Rumah..Pendang..Taiping..Rumah semula

Alhamdulilah perjalanan kami selamat dari rumah, ke Pendang dan balik kampung di Taiping selanjutnya sampai ke rumah semula. Tujuan utama ialah menghadiri perkahwinan anak buah en Ayah di Taiping. Tapi sebelum tu kami ke Pendang dulu untuk menziarah rakan kami yang kurang sihat. Trip yang memang sangat tawakal kepada Allah.. alhamdulilah Allah permudahkan. Gembira dapat jumpa Azhari dan Zue, semoga Allah permudahkan urusan mereka..

img_6961

Pendang kami datang

Lepas habis urusan ke Pendang, bergegas la kami ke Taiping la pulak, sebab kami dah janji pada Ali yang dia boleh mandi kolam di Hotel, Hotel Sri Malaysia Taiping. Tapi sampai hotel dah lambat, dah nak maghrib..so janji dengan Ali dia boleh mandi kolam besok pagi.. Malam tu kami ke yong tau fu fulfil request anak-anak sebab balik raya hari tu tak sempat makan. So selesai belasah yong tau fu dengan ABC, kami balik kampung sat..borak-borak..tunjuk muka.

Pagi tu kami breakfast kat hotel, malas nak cari makanan kat luar, ingatkan nak makan nasik lemak dan roti canai…tapi tak ada. Sri Malaysia Taiping punya breakfast tak worth kot kalau nak ambik, apatah lagi banyak tempat makan berdekatan. Pilihan sikit dan tidak menarik, lagi bagus keluar makan diluar.Tapi rasanya nak cakap lelebih pun tak guna, bak kata receptionis hotel..ramai aja orang yang complain tentang hotel ni…tapi fully booked juga…gituhhhh

img_7021

Sah lah sudah

Alhamdulilah, pasangan pengantin selamat dinikahkan di belesah kampung tengahari tersebut … itukan yang paling penting.. dan yang tak kurang pentingnya jugak ialah…jamuan..lauk ala kampung..daging rebus cicah air asam, ulam petai dan betik muda, ikan kering bulu ayam, gulai lemak pisang, sambal tempoyak dan yang paling winnnn…kerabu umbut dengan kerabu taugeh…menaip menu ni pun air liur dah berceceran merembes-rembes…

img_6979

Sebagai makcik yang tak pandai buat apa-apa, haruslah makcik menolong benda-benda yang senang, kami anak beranak jaga meja dessert, bubur kacang hijau dan bubur ulat…

img_6982

Jualan larisssss

Alhamdulilah jualan larisss…sampailah Ali jatuh pulak dan tangan berdarah..terpaksalah makcik handover kat orang lain..tapi ragamlah orang-orang makan kenduri ni kan…yang kita bagi sikit nak banyak, yang bagi banyak nak sikit, yang nak suam, nak sejuk, nak isi saja, nak kuah saja..yang nak mintak tapau pun ada…hehehe…

img_6976

Bubur ulat aka bubur chaca

Ni la bubur ulat, makcik merasa pun tidak, entah apa rasanya..tapi yang nilah yang paling laris…

img_6980

Pembantu ibu

Ni lah pembantu makcik yang setia, sebab dia ni tak reti nak berenggang dengan ibunya..hihihi, si Jiha dah  kami suruh ambik gambar..so merata hala lah dia pergi snap gambo..

img_6987

Gotong royong

Suasana gotong royong yang masih kuat dikalangan masyarakat kampung, kalau kat kampung makcik, banyak dah pakai catering jekkk..dah tak ada orang nak jadi penanggah. Yang jadi penanggah kat sini pun tengoknya dah berumur-umur juga..ada harapanlaaa..tak lama lagi pakai catering jugak.

img_6984

Suasana kenduri

Suasana kenduri yang hingar bingar, susah sebenarnya nak berborak dengan saudara mara…tapi pakcik DJ nih gagah menghiburkan tetamu, siap buat game dan teka teki lagi. Kenduri macam nih sebenarnya seronok dapat jumpa sedara mara jauh yang datang, yang lama tak jumpa untuk eratkan silaturahim dengan saudara mara yang dekat juga. Kami stay sampai maghrib di rumah kenduri. Lepas tu tumpang mandi dan solat di rumah abang yang satu lagi..pukul sepuluh gerak balik rumah…alhamdulilah sampai dengan selamat…jam tiga pagi.

Raya haji kami

Sekali lagi balik kampung, tengok rumah yang sunyi…

Raya haji kali ni macam biasa la lepas sembahyang korban. Tapi sebelum tu kena la puasa Arafah dan masak-masak nak raya. Saya jadi tukang potong bawang dan sayur sahaja, yang masak my lovely kakak ipar Cik Noy. Tak lupa juga tugas tetap dan berpencen saya cari daun kari… Kami to up sikit menu dengan membeli sedikit lemang, kebajikan anggota peminat lemang juga kena kita jaga.

