila kita nak satifaction harga boleh jadi no dua.

Soo out of 10..saya bagi 5-6 la..walaubagaimana pun..semua makanan malam tu habis dimakan..yela..membazir itu kan kawan syaitooon…

Librarian Day 16 April 2016…

Hahahha.. orang sambut hari guru la.. bukan hari librarian..hahaha sebenarnya saya pun tak tau bila hari librarian sebenarnya…

DSCN3167

Apa kata kita bagi bluebarry muffin sebagai hadiah…..

Librarian ialah profesi yang exclusive, jumlah penjawatnya tak ramai dan penjawatnya tak ada merata-rata di pelosok Malaysia. Tak macam cikgu dan jururawat, kat man-mana ada guru dan jururawat. Kat desa, pekan bandaraya dua jawatan tu selalu ada, tapi pustakawan hanya ada di gedung-gedung cantik, ofis-ofis dingin dan biasanya di kota ilmu dan di ibu kota sahaja. Makanya sambutan hari guru dan hari jururawat lebih signifikan disambut diMalaysia berbanding sambutan untuk profesi exclusive seperti librarian nih….

Anak-anak saya pun dah lupa tentang sambutan hari guru nih. Di UK hadiah untuk guru akan diberikan pada hari terakhir sesi persekolahan sebelum cuti summer yang panjang. Sebab sem depan akan pindah kelas dan tukar gurunya. Biasanya satu kelas hanya ada satu guru utama dan 2 orang pembantu yang mengajar dan membantu mengajar semua subject. Kami biasanya sekadar membeli jambangan bunga untuk guru-guru Ali, dan ini jarang berlaku untuk sekolah menengah. Lain halnya pulak di Malaysia.

Seminggu sebelum hari guru kedai alat tulis menjadi serbuan ibu bapa, penuh..begitu juga kedai dua ringgit. Masalahnya guru ynag mengajar satu kelas adalah dalam 8 orang (mewakili 8 subject). Berlubang juga poket mak bapak nak beli hadiah. Niat yang elok nak mengucapkan tanda penghargaan jangan lah ditambah dengan niak nak meriak.. “hermmm hadiah kita mug siap special print gambor lagi…hahahha..hadiah awak pen aja hahahaha..” Nasib baik kelas Ali, ada ibu-ibu yang nak buat hadiah berkumpulan, selamat pening kepala makcik.

Bagi profesi exclusive yang tak diraikan secara massive oleh rakyat Malaysia, janganlah anda risau, antaranya librarian, juruteknologi makmal, juru X-ray, kerani (Setiausaha lain yea), pegawai kebudayaan dan beribu-ribu profesi yang tak tersebut disini janganlah menggangap anda tiada peranan dalam membangun negara bangsa. Dan bukan guru je tiba-tiba ada peranan yang besar. Masa guru-guru nak masuk U ke Maktab ke dulu siapa yang buat blood test dan x-ray untuk pemeriksaan kesihatan mereka? Juruteknologi makmal dengan juru x-ray jugak kan…(hahahaha…memaksakaan..Mood baru buat check up di Pusat Kesihatan..hahahah)

Walaubagaimana pun exclusivenya profesi saya, tetap jugalah saya nak bagi ucapan seket….Selamat hari guru diucapkan kepada Guru SKBT, MRSM Muar, SMTM, UIndonesia, UofL’boro, RGU dan lain-lain guru yang pernah mengajar saya. Jasa anda menjadi bakti sepanjang zaman. (Macam la diorang baca blog nih nak ucap dari Indonesia sampai ke UK..tapi hakak ikhlas dikkkk nak doakan cikgu-cikgu akak terutama SV ku yang dirindui itwuuu….).

Nota kaki…kerin idea dah ni nak update blog…

Bangle

Saya ada terjanji dengan anak-anak, enam bulan lepas balik Malaysia diaorang boleh bela kucing..nyatanya Allah ada perancangan lain untuk kami. Memperkenalkan Bangle kucing kami…

IMG_4831

Bangle ialah kucing Angah, anak buah yang menjaga rumah semasa kami di UK. Dia memang nak bawak Bangle berpindah tetapi kesian tengok budak-budak ni dah sayang kat kucing tu…jadilah Bangle kucing peliharaan kami, tapi selalu saya ingatkan kat budak-budak ni, bila-bila masa Angah boleh ambik kucing tu. Bangle ni kucing kampung tapi jenis ekor kembang, “sooo cute” kata Ali. Tak le jenis bulu tebal ke atau unik macam kucing siam ke. Tapi yang saya suka ialah dia ni dah toilet trained. So Alhamdulilah setakat ni tak ada lagilah insiden dalam rumah.

