Baju raya

Tahun ini kami beli baju raya awal, tapi bak kata en Ayah, selagi besok tak raya, takkan habisnya membeli..hihihi

DSCN1412

Ya Allah kalau tengok baju kat almari memang taubat nasuha nak beli baju lagi. Banyaknya baju yang masih elok-elok dan masih boleh dipakai. Walaupun banyak baju kami dah give away still banyak yang tergantung di almari-almari kat rumah nih. Tapi anak-anak memang tak ada baju kurung atau baju raya, sebab mereka membesar dengan jayanya selama empat tahun di UK, tetapi si ibu tetap aja maintain…hihihi maintain gemok…hahahah.

Jadi bermulalah kami berdikit-dikit membeli baju raya. Konsep saya senang aja, anak suka ibu setuju. Maknanya anak berkenan baju tersebut, jangan lah sebab nak matching kita paksakan warna-warna yang anak-anak tak berkenan. Kalau kena budak-budak rumah ni alamatnya sekali tu je lah mereka akan pakai. Ibu setuju maksudnya within range harga yang sesuai di purse ibu lah. Kakak senang sahaja, nampak baju kat supermarket, dia suka, ibu tengok harga, ibu suka, ok beli. So base warna baju kakak jadi base warna untuk baju raya kami. Ad hoc sangat kan…tak payah pakai konsep ke hapa ke, bukan nak buat research nak pakai konsep bagai..lagi pun ibu dah sumpek dengan yang namanya research, jom kita go wild sekali sekala.

Stage seterusnya tentulah memilih baju bagi anak-anak yang lain serta ibu dan ayah. Kalau kat Bangi ni banyak sangat pilihan, nak menangis menengoknya, kalau butik kat Bangi Central tu macam tak cukup signboard dah kat bangunan, kalau kat Bangi Gateway, jual baju sesaja. Beli baju untuk Jiha dekat butik kawan en Ayah, dema maklumkan kat group kawan-kawan en Ayah, ada kawan diorang bukak booth. Apa lagi kami serang lah…yang peliknya Jiha pilih baju dan kain yang hampir sama designnya dengan Kakak, cuma warnanya agak gelap, walaupun dia tak pernah tengok baju raya Kakak, sebab masa beli baju kakak dia pergi kem cuti sekolah. Ibu pulak senang aja pilih design yang sama dalam tonna yang lebih kurang sama. Tapi adakah kami mendapat diskaun melampau sebab tu kedai kawan sekolah en Ayah..errrrmmmm tak juga…. Seterusnya untuk baju en Ayah dan baju Ali, kami terus je beli baju melayu dengan warna yang senada, selesai…

Ehhhh mana ada selesainya, tak kan sepasang je, haruslah ada jubah menjubah, maklumlah kali ini kami beraya di negara panas, cuti raya je dah seminggu. Kalau dulu di negara sejuk, cuti raya hanya sehari, tu pun ambik cuti sendiri. Mula lah ni rindu suasana raya kat UK. Tak beli baju raya pun ok, recycle je baju tahun-tahun lepas. Kakak pakai baju Jiha, Jiha pakai baju ibu, Ibu pakai baju buruk..selesai….kalau ada rezeki lebih barulah merasa kiriman dari kampung, tak pun baju car boot  or baju murah-murah summer sale. Nak beli tudung memang tak ada la, harap paki shawl beli kat Primak je, kasut.. ermmmm..ermmmm boots pun lepas…

So untuk misi selanjutnya, nak cari jubah menjubah. Tapi tudung belum cari lagi, pin tudung sepadan…kasut or sandal raya ayoyoyo..kan en Ayah dah kata, selagi belum raya, jangan ingat kerja beli membeli ni selesai…

 

Advertisements

Tragedi Terawih…

This year sebab semua orang dah besar-besar, En Ayah ajak semua ke surau, masyaAllah kalau orang tau rumah kamila..surau depan rumah tu je..tapi memang saya jarang ke surau, boleh kira la berapa kali, alasan , saya selesa solat dirumah. So kira macam benda baru la solat terawih kali ni bagi kami. Malam pertama dan kedua terawih kami di kampung, malam ketiga barulah kami nak mula terawih di rumah sendiri.

Kerana anak-anak tak biasa bersolat terawih di surau, saya fikir lebih baik kami bersolat 8 rakaat dari terkejutkan mereka dengan 20 rakaat. Hari pertama terawih di surau, kami solat di saf yang paling belakang dengan niat nanti senang nak melangkah keluar. Kami keluar dari saf selepas bacaan doa rakaat 8. Agak aneh juga kerana jemaah wanita lain semuanya duduk tenang dan tiada yang meluru keluar dari ruang solat macam kami. Nampaknya kami anak-beranak je yang cabut nih..adihhhh

Malam berikutnya kami bersolat seperti biasa dan tetap jugala cabut selepas 8 rakaat, cara kami nak keluar tu sangat obvious sampai la makcik sebelah saya pernah menegur..”hai dah nak balik dah ke?”…sehingga lah hari Jumaat bila en Ayah bersembahyang Jumaat dan dia terbaca pengumuman di papan pengumuman …laaa rupanya surau tu memang  buat 8 rakaat ..Hehehe maknanya mereka yang lain yang tenang tu sebenarnya tengah menunggu solat witir je……

