Semangat RIO 2016

Hehehe idak le sangat….

Sejak dua menjak nak olimpik ni keluarga kami rajin beriadah..di teman sebelah empang..tidak la pulak teman tau nama taman nih, sebelah empang dan sebelah padang polo. Ni juga adalah hasil paksaan tunjuk ajar en Ayah..yang dah tak sanggup menengok kami berehat tergolek tergedang je pada hujung minggu.

IMG_6226Menikmati suasana taman. Tapi dasar taman di Malaysia lebih fokus kepada kemudahan rekreasi dan bukan nya kepada bunga-bungaan. Setiap taman kat Putrajaya ni mesti ada playground.IMG_6218Ini antara  specis yang tidak dapat di kesan namanya, berbunga wangi menghiasi taman.IMG_6221Specis ini juga mengeluarkan buahIMG_6222Yang saya yakin kalau sudah masak ranum pun tak boleh dimakan…aihhhhh rindunya kat pokok rambutan di kampung…IMG_6224Tapi cukuplah sebagai memberikan rendangnya kepada kepada yang bertandangIMG_6231 - CopyKonon-konon lari la tuh…hakikatnya kasut je sukan..orangnya bersantai…hahaha…IMG_6234 - CopySambil ada cubaan untuk mengambil hati Sang Komander…si kuda putih..IMG_6331 - CopyTernyata…hasil riadah kami tidak mengecewakan rakyat Malaysia…2 emas 1 perak dalam genggaman. Cayalah AliIMG_6332 - CopyBudak yang tak suka football macam anak-anak lelaki sebayanya..sebaliknya mempunyai bakat sprint yang nyata tidak diwarisi dari ibu…kui..kui..kui. Memang dari Aberdeen Ali memang selau dapat tempat dalam acara lumba lari…rupanya kat situ minat sukan Ali…IMG_6334 - CopyWell done Ali…tahun depan kita lari laju-laju lagi…

Advertisements

Wordless Rabu…

Bestnya kalau dapat bercuti macam nih lagi….disaat saya sangat perlukan udara segar…kalaulah boleh repeat… bestnya…Scotland memang banyak sangat tempat cantik..throwback Fort Williams dan Loch Awe 2013

fort williamFort WilliamDSCN0101The Bubbels Loch AweDSCN0104Kecik je tapi sleep sixDSCN0105

Sampai jugak dengan kereta nih…DSCN0109Tingkap kecil untuk skodengDSCN0086Attic untuk enjoy loch viewDSCN0100Santai, mengait?lake aweStunning view to wake up toDSCN0088

More view…

Evolusi kek saya..

Sabtu lepas birthday saya..En Ayah beli je kek..tak kuasa la saya nak buat-buat nih…macam tulah bila dah balik Malaysia skill buat kek, masak semua buang ke laut..beli lagi mudah. Tapi bila ingatkan semula kegigihan  saya mengekek dan buat kuih…rasa macam tak percaya…

2013-06-06 15.40.36

Kek rainbow ni special  sebab saya memang berusaha dan beria-ia buat, dengan peralatan yang terhad, warna yang malap (kat UK kebanyakan pewarna memang malap..yang murah laaa) tapi berjaya jugala buat kek rainbow nih….

kek jiha

Boleh tengok warna dia malap je kannn…tepi lepas buat kek ni saya agak confident nak buat dan deco kek dan saya percaya orang yang tak pandai masak dan keras tangan macam saya ni pun boleh buat sesuatu yang presentable. Lepas dari tu, saya dah tak takut nak cuba resepi..yang penting cuba…tak sedap cuba lagi.

