Bawa balik kereta dari UK ..semudah ABC.. errr… D.. E.. F.. G.. H.. I.. J.. K.. L.. M.. NO.. P.. Q…

Alhamdulilah Landy kami dah selamat berjalan di jalan raya di Malaysia…tapi urusannya tak semudah ABC..

IMG_5589 (2)Ada banyak faktor yang menyebabkan si Landy ni terkandas dua bulan, menunggu kelulusan JPJ. Banyak aja orang bawak balik kereta dari UK, ramai je yang urusannya semudah A aja… tapi tidak bagi kami…Jadi saya teringin lah nak kongsi kisah Landy kami..kot-kotlah ada yang boleh dijadikan panduan…

Landy ni kami beli setahun lebih sebelum kami balik Malaysia, sebab ramai yang tahu kereta hendaklah digunakan selama 9 bulan sebelum boleh dibawak balik ke Malaysia pakai AP persendirian. Penama yang nak bawa balik juga kena ada lesen di negara dia bermastautin..kalau did di Aberdeen kena ada lah lesen UK..Hong Kong..hehehe..yang last tu lawak je…infact yang first tu pun boleh jadi lawak jugak jika kena caranya…hihihi…

Kalau belum grad lagi usah bimbang anda masih berpeluang untuk mendapatkan AP persendirian ..asalkan ada bukti yang anda telah mendaftar diri ke organisasi anda di Malaysia…Alhamdulilah urusan AP sangat smooth, arahan jelas, dokumen cukup, office cantik, daftar semua dalam dua minggu dapat lah AP tu. AP hanyalah sekeping kertas nipis yang kalau kena hujan memang hancur..so kena jaga baik-baik yea adik-adik…

Kereta kami di shiped dari UK menggunakan syarikat Arcadia cawangan Scotland. Alhamdulilah services memang bagus, memang recommended la kalau nak guna service Arcadia Scotland yang berpusat di Glasgow. Tapi di Malaysia kami tak guna agent mereka, kami guna agent persendirian. Barang-barang kami pulak di uruskan oleh syarikat Edaran.. ermmmm.. ermmmm.. ermmmm panjang ermmmm.. Mungkin bagus Edaran ni kalau nak hantar kotak sikit-sikit tapi kalau nak hantar banyak, saya tak berapa nak recommand. Agent kat Malaysia ok, ok sangat. Agent kay UK je ada sikit miscommunication. Ini hanya pengalaman kami, mungkin bagi orang lain OK sesangat…

Kereta sampai Port Kelang akhir bulan April, agent uruskan urusan bawak kereta keluar port, kastam, rayuan kastam dan bayaran cukai. Cukai kami agak tinggi jugak bagi sebuah Land Rover Freelander buruk. Oleh tu selalu sediakan duit extra untuk tax, mana tau ingat 20K sekali jadi 25K..untuk orang lain mungkin tak de hal…tapi kalau yang duit cukup-cukup macam kami memang kena ada extra. Sediakan juga duit, untuk keluarkan kereta dari port, sewa gudang, insurance, pemeriksaan Puspakom dan bayaran road tax dan bayaran agent. Senang aja prosesnya.Kita sediakan AP..kalau nak agent buatkan pun boleh, agent uruskan cukai, bawak keluar kereta, bawak pergi Puspakom, daftar JPJ dapat roadtax, no plat..kereta dah on the road. Tapi bagi Landy kami…perhhh jalannya jauh berliku-liku.

Adatlah kereta UK memang berkarat, tapi sebab Scotland keadaan snownya lebih tebal, garam grit lebih banyak maka kereta lebih berkarat. Ingat yea adik-adik kalau bawak balik kereta buruk pastikan no engin boleh dibaca..jangan sampai dimakan karat jugak.. ni lah yang dialami oleh Landy kami. No engin di engin tidak boleh dibaca , beberapa no kelihatan sebahagian yang lain tak nampak. Alhasilnya kereta kami gagal pemeriksaan Puspakom. Sebenarnya ada sahaja tawaran penyelesaian segera, dengan sejumlah RM, tapi kami menolak. Langkah seterusnya ialah kereta akan dirujuk ke Jabatan Kimia untuk di surih nombor kereta tersebut. Kami gagal juga ujian surih tersebut dan dapat surat dari JPJ untuk bawak Landy ke specific bengkel yang berada di Putra Hight untuk tujuan mengecop no engin.