DSCN3476Haaaa..haaaaa tu nak kemana tu…tunggu solah witir dulu yea…

Alasan kalau orang tanya kenapa kami cabut alaw, saya nak kata kami nak witir kat ruman lepas solat tahajud nanti……hehehehe…

Summer yang Ramadhan

fort william 2Fort William- Early Autumn 2013

Disaat saya melihat teman-teman bergembira mengayakan jubah, motar board dan ada yang berKilt..saya dapat email putus cinta …SV saya akan meninggalkan university dan menyerahkan saya kepada supervisor baru…

Saya tak tau nak menangis atau nak ketawa, ujian datang di bulan mulia, berserahlah kepada Allah sepenuhnya.

Tapi tadi saya ke Pusat Kesihatan, dada rasa debo…siap buat ECG lagi..Alhamdulilah ok..

Stress jadi mak-mak kat Malaysia nih…

Anak-anak menjalani ibadah puasa dengan baik. Walaupun mereka masih bercakap tentang pengalaman berpuasa di Aberdeen, tapi nampaknya mereka enjoy puasa di Malaysia…Alhamdulilah.

IMG_3103

Yang saya nak cerita ni ialah pengalaman jadi mak-mak yang anak-anaknya bersekolah di Malaysia. Saya memang akuilah kecanggihan sistem laporan peperiksaan anak-anak di Malaysia yang boleh disemak secara online, tapi personally saya tak merasakan ianya satu kemajuan, pada saya ia sekadar menggunakan  teknologi dalam sistem pendidikan dan bukanya kemajuan dalam sistem pendidikan itu sendiri. Orang selalu menyangka bila semua dah boleh diaksess online, bila semua dah di hujung jari, maknaya kita dah maju. Tapi pada saya itu satu pandangan yang dangkal.

Saya fikir  interaksi antara guru dan ibu bapa murid lagi penting dari sistem pelaporan online. Manusia bertemu manusia dan bercakap bahasa manusia instead of melihat markah anak 90 ibu bapa dah bangga dan  update status di FB. Banyak lagi unsur-unsur kecemerlangan anak-anak yang perlu diambil kira, sahsiah, pergaulan dan tingkah laku di kelas misalnya hanya boleh diperolehi maklumatnya bila kita berjumpa dengan guru kelasnya. Bukankah yang kita mahukan ialah pencapaian anak-anak secara menyeluruh, dengan menyeluruh bermaksud kita lihat juga pencapaian sasiah mereka.

Lihat juga kerjasama antara mereka, bagaimana mereka menyelesaikan projek dan membahagi tugas. Ini sebenarnya kunci kita untuk melihat kejayaan anak-anak kita. Tak jarang kita dengar anak-anak yang pintar tapi tak berjaya kerana tidak pandai berkerja dengan orang lain, atau anak-anak yang biasa-biasa sahaja di kelas akhirnya berjaya dek kerana ketahanan dan daya juangnya. Semua faktor ini lah yang perlu guru-guru amati dan bimbing serta bincangkan dengan ibu bapa. Saya faham jika guru-guru terasa terbeban dek kerana sistem seperti ini.

Tapi yang mak-mak ni naik stress sebab pergaulan sesama mak-mak..Dah anak kita dalam kelas haruslah kita join group watsapp group mak-mak anak-anak kelas 2 XXX. Ayahnya siang-siang lagi dah surrender sebab katanya group mak-mak..terpaksalah ibunya yang hadap. MasyaAllah baik betul inisiatif yang diambil untuk berkongsi maklumat seperti kerja rumah or besok pakai baju PE ke baju sekolah, or untuk pendidikan seni kena bawak apa..memang sangat membantu.Tapiiiii…

Oleh kerana tiada guru dalam group tersebut, maklumat yang disampaikan bercelaru, tiada maklumat tepat. Akibatnya arahan yang simple jadi berbelit-belit dan kabur. Permintaan untuk memaksukkan guru kelas dalam group di tangguhkan kerana nanti takut terlepas, terkutuk dan termengata guru-guru kelas anak-anak. Saya kadang skip aja membacanya..tapi naluri tetap aja nak tau..hehe..terbaca jugak..kisah mak tak puas hati anak kena denda berdiri luar kelas..kisah tak puas hati dengan cikgu garang… lepas tu saya pergi tanya balik kat Ali…kesian kat Ali terkebil-kebil nak jawab.