Bangle ni kalau dalam tahun kucing, masih remaja lagi…jadi masih suka bermain, tangkap kaki, gigit-gigit manja dan penakut. Satu dia penakut kat kucing jantan yang nak mengorat dia, kalau nampak atau dengar ada kucing jantan yang mengatal sikit dia mulalah tak mau keluar rumah. hissing dan nak sembunyi belakang kaki kitaorang. Satu lagi Bangle ni penakut guruh. Kalau bunyi guruh dia akan sembunyi bawah katil…cute kan…Cute sangat sampai Kakak Sarah yang selama ni menjerit takut kalau nampak kucing pun dah claimed that Bangle tu kucing dia, siap tambah nama lagi Bangle jadi Bangle Alice. Tapi phobia dia masih ada lah…walaupun dia kata dia owner..tapi terjerit-jerit selalu kalau nak bagi Bangle makan, sebab Bangle ni suka tangkap tangan ke kaki kita kalau kita nak bagi dia makan….

Sebenarnya saya tak berapa suka bela kucing. Saya fikirkan renyahnya, tapi dengan Bangle saya kesian pulak. Lebih-lebih lagi lepas Jiha cakap kat saya “Ibu..even Rasullah loves cats, when cats sat not his prayer mat, the prophet gently removed the cats and continued his prayer..”. Allah..kalau bela kucing ni boleh bawa kami sekeluarga mencontohi Rasullah, saya fikir, tak apa lah saya mengalah. So from now on, hopefully…cerita-cerita Bangle pun akan selalu masuk dalam blog nih…

Kami pun pernah duduk Leicester

Hehehe…tajuk kasi sombong..saya pun pernah duduk Lecistershire. Masa kami sekeluarga tinggal di England tahun 2005-2006 kami tinggal di Loughbrough (Pekan yang termasuk dalam senarai pekan yang susah nak pronunce) Leicestershire. Ni ialah sebagai penghormatan sebab dah offical Leicester menang Piala FA.

loughborough-034Pekan Loughborough revisited 2012

Tapi inilah perangai manusia bila seseorang tu berjaya mulalah ramai yang mengaku kawan, kalau masa orang tersebut sedang bersusah derita, ramai kawan menjauhkan diri. Ada juga manusia yang dekat dengan manusia lain kerana kepentingan peribadi. Biasa lah tu dah lumrah kehidupan manusia macam tu.

Saya pun macam tu, selepas sampai ke Malaysia saya jadi malas dan malu nak contact rakan-rakan sesama di Aberdeen dulu. Situasi dah berbeza dan semua orang pun dah move on. Yang tinggal hanyalah kenangan manis dan pahit. Kalau dulu kami saling tolong menolong, maklumlah kalau kita tak tolong sesama kita siapa lagi yang kita nak harapkan. Besok masa kita susah tentu kita memerlukan pertolongan kawan-kawan. Ibaratnya menanam budi.

Tapi bila balik Malaysia, ruang untuk meminta bantuan terbuka luas, kita ada extended family, co workers, jiran melebihi adik beradik dan kariah masjid… contohnya lah…Kesibukan kerja, acara keluarga dan kesesesakan jalan raya saya fikir turut sama menyumbang kepada kerenggangan hubungan ukhuwah yang pernah dibina. Di tambah lagi rasa malu dan rendah diri…al maklumlah bila balik Malaysia tengok kawan tu duduk Bangi Golf Resort je kita dah fikir dua kali nak melawat, walaupun hakikatnya dulu sama-sama duduk flat 2 bilik atas butcher shop….kaedahnya lah….

Lom lagi tengok kereta apa pakai…tu semua dah kesampuk norma dan resam rakyat Malaysia. Suka benar menanda aras kehidupan orang lain berdasarkan rumah dan kereta apa yang dipakai. Encekkkkk…silap-silap itu adalah penanda aras hutang tu encekkkk…Giat orang bertanya saya…”balik Malaysia duduk rumah lama ke?”  soalan sebenarnya ialah “takkan balik Malaysia masih duduk rumah teres 3 bilik tu je?” Hellloooo…korang ingat kami duduk UK tu kumpul duit berkepuk-kepuk ke?…Tak salah persepsi juga orang2 nih…sebab konsep tu mungkin benar bagi orang lain tapi tidak benar bagi kami.

Biarlah apa orang nak kata, nak tanya, kalau ada masa saya jawab…kalau malas saya tinggalkan saja…ehhh..Lupa pulak kita nak cakap…kita pun orang Johor jugak…..ha marah..marah..marah….