Masalahnya dari proses ke proses makan masa berminggu-minggu, dari gagal di Puspakom dan nak ke Jabatan Kimia dah sekian minggu, keputusan dari Jabatan Kimia je dah makan tiga minggu. Sampai ke had kami gagal ujian jabatan kimia agent dah tak mahu uruskan. Dia tak kata la dia tak mahu uruskan tapi dia dok kata “abang buat sendiri la lagi mudah”. Aganya dia dah rasa tak worth kot dengan upah yang dia dapat untuk hal-hal yang diluar jangka nih..Dan kami pun rasa tertekan juga sebab nak tunggu dia bertindak, sedangkan dia juga nak menguruskan kereta-kereta lain yang baru sampai.. tentulah kereta yang baru sampai tu jadi prioriti dia..jadi seterusnya kami uruskan sendiri aja.

Bengkel kata untuk cop no engin dia kena turunkan engin, dia charge untuk turunkan engin dan cop no engin sama dengan jumlah RM penyelesaian yang ditawarkan kepada kami awal-awal dulu. Sangatlah coincident nya. Kami sangat tertekan sebab kami meminjam kereta abang ipar, memang mereka tak kata apa, tapi dalam kami pakai kereta mereka, dua buah kereta mereka mengalami kemalangan. Kami jadi malu alah dan serba salah..Rasa tertekan juga kenapalah kami tak pilih aja jalan penyelesaian yang ditawarkan …akhir-akhirnya jumlah yang perlu di bayar pun sama banyak juga..Tapi guilty conscious kami masih tebal..insyaAllah kami dapat mengelak satu transaksi, kalau semua orang dapat mengelak transaksi macam ni moga banyak lagi transaksi dapat dielakkan..

Kereta kami siap di cop pada minggu terakhir sebelum raya, disebabkan kami sibuk dengan urusan kesihatan Ayah di kampung. Kereta hanya kami collect pada 1 July..yeappp..pada pagi Ayah pergi sebenarnya saya tidak disisi..saya dalam perjalanan mengambil kereta. Saya terima itu semua sebagai ketentuan dari yang Maha Esa.. dialah sebaik-baik pengatur. Untuk itu mungkin saya akan cerita dalam entri lain..Agaknya hari tu kelam kabut tak perasan, bila dah beberapa hari baru perasan, yang sistem elektronik kereta kami berfungsi macam biasa..maknanya jam masih berjalan, station radio masih tak terganggu….ada caranya nak turunkan engin tanpa mengganggu sistem elektronik kereta…..

Kereta seterusnya harus sekali lagi melalaui ujian Puspakom..tingkap yang dah lulus ujian sebelumnya  pun kena periksa lagi…ermmmm dah tampal stiker dah kata lulus…tampal jugak stiker satu lagi…ermmmm..entah dah SOP dia kot macam tu…haa..tingkap jangan tinted lebih dari had yang diluluskan di Malaysia ye…kalau tidak memang kena uruskan la dengan Puspakom. Dan untuk semua urusan ni ada fees dia. Macam kami dua kali masuk Puspakom, dua kali fees la kena. Lepas lulus puspakom..barulah boleh daftar ke JPJ…ehhhh belum boleh lagi…

Untuk urusan pendaftaran kereta AP persendirian, pemilik tak boleh just pergi je kaunter. Kena isi borang melalui  gateway. Gateway ni ialah syarikat yang menyedia kan perkhidmatan mengisi borang JPJ..dia buat borang online kita isi maklumat kereta, upload document  yang diperlukan, bayar fee, dia akan sediakan borang untuk kita download dan print. Saya kurang pasti apa tujuan diadakan gateway tu, mungkin ini ialah hasil dari innovasi jabatan kot, tak pun hasil dari projek KIK mereka kot. So print borang yang kita isi, kita uploadkan document dan yang dah kita bayar tu bawa ke JPJ barulah boleh bayar road tax, beli nombor, barulah kereta sah boleh jalan di jalan raya Malaysia.