Pada hari raya haji, selepas solat raya seperti biasala aktiviti korban, kalau tengok kat gambar tu..si Jiha memangla berminat nak tengok lembu mak itam dia kena sembelih. siap tengok dari jarak dekat..komen dia ialah..”the colour of the fresh bood is very nice”. Ali dah duduk menghadap kebun, pakcik nih tak sanggup tengok darah, kakak Sarah lagi la tak mau ikut langsung…

Ibu jumpa kawan sekolah rendah masa tengah tengok aktiviti korban..heheh..nama je duduk sekampung, ada dekat 30 tahun tak pernah jumpa..yea la tak carik mana nak jumpa kannn…

Aktiviti wajib hari raya dah tentunya makan dan makan, kali ni sambil layan Kak Ani yang nak fly pergi Manchester hari Jumaat tu..study baik-baik ye Kak Ani..ingat pesan Acik…usrah kena join..hehehe. Juga melayan ayah si Umar yang dok cerita pasa ibu Umar…kami pun tak pergi tengok Umar lagi nih..besok-besok tau-tau dah jalan je…

Tau-taunya biras-biras tu… pak itam dan pakcik cot pakat lena atas kerusi malas…

Tak la happening mana…sayu lagi ada…sebab kami yang last tinggalkan rumah kampung…sayunya tinggalkan rumah yang kosong…nanti kita balik lagi yea anak-anak…

Sarah dah lukisannya…

Sarah memang suka melukis..sebelum ini Sarah kurang melukis, biasanya lukisan sarah selalu ialah salinan dari apa yang orang lain lukis. Masa Sarah berusia 6 tahun cikgu tadikanya selalu komplin yang Sarah kalau diberikan jertas ujian lukisan kosong, akan pulangkan kertas lukisan kosong jugak. Tatapi semasa bersekolah di Aberdeen dan mengambil kelas Art, adalah jiwa artnya tuh berkembang. Ini semua menurun en Ayah la nih… kalau ikut ibunya lukis orang lidi je la…img_6456Ni contoh lukisan Sarah yang terkini…bila ditanya apa yang dia maksudkan dengan paus pink tu, dia pun tak tahu nak kata apa…cuma dia kata cantiknya kalau paus warna pink..macam dolphin di Amazon. Sebagai seorang ibu saya rasa cantik dah lukisan anak saya nih. Bila saya update ke FB ramai pulak kawan-kawan ibu yang puji..wahhhh kembang Sarah.. “macamana kalau kakak nak jual lukisan nih ibu?” tanya Sarah dengan excited nya… hihihiimg_5795Ni lagi satu lukisan sarah yang belum siap, ada dalam phone saya. Saya bayangkan dengan sedikit kekurangan yang ada pada diri Sarah sebenarnya satu effort yang besar kalau dia dapat melukis dan mewarna macam nih. Alhamdulilah, sekurang-kuranya Sarah tahu dia ada sedikit kelebihan..

img_4264

Hari ni cikgu HEM sekolah Sarah bertukar sekolah, beliau ni sangat perihatin tentang Sarah or sangat tahu kondisi Sarah. Jadi rapatla juga dengan Sarah. So bila cikgu nak pindah kelamkabut la makcik Sarah ni nak cari hadiah. Dah malam baru nak cakap…biasa la kan..so…pikir punya pikir, cadang punya cadang …kami cadangkan Sarah bagi cikgu dia salah satu lukisan dia. En Ayah potong cantik-cantik dan masukkan dalam frame. Sarah pun terkejut tengok cantiknya lukisan dia bila dah diframekan.. ala pakai frame gambar je..(sayang tak ambil gambar semalam)..sekarang Sarah tahu yang lukisan dia juga berharga dan boleh dijadikan hadian yang sangat personal…

img_3971Sorang lagi yang ada bakat melukis dalam rumah ni ialah si kecik nih…yang ni memang dah bercita-cita nak jual lukisan dia kat kelas…hehehe..

Dari Putrajaya…selamat malam

Banyak benda nak update tapi tak banyak masa…soo ..kita up date je la dari Putrajaya selamat malam. Gambar-gambar yang diambil menjelang waktu senja balik dari beriadah…Banyak benda yang menarik untuk dirakamkan..antaranya empangan ni dari arah sini..ramai jurufoto selalu lepak kat sini menjelang sunset nak cari angle menarik.

Nota: gambar dirakam sebelum jerebu melanda Malaysia ….IMG_6412IMG_6450IMG_6455IMG_6421IMG_6445

Semoga ada sinar di celah harapan