Belaan..

Belaan satu Bengle yang dah sarat mengandung. Kesian kat dia ni, maklumlah bunting sulung, perut beasr, maunya ada lebih dari empat ekor dalam tu, selalu perati bila dia tidur..macam bergasak dalam perut dia tu..img_7502Sekarang ni selalu lepak kat rumah..nak party sampai pukul 3 pagi macam selalu pun dah tak larat…img_7536Melepak kat dapur sambil berposing seksi..

img_7516Selain itu saya juga membela beberapa pepokok tanaman contohnya ulam raja ni yang subur sekarang…img_7517Bendi tiga batang nih..img_7518Bunga Quisqualis indica atau bunga akar dani yang baru di pindahkan..img_7539Ni belaan di ofis..medium tanah bukan air yeea..img_7549Haaaaa ini belaan terkini..nyamuk yang kini menyerang ofis kami…akibat kerja-kerja renovation.img_7498Sekian…jahatkan update blog macam nih…

Advertisements

Biarkan lah Sesak…asalkan…

Petang Sabtu sesak di Lebuh Raya Utara Selatan. Kemalangan berlaku sudah dialihkan tetapi jalam masih sesak. Perjalanan yang sepatutnya sejam lebih menjadi 3 jam. Ada banyak benda yang saya perhatikan;

Kenapalah masih ramai yang masuk line kecemasan? Dua tahun dulu saya bercerita tentang pengalaman saya dan orang yang masuk ke line kecemasan dan ia boleh dibaca di sini. Memang pun banyak kemalangan kecil terhasil akibat ke_______ (anda boleh isi sendiri) pemandu yang masuk ke lorong kecemasan selain mereka ialah menyumbang utama kepada kesesakan di lebuh raya.

PLUS..adakah PLUS tiada pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan.Sepertinya pihak PLUS tahu berkenaan kemalangan tersebut, sebab telah terpapar di papan elektronik sepanjang lebuh raya, tapi tiada sebarang alternative di suguh kan kepada kenderaan yang tersekat di lebuhraya. Banyak tindakan yang pihak PLUS boleh lakukan, contohnya menubuhkan respon team untuk membantu pengguna yang terlibat dalam kesesakan contohnya bertindak dengan cepat dan buka laluan kontra, bantuan kepada penumpang yang kelihatan terpaksa berhenti di bahu jalan akibat keletihan dan masalah kenderaan, memastikan tiada kenderaan yang masuk lorong kecemasan untuk menudahkan bantuan sampai kepada mangsa kemalangan atau mengarahkan kenderaan keluar di exit sebelum berlaku kesesakan untuk mengurangkan kesesakan yang sedia ada. …Ironinya dihujung perjalanan PLUS masih memungut tol yang sama tanpa mengira kerugian pengguna. Ini ialah satu penindasan yang terang dan nyata.

Bersedialah dengan aktiviti untuk dilakukan semasa sesak. Paling menarik ialah saya lihat ada pemandu truck yang mengait jala sewaktu kenderaan terhenti.

Adakah masyarakat kita benar-benar telah hilang rasa empati terhadap pengguna lain sehingga sanggup memotong barisan atau masuk ke lorong kecemasan atau kita suka melakukan sesuatu yang kelihatan asal betul biarpun sebenarnya sangat salah…bukan..bukan contoh saya tidak berkaitan dengan  seseorang yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni yang mengaku ada PhD dari Gordon University. Beliau dan ramai lagi yang sekapal dengan beliau ada penyokong masing-masing. Penyokong golongan “biarlah tipu asalkan_______”

Sebenarnya saya bercakap tentang ini:

img_7480-3

Agak-agak lepas awak dah blok parking OKU nih ada OKU boleh guna tak?..tak pe la asalkan tak parking dekat tempat OKU…huhuhhh

Little update…

Sempena hari rabu ni nak update le beberapa kegiatan hakak dan keluarga hakak..bukan apa nanti kalau suami hakak tanya ..”dulu tu kita gie sini bulan berapa ek Yang” zass hakak bukak blog dapat jawapan..mahupun kenkadang hakak nak berlagak isteri dan ibu mithali..”ingat tak Yang masa kita pergi sini-situ..kita beli ini..kita makan itu ini”..macamlah hakak ingat semua benda-benda tuhh..padehal akak baru baca kat blog sendiri..hahahahah