Selama ni kereta ni berjalan menggunakan permit. Tapi yang kelakarnya ada Stesyen minyak  yang tak benarkan kami isi minyak kerana kami pakai no plat luar (masa kereta masih pakai nombor UK). Kami dok fikir jugalah adakah kereta Thailand dan Singapore tu bawak tong minyak bila nak isi minyak..mungkin jugalah..again itu mungkin dah SOP dia.. Ke sebab Landy kami pakai disel maka kawalan dia lebih ketat. Malaslah nak fikir..tapi nak cerita jugak kat sini sebab hal-hal diluar jangka macam nih ada berlaku yea adik-adik.

Akhirnya sehari sebelum raya, landy kami selamat jadi warga jalan raya Malaysia.. welcome to Malaysia Landy..officially…walaupun sebenarnya dah 2 bulan awak mendarat di Malaysia. Tu la adik-adik cerita Landy kami..semoga bermanfaat bagi yang nak tau macamana nak bawak balik kereta dari UK. Hehehe..tapi still Landy tak ikut kami beraya..Landy punya aircon tak berfungsi…aihhhh..duit lagi kat situ..

 

Raya yang tak seperti biasa

Bismilahirahman ni rahim…selamat hari raya… raya kami yang sudah tidak seperti biasanya…

Ayah pulang ke rahmatullah pada Jumaat 1 Julai 2016, empat hari sebelum umat islam menyambut hari raya. Bagi kami yang tinggal, raya tetap diteruskan, raya kami sebagai yatim piatu.

Saya merengek-rengek pada abang  untuk memasak ketupat, maklumlah dah 4 tahun saya tak merasa ketupat daun, abang turutkan jua lah kehendak adiknya, walaupun hati masih sayu nak beraya. Dengan niat hendak mengembirakan kaum keluarga terutama anak-anak buah, sambutan raya perlu diteruskan juga dengan persiapan  macam biasa. Setelah bertahun beraya diperantauan, ini yang saya rasakan bila kembali beraya di tahanair:

Raya kami yang tak mungkin akan jadi seperti biasa.

Setelah dua tahun Bunda pergi, Ayah pun mengiringi.

Tiada lagi tangan tua yang mahu dikucupi, pipi kedut yang mahu dicium semerbak mengharum.

Minyak attar yang melatari suasana pagi raya kini berganti parfume jenama terkini. Dipadankan dengan busana sedondon setiap famili.

Anak-anak sibuk bergadjet, mengambil gambar tanpa budget. Selfi, wefie dari setiap sisi mengharap like dari rakan di twitter dan FB.

Yang tua sibuk berwassap, rakan sekolah rendah, sekolah menengah, rakan mengaji. Beraya bersama sanak saudara, itu trend lama..kita beraya di reunion itu baru trend terkini.

Rancangan TV sudah hilang tarikan, mana taknya, rancangan nyanyi-nyanyi masih macam dulu, props lama, lagu lama, artis sahaja baru, yang kami tak kenal nama. Drama sedih, ibu tua, rumah tepi sawah, menantu gedik. Sejak bunda tiada, drama Fauziah Nawi sudah tiada kick.

Jem di jalan semakin menjadi-jadi. Dari Taiping jam 2 petang sampai di Bangi jam 2 pagi. Kegilaan apakah ini? Highway jalan biasa sama sahaja jemnya kalau rakyat Malaysia tak tau nak beratur dan nak hormat menghormati. Potong que perkara biasa, asalkan aku dapat depan dari kau ..baru puas hati. Buatlah highway 16 lorong sekali pun, tapi kalau sikap aku nak sampai kampung dulu dari mu masih berleluasa, kirim salamlah nak balik kampung dengan selesa…

Berziarah ke pusara Ayah yang masih merah, masih pusara yang terkini, belum ada lagi jiran sebelah kiri. Perlahan ku usap nisan kayu…”Hari ni dah raya Ayah”..ucapku perlahan….menahan air mata disebalik kaca mata hitam…hati rasa sayu..

 

ayah final rest

Gambar dari FB Amira Suhaimi