Garden of Cosmic Speculation

Awas ini ialah entry banyak gambar…jangan  muntah hijau menatap gambar kami…DSCN3863

Kami memang suka pergi tempat yang mungkin pelancong tak akan pergi kalau mereka melawat Scotland atau UK. Salah satu tempat yang dimaksudkan ialah Garden of Cosmic Speculation. Uniknya taman ini ialah ia hanya dibuka untuk umum sehari sahaja dalam setahun dan 40% dari keuntungan dari kutipan yang diterima akan didermakan ke yayasan kanser Maggie di UK. Letak taman ini ialah di Dumfrise , sekitar 4 jam memandu dari Aberdeen.

Kami sebenarnya hanya mengekori Faizal papa Darwisy. Sebagai juruvideo professional beliau telah lama memasang cita-cita untuk melawat taman tersebut, namun asyik terlepas pandang tarikh pembukaannya. Hanya pada Spring terakhir kami di Scotland, barulah impiannya tercapai.Entri ini sekadar merakamkan kenangan dan pemandangn indah kami semasa melawat taman unik ini..

 

DSCN3690Kalau dari segi bunga dan buah, taman ini memang tak menarik langsung. Tapi permainan banyak elemen sains kosmik telah membuat taman ini menyerlah dari taman-taman lain di dunia. Pemilik taman ini iaitu menggunakan unsur-unsur  kimia, fizik dan mungkin juga metafizik. Hehehe..which most of it saya tak faham pun..tapi view memang superb lah…Kami sampai sudah agak lewat kerana sepanjang jalan hujan, dan ketibaan kami disambut dengan becak dari tempat parking. namun ia tidak melunturkan semangat kami untuk melihat sendiri taman uniq ni dan menberikan justifikasi kenapa ia hanya dibuka sehari sahaja setahun.

DSCN3666Yang menjadi tujuan utama kami tentulah dua bukit nih yang kalau ambik gambar memang cantik dengan reflectnya kat air tasik..maka banyaklah gambar-gambar kat situ.bukit ni boleh dipanjat dengan jalan kecil yang dibina mengelilingi bukit. Tapi dah boleh agak dah saya, Sarah dan Aunty Aini mama Darwisy memang akan mintak turun separuh jalan ….gayat. Boleh nampak jalannya yang kecil dan dengan licin selepas hujan memang saya tak sanggup. Tapi seberang bukit tu ada kolam dan pemandangan memang awsome dari situ…

 

DSCN3865Cantik kannnn…..

DSCN3867Kakak sejak dah remaja nih lagi susah nak ambik gambar dengan dia, biasanya selfie je dia nak…so gambar ni kira rare la ni…kakak dengan ayah……

DSCN3868Ni lagi terlebih rare… ibu dan ayah

DSCN3869Masa ni suasana dah hampir tenang..ramai pengunjung dah balik…kami pun sebenarnya dah habis round satu taman, cuma cari tempat menarik untuk ambik gambar je...DSCN3801Rumah pemilik taman tersebut, isteri beliau telah meninggal dunia akibat kanser, jadi sebahagian kutipan masuk ke taman ini di salurkan ke badan amal berkaitan Maggie Center HomeDSCN3667Ali dan DarwisyDSCN3648Ibu dan teman gaduh…. Jiha..

DSCN3874Jalan mana-mana pun budak-budak juga yang gembira…

DSCN3903Balik kami melalui kawasan pendalaman yang sangat cantik, ada parit kecil yang airnya sangat jernih, kambing-kambing meragut rumput. Sunyi je jalan, kereta pun tak banyak..rasa nak pindah situ jerkkk…

DSCN3899

lagi pun kat situ tak ada kereta masuk line kecemasan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s