Saya tak suka juga ada ibu-ibu yang sibuk update keputusan anak-anak dia di group. “keputusan XXX tak berapa baik kali ni, subject XX hanya dapat 78..subject XX hanya dapat 90…” Allah hu Akbar..ada aja ibu-ibu yang anak-anak mereka kurang menyerlah tentu rasa kecil hati. Sebenarnya macam-macam persepsi boleh timbul, samalah macam upload gambar makanan berbuka, mungkin ada orang kelaparan yang menjeling dengan geram…

Saya tak suka juga bila group disalah gunakan untuk berjualan, tapi saya faham, inilah medium paling baik untuk berniaga. Ibu-ibu, nak raya, wassap ..memang ramuan paling ampuh untuk business..hehehe…tapi sebagai ahli senyap saya ambil positive aja, memang saya akui saya pun terpengaruh juga..saya baca lepas tu saya sendiri merengus, kadang-kadang cerita dengan en Ayah. Namun tujuan perkara yang negetive saya bebelkan kat sini supaya ada orang boleh ambil pengajaran. Memang inilah sahaja yang mampu saya buat..selemah-lemah iman saya..hanya menegur dalam blog….

Puasa Empat Dekad

Umat islam mula berpuasa semalam…6/6/2016…juga birthday Jiha ke 13.

2013-06-16 10.06.25 - Copy

Happy Birthday Jiha..semoga menjadi anak Solehah, penyejuk mata ibu dan ayah-(di tangga Masjid  Aberdeen-2013)

Alhamdulilah tahun ini kami berpuasa di tanah air tercenta setelah empat tahun berpuasa di Aberdeen yang terkenal dengan jam puasanya yang lama…20 jam. Banyak kelainan berpuasa kali ini. Bagi kami inilah puasa pertama kami di Malaysia tanpa Tok Mak..Bunda yang telah pergi pada 2014. Tapi semalam buka puasa dan sahur di rumah kampung tetap sahaja meriah. Terima kasih Pak Cik dan Cik Noy yang on duty jaga Tok Yah, sekali harung jadi tuan rumah…Sehari sebelum puasa Cik Noy dah dah masakkan siput sedut masak lemak dan pucuk manis tumis air dengan keledek…Allah sedapnya…

Nikmatnya berpuasa di tanah air, tapi nikmat juga berpuasa di negara orang. Pengalaman saya berpuasa di luar negara yang pertama tentunya di Jakarta masa jadi student undergrad di UI tahun 1991-1995. Buka puasa dengan kolak dan kolang kaling. Alhamdulilah elok sahaja saya berpuasa. Buka di Jakarta biasanya lebih cepat sejam dari di Malaysia disebab kan perbedaan masa. Pengalama berterawih memang membuka minda saya masa tu. Maklumlah sebagai orang Melayu yang tak pernah melihat muslim dari negara lain pengalaman bertarawih di berbagai masjid membuatkan saya lebih terbuka. Terawih boleh sahaja dibuat 8 dan 20 rakaat dalam solah dua rakaat satu salam atau empat rakaat satu salam. Tazkirah boleh sahaja diselitkan ditengah terawih. Perbezaan yang patut kita sambut dengan hati dan minda terbuka.

Pengalaman berharga berpuasa di musim sejuk juga saya rasai di UK pada tahun 2005. Berpuasa paling singkat sekitar 7-8 jam. Imsak jam 7 pagi buka jam 3 petang. Tapi jangan kata berpuasa musim sejuk seronok sangat. Sebab berpuasa di musim sejuk pun menguji iman juga,  sejuk membuat kita lagi lapar sampai mengigil-gigil perut, sedap tidur malas bangun tahajud, sejukkkkkk…Masa tu saya sedang membuat Master, banyak kali juga saya berbuka dalam kelas bila ada kelas petang.

Kami juga merasa puasa dimusim panas, dengan waktu siang yang panjang. Berbuka pukul 10 malam manakala imsak ialah pukul 2 pagi. Masa makan yang pendek bermakna kita boleh berjaga sepanjang malam. Pukul 9 baru terhegeh-hegeh nak masak untuk berbuka. Sebab waktu berbuka yang singkat jarang sangat saya nak buka puasa beramai-ramai. Sebab buka..kelibut nak terawih, lepas tu dah kelibut nak sahur. Tapi di UK lah saya belajar banyak tentang amalan bersedekah dan amalan membaca al-quran semasa Ramadhan. Kalau dulu saya tekankan soal nak khatam al-Quran semasa Ramadhan, tapi semasa di UK saya belajar untuk membaca alQuran sebagai panduan, alhamdulilah bagi mereka yang ingat dan hafal alQuran sebagai pengubat hati. Tapi bagi saya yang daif ini saya akan buka mana-mana surah yang saya suka, kadang kala membuka mana-mana pages dan mula membaca al-Quran dengan terjemahan. Walau dari ayat mana pun yang kita baca, sentiasa ayat al Quran itu menjadi pengubat hati. Amalan bersedekah dan memberi makan orang berbuka sangatlah di kejar di sana. Restoren terkenal sumbang biryani sepanjang bulan, dan peluang orang perseorangan menaja seprah berbuka larisnya macam goring pisang cheese….

Alhamdulilah tahun ini kembali berpuasa di Malaysia, walau waktu berbuka tetap sama..namun suasana tentunya berubah. Kalau dulu Bunda sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka dan sahur, ayah pula berjemaah maghrib di surau selepas berbuka kurma dan air. Sekarang tiada lagi masakan Bunda di meja buka, Ayah juga hanya bertarawih di rumah kerana keuzuran..

Semoga Allah merahmati puasa kita kali ini