Tapi kek kesukaan anak-anak saya senang aja..tiramisu…jadi banyak birthday  memang senang la..asal kek mesti tiramisu…IMG_2531

DSCN4324Satu lagi tiramisu untuk hari jadi…

Saya juga baru tau kek cheese paling senang nak buat, tapi kat Malaysia ni berkira-kira jugalah nak buat cheese cake sebab harga cream cheese and segala mak nenek cheese adalah mahal. Terduduk saya hari tu tengok harga bahan-bahan baking ni di kedai barang membuat kek dan kuih.. bahan kek dan biskut terutamanya kekacang sangatlah mahal…memang kami take for granted selama nih duduk di UK dengan harga kakacang macam walnut dan almond sangat mampu dibeli. Yang sebenarnya harga tak jauh beza cuma kemampuan beli saya sahaja yang telah menurun. Tapi tetap juga kedai bahan kek dan biskut tu orang beratur sampai keluar….

IMG_3880Cheese kek yang dibuat untuk makan-makan.. 

Kadang kala untuk kelainan saya akan buat pulut kuning untuk sambutan istemewa seperti ulangtahun perkahwinan atau ulang tahun orang tua-tua di rumah nih…
IMG_3771

Raya tahun ni saya tak semangat nak buat kuih raya…satu kuih pun saya tak buat
IMG_2744

Ni semua kenangan  kecekalan saya membuat kuih semprit tahun lepas

IMG_3247

Dan rempeyek ini..

IMG_1453

Rindu sebenarnya nak membaking..terutama jika hasilnya macam sponge cake pandan nin...

Orang kata kalau duduk luar negara kita memang akan automatik jadi pandai masak…tak juga..tergantung minat juga. Kalau dah minat nak membeli dan makan luar, tak dapek la den nak nolong…bak kata kawan-kawan saya..sehari selembar benang…beli lagi senang hahahaha

Misi mencari Beat…

Hehe..macam misi mencari Ramli…tapi misi mencari Ramli sampai ke Manchester..misi mencari Beat sampai ke Parit Kassim Batu Pahat…

Beat ni kawan lama saya, kawan pertama saya di sekolah menengah bersama beberapa nama lain..hihihi takut ada pulak yang baca dan terasa..tapi rasanya tak ada pun. Beat dan saya satu asrama dari form one di MRSM, Beat jiran sebelah bilik saya. Kami sama-sama orang susah, Beat anak petani dan saya anak penoreh getah..jadi biasanya kami ni selalu akan kongsi barang. Ibu dan ayah saya selalu datang melawat saya di asrama, tapi Beat jarang dapat lawatan dan jarang jugak balik kampung. Jadi saya selalu ajak Beat balik kampung saya..

Sebab tu lah Ibu saya kenal sangat dengan Beat, selalu sangat ibu bertanya tentang Beat lepas kami tamat sekolah…Sejak SPM 1988 saya tak berjumpa Beat. Saya tahu dia sekarang bertugas sebagai guru di Rengit dan sudah berkahwin. Bertahun-tahun  berpish akhirnya FB menjadi penyambung silaturahim kami…

Oleh kerana raya tahun ini agak hambar, saya berfikir kenapa tidak saya bawa anak-anak melawat negeri Johor, sambil menjalankan misi terjah mencari rakan-rakan sekolah lama. Maklumlah kalau dulu balik Johor hanya tertumpu ke kawasan Tangkak sahaja, sekarang sejak dah jadi yatim piatu ni barulah nak  “Luaskan kuasamu Johor”..hehehe..jangan mare naaaa…Sudah tentu mangsa pertama saya ialah Beat…

IMG_5995Alhamdulilah setelah 28 tahun tak jumpa, Beat yang masih macam dulu..cute, manis dan supper baikkk. Kebetulan malam tu Beat buat makan-makan bagi jiran-jiran dia so…kami dia jamu dengan laksa penang. Thanks Beat. Jiha dan Sarah excited bila tahu Beat kawan ibu sejak form one.., biasalah macam-macam soalan dan cerita nak tanya dengan kawan ibu nih…Mereka juga pelik…sebab ibu berbahasa “Aku Engkau” dengan kawan sekolah ibu… heheheIMG_5996Gambar Beat dan Husband dengan family kami yg merendang.IMG_6001Untuk menjayakan misi seterusnya kami ke Pontian, tapi dalam perjalanan singgah di Rengit dan lalu di Benut. Ali yang teruja membaca Al Quran dari senaskah Quran besar..di Surau Parit Merlong Rengit…