So benda yang pertama yang hakak nak tampilkan ialah hakak kena pergi kursus pengukuhan pasukan… hakak tak la gedik sangat nak pergi. Tapi pergila jugakkk kann..sebab nak penuhkan kuota latihan 7 hari….Jumaat sampai Ahad..Pergi Kuala Woh..makan durian ..kena rendam dalam jeram air panas..biasalah aktiviti pengukuhan pasukan..malam last ke Menara condong Teluk Intan…which is sangat cantik di waktu malam…

The next Khamisnya hakak pergi kursus yang tak ada sediakan makan dan minum..which is very wired kalau kat Uni hakak ni laa..kalau kat UK mungkin dah biasa. Kat Malaysia sekurang-kurang nya ada air botol…ni urusetia awal-awal dah tunjuk kantin kat mana..hehehe…baguss jugak kan strategi untuk berjimat cermat..yang menariknya kat tempat yang hakak kursus tu aktiviti 5S dia..sampai dalam surau pun di 5Skan…

The next Jumaatnya, hakak pergi KLIA2 jumpa dengan kawan kuliah masa kat Universitas Indonesia yang datang nak tengok F1..serius..hakak tak pernah pergi KLIA2..first time you all..rasa macam kat airport di Medan pun ada.. Kawan hakak ni, dah lebih 20 tahun tak jumpa sejak hakak lulus UI awal tahun 1996. Komen dia kat wassap group kitaorang..bahasa indonesia hakak masih jagoan…hehehe…being the only Malaysian and Foreigner in the group, hakak telah diasimilasikan jadi anak Jakarta..hasilnya sampai sekarang kalau disuruh switch language je hakak terus je on bahasa Indonesianya.. hahahah

Last but not least trip ke Terangganu on the Sabtu before Maal Hijrah, sebab suami hakak nak layan kami anak beranak yang konon stress katanya.. stress la sangat..sebenornya Landy kami masuk bengkel..so terpaksalah kami sewa kereta..alang-alang dah sewa kereta meh le kita jalan jauh..semunya tak plan..lepas makan kenduri di Senawang petang Sabtu tu, kami terus pecut ke KT . sebab tak ada apa yang nak dikejar..kami relax je..sampai KT jam 12 malam. Tanya hotel yang pertama yang kami berhenti, Grand Putri Hotel Kuala Terangganu ada kosong, terus je ambik..tak kuasa nak cari lain walaupun harganya boleh buat tercekik, sebab dah check kat traveloko, agodo dan bookingocom semua pun dah penuh dan dah mahal gila, alhamdulilah dapat jugalah tempat nak lelap mata..wahhhhh…yang ni sarapan dia memang kelas compare the last hotel yang kami tinggal……hehehe..hotelnya pun lebih mahal..

Aktiviti seterusnya… haruslah Pasar Payang, anak-anak semua tak mau ikut, kami jalan kaki je dari hotel, 5 minit je ukuran orang Melayu..kalau tanya kat UK mesti dia kata 2 minutes walk..2 minutes la sangat…Hari tu hari Maal Hijrah..alhamdulilah Nora Danish pun dah berhijrah..hehehehe. Membeli belah ala kadar, sebab dah tau apa nak beli zapp zuss..habis la juga duit..anak-anak makan jelly fish..sambil tanya “kita boleh ke makan jelly fish ibu?”..( hakak dah check beberapa sumber..katanya permissible)..

Kami juga melawat kawan baik kami masa di Aberdeen dulu, rindu sangat-sangat kat kawan tu..lepas tu kami mandi laut kat Marang, makan sata dan kepok lekor yang warnanya hitam (bukan yang warna putih dan liat macam yang kita makan di KL yang mengaku ori Kelantan..oppss yang kata macam ni ialah gerai kat taman hakak), jumpa kawan en Ayah di Cukai dan berdesupppp balik KL…alhamdulilah pukul 12 malam dah ada makan diner kat warong siam kat taman kami, yang masakannya sama je dengan masakan warung siam yang kami makan di Kuala Dungun…errrmmm..