IMG_6004Pekan Benut dengan mercutandanya

IMG_6005Team JDT bermain dengan pelajar sekolah di Pontian. Tiba dirumah kawan En Ayah yang juga sudah 28 tahun tidak berjumpa. Juga seorang guru. Anak-anak teruja…kenapa semua kawan ibu ayah jadi guru…heheheheh…Gambar dengan kawan En Ayah tiada dalam HP saya….

Perjalanan seterusnya ke Kempas JB, melawat ke rumah agam Abang Amran. Sesat barat masuk JB, tapi Alhamdulilah jumpa juga rumah cantik Abang Amran yang buat anak-anak jadi teruja. Anak-anak memang teruja melihat rumah orang lain yang hebat-hebat. Ali kata “we need to step up our game ibu” hehehehe..Maklumlah rumah kami ala kadar saja.

Abang Amran dan isteri ni kawan kami di Loughborough. Yang ni bukan cikgu….ehhh pensyarah..cikgu jugak la kan..

IMG_6011

Malam kami berangkat pulang ke Tangkak… balik ke rumah yang sunyi sepi. Ali kata “kita sorang je ke Bu”..ye lah Ali kita sorang jelah…rumah kampung yang sunyi sejak Ayah saya meninggal dunia. Jika tidak dulu setiap minggu meriah, ada saja yang balik kampung plus kakak atau abang saya yang memang menjaga ayah…

IMG_6012Pagi Ahad tu kami bersarapan di kedai makan di Taman Mega. Tempat favorite sarapan pagi Ahad Ayah saya.. sungguh hati saya sayu..maklumlah kerusi ada enam, dan kami berlima. Biasanya kerusi ke enam tu diisi oleh insan yang selalu ceria di pagi Ahad..Kalau Ayah bercerita habis satu kedai dengar (maklumlah pendengaran Ayah saya kurang baik, dia bercakap kuat) tapi saya tak malu pun. Kalau ada orang yang senyum-senyum tu..maknanya dia pun tumpang dengar dan terhibur dengan cerita Ayah saya…pagi tu menitik jugalah air mata dalam soto..mengenang pemilik kursi keenam yang dah tiada..

IMG_6014Lapas tu kami ke Jasin, menghadiri kenduri kawin adik kenalan kami. Dengan tujuan sampingan nak jumpa Mini. Mini ni pun kawan ibu dari form one..roomate lagi, tapi dengan Mini ni selalu jumpa. Dia pun ada datang melawat kami di Scotland dulu.. ni semua stok kawan-kawan baik ibu yang anak-anak kena kenal..kawan-kawan sebantal sewaktu masa dulu…haaaa..yang ni bukan cikgu..ni aunty kira-kira..IMG_6017Anak-anak yang teruja dengan majlis persandingan, ada tarian bagai…kompang..”this can make you deaf” kata AliIMG_6018

Petang tu terus cabut rumah Pak Cik di Jementah…beraya yang terjah juga..tapi cik Noy memang effisien, walau terjah pun..jamuan tetap tip top…pakcik siap belanja durian IOI lagi..perghhhhhh….IMG_6021

Antara tetamu yang hadir… mak buyung yang sedang menunggu hari…tapi perut macam saya baru menggandung 4 bulan.

IMG_6022Demikianlah cerita terjah raya kami…sekarang dah berakhir dah syawal..tapi aktiviti beraya tak juga habis-habis…sampai temanya dah jadi terlajak raya…hebat-hebat.. orang Malaysia